CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, February 26, 2015

An Excited Mom : Solid Food for Melissa

Assalamualaikum


Minggu ni Melissa 5m2w. Minggu depan Melissa 5m3w. Nak start bagi dia solid food minggu depan. Awal seminggu. Alasan sebab senang nak susun jadual makan dia. Aku rasa aku paling kronik nak bagi anak makan. Haha. 



































Macam picture kat atas, genap sebulan susunan makanan yang aku plan nak bagi kat Melissa. Boleh je start 11 Mac, tapi macam tak best pulak nak susun makanan dia. Mengada betul mak Melissa ni. Tapi start 17w dah boleh bagi baby solid food. But it is advisable to introduce at 20w. Kalau minggu depan maksudnya aku perkenalkan solid food pada 19w okay lah kan?

Oh, soooo an excited mom!

Disebabkan aku teruja nak bagi Melissa rasa makanan, macam biasa lah google sana sini nak tau apa benda nak kena ada. Generally, baby blender/blender baru, cutlery set, steamer dengan storage tray. Benda lain yang mengikut nafsu banyak je, tapi kita buat-buat tak nampak okay.







































Sampai tahap buat list memang excited, kritikal, over, mengada, semua lah! Haha. Mak mana yang tak excited kan, kann, kannnn? Tapi aku takut jugak kalau dia refuse. Mak dah over dah, anak pulak taknak. Mintak dijauhkan. Hehehehe.

Dalam banyak-banyak baby blender yang ada, aku berkenan dengan Baby Bullet. Harga dalam IG shop antara Rm110 - Rm130 termasuk pos dah tu. Sebelum wassap orang yang jual tu aku usha jugak kat Manjaku kot-kot ada yang lebih kurang dengan Baby Bullet. Malas pulak nak beli online. Tapi takde. Jenama BenQ dapat blender semata pun dah Rm200. Jenama Avent yang blender + steamer tu sampai Rm500 pulak. Kira Baby Bullet jugak yang murah dengan set kelengkapan yang banyak.

Dah setuju nak beli dah ni, no akaun penjual pun dah dapat. Tinggal nak transfer je. Tapi hati macam tak puas. Rasa macam perlu ke.. Kalau mak-mak kita dulu main lenyek-lenyek je. Huhuhuhu. Pastu aku google jenis-jenis blender untuk buat solid food. Ada berapa jenis ntah, empat kalau tak salah. The winner of course blender / food processor. Lepas tu aku decide taknak membazir. Aku nak beli small/simple blender jelah. Sampai website Lazada, jumpa lah Shake & Take. Harga Rm29! Dah nak bayar dah ni, but wait! Baca review dulu. Cancel lah. Pastu aku rasa beli jelah blender baru. Khas untuk Melissa. Sampai website SenHeng aku masuk. Scroll picture-picture blender, ternampak belnder maaacaaammmm pernah tengok. Hmmmm.. Eh!

Blender aku lah! 

Terus cari kotak blender. Jumpa!! Keluarkan segala isi dalam kotak tu, try pasang sana sini, puas hati. Done! Tak payah beli blender. Pakai je blender hadiah kawen tu. Ya, blender hadiah kawen. Ingat lagi tak dengan entri Hadiah Kawen Yang Terawal ?? 

Terima kasih sebab hadihkan benda ni. Tahniah kepada diri sendiri sebab bijak pilih hadiah. Tak guna pun untuk buat jus. Tapi berguna bila ada anak rupanya. Hahahahaha. Teruknya kau.







































Picture dari google je. Malaih nak snap. Nah Lissa, ibu bagi kat awak blender ni. Bagus jugak bila takde duit ni. Kalau ada duit confirm tak pandang kiri kanan. Terus beli tanpa rasa bersalah. 

