CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 28, 2012

Masalah Packing Baju : Heading to Kelantan Tonite!

Assalamualaikum.


Semalam bawak balik laptop ofis. Suami dah sampai rumah dulu, bila Suami nampak aku jinjit beg laptop pastu sandarkan tepi dinding rumah Suami tanya dengan nada lembut 'kenapa bawak balik kerja ke rumah?'. Aku cuma senyum tawar dan bagitahu 'terpaksa'. Perasaan yang sangat tak best. But i have no choice. sobsobsob!

Malam tadi jugak mengemas lugage untuk masukkan segala baju, seluar, jeans, blouse aku. Satu masalah aku ialah 'aku tak boleh langsung mengemas beg untuk travel sebab aku tak suka buat pilihan baju mana nak kena bawak, baju mana yang sesuai sebab aku nak angkut semua. SEMUA'. Itu problem aku dari dulu sampai sekarang. Eventho aku travel ke Kedah selama 3 tahun, aku tetap berperang dengan perasaan baju apa yang nak kena bawak sebab aku nak bawak semua. Masalah sungguh. Huhu!

Oleh sebab masalah itu, aku terpaksa menulis (catat) sebelum aku packing baju. Tak lawak kan? So jangan gelak okay. Macam malam tadi aku dah serabut sejak dekat pejabat. Gila tak? Okay, aku takde kampung. Kampung aku paling jauh ialah Hulu Langat, Kajang. Jauh kan? So aku tak kisah kalau ada benda tertinggal, sebab 'ala, dalam Selangor je pun, takyah nak sedih sangat lah'. Yup, sedih kalau stokin tertinggal. Pastu feeling2 macam aku kejam gila sebab tertinggalkan stokin. Haha. Masalah sungguh aku ni.

Cakap pasal catat, aku akan tulis macam ni :

Sabtu
pagi - tshirt+sleluar
petang/tengahari - jeans+blouse 1 (kalau g jalan2)
malam - baju tidur

Ahad
pagi - tshirt+seluar
petang/tengahari - jeans+blouse 2 (kalau g jalan2)
malam - baju tidur

Isnin
pagi - tshirt+seluar
petang/tengahari - jeans+blouse 3 (kalau g jalan2)

Pastu baru aku pergi ambil baju yang aku dah decide base pada catatan aku. Ini adalah untuk mengelakkan aku dari membawa baju yang tak perlu. Nanti aku akan rasa macam ni 'baju ni kena bawa, takut-takut ......... kena bawak baju ni kot-kot ......... ' Ntah hape-hape kan perangai. Tapi bila ada catatan aku dah pasti baju untuk bila dan situasi apa. Selalunya dulu aku akan bawak baju berlebih pastu tak guna pastu berat pastu menyesal sebab semak. Kan!

So malam tadi first time Suami tengok perangai menggelabah aku serupa orang tak betul. Memula nak pilih baju tapi taktau nak bawak baju apa, pastu keluar g kat kabinet TV ambil buku tulis, meniarap kejap atas karpet menulis pulak. Pastu masuk bilik semula ambil baju. Suami ikut je mana aku pergi sebab dia seronok tengok aku kecoh sorang-sorang. Pastu dah ada depan almari, konflik pulak tshirt mana nak bawak. Padahal tshirt je punnnnn!

Puas Suami sengih-sengih, senyum-senyum, gelak-gelak kan aku, tau dia cakap apa..

Suami : first time ta nak pulang ke desa kan? (pastu dia gelak)
aku buat tak kisah sebab aku busy okeh nak pilih baju.

Suami : kelakar la tengok dia pilih baju. siap menari-nari lagi.. (dia gelak2 lagi)
hahaha! perlu ke aku menari-nari sebab stress nak pilih baju??

Suami : kesian dia, susah payah dia nak pilih baju..kelakar pun ada..

Tapi settle jugak aku pilih baju. Pastu aku susun elok-elok dalam lugage, Suami punya baju pun susun elok-elok, barang-barang lain semua pastu buckle, zip lugage, duduk tepi diam-diam. Malam ni tarik je bawak masuk kereta. Taknak fikir apa-apa sebab nanti aku mula la 'nak bawak baju ni jugak lah' pastu bukak lugage pastu sia-sia.

