CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Pearl HB. Show all posts
Showing posts with label Pearl HB. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be IKEA

Assalamualaikum



Susah betul nak update blog sekarang ni. Sobs! Pearl HB dah dihantar lebih seminggu, baru harini nak update. Heeeee.

Cut it short, customer kenal dalam IG. Hampir setahun berkenalan dalam IG, tuptup b2b order Pearl Hand Bouquet untuk majlis bersejarah dia. Wedding awal Februari, harap semua persiapan berjalan lancar ye! Okay lah, sila cuci mata dengan warna Pearl HB yang sangat rare ni. Awesome gila warna dia!





Price will be less than rm100!

Exclude harga COD. Postage tak ambil. I remain dengan prinsip I untuk tidak ambil tempahan luar dari Lembah Kelang, Really sorry, sebab I taknak ambil risiko dengan postage. Takut HB rosak.

Okay, got to go. Bye!



Love,
Nursaila Norman!



Friday, January 15, 2016

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Bangi

Assalamualaikum


Pearl Hand Bouquet yang last ialah pada Disember 2014. Masa tu dah ada Melissa, baru berumur 3 bulan masa tu. Even she is now 16 bulan, takde beza pun. Dia memang anak yang baik yang ada time dia yang memudahkan aku nak buat kerja. Biasanya benda-benda macam ni aku buat masa dia tidur malam. Sebab once dia tidur, esok pagi baru bangun. Sejak lahir macam tu. Alhamdulillah. Hehehe.

Jadi untuk tahun 2016 ni aku dapat buat satu lagi Pearl HB. Aku ingat dah tutup kedai, tapi kalau ada orang order, kena dengan masa aku on je. Lagi-lagi kalau dah kenalan sendiri yang mintak. Susah kan nak cakap 'No'. Huhuhu.

Jadi, ini lah Pearl HB pertama aku untuk tahun 2016 ni. Tema pink grey!







































Kalau korang perasan, holder dia dah tak macam dulu. Aku dah tak guna polystyrene dah. Sebab leceh sangat nak potong kemas-kemas. Lagi pun pakai polystyrene pemegang nampak besar. Jadi aku lilit je dengan pelilit hijau banyak-banyak-banyak kali sampai tebal. Jimat banyak benda. Jimat kos, jimat masa, jimat tenaga.

Bila aku boleh jimat kos, aku tak nikmati sorang lah. Aku share jugak dengan customer.

Jadi aku ada harga baru untuk 2016!

But please be aware, dengan harga baru ni ada 2 benda yang berubah dengan Pearl HB. Pertama, saiz mengecil sedikit. Kedua, takde polystyrene holder.

Price will be less than rm100!

Exclude harga COD. Postage tak ambil. I remain dengan prinsip I untuk tidak ambil tempahan luar dari Lembah Kelang, Really sorry, sebab I taknak ambil risiko dengan postage. Takut HB rosak.

I have another Pearl HB untuk disiapkan sebelum hujung Januari. Customer dari IKEA. Hehehehe!

Okay, got to go. Bye!






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, December 3, 2014

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Seberang Perai, Penang

Assalamualaikum.







First time ambil order dari orang jauh, alhamdulillah selamat sampai dengan baik. Risauuuuuuuuuu giler kalau jadi apa-apa kat Pearl HB tu. So now, confident lah nak ambil tempahan seluruh Malaysiaaaa! Ops.. HEHEHEHE.


Pearl Hand Bouquet murah
Pearl HB murah

Wassap Saila 019.2290413

Nanti kita nak buat promosi untuk b2b 2015, tapi end of Disember lah ye.. Tak sempat sangat-sangat sekarang nie, dah settle semua tempahan dengan GA baru kita cakap pasal promosi Pearl HB ni eh?!









Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, November 18, 2014

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Taman Samudera Batu Caves

Assalamualaikum.








Tema kali ini Gold dan Silver. Sebelum siap rasa canggung sikit kan? Tapi bila dah siap, cantik rupanya. 

Percaya? Tak percaya? Aku lagi tak percaya.. Hahahaha! Pearl HB siap selepas habis berpantang. Good job Saila! Customer nak pada November. Sebelum bersalin aku dah beli bahan-bahan. Standby je untuk disiapkan. Masuk je November dapat berita kurang baik, terpaksa contact customer mintak hantar lambat sikit dari tarikh yang dijanjikan. Alhamdulillah customer faham, dah macam kawan pulak dengan customer ni. HEHE! 

Selepas ini tempahan untuk Pearl HB dibuka seperti biasa! 