Google cara penyediaan solid food pulak, ada yang kukus, ada yang rebus buah atau sayur sebelum blend. Tapi sebaiknya kukus supaya khasiat tak hilang masa rebus. Baik! Berangan pulak nak beli steamer. Google lah memacam steamer. Jumpa lah memacam website. Pastu berangan, kalau beli Baby Bullet dengan Baby Bullet Turbo Steamer mesti mengamcam kan. aHAHAHA! Nampak, nak membazir je keja.







































Tapi nasib baik cepat bertaubat taknak membazir. Haha. Kengkonon nak cari lah steamer yang cantik sikit, tapi takpe lah. Pengukus hadiah kawen elok cantik lagi. Pemberian blogger Miss Go Green. Comel je. Tau-tau je untuk hidup berdua masa tu. First time tengok pengukus kecik comel. Terima kasih banyak-banyak Yan, berguna sampai ke anak cucu. kehkehkeh!

Nampak? Emak yang teruja last-last jimat banyak duit. Guna je apa yang ada dalam rumah tu. Takpe Lissa, bukan barang buruk tau. Barang tu dah 2 tahun dalam kotak, Ibu je malas tak guna sebaiknya. Rupanya nak guna untuk Lissa. See, baik tak Ibu? Baik tak?? Haha.

Maknanya tinggal tinggal cutting board, dengan cutlery set jelah. Storage tray KIV dulu. Cakap pasal cutting board, jumpa kat Giant. 2 keping cutting board dengan sebilah pisau Rm12.90. Okay lah kan? Boleh pilih nak kaler kuning atau hijau. Tapi takpe, plan nak pergi DAISO tengok cutting board kat situ. Cutlery set tak plan nak beli macam mana. Sama ada beli kat Manjaku atau DAISO atau IKEA. 

Kerlassssss mak Melissa. Melampau sangat dah nie. Bagitahu Suami semua plan Isteri dia, dia cakap 'OK'. Daaaaa.. Ingatkan nak larang bini dia jangan nak over sangat. Huhuhuhu.

Soooooo an excited mom!

Aku hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Dalam aku excited nak beli itu ini, aku risau jugak kalau-kalau Melissa taknak bagi kerjasama. Tapi tengok dia makan antibiotik punya lah berselera. Pakai picagari, aku titiskan sikit-sikit dia layannnn je. Kejap-kejap dia buat muka pahit tapi nyum nyum nyum. Aku lambat titiskan, dia jerit mintak. Come on ibu, faster. Katanya. Mustahil dia reject makanan yang sedap-sedap kan. Insyaallah, amin.

Nurse KK suruh bagi bubur letak daging, sayur. Maktok Melissa pun advice bagi moi. Letak daging, ayam, carrot. Hamboi,boi,boiii.. Aku yang telan air liur. Haha. Sabaq sikit naa, kita bagi puree dulu.

Wish me luck!





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, February 25, 2015

Kedai Mana Lebih Murah?

Assalamualaikum



Once aku dah berjaya buat satu entry, aku akan mula ketagih. Once aku tak update, aku akan jadi kekok dan malassssss selama-lamanya. Masalah betul aku ni.

Sejak ada anak nie, tend shooping banyak berubah. Sepanjang 5 bulan ni banyak shopping barang Melissa dari emak dia. sobsobsob. Emak dia selekeh takpe, janji anak kemah keming. Eh? Nanananana, ganu kite!

Sejak dah ada anak nie, emak kena rajin. Rajin shopping, tapi tak boleh nak shopping melulu. Kena jugak berjimat cermat kan. Edisi menjimatkan poket Suami, Isteri lah kena bijak. Hehehehe! 

Benda paling utama bagi aku sekarang ialah lampin pakai buang. Walaupun aku pakai Cloth Diaper (CD), tapi bila keluar berjalan aku tak pakai lah CD. Kalau cuaca tak berapa panas pun aku tak pakai CD. So lampin pakai buan masih diperlukan. Selalunya 1 bag untuk sebulan.