Kalau tak cukup sangat baju (tetiba tak cukup baju, motip?) beli jelaaaa. Haha. Eh, jap! Wakaf Che Yeh banjir ke? Rantau Panjang? Shopping? Macam mana???

Urggghh!

Bawak laptop balik Kelantan. Buat kerja ofis. T____T!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Thursday, December 27, 2012

Nescafe 3 in 1 : Teringat Zaman Belajar :(

Assalamualaikum.


Baru kejap ni bancuh Nescafe 3 in 1, ntah macam mana tetiba nak minum sambil buat kerja. Bila dah start bancuh, for sure lah akan terbit bau yang saaaangat indah dari mug. Tetiba..

*atas meja ada laptop, ada buku-buku, ada segala barang yang tersayang, ada note pad yang menyemak, ada handphone, ada headphone. sambil berdiri aku bancuh nescafe 3 in 1. ifah pun sama. selalunya bila sorang bancuh, sorang lagi pun nak bancuh jugak sebab tak tahan bau aroma nescafe. bila dah siap bancuh, duduk semula dekat kerusi study, sarung headphone, mulalah detik-detik melayan lagu/ video/filem/drama/game sambil minum nescafe. bukan study! bila dah habis se'mug' bancuh lagi. addicted sungguh masa tu. sampaikan En Gaban larang pun aku tetap bancuh. larang dalam sms apa de hal. kahkah. nescafe 3 in 1 memang benda wajib kena refill. dan juga nescafe serbuk yang perlu dibancuh secara manual*

Tetiba aku teringat suasana aku membancuh nescafe dalam bilik kolej. Zaman terperuk dalam bilik batu, kolej yang dikelilingi dengan hutan dan monyet yang banyak dah sebijik macam dalam zoo. Disebabkan aku ni kaki merayap dan kaki melepak, haruslah aku mati kutu dalam bilik kolej. Ketagihan caffeine aku tak pasal-pasal.

Berjaga malam siapkan tesis, assignmnet, exam adalah benda paling havoc dalam hidup aku waktu semester last. Nescafe 3 in 1 la peneman di kala malam sunyi. Takkan nak suruh roomate bangun teman aku buat tesis. Wu! Wu!

Dah kerja dah pun, dah lama aku tinggalkan U. Dah kawen dah pun. Oh! Teringat zaman belajar, aku di Kedah, En Gaban study di Terengganu dan balik ke KL bekerja lepas grad. Aku still di Kedah habiskan study. Berperang dengan perasaan, bergaduh dalam sms akan membuatkan hidup huru hara. Hidup tak tentu arah. Rasa nak jerit kuat-kuat dekat semua orang yang aku tengah jiwa kacau. Rasa nak masukkan tangan dalam henfon pastu bagi penumbuk kat muka En Gaban. Tapi itu cuma mimpi.

Banyaknya kenangan bila bancuh nescafe tadi. Apakah?






Korang ada benda best nak share pasal 'teringat-teringat' zaman belajar dulu tak? Ada sape-sape yang kaki nescafe macam aku jugak? Ada sape-sape yang rasa nak masuk U semula pastu bila minggu exam je baca buku, minggu lain-lain huhahuha sampai lebam. Eh! kitorang satu bilik bila minggu exam lagi galak tengok movie. Kenapa eh?


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Idea : Veil

Assalamualaikum.


Dah lama tak share hal-hal kawen atau pun idea kawen. Dulu bukan main galak lagi kan. Sekarang ni tengok B2B jela buat hal-hal kawen, kadang-kadang ternampak jugak beberapa benda yang aku tak sempat dan tak berpeluang nak buat terus rasa terkilan. Huhuhu. Tu la, malas lagi. Sibuk hal keja je. Padan muka!

Cakap pasal veil, aku memang suka gila, suka nak mati dengan veil. Nasib baik la veil ni pakai time kawen je. Kalau boleh pakai untuk majlis-majlis rasmi atau majlis makan malam memang aku gigih buat berhelai-helai. So, aku nak share sikit pasal veil dekat sini. Kot-kot ada yang berkenan, boleh lah adjust mana yang patut :)








Nipis je lace dia dan kemas gila patching dia. Kain net pun kain yang paling lembut. Rambut? Olololoo.. Nak cenggitu tapi takde keberanian nak try. Huhu. Less is more right? 