Sebelum tu, aku nak bagitahu awal-awal harga masih sama macam mula-mula aku buat Pearl HB. Harga paling murah aku rasa. Kalau ada lebih murah dari Pearl HB aku ni memang hebat lah orang tu. Hehehehehehehe. Aku tak beli secara pukal atau borang pearls ni semua. Oleh kerana itu aku tak dapat nak kurangkan harga HB lebih rendah lagi. sobs! Aku pun tak amek tempahan dengan kuantiti yang byk dalam sebulan. Jadi, aku tak boleh dapat harga borong. Maaf :(

Banyak tempahan aku terpaksa tolak sebenarnya, sebab customer mintak pos kan HB. Tapi lepas ni aku akan ambil tempahan luar dari KL tapi harga courier akan di charge lah ye. Mahal sikit dari courier Pos Laju. Sebab aku taknak guna diorang. HB ni barang SENSITIF. Taktau lah diorang take note atau tak. Huh!

Manik/Pearls pulak aku bukan guna pearls yang TAK BERKILAT tau. Pearls aku jenis BERKILAT. Super shining punya. Boleh compare lah dengan Pearl HB yang lain k!

Aku SEBOLEHNYA akan guna pearls bersaiz besar untuk main colour. Pearls kecik untuk shadow. Tapi kalau dah terdesak, warna utama takde dalam bentuk pearl besar, aku terpaksa guna saiz sederhana atau kecil. Part ini aku tak boleh tolong, sebab aku tak straight dengan pemborong. Huhuhu! Maaf sekali lagi. Tapi! Kalau aku terpaksa guna pearl sederhana atau kecil, aku terpaksa lebihkan pearls dalam satu HB. Aci kan?

Cukup lah kot penerangan aku ni.. First time pulak aku membebel pasal manik bagai. Bukan apa, nak pastikan customer puas hati bayar untuk dapatkan Pearl HB aku. Kot lah ada yang lebih murah, boleh lah bandingkan kenapa Pearl HB aku mahal dari peniaga lain.

Tunggu apa lagi b2b? Ada yang nak pakai Pearl HB untuk hari bersejarah? Meh la wassap kita 019-2290413. COD area Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Booking + Security Deposit 50%. Balance lagi 50% bayar masa ambil HB. Bagi yang guna postage, payment 100% ya :)






Love,
Nursaila Norman!



Monday, July 14, 2014

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Wangsa Maju

Assalamualaikum.




Cakkkk! Hye! Say hye kat Pearl Hand Bouquet di bulan Ramadhan pleaseeeeee.. Hehe! B2B nak pakai masa September. Tapi September kan i iz bercuti nak layan baby.. Aku kena siapkan awal maksudnya sebelum bulan September. Alhamdulillah, siap jugak. Besar betul dugaan nak buat Pearl HB di bulan2 Ramadhan rupanya.. Hehehe! Mana taknya, siang-siang letih kurang tenaga, dah berbuka letih jugak, sebab terlebih makan. HAHA.






Aku memang kejam terhadap blog sekarang ni. Aku utamakan ig dari blog. Huhuhu. Cepat dan mudah. Tapi aku saaaaaaaaayang blog sama macam dulu. Dont worry ya encik blog. Kamu masih diperlukan. Cuma update kat ig lebih awal berbanding blog. Hiks! Sorry.

B2B Wangsa Maju, thank you sangat sebab bagi duit raya untuk baby. Malunya.. Huhu! 




Love,
Nursaila Norman!




Friday, June 6, 2014

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Subang Jaya

Assalamualaikum.



Fuhhh! Ini lah Pearl Hand Bouquet paling laju aku pernah buat. Hari Isnin orang order, nak pakai hari Sabtu. Maknanya? Aku kena siapkan hari Khamis.Dalam masa 4 hari mesti siap. Oh, kenapa Khamis? Sebab Jumaat nak hantar dah.

Selalunya aku berat hati nak ambil tempahan last minute. Sebab takut tak mampu nak kejar masa. Tapi entah kenapa kali ni aku ambil. Kun fayakun.

Alhamdulillah, siap jugak satu lagi Pearl HB Nursaila Norman. Walaupun production Pearl HB kita sangat slow. Masih ada lagi 2 Pearl HB. Insyaallah akan siap seperti yang dijanjikan (customers : Wangsa Maju & Bt Caves).

First time aku buat pearls kaler purple. Teruja gila masa snap pic HB. Hehehehehe! Jom lah cuci mata petang-petang ni. Malam ni nak hantar dah ke tuan empunya :)



teaser sikittttttt....



*********************************************************













Color : Pink & Purple.

