CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 19, 2012

Hadiah Kawen Yang Terawal. Yayyyy!!

Hai!


Assalamualaikum.


Kerja banyak tapi still minum sambil menaip entry. Kuangjaq! Takpe, nanti buat kerja laju-laju sebelum lunch. Saya janji En Boss!

Senyum sampai ke telinga semalam. Hahaha. Over kan? Sebab?
Hehehehehehehe..

Semalam, sebelum lunch Romlah call aku. Dia tanya aku nak hadiah apa kawen ni. Haaaaa.. Terkejut okeh. Kena tanya ke? Gelabah aku nak cover malu-malu kucing. Hahaha. GEDIK. Mana la aku tau, malu kot nak sebut nak hadiah apa. Tak terfikir pun nak request hadiah kat orang. Huhuhu! Takde hadiah pun takpe janji doa kan kami ke syurga dah lebih dari cukup. Oh, terharu. Tetiba.

Aku pun dengan malu-malu kucing mintak penampar, aku cakap 'suka hati korang lah nak bagi hadiah apa pun. Saila taktau la nak hadiah apa, tak terfikir'. Huhuhu. Lepas tu Romlah tanya Kak Nor 'kak, Cik Saila taktau nak hadiah apa'. Cis punya Romlah.

Logiknya diorang bertanya adalah supaya hadiah yang diorang beli takde la clash dengan barang yang dah ada. Betul jugak. Diorang belikan rice cooker kang, En Gaban dah ada. Periuk belanga pun dah ada. Dapur pun dah ada. Electric Kettle pun dah ada. Dah tu? Tak payah hadiah.

Sambil cakap dengan Romlah tu aku search kat google barang elektrik. Macam bengong. Hahaha. Apa nak pun taktau. Sambil2 tu kepala aku fikir apa aku nak eh. Romlah tanya apa-apa je yang aku nak. Cis, jangan ditanya.. Apa yang paling aku nak sekarang ni ialah Garment Steam Iron!

Serius, aku rasa En Gaban dah boleh hafal dah ayat aku tiap kali aku hujahkan kenapa aku nak Garment Steam Iron. Sejak dah jatuh hati awal tahun ni, aku nekad kumpul duit 50sen untuk beli Garment Steam Iron. Okay, tak payah gelak. Memang kelakar. Bekas duit 50sen ni ada kat atas meja ofis. Satu pejabat dah tau aku nak beli Garment Steam Iron guna duit simpanan tu. Hahahaha. Gila kelakar. Sekarang baru ada Rm24. Ada sape-sape nak derma 50sen kat aku?

Junal ofis boy aku selalu tanya tiap kali dia masuk bilik aku dan belek2 bekas kaca tu 'dah berapa ratus dah ni Cik Saila?'. Perli kannn. Kuang asam.

Aku tau harga Garment Steam Iron tu almost Rm400.00. Takkan nak tekan diorang dengan harga macam tu. Kesian diorang. Gigihlah simpan duit 50sen ya Saila. sobsobsob!





i can't see this. nanti menangis malam-malam. huhuhuhuhuhu!!
okay, aku admit.. aku memang berangan gila vavi nak meng'iron' macam awek kat atas tu.


So cancel Garment Steam Iron. Mahal sangat nak belasah diorang. Tukar-tukar. Tetiba aku teringat yang aku nak sangat Juice Maker. kehkehkehkehkeh!! Kalau sendiri beli mungkin lambat la kann.. Sebab bukan benda penting/bukan benda utama dekat dapur. So kebetulan dah ada orang nak hadiah kan, better pilih yang ini. Secara tak langsung dapat la benda sampingan di dapur nanti. Heeee~~

Confirm beberapa minit sebelum lunch aku sms Romlah bagitahu yang aku nak Juice Maker, pastu siap mention aku nak brand Tefal. Melampau kan? Demand gila nak Tefal. Tapi aku bgtau jugak kalau tak lepas budget brand lain pun boleh. Janji Juice Maker. Tak lama lepas tu Romlah sms 'microwave taknak?' Taknak, taknak. Aku tak suka microwave. Nak Juice Maker gak. Rupanya kalau brand Tefal tak lepas dengan budget. Kalau Cornell lepas. 

Okay! Tak kisah, janji Juice Maker. Wink! Wink!

Lepas lunch Romlah cakap kat aku hadiah yang aku nak tu diorang dah beli dah. Tapi diorang bagi lepas aku kawen. Boleh tak aku request suruh bagi sekarang, sebab nak buat juice setiap hari. Hahaha. Tak penyabar sungguh. Pastu Kak Nor marah dia cakap 'Ijab dulu baru dapat Juice Maker tu'. Cis, Kak Nor potong stim!












Agak-agak yang mana satu eh? Sabarlah wahai hati.. Hahaha. Teruk sungguh. En Gaban kalau Fresh Orange memang laju. En Gaban dah request FO tiap-tiap hari lepas kawen nanti. Dia pun over kan? Tapi kalau dapat hadiah Garment Steam Iron sure aku tak tido malam tunggu hadiah depan mata. Haha.

