CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Conversation. Show all posts
Showing posts with label Conversation. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Conversation #9

Assalamualaikum



Normally dah kawen ni conversation antara kami agak berbahaya untuk dikongsikan. Haha!

Tapi conversation pagi tadi aku boleh share kat sini sebagai rujukan. Eh? Kenangan. Kot. Takpe.

Sehari dua sebelum ni aku ada cakap dekat Suami, kalau dia boleh apply cuti on 19 Januari 2016 aku appreciate sangat. Tapi tengok pada keadaan kerja aku jugak. Kalau aku boleh cuti pada tarikh 19hb baru aku cuti dan dia pun cuti. Kalau aku tak boleh cuti, dua-dua tak payah lah cuti. Cuti pun bukan apa, nak bawak Melissa check up je.

Tak mampu rasanya nak pergi check up sorang-sorang. Anak baru sorang hoi!

Check up dekat KKIA, sedia maklum lah suasana macam mana. Anak yang normal sejam je dia akan bertahan. Lebih dari sejam dia mula bosan. Mak pun bosan, ini kan pulak anak. Huhuhuhu. Kalau ada Suami boleh lah Suami pegang anak, bawak main kat luar sementara Emak tunggu giliran sambil bersesak-sesak dalam KKIA tu. Last month aku sorang je bawak Melissa check up, sebagai Emak yang mengada of course aku tak boleh handle sorang-sorang. Hehehehehehehe! 

Kalau Suami boleh cuti baru aku bawak Melissa check up. Kalau tak, tak payah. Bukan amek vaksin pun. Timbang berat dan ukur tinggi je. Huhu.

Pagi tadi Suami sebut '19hb kan? nanti sayang apply cuti'. Aku sebagai Isteri yang berbudi bahasa cakap lah 'kalau tak boleh takpe tau..' Padahal aku malas nak pergi KKIA. 

Tak lama tu Suami cakap '19hb anniversary couple kita..'

'Eh, ingat kee?' Isteri yang teruja bila Suami ingat tarikh anniversary zaman jahiliah.

'Ingattt..' Suami senyum.

Isteri pun tersengih-sengih mengenangkan tarikh 19hb tu bermula pada tahun 2007!

Dah puas tersengih-sengih aku cakap kat Suami 'nak bunga ehh?' Wink! Wink!

Harap-harap dapat lah bunga sejambak. Roses merah pulak. Huiiiiiii..

'La, kan sayang dah bagi bunga tu. Boleh bernyanyi lagi' 'Berjoget pun bolehh'

Hahahahahahahahahahaha! Kami panggil Melissa tu bunga. Bunga abah. Bunga tu buat apaaaaaaaaaa.. Bunga memok. Nak bunga merah ada kelopak. Huhuhuhu.



Senyum jugak lah sebab dah dapat bunga boleh nyanyi. Alahaiiiii.. Hikhikhik.




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, March 20, 2014

Conversation #8

Assalamualaikum.


Macam best-best je nak share conversation laki bini kan? Kalau yang tak sesuai tu tak payah lah share. Hehehehehe. Yang elok-elok je share.. Yang kureng tu, gelak berdua jelah. kehkehkeh.

Bagi chance aku nak share conversation kami eh.. Dah lama tak usik Suami dekat blog :p

Tak payah lah nak buat entri asing-asing kan? Buat sekali jelah kan?

Conversation 1

Situasi di pagi Sabtu, sesi mengemas rumah. At first aku cakap dekat Suami tolong tarik cadar, sebab tilam berat yang amat! Sengaja nak ngada-ngada, tarik selimut macam merbahaya. Hehehe! Tapi Suami mandi lama sangat. So aku mintak tolong Suami pasang cadar sebab nak angkat tilam berattttt yang amaattt. Jenis cadar pulak fitted. Tak baik untuk ibu dan baby. Hiks! So aku tinggalkan Suami memasang cadar sorang-sorang dalam bilik. Aku menyapu lantai dapur. Tak lama tu Suami tanya dari dalam bilik :

Suami : corak bunga kat cadar ni macam ni kan?
(macam lah aku boleh nampak)
Aku : haaa? (tak fokus)
Suami datang dapur : corak bunga patut macam ni kan? (sambil tunjuk cadar)
Aku : yee, pandaiii..