Kalau ada yang nak tempah, masih boleh lagi. Postage tak buat ya, COD only. Area Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Wassap 019-2290413. Booking + Security Deposit 50%. Balance lagi 50% bayar masa ambil HB. Pearl Hand Bouquet murah!



UPDATE!!




Love,
Nursaila Norman!



Monday, May 19, 2014

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Serdang

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, berjaya jugak sebentuk Pearl Hand Bouquet sepanjang aku pregnant ni. Banyak hal yang kebetulan jugak sebenarnya, aku memang nak kurangkan ambil tempahan, pastu aku pulak malas teruk awal-awal pregnant dulu, pastu kebanyakkan yang nak tempah pulak mintak pos. Maaf sangat, aku tak cukup hebat lah kot sebab tu aku tak berani nak pos. Huhu! Salute jugak tengok orang lain pos Pearl Hb. Kos lagi. Memang mahal lah nak pos nih, sebab Pearl Hb berat. COD je ye :)

Malam tadi paksa diri supaya siapkan Hb. Alhamdulillah siap jugak, siap pun sebab konon-konon merajuk dengan Suami. Kalau merajuk mesti lah sorang sana, sorang sini kan. Merajuk baru boleh buat keja. Hahaha! Kalau tak apa kerja pun tak jadi.. Hewhewhew!







Color : Soft Blue (Tiffany Blue) + White + Grey. Actually kaler real dia sangat softtt.. Aku sendiri suka dengan kaler ni sebab sangat soft and sweet. Pandai owner pilih kaler :) 

So far aku masih boleh ambil tempahan lagi, tapi dah nak bulan puasa dan raya kan, tapi mana lah tau kot-kot ada yang nak kawen lepas raya, aku boleh siapkan awal :) Tak mahal pun, bayar deposit dulu langsung tak rasa mahal, hiks!  Bayar balance bila ambil Hb.

Apa-apa boleh wassap 019-2290413 atau email macam kat side kanan yer!

Bakal pengantin, harap awak suka!


UPDATE!!





Love,
Nursaila Norman!



Monday, November 18, 2013

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Shah Alam

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, rezeki lagi. Cuma buat masa sekarang ni aku slow down kan tempahan. Maaf ye kalau mana-mana yang aku terpaksa tolak tu :(

Ini Pearl hb yang terbaru,
































Customer cakap baju pengantin warna pink belacan, puas la aku godek warna apa yang sesuai.. Kalau ikutkan warna yang sesuai warna-warna kuning. Untuk tak nampak terlalu terang sangat, aku match kan kuning, kuning lembut dengan hijau lembut. Riben aku combined soft pink dengan cream.

So far,aku yang teruja. Harap b2b pun teruja jugak, amin :)


lepas hantar pearl hb dekat PJ, request makan sup Jln Doraisamy.
tepi jalan dekat tengah-tengah kota.
pakai kereta mewah-mewah, tapi parking makan kat sini.
hiks!




Love,
Nursaila Norman!


Monday, September 16, 2013

Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.


Selamat Hari Malaysiaaa!! Sayangi Malaysia!

Harini cuti, disebabkan Suami tiada.. Boleh la nak update FB, Blog blablabla.. Cuba kalau dia ada.. Hahaha.. Tak jadi apa. iheeeee. Cuti-cuti ni apa kata cuci mata dengan Pearl HB Nursaila Norman nak? Jom, jomm..

Yang ini pun disiapkan sepenuhnya semalam masa Suami tiada dirumah.. Hamboiii, nampak sangat si Suami suka buat kerja Isteri tergendala. Hehehehehehehe!








Pearl hb ni serius last minute order, kalau tak clash dengan tempahan lain insyaallah aku boleh usahakan untuk ambil tempahan (taknak kecewakan pelanggan dan tak baik tolak rezeki). Sangat last minute, customer nak datang rumah ambil padahal aku tengah terkial-kial buat hb. Haha. Nasib baik siap jugak dan hantar!

Macam mana tak terkial-kial, aku gigih snap picha untuk dijadikan tutorial untuk korang korang yang request. Wuwuwuuu.. Nak tutorial tak? Kali ni full tutorial okehh. Kalau nakkk, sila kiss dulu ;p




Sementara tunggu customer, posing dulu. Pinjam yerrrrr..ihiks!

Barakallah!







Love,
Nursaila Norman!



Thursday, August 29, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be Sentul/Raub

Assalamualaikum.




Ramai betul b2b guna warna turquoise untuk wedding. Tapi memang warna ni in all the time :)








B2B mintak pearls warna turquoise di bahagian tepi, bahagian tengah-tengah nak pearls warna off white+cream. Masa communicate thru email tu risau sangat, boleh buat ke ni? Sebab belum pernah buat lagi nak asingkan warna macam B2B tu requested. Huhuhu. 