Lepas ni kalau ada lagi tanya aku nak hadiah apa, aku nak mintak Coffee Maker pulak. Anybody? Hahahahaha.





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

22 comments:

Diyana said...

saya pun teringin sgt2 nak steam iron tu.... tp alahaiiii rege nye.... sabor je lah

itu hari ada harapan nak dpt coffee maker, tp disbbkan kami bakal laki bini xminum coffee, xjadi nak amek free gift coffee maker tu.. klu x, leh sub kat Saila... ahakz!

LiNda said...

tu la saila, cam best je steam iron tu..senang nk iron.tp harga dia, lemah betul tengoknye..syoknye dpt hadiah juice maker..sihat la laki bini ni nnti..hehe

S.U.R.I.A. said...

uwahh..sonok ada steam iron..

suria ritu...lengkap 1 tuk rumah..
cam dlm senarai suria penah wat..

Amalina Ali said...

Alahai. masih tak pk lagi nak hadiah ape. HAHA. apa yang orang bagi tu lah yang terima aje.

Cik Rad said...

hehe.. tiap2 pagi la minum juice fresh jadinya.. hihi

Cik Saila said...

Diyana : yeke?? melepas lah ni..hehehehe.. harganya menikam jiwa :(

Linda : lemah kan..huhuhu..tp kena kumpul duit gak..heee..sihat minum jus hari2..haha

Suria : mmg bahagia kalau dpt steam iron..hehehe..tahniah suria,selamat pengantin baru :D

Amalina : sm lah sy pun..x terfikir..tp kena paksa fikir..huhu

Cik Puan Tqah said...

tqah dpt yang first tu..cornell punye..best.. tp wat blender sbb xde blender..tetibe rs nyesal xbeli blender lain sebab xbleh blend buah epal.. hadiah ni along tqah yang hadiah..tp tqah beli sendiri..die bayar..hihi

cik mah said...

bestnyer le request2 hadiah...hehehhe

Cik Saila said...

Rad : tiap2 pagi minum juice alamatnya lmbt g keja la saila..hehehhe

Tqah : ala..yeke..tp best kan yg 1st tu..nmpk gempak..haha..ok gak tu bg duit kita g beli sendiri.. hee :D

cik mah : best jgk rupanya..hehehehe..

iedchan said...

nak jgk steam iron tu..hehe

tapi masa kawen hari tu tade org hadiah kan..hehe

aTienz_owEngEzz said...

dah beli garment steam iron...sama mcm gambar yg u attach...rm 200++.. x berbaloi pun n x best...klu u nk i boleh jual secon hand..hehehhe..:)

shizansyafik said...

hehe, saya dapat garment steamer ni pun sebb redeem bonuslink.. =)

ayut said...

nk jugak iron tuuu...kak saila kumpul 50sen sehari ea..nnt ayut nak :p hahaha~

noorliana zamri said...

saya pun suka steam iron,berangan-angan nak beli...

Kesuma Angsana said...

boleh berjus2lah kita lepas ni heheh

Pokok Manggis Depan Rumah said...

dapat steam iron ni best la. Rezeki tu :-)

khadijah said...

comel, nak iron tu gak :) kalo bende lain like rice cooker, toostr dija rs mesti ramai lagi bgi bnde tu time ur wedding, u make right decision mane ade org bgi juice maker kan :)

Bie said...

waaa.. bestnye dapat juice maker hehe

Cik Saila said...

iedchan : mahal sgt tu xde org mampu bg kita free..hehehe..kumpul duit sendiri lah nmpk nya :D

aTienz_qwEngEzz : hehehe..yeke? nnt sy fikir2 kan eh ;D

shizansyafik : really? best tak? bestnyaaaaa :D

ayut : haha.. xboleyyy ;p

noorliana zamri : jom berangan sama2..hehe :D

KA : hehe..mandi jus lah kita ;p

Pokok Manggis Depan Rumah : kalau dpt ni mmg rezeki gila..hehe :))

khadijah : pandai kan kita pilih hadiah free..hahahaha!

Bie : best,best,best..tak sabar ni ;D

Zila Zainal said...

eyh yang steam iron berdiri tu mmg best pun! lagi2 kalau kain2 yang ada pleated or ruffles. senang je nak iron. dengan smoothnya

s h a said...

Hehe...beshnye la dapat request2 hadiah. Macam besh je steam iron tu yang. Semoga cepat dana cik saila terkumpul. :)

Afasz said...

budak office sy pon ada tanya nak apa. sy ckp nak vacuum sbb tkde lg vacuum , skali dpt dua time wedding...

sy tingin nak juice maker mcm awk tu... dengan iron mcm awak update ni...

hadiah coffee maker sy dpt , tp tak tahu la pakai ke tak. hehehe. bukan penggemar kopi