Tak lama tu aku masuk bilik nak bersiap.

Aku : Laaaa, kenapa sarungkan bantal sekali.. Tolong sarungkan cadar je ayangg..
Suami : takpe lahh..

Tapi macam biasa lah kan, kalau orang lelaki buat keja.. Buat tu memang buat.. Tapi.. Errr, tak kemas mana lah kan.. Hehehehe.

Aku : apa lah teruk sangat cadar ni, kemas-kemas lah sikittt (sambil betul-betul kan senget benget cadar)
Suami gelak sengihhh je.
Aku : sebelum ni pernah pasang cadar tak?
Suami : pernah.. (dengan penuh confident)
Aku : bila?
Suami : ni lah, first time..

Terus aku tergelak besar tak jadi nak marah, rasa nak peluk pun ada. Tapi kang jadi lain pulaks T___T


Conversation 2

Sejak aku pregnant, sejak berat badan semakin menaik dan bertambah ni, lagi galak Suami mencubit pipi aku. Dulu cubit jugak tapi takde la macam sekarang ni, 24 jam nak mencubit je keja. Apakah??

Tak kira time aku tengah tunduk menulis pun gigih carik pipi aku pastu cubit. Tengah ngadap cermin sapu-sapu krim pun cubit. Dang. Grrrrrrrr..

Sampai lah satu tahap kami nak keluar rumah, dia cubit lagi pipi aku. See? Agak lah nak keluar rumah dah pun, pun kena cubit? Pastu boleh dia cakap sesuatu yang aku tak dengar part yang last sekali. Memang aku tak dengar ayat last tu, so aku curious la nak tau ayat yang last tu sebab dia gelak. Aku pun nak gelak gak. Aku paksa jugak dia cakap..

Suami : baru bela setahun dah mok mok dahhh.. macam bela ayam..


Korang agak apa jadi lepas tu? Urgggghhhh! Kejamm samakan aku dengan ayam. Huhuhuhuhu. Dia gelak, aku gelak jugak tapi aku cubittttttt lengan dia kuattt2!

Huh!





Love,
Nursaila Norman!


Friday, September 20, 2013

Conversation #7

Assalamualaikum.


Rupanya dah lama tak share our conversation kan? Ada kot yang fikir kami dah kawen, dah tak berbual gurau-gurau macam dulu? Ada kot yang fikir kami dah kawen, dah taktau nak bual apa? Alhamdulillah, lepas kawen ni lebih lain dari sebelum kawen rupanya. Lebih sempurna rupanya. Lebih seronok rupanya. Huhuhu! Cuma, banyak perbualan yang tak boleh dikongsi di sini. Tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Hahaha!

Malam tadi masa aku bertungkus lumus siapkan tempahan, entah apa puncanya aku pun tak pasti.. Tiba-tiba Suami bukak cerita pasal blog aku ni. Katanya dah takde unsur-unsur humor. Ko mampu laki ko cakap cenggitu??

Aku blur okehh.. Aku tanya la apa maksud dia blog aku dah takde unsur-unsur humor.. Dia cakap blog aku dah tak macam dulu, dulu ada lawak-lawak, ada unsur humor.. Sekarang dah kurang sikit.

Sabar jelah.. Aku pun cakap la balik kann.. Sebagai mempertahankan blog aku ni ha.. Hahaha.. Kalau nak humor, gelak-gelak sampai terguling-guling sila baca Beautifulnara yaaaaa.. Situ tempat gelak-gelak sampai perut cramp. Cuba la baca komen-komen diorang kat situ.. Pitam okeh! Sabar jelah dia mintak blog aku ni ada unsur-unsur humor??

Aku takleh terimaaaaa.. sobsobsob!

Apa maksud dia dulu ada unsur humor? Dulu? Huhuhu.. i olls dah matang u olls..