Tapi alhamdulillah, berjaya jugak.

Selamat pengantin baru in advance, barakallah!



UPDATE!!






Love,
Nursaila Norman!



Thursday, August 22, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be Raub

Assalamualaikum.








Barakallah Salfiza, moga kekal ke Jannah :) Bride to Be Putrajaya/Raub. B2B requested warna yang sama macam pearl hb aku. Masa tu macam risau jugak betul ke ni, tapi bila B2B attached kan pic masa email tu, confirmed lah warna macam ni.

Selalunya customer yang tak familiar dengan KL, Taman Titiwangsa lah tempat berjumpa.. Hehe! Mana-mana yang dah biasa tu, okay je mana-mana asalkan senang nak access. 

Tempahan dibuka semula untuk wedding September dan seterusnya. Untuk Ogos baru-baru ni saya minta maaf sangat terpaksa tolak beberapa tempahan due to fully booked. Tak menang tangan nanti hasil tak kemas, saya memanggggg tak suka. Maaf banyak-banyak.. Sampai terkejar-kejar nak menyiapkan baju raya sendiri. Last-last baju raya kedua pending sampai sekarang. Haha!

Seeloknya tempah 3 minggu sebelum majlis yer, kalau takde tempahan, seminggu lebih dari due date boleh jugak tapi itu pun KALAU takde tempahan lain. Kalau ada saya tak janji.

sobs!

Yay, kawennn!






Love,
Nursaila Norman!



Monday, August 5, 2013

Pearl Handbouquet : Bride to Be Zai (Ipoh)

Assalamualaikum.





Alhamdulillah sekali lagi, dalam tak sihat, malas malas malas malassss je siap jugak pearl handbouquet bakal pengantin dari Ipoh ni. Huhuhuhuhu.. Cuba cari net warna navy blue, memang tak jumpa lah kan.. Huhu. 

Combination color : Navy Blue and Cream/Soft Brown

Ramai betul kawen lepas raya, harap bersabar yer mana-mana yang dah bayar deposit tu.. Insyaallah siap dan akan sampai ke tangan sebelum tarikh majlis. Dont worry yer.. Doakan saila sihat dan super rajin ekk :)











Bride to be kawen raya ke-2, semoga kekal hingga ke akhir hayat, amin. Semoga awak suka yer Zai!

Barakallah!





Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, May 28, 2013

Pearl Handbouquets : Bride 2 Be From Rawang & Sg.Besi

Assalamualaikum.


Edisi meng'update' Pearl Handbouquet secara berjemaah, hikhik!



Pearl Handbouquet untuk B2B dari Serendah, Rawang












Pearl Handbouquet untuk B2B dari Sg.Besi






Alhamdulillah, semua selamat sampai ke tangan mereka.





Love,
Nursaila Norman!

Saturday, May 4, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be From Selangor

Assalamualaikum.


Hello! Ini ialah pearl hb Nursaila Norman yang ke-3, alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan korang! Tema yang diminta ialah Turqoise + Lavender, super sweet :)















Bagi aku bukan mudah nak buat jadi bentuk bulat pearls tu semua, huhuhu! dan bukan senang nak buat holder dia.. Silap bentuk boleh jadi lain. sobsobsobsob!

Tapi kelakar bila Suami ingat hb ni pearl hb resepsi aku. Hehehe, ingat pulak dia.. Selalunya orang lelaki ni mana la ingat benda-benda remeh macam tu kan.. Huhuhu. Ada beza sikit, cuma collar dengan holder dia memang warna yang sama la kan.. Hikhik. Tapi yang b2b ni punya lebih cantik. Well, untuk orang punya kena lah lebih cantik dari sendiri punya kan.. :)

Apa-apa pun alhamdulillah, dah siap :) Nak tempah memang dialu-alukan, hiks!


UPDATE!!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, May 1, 2013

Pearl Handbouquet for E-Day

Assalamualaikum.



Hai semua! Alhamdulillah, dah selamat sampai ke tangan owner :) Warna pilihan Yellow Mustard + Emerald Green + Cream. Phewwww! Pandai customer ni pilih warna kan? Hasilnya cantik gilerrr bila dah combined.







versi outdoor, thanks Ayah hikhikhik!

Nak tempah? Email je eh!

Baju tunang beliau next entry pulak :)

Jangan lupa view Nursaila Norman Items #1 untuk abstract halfmoon shawl cantik-cantik tau.



Love,
Nursaila Norman!