Faktanya orang perempuan memang hebat berbelanja kan? Haha. Kadang-kadang kami ke Tesco, kadang-kadang kami ke Giant untuk beli barang. Kat situ aku akan tengok harga lampin pakai buang. Selalunya harga kat situ lebih mahal berbanding kedai 99 SpeedMart. Jadinya kalau nak beli lampin pakai buang kitorang akan ke 99 SpeedMart sahaja. Jimat banyak bukan sikit! Harga nak sama dengan kat Expo! Mula dengan Huggies, Whoopee, Drypers Wee Wee Dry dan sekarang Diapex. Harga Diapex Rm29.90 dapat 78pcs saiz M. Drypers Wee Wee Dry Rm35.90 (tak ingat) dapat 80pcs saiz M. Aku pilih Diapex walaupun kurang 2pcs tapi jimat dalam Rm5 macam tu. Kalau kat Tesco atau Giant harga jauh beza!

Ni Melissa dah start susu formula, aku start dengan Dutch Lady Langkah 1. Harga kat 99 SpeedMart Rm20.20. Alhamdulillah, first try Melissa takde masalah. Tapi asyik out of stock. Kat area rumah ni ada 3 buah kedai 99 SpeedMart. Tapi kalau out of stock, tiga2 pun out of stock. Apakah?? Nak taknak pergi ke Manjaku Wangsa Maju atau Sri Gombak. Hamboi jauhnya. Harga Rm20.90. See? Masih murah dekat 99 SpeedMart kan. 

Puting botol brand Avent pun murah kat 99 SpeedMart. Rm25.90. Dah tengok sebelum tu kat Manjaku Rm39.00 (kalau tak salah). Dah double check, bukan fake. So?

Beras perang untuk buat solid food Melissa pun murah kat situ. Banyak lagi barang-barang lain yang murah kat situ. Basic needs lah. Kalau nak yang lebih sikit macam rosemary ke, chicken loaf ke, terpaksa ke Tesco atau Giant. Boleh lah, basic needs kita beli kat tempat yang murah, untuk sampingan its okay lah kalau mahal sikit.

Saje je share benda ni, dah tak boleh nak beli sebarangan sekarang. Kena usaha lebih sikit ke sana sini cari yang betul-betul murah. Dulu tak kisah main beli je. Huhuhu.






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, February 24, 2015

Story Telling : Meniarap

Assalamualaikum



Quick update! Lama sangat tak login, ntah kemana-mana je Google bawak aku jalan-jalan. Hampir putuh asa. Haha. Overnya. Tuan rumah rindu dengan rumahhhhh.. Huhuhuhu! Orang lain tak rindu pun takpe. Hikhikhik. Banyak nak tulis, tapi susah sangat nak dapat time yang betul-betul lapang untuk blog. Dah tak produktif dah puterigaban. Huhuhu!

Okay, okay straight to the point.. Kalau ikutkan hati taknak share pasal anak. Niat share pasal anak kat IG, FB tak lebih dari kreativiti. Aku suka ambil gambar dan suka diambil gambar. Selalunya aku suka snap kengkonon macam pro lah. Kengkonon macam aku kreatif lah, angle terbaik konon. aHAHAHA. Tapi dapat komen kadang-kadang buat aku terfikir dia ni nak advice ke nak show off. Erk! Aku cukup tak selesa bila aku share betapa kreatifnya aku, tetiba seseorang tinggalkan komen tentang anak dia. Aku macam 'daaaaa~?'. Are you trying to tell me about your child? At my dotter's picture? Meaning that I do something wrong to my dotter? You are doing the right way? Bukan ke kita ada cara masing-masing asalkan tidak menzalimi anak sendiri. Duh! What ever. Malas layan. So aku taknak share pasal Melissa dekat FB sebab malas nak dapat komen dari orang-orang yang suka bagi advice melulu dan menyakitkan hati. LAGI SATU, kita sampaikan benda lain, orang faham lain. 

Tapi kat blog lain. Hahaha. Tetiba boleh pulak. Hehehe. Sebab aku tulis panjang berjela, mungkin orang akan faham hampir keseluruhan cerita. Sini memang tempat membebel. Tapi kat belah sana, a picture dan sedekit caption. Sangat mengelirukan.

Bila nak straight to the point ni? Okay, okay.. Kat sini nak jugak cerita sikit perkembangan Melissa. Walaupun dah janji taknak share apa-apa. Tapi harap takde orang baca. Haha.