Banyak rupanya nak cover.. Citer pasal hal-hal kawen, DIY, Tutorial, hal kehidupan seharian, sharing knowledge, pendapat, tu belum pregnant. Citer pasal check up, beli barang baby itu ini. Pastu dah ada baby, citer pasal baby pulak sampai lebam.. Pastu Suami aku pulak mintak ada unsur humor? Nak citer apa u olls nak bagi ada humor? 

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Hehe.. Tapi aku suka, suka bercerita, berkongsi, dapat kenalan baru, Suami pulak penasihat terbaik jangan sampai ter'over' dalam dunia blog. Alhamdulillah.

Terima kasih semua XOXO!




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, March 21, 2013

Conversation #6

Assalamualaikum.


Malam tadi duduk depan dressing table, bersiap-siap nak keluar. Suami jenis suka menunggu aku bersiap dalam bilik. Tengok apa aku buat. Paling boring dia akan duduk dekat birai katil tunggu sambil main game kat henfon. Untung sangat kalau dia tak perhatikan aku bersiap. Kalau dia perhati, fokus 100% ada je mulut dia nak bercakap. Huh!

Sambil tangan setting shawl baik-baik atas kepala, tiba-tiba Suami bersuara sambil gelak kecik..

"Nape ayang tak pakai selimut je.."
"Susah sangat berbelit-belit.." hikhikhik.

Sentap okeh!! Ada patut dia cakap shawl tu patut terus pakai selimut je??

Hello, shawl okeh, shawl.. Haruslah berbelit-belit.

Sampai rumah Ibu masa tengah makan malam dia ulang lagi dekat adik aku Leha. Dia cakap better aku pakai selimut je.

Damn!

Kang aku pakai selimut betul-betul baru dia tau. Dia drive, aku tido kat sebelah, padan muka. Hehehehe!!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, November 1, 2012

Conversation #5

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni boleh pulak on FB. Reply pm kwn2 mana yang wish pastu komen-komen dengan En Gaban, lama tak berkomen-komen dengan dia kat FB. Kuat menyakat sungguh.

Macam saya taktau awak nakal-nakal kat status Kak Wan Suhaini. Malu okehhh. Huhuhu.

Secara official-nya kerja-kerja DIY saya dah habis. Erm, yelah kalau tak salah, dah takde apa yang nak di-DIY-kan lagi dah. Lain-lain hal cuma gubahan hantaran dengan pelamin mini sahaja. Lain-lain insyaallah, kalau ad-hoc tu taktau la kot-kot ter-DIY. Hehehe.

Tinggal 8 hari termasuk hari ini sebelum our solemnization day on 9 November 2012. Perasaan still kosong. Tapi En Gaban dah excited+gemuruh dah. Dia dah start bagi kata-kata tazkirah pulak skrg ni.. Tapi best pulak bila dia bagi kata-kata tazkirah how to be a good husband and wife. Rasa macam best je. Especially bila dia tahu tanggungjawab dia menjadi berat untuk jaga aku, lindungi aku, jadi ketua keluarga, pastikan aku baik-baik sahaja. Jadi sedih bila dia cakap dia akan ambil alih tugas Ayah untuk jaga aku. That part aku termenung kejap.

Malam tadi dia ada cakap, dia nak satu je lepas kawen nanti.. Satu je dari aku.
Satu je? Okeh excited disitu sebab satu je kot. Hahahaha.

Jangan bagi sampai dia masuk wad.

Serius aku terkedu. Jangan bagi dia masuk wad. Okay, boleh. Tapi kalau terrrmasuk jugak? Adakah aku fail?

Then aku cakap, bukan senang nak control sakit sekarang ni. Bakteria pun dah canggih, sebab tu kita kena pakai Lifebuoy. Okay, mengarut sudah.

Dia angguk faham. Tapi dia cakap dia nak control bab makanan, taknak makan luar macam skrg ni (org bujang kann), xnak makan makanan tercemar. Nak makan kat rumah pastu nak lepak mamak lepak la. Tapi xnak dah makan-makan luar. Maksudnya aku kena masak. Okay, noted.

Dia cakap dia selalu demam dari kecik sampai dah besar, tapi mak dia jaga tak pernah sampai masuk wad. Dia agak sensitif dengan makanan, salah makan mudah sakit perut, mudah gatal-gatal, memang kena particular sikit bab makanan ni. Kedai pun kalau dah feveret kami maknanya makanan dia okay lah tu. Kalau tak, kami reject.

Dia start hidup membujang sejak tahun 2010. Tapi sejak 2011 sampai sekarang dia nampak terlebih sihat dan terlebih gemuk dari dulu. Nape lah awak tak terlebih sihat sejak 2010. Susah hati ya..

Disebabkan kitorang banyak susah senang, jatuh bangun since 2011, life kitorang semakin better. Sebab tu dia makin sihat dan gemuk. Haha. So aku kena maintain la bagi dia sihat sebab mak dia pun dah pesan mintak aku tengok-tengok kan En Gaban, bab makan En Gaban sangat sensitif. Sejak 2011 aku banyak pantau kesihatan dia, jgn salah makan, jgn selesema teruk-teruk nanti demam.

Okay, kesimpulannya dia anak manja! Hahahahaha.

Berbalik kepada conversation kami, En Gaban cakap adalah sesuatu yang memalukan bagi lelaki kalau dah ada isteri tapi sakit sampai masuk wad. Okay, kes ni tak ambil kira la kes kemalangan ke, sakit kronik ke, sakit keturunan ke. Ini kes apa-apa yang melibatkan tugas isteri tapi suami sampai masuk wad. Ntah, aku susah nak explain maksud dia kat sini, tapi itu lah yang dia mintak.. Aku jaga makanan dia jangan sampai masuk wad. Itu kata kunci dia ya murid-murid.

The best part yang dia cerita kat aku ialah :
Lelaki yang dah berkahwin kalau berkumpul ramai-ramai seboleh-bolehnya nak cerita yang baik-baik je pasal isteri masing-masing. Kalau ditanya sorang-sorang, sape yang paling dia sayang dalam hidup, mesti lelaki-lelaki tu semua jawab 'isteri', 'isteri', 'isteri'.

Eh? Ada ke lelaki sebaik itu? En Gaban cakap mesti la ada. Lelaki yang sayangkan isteri. Sebab tu malu kalau suami tak terjaga.

Harap-harap kita semua tak termasuk dalam golongan isteri-isteri yang tidak menjaga atau tidak pandai menjaga suami. Amin.

A simple conversation between me and En Gaban tapi sangat mendalam. Nampaknya aku kena :
1. Masak makanan yang bersih dan sihat
2. Jangan bagi dia demam
3. Jangan bagi dia gatal-gatal alahan makanan
4. Jangan bagi dia sakit perut

Lain-lain kalau boleh kita pun taknak sesiapa dalam keluarga kita masuk wad dan sakit. Tapi kalau dah Allah bagi ujian, kita terima dengan redha. Tapi still kita kena usaha elakkan semua tu kan.

An apple a day keeps the doctor away.

Sekadar perkongsian rasa.





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, September 13, 2012

Conversation #4

Hai!



Assalamualaikum.


Mungkin entry ini akan menyinggung perasaan sesiapa, dan aku percaya entry ini sangat sensitif untuk diperkatakan. Pertama sekali aku memohon maaf kalau ada yang berasa tersinggung dan mungkin ada yang tidak bersependapat. Its okay. Aku memang tak suka menjadi orang lain. Maka dengan itu aku terlalu kuat dengan kata hati dan sangat berpegang kepada prinsip. Maaf kalau di akhir entry nanti ada yang mencebik. Its okay. I am ready untuk dicebik. 

Apa-apa pun please be kind to me. Apa yang bakal aku tulis selepas perenggan ini ialah kehendak dari hati sendiri, dan kerana DIA. Demi ALLAH bukan kerana lain. Bismillahirrahmanirrahim…

Aku lupa bila, tapi baru-baru ini juga. Sangat baru.