Cakap pasal tempahan veil, ada jugak niat nak ambil tempahan, tapi nanti dulu. Tunggu first customer aku yang sorang ni punya veil macam mana eh. Sekarang ni tengah patch. Nak beading je lagi. Kalau yang first customer ni progress dia okay, still boleh buat kerja pejabat dengan smooth, insyaallah akan ambil tempahan. Bukan apa, risau sangat.. Orang nak kawen kan, tak baik la kita buat endah tak endah. Kena lagi bagi full comitment kan. Huhuhu.



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Aktiviti DIY berjalan macam biasa :)

Assalamualaikum.


First DIY : Tudung Syria 



angle ntah hape-hape, picha blur.

Mulanya beli tudung syria hitam ni kosong (plain) takde apa-apa hiasan. Beli dua helai. Sebab dah letak target, tahun 2013 ni baju kerja wajib warna hitam atau campur putih sikit2. Isnin biru. Rabu seluar atau skirt labuh. Supaya nanti bila raya, pergi wedding orang, takde la monyok depan almari. Rasa macam feeling2 nak pergi kerja lah pulak. Huhuhu. Dengan harapan, bila dah pakai hitam sepanjang minggu kecuali Isnin, bila pakai baju warna warni ada la orang tegur 'nampak lain harini'. Berangan!

Disebabkan dah ada empat helai tudung syria hitam, haruslah nampak macam sama je kan. Nak nampak lain aku diy tudung syria ni. Alah, macam yang jual kat butik/kedai-kedai tudung kan.. Cuma yang ini versi selamber badak Nursaila Norman haruslah nampak huru hara. First try. Macam hampeh pun ada aku tengok. Niat dihati nak usaha diy kat tudung lain. Mana tau second try lebih elok dan siuman. hikhik!

Snap sendiri picha macam sedih kan? Suami dah malas nak layan sebab dia dah tak sabar-sabar nak pick up barang bisnes dia. Sampai hati biarkan Isteri snap picha sorang-sorang dah macam perempuan gila. Tu yang blur tu. Dia selamber je tengok berita. Bini dia konon-konon snap sendiri dengan harapan Suami nak kesian. Takde makna! sedih T____T! Wu! Wu!








Second DIY : Pearl Handbouquet





Pearl hb untuk B2B Dayah :) Pilihan warna dibuat sendiri oleh Dayah. Nampak gayanya hujung minggu ni tak dapat la nak siapkan hb Dayah 100% sebab kami Suami Isteri nak pulang ke Kelantan jumpa Mak dan Ayah Mertua :) Insyaallah kalau dapat curik2 masa malam ni akan aku usahakan. Sikittt je lagi. Chaiyok2 demi bakal pengantin. Sweet pulak warna pilihan Dayah kan.

psst : Dayah, macam mana? Okay?


**konflik, nak buat kerja ofis atau kerja diy dekat rumah. huhuhu. kenapa mesti bawak balik kerja ofis ke rumah?!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, December 24, 2012

Weekend : Our Precious Time :)

Assalamualaikum.



Be in the habit of getting up bright and early on the weekends.
Why waste such precious time in bed?
"Marilyn vos Savant"
google



Setiap hari sabtu dan ahad memang banyak habis dekat aktiviti buang masa tapi bersama-sama. Er, bermula jumaat malam sampai la ke petang ahad. Membuang masa bersama-sama. Errr, sejak sebelum kawen kami memang susah nak lepak rumah. Lebih suka lepak mamak dan ke sana ke mari. Bila dah kawen lagi la galak.. Tak kira siang malam. Selagi tak mengantuk gila-gila selagi tu tak habis-habis cari idea 'nak g mana lepas ni?'.

Tapi lain betul rasa melepak dengan Suami berbanding zaman boyfren girlfren dulu..
* tak kisah nak ke mana pun
* tak kisah nak keluar pukul berapa pun
* tak kisah nak balik pukul berapa pun
* dah boleh nak tolong suapkan kalau malas sangat nak pegang sudu garfu
* dah boleh sandar-sandar sambil tengok game bola
* rasa lebih tenang n rilex sebab 'hey, ni suami saya'
* pukul 1am lapar pun selamber je ajak lepak mamak T____T



Supper @Danau Kota : 2.00am








Shopping @Jakel KL. rabak!





target : baju kerja cuma warna hitam sahaja. supaya bila nak pergi wedding orang, raya, takde la rasa bosan semacam ^__^




Supper @Mamak : 12am





Melepak di bengkel tunggu Suami melayan baby dia. Lapar pun aku sanggup hold. Huhuhu!










Lunch @Danau Kota : 3pm





Supper @Mamak : 1am





Bila dah malam, esok nak kerja mula la rasa malas sebab tak puas lagi. Bila dah rasa macam tu mula la bagi cadangan 'minggu depan kita duduk rumah je, rehat-rehat'. Bila weekend menjelma, 'nak pergi mana hari ni?'.

Pagi ni bangun lambat pergi kerja, 6.20am baru terjaga. Akibat supper dekat mamak sampai pukul 1.30am. Hehehehe! 6.30am bangun siap-siap Suami nak tolong hantarkan. Seronok gila bangun pukul 6.30am bukan 5.30 macam selalu. Huhuhu! Sempat mengemas sikit-sikit kot. Sampai pejabat 8.12am tak pasal-pasal merah punch card aku. Hehehehe. Tu la, berlengah-lengah lagi.

Esok cuti Xmas! Malam ni nak tengok orang-orang celebrate Xmas dekat BB. Tapi risau jugak, naik bulat-bulat bijik mata tengok orang Malaysia sambut Xmas. Pernah sekali je tengok-tengok, boleh tahan diorang berarak ramai-ramai kat atas jalan raya pastu sembur snow dekat kereta, motor,orang ikut suka diorang. Dalam meriah-meriah tu ngeri jugak. Huhuhu. Tak biasa la tengok benda-benda macam tu. Huhuhu!

Sayang, Fraser jadi tak?


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Saturday, December 22, 2012

Sudah jumpa macam mana nak UNFOLLOW :)

Assalamualaikum.


Baru kejap ni godek-godek sampai picit-picit kepala. Haha, overnya. Bila Leha join aku cari cara macam mana nak unfollow terus jumpa. Tapi baru unfollow satu blog je pun. Testing. Pastu terus update dekat sini kot-kot ada sesiapa nak unfollow jugak :)

Caranya?
(maaf, tiada gambar yang boleh memudahkan pemahaman anda. huhu)

***********************************************************************
1. Pergi ke blog yang anda nak unfollow tu.

2. Lihat bahagian Followers (members). Nampak 'Join this site'? Klik button 'Join this site'.

3. Keluar window baru, klik dekat button 'Google'. Masukkan password anda.

4. Kembali ke blog yang anda nak unfollow tu, sila lihat bahagian Followers (members) semula, anda akan nampak picha anda sendiri (link blog anda). Klik 'Option'. Klik ' Site Setting'. Bila ada window baru, klik 'Stop following this site'.

5. Settle. You are already unfollow the blog :)

************************************************************************

Tak happy pun nak unfollow blog orang. Tapi terpaksa :( Bila bukak blog-blog tersebut terus terdetik 'aku ada follow blog ni rupanya'. See, betapa lamanya tuan tanah tersebut tak update.

Maghrib-maghrib update blog. Kesian Suami. Tunggu aku melayan blog. Huhuhu. 

Okbai! Nak solat pastu makan malam!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Friday, December 21, 2012

Macam mana nak UNFOLLOW?

Assalamualaikum.


Sesiapa tahu macam mana nak unfollow blog? 

Tapi korang jangan la salah anggap, aku nak unfollow blog yang dah berbulan-bulan which is hampir setahun tak update. Bukan blog yang aktif ya! Baru kejap ni aku nak follow blogger sorang ni, tapi tak boleh sebab keluar warning 'You are already following the maximum number of Blogs (300). Unfollow some other blog first' WTH, suka hati la nak follow banyak-banyak pun. Ni yang nak marah ni. Huhu!

Memula buat blog sebab aku suka menulis dan membaca. So followes memang ciput sangat-sangat time tu. Nak dapat sorang follower pun susah (berbulan-bulan pun belum tentu ada). Tapi takpe, sebab tujuan asal buat blog sebab nak menulis suka-suka. Dan aku akan follow mana-mana blog yang aku suka sebab aku nak membaca. Diorang nak follow aku atau tak itu tak penting.

Tapi bila dah aktif macam ni, banyak jugak blog-blog yang aktif, banyak bagi info, banyak bagi pendapat, aku jadi suka. Banyak ilmu boleh dapat. Tapi tak sangka lak dah maximum. Dah tak boleh nak follow blog yang aku rasa penting untuk share cerita, lagi-lagi dengan orang yang dah kawen atau yang dah lama kawen. Better aku unfollow blog-blog yang tak hidup kan. Bukan sengaja nak unfollow, kalau boleh semua yang best aku nak follow, tapi nak buat macam mana.. Dah dapat warning suruh unfollow :(

Takpe, seriously, aku akan unfollow blog yang betul-betul tak aktif, yang dah lama gilaaaa aku tak tengok blog dia. Silap-silap profile bloggers tu pun aku tak kenal dah. Huhuhu!

Nak utamakan yang aktif, yang share cerita-cerita best (terapi hilangkan bosan), banyak bagi tips, banyak bagi info, banyak bagi idea-idea baru.

Please, sesiapa yang tahu macam mana nak unfollow blog mintak tolong sangat tinggalkan komen ye *begging*

sobsobsob!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Woahh! Kena TAG lah pulak.

Assalamualaikum.


Nak jugak ada pengenalan. Hikhik. Taktau kenapa tak boleh bukak link blok bloggers dari dashboard. Sakitnya hati. Huhuhu! Bila ternampak link 'View in Google Reader' dekat sudut kanan atas dashboard baru boleh baca entry korang tapi tak semua pun, sebab loading tak sudah-sudah. Huhuhu. Pastu terbaca la entry Rina Ellisa, boleh pulak dia tag aku. Huhuhu! Nakal sungguh ini budak.

First time nak main soal-soal kat blog ni tau. Huhu.. First time nih. Excited nih nak jawab soalan. Hahaha!

Lets go!



1. Siapakah diri saya di rumah?
Kalau kat rumah aku garang (tak caya tanya adik-adik), pastu emosi lebih (tetiba). Tapi kalau mood baik nak mati tetiba boleh jadi badut sarkas. Nyanyi macam suara sedap, buat aksi lawak macam orang gila tepi jalan pastu nyakat adik-adik suruh diorang tengok aksi ntah hape-hape. Gelak kuat-kuat sampai kena marah dengan Ibu. Suka melawan cakap sebab degil. Huhuhu! Ayah suka mengusik pastu bengang sorang-sorang.

2. Siapakah diri saya di samping rakan?
Kalau kawan paling rapat kenal bertahun-tahun dah masak sangat dengan perangai masing-masing (sorang je pun kawan paling rapat yang aku ada), kitorang takde rahsia. Tiada. Walau macam mana kasar sekali pun perangai aku, aku takkan sakiti hati dia (cuba sedaya upaya). Kawan rapat, tak semua benda aku akan share, dan for sure aku akan jadi diri sendiri. Huha-huha tak tentu hala. Tapi kalau kawan biasa-biasa aku otometik jadi pendiam pastu nampak macam sombong. HUHU!

3. Lima benda yang di idam idam kan tapi tak dapat lagi?
Rumah sendiri, kerja yang sebati dengan jiwa, superbike, library kecil, anak(s) O.o!

4.Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?
Ahmad Shahir bin Sebawi (husband saya!)

5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia?
- penyabar dengan perangai aku yang panas baran, moody, sensitif
- kelakar
- suka mengusik aku
- pandai ambil hati
- dia lah kekasih, dia lah abang, dia lah adik, dia lah bapak, dia lah musuh aku

6. Tarikh membina ikatan?
- 9 November 2012

7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?
- Bila bergaduh benda kecil tapi jadi besar sampai tahap nak putus tapi tak putus-putus jugak :D

8. Lagu tema cinta?
- Lucky oleh Jason Mraz. Daripada kawan kau-aku, sekarang jadi Suami!

9. Apakah perubahan yang saya nak tengok pada dia?
- Jadi garang. Hahahaha! Boleh keww?

10. Tag 10 member lain?
Zana
Dijah
Ayut
Tqah
Diyana
Linda
Eika






* kalau boleh nak tag semua! benci la kena buat pilihan macam ni. huhuhuhu!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, December 19, 2012

Kerja vs Duit :)

Assalamualikum.


Baca tajuk pun dah boleh agak kan. Isu duit memang takkan habis sampai bila-bila. Huhu. Kita akan start dengan bismillahirahmanirahim. Pendapat mungkin berbeza tapi matlