CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 14, 2017

18 Hari Sebelum Masuk Tahun 2018

Assalamualaikum


Sebelum kita review panjang-panjang perjalanan tahun 2017, aku nak bagitahu yang aku sendiri tergelak, tersengih-sengih macam kerang busuk bila ngadap blog ni. Sebab? Aku lupa username dengan password. Bila dah berjaya login aku tersengih pulak sebab sepanjang tahun 2017 ni, ada satu entry je?! Okay, aku kena taip laju-laju lepas tu publish supaya tahun 2017 ni ada la dua entry. Hahahaha!

Like i said before, sejak kerja sini aku dah tak banyak masa untuk taip blog, berangan, mengunyah (tipu), DIY etc. Hidup mati aku untuk ofis-kerja semata-mata (tipu lagi). Husband siap cakap aku kerja On Call. Standby 24/7. Kawan dia besarkan mata pandang aku 'kerja doctor ke?'. Amboi, besarnya mata. Kalau ya kenapa, nampak macam tak layak ke cane? Haha. Saya kerja customer service la, kena jawab call 24/7. Kehkehkeh.

Hari ini genap 18 hari baki yang tertinggal sebelum kita melangkah masuk tahun 2018. Year by year, month by month, day by day. Kadang-kadang rasa biasa, kadang-kadang rasa risau. Most of the time aku akan fikir banyaknya benda aku belum buat. Bila banyak sangat fikir, campur pulak dengan hal kerja, back to back outstation, sama ada aku akan murung atau aku abaikan je dengan secawan kopi. Hahahaha. Fikir banyak-banyak tak guna, tindakannya mana? 

Melissa? Dah tiga tahun pun. Bijak? Bijak ni subjektif. Malas nak ulas. Dia dah pandai buang air kecil tanpa pampers. Tapi malas. Aku tak push dia untuk pandai free diapers dengan pantas. Cukup dengan konsep aku pegang sejak zaman sekolah "just go with the flow". Aku train dia masa mandi. Memang mandi lama gila termasuk sesi pembersihan bilik air bersama-sama, so masa tu dia mesti rasa nak terkencing sebab dah lama sangat main dengan air. Proses dia buang air tanpa pampers tu aku explain dekat dia. Aku jelaskan dekat dia yang dia dah boleh buang air tanpa pampers, yayyyy! Tapi masa tu aku jela bersorak happy, dia buat taktau je. Dalam seminggu berkali-kali lah proses tu berlangsung. Sampai satu tahap Melissa sendiri dah pandai cakap dia nak kencing. Dia akan selesaikan sendiri. Aku biarkan untuk beberapa bulan (3-4 bulan) baru aku slow-slow tak pakaikan dia pampers. Dia berjaya! Tapi malas. Ehhhh.. Tiap kali aku tak pakaikan dia pampers, dia akan cakap "Icha nak pakai pampers". Sorry. Permintaan anda tidak dilayan. Untuk seminggu dua ni aku tak pakaikan dia pampers kecuali dia nak tidur dan keluar jalan-jalan. Mak is malas. Hahahaha.

Rumah? Alhamdulillah, rumah okay. Cuma iya lah bila isteri keluar outstation ni tak sama dengan suami keluar outstation. Faham kan? Huhuhuhuhu. Kadang tu aku malas nak outstation sebab dah boleh bayangkan keadaan rumah bila aku balik nanti. Hahahaha! Decoration? Dah lama stop, last deco pun sebab nak raya. Bila nak start deco balik taktau lah. Ok abaikan.

Eh, makin lama aku taip makin takde arah tujuan rasanya ni. Boleh tak aku stop menaip kat sini je. Banyak sangat gangguan sampai aku hilang fokus. Grrrrrrr..

Tak banyak aku mintak untuk tahun 2018, cukup kalau segala kesempurnaan dilimpahkan kepada kami sekeluarga tahun depan. Amin.

Ok bye, susahnya nak taip bloggggg.

Can't wait to see you 2 0 1 8 !




Love,
Nursaila Norman!

2 comments:

Raydah said...

pejam celik pejam sedar sedar dah penghujung tahun. in shaa Allah semoga dipermudahkan semua urusan...

E'in said...

hopefully lepas nie tak lupe username dgn password lg.. hihi