Aku : saya taknak mas kawen banyak-banyak.
Dia diam
Aku : boleh ke mas kawen lebih rendah dari rate yang dah ditentukan?
Dia, masih diam. Berfikir mungkin.
Aku : nanti sayang pls check dengan Pejabat Agama eh.. Saya taknak banyak-banyak.
Dia angguk perlahan.
Aku : saya nak Rm144 je ya. Sempena birthday saya. (senyum meleret)
Dia pandang wajah aku dan senyum juga.

.................................................

Aku SMS dia tanya sama ada dia dah pergi Pejabat Agama atau belum.

Aku : Yani, mas kawen boleh tak bagi lebih rendah dari kadar yang ditentukan oleh negeri?
Yani : boleh je. sepatutnya boleh la.. Sebab mas kawen benda wajib dari suami, seikhlas suami.. Perlu ada paksaan ke kena bagi berapa?
Aku : ntah.. (kerisauan teramat sebab menunggu dia reply SMS aku)

(SMS masuk dari dia)

Dia : Pejabat Agama kata tak boleh, kena ikut rate yang ditentukan negeri.
Aku? Hampa.
Dia : Sayang nak duit Rm300 tu seringgit2 atau lima ringgit? Nnt nak buat gubahan kan? Saya boleh pergi tukar dekat bank..
Aku : ikutlah.. (Sedih. Takde mood. Mengeluh. Lesu)



........................................................................................................................

"Hatta senaskah Al-Quran, aku terima jika ia datang ikhlas dari hati. Perkahwinan bukan satu drama, ia ikatan janji tanggungjawab antara dua hati. Bukan mas kahwin dan meriahnya acara yang menjadi ukuran. Tapi, keikhlasan dan kejujuran dalam membina 'masjid' yang menjadi sandaran"

Firman Allah swt dalam surah An-Nissa' ayat 4 yang bermaksud "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". Sabda Rasulullah saw dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi"

Bukankah Nabi menyebut, sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?

........................................................................................................................



Sedangkan aku bukanlah wanita yang cukup baik dan sempurna, izinkanlah aku memulakan perkahwinan ini dengan kebaikan. Namun aku mungkin, ya mungkin tidak mampu dan tidak kuat untuk mempertahankan niat aku. Dengan itu aku redha dengan apa yang telah ditentukan.





Ini ialah draft. Baru hari ini ada kekuatan untuk di publish. Jangan salah anggap dengan pendirian saya ya.






thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, August 14, 2012

Conversation #3

Hai!



Assalamualaikum.


86 hari lagi. Fuhhh! 86 tu angka kegemaran kami berdua. Hiks! 86 hari lagi okeh. Patut la En Gaban asyik remind aku '...kurang 100 hari je...' gulp! 

Makin dekat makin tak rasa. Sebab malas nak fikir.
Makin dekat makin stress. Sebab gedik nak complete kan rumah.
Makin dekat makin takut. Sebab masih degil macam dulu.
Haihhhh.

Baru-baru ni pun aku still berdegil. Ala, itu pun En Gaban mulakan dulu. Boleh? Hik!

Aku : b sayang tata tak?
Dia  : sayang..
Aku : walaupun tata degil?
Dia angguk.
Aku : nape b still sayang tata walaupun tata degil?
Dia angkat bahu.

Aku tunggu jawapan kot-kot lepas angkat bahu dia nak cakap sesuatu. Tapi takde. Senyap. Aku pandang tempat lain. Berfikir. Dia sendiri takde alasan/jawapan kenapa dia masih,tetap sayang aku walaupun aku degil. Maknanya dia tak perlu kan apa-apa alasan untuk sayang aku lah kan.

Aku terima bahasa badan dia dengan mengangkat bahu sebagai tanda dia terima aku seadanya dan still mengharap aku tak degil-degil lagi.

Betul lah kata orang, tulisan-tulisan sastera.. Cinta tak memerlukan alasan. Biarkan je dia menjawab dengan 'ntah' atau angkat bahu. Itu tandanya dia pun tak tahu kenapa dia cintakan kita. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab mata kita cantik, satu hari nanti mata kita akan berkedut jugak. Kalau dia jawab dia cintakan kita sebab kita comel, satu hari nanti kita akan tua jugak. Biarkan dia terus terima kita tanpa jawapan.

Degil saya bertempat kan,kan,kan? Hehehehe ;) 



selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!


Friday, July 27, 2012

Conversation #2

Hai!



Assalamualaikum.


Malam tadi sebelum terlena, dalam SMS dari En Gaban.



"Shaaaayang by minta maaf.. By dah bg rosak bekas air masak sayang.. By isi air tp tak perasan lak air dlm heater tu panas.. Bekas air sayang dah cacattt.. Dh macam janin."
(janin?? over betul hiperbola dia)

"By?"

"Huhuhu shorie shayangggg.. By tak sengaje.. Huhuhu.. By emel kat sayang esok eh.. Uwaaaa"
(perghhh..siap nak email)

"Bekas air tu tak  boleh guna langsung ke?"

"Bekas air memang tak boleh guna. Terus jadi pendek hampir separuh huhuhu.. Tata sayang by takk?"

"Takpe lah kalau macam tu.. Buang je lah. Mesti la tata sayang by. Kenapa tanya?"

"Sebab by dah  bg rosak barang rumah kita huhuhuhu.. :("

"Lain kali hati-hati.. Nasib baik murah je. Tapi kesian kat bekas air tu.. Tak dapat nak berbakti kat kita lama-lama"
(gila psikoooo!)



En Gaban ni.. Kelakar pun ada. Motif dia sama kan bekas tu dengan janin apa kes eh. Dari nak marah terus tergelak. Ayat yang last tu aku saje je psiko dia.. Hikhikhik! Pasni heret dia g Jusco, beli lain. Tapi yang kaca punya. Padan muka dia. Haha!







update : En Gaban dah email. ni lah bekas air yang macam janin tu. whatthe**






selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, July 23, 2012

Conversation #1

Assalamualaikum



Hai!



Salam Ramadhan awak-awak semua :) Kejap je dah 3 Ramadhan kan. Cepatnya masa berlalu..

Semalam pergi Houz Depot, Jln TAR. Kebetulan je. Biasa la sejak dua menjak ni, tempat2 macam tu pulak yang menarik perhatian kami. Hiks :)

Benda wajib yang kami tengah survey supaya sebelum raya ni dah ada ialah peti ais dan mesin basuh. Tak kisah harga janji puas hati. Kalau aku, mesin basuh wajib fully auto. Sebab aku kan tak suka membasuh. Theee!

Tapi bila dengan En Gaban, banyak pulak spesifikasi dia. Mesin basuh kena yang boleh nampak isi dalam. Maknanya masa membasuh kita boleh nampak kain baju kita tengah berpusing-pusing. Grrrr! Cermin mesin basuh mesti yang anti stretch. Sebab?

Katanya : "yelah,nanti anak kita main-main terkena mesin basuh takde la calar"

Erk!

Bila part peti ais pulak, dia suruh beli yang dua pintu. Satu pintu cukup la.. Huhuhu. Aku satu family ada lima orang rilex je satu pintu. Kadang-kadang over limit jugak. Tapi takde la sampai tahap melimpah ruah. Huhu. 

Katanya : "satu pintu tak cukup la sayang, nanti anak-anak kita ramai dah tak muat makanan"

Errrrkkk!!!!!

Ramai mana? En Gaban ni kannnnnnn. Eeeei, geramnya.

Kebetulan harga peti ais satu pintu dengan dua pintu beza Rm90 sahaja. (sebab ada promosi) Lagi la dia nak ambil yang dua pintu. Alasan dia melampau kan?

Di akhir perbualan yang membuatkan aku terkedu dan tertawa sebab alasan kelakar dia tu :

"sayang, kalau anak kita ramai pun takkan nak bagi makan mcm raksaksa kot.. berpada-pada la. taknak la ajar anak-anak jenis asal letak je makanan terus habis."

Huhuhuhuhu!




selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!