Melissa dah 5 bulan 2 minggu. Masyaallah, lajunya masa berlalu. Dah 5 bulan? Me and husband always talking about her adik. Hahahahaha. Nanti lah aku cerita yang itu. Talking about 5mo baby, ibu mana tak risau anak dia still tak meniarap. Bila orang cakap anak dia dah meniarap masa 3 bulan. Ada yang awal sikit 2 bulan lebih. Aku risau tapi aku monitor perkembangan dia yang lain semua okay. Malah aku rasa dia bijak part lain, dia advance part lain. Aku sedapkan hati maybe dia bagus part lain, tapi belum lagi meniarap.

Umur dia akhir 3 bulan dia suka berdiri. Tegak dan tegap. Kalau orang pegang dia orang akan pelik, dia taknak duduk (atas riba) dia nak berdiri, lama pulak tu! Sampai orang akan risau dia penat. Tapi belum meniarap. Kadang-kadang aku saje usik dia 'meniarap taknak, berdiri bukan main'. Hehe.

Bila jumpa sesiapa saje orang akan tanya 'dah pandai apa ni?'. At first aku taktau nak cakap apa. Dia pandai banyak benda tapi orang selalunya nak tahu yang general. Meniarap, merangkak? I said not yet. Tapi alhamdulillah most of them bagi kata-kata positif. Ada yang 6 bulan baru pandai meniarap, ada yang cakap maybe dia skip meniarap. Aku ambil semua advice. Gila tak sama advice dalam FB. Hahaha. I thank to them. Baru-baru ni balik Kedah rumah mertua, anak sepupu Suami pandai meniarap seminggu sebelum 6 bulan. Aku macam lega, sebab Melissa masih ada masa sikitttt lagi. Huhu.

Balik dari Kedah, start Isnin dia rajin mengiring. Pastu dia belajar meniarap sendiri SEKALI sahaja. Tapi dengan sokongan padu dari nenek dia lah. Lepas tu tiba-tiba dia meniarap sendiri. Takde sape suruh, takde sape tengok. Tahu-tahu je dah meniarap. At that moment aku lah orang paling happy! Now, apa lagi kan.. Sikit-sikit meniarap. 

Sebenarnya sebelum ni dia taknak buat sendiri, kalau aku meniarapkan dia terus (bukan tolong), dia boleh je meniarap. Tapi dia takde inisiatif untuk mengiring. Langsung takde rasa nak mengiring. Sedih. Hari Ahad kalau tak salah Ayah (atok Melissa) bagi something warna merah. Dia mengiring beriya-iya. Sampai lah dia berjaya meniarap. Lepas tu kitorang try kaler lain. Dia bolayan. Bagi kaler merah, dia semangat nak capai dan mengiring. Esok lusa pun sama, bagi lah apa-apa yang kaler merah dia laju je mengiring. Hahaha. Sebab merah tu bright colour kot. Kuning, biru yang bright dia bolayan pulak. Atok dia cakap mood raya cina lagi kot. Nenek dia cakap keturunan cina punya pasal lah ni. Haha. Apa-apa jelah, janji satu part Melissa boleh say 'DONE!'. Weehu.

At 5m2w baru Melissa meniarap. Salah satu tindakan yang tepat aku tak share too much about her, tak selesa la bila orang keep compare anak dia dengan anak kita. Nak cakap aku sombong terpulang lah, sebab itu je cara untuk aku tak rasa ada persaingan, ada perbandingan, ada pertandingan.

Mak mana yang tak excited dengan anak sendiri, dnegan perkembangan anak, kalau boleh satu benda yang dia dapat kita nak share. Aku pun macam tu. Kadang-kadang nak sangat share picture dia kengkonon comel habis. Tapi lastly cancel. Semua baby comel, takyah lah share. Keep for myself sudah. Arghh, susahnya nak kuat 'lantak la, FB aku suka hati aku lah'. 

Or, maybe aku dah jadi terlalu sensitif? Dont touch my dotter! Macam tu? Alahai, mak-mak sangat. Huhuhuhu!

*update tengah malam time Melissa dah tidur. kesian bapak dia layan diri.








Love,
Nursaila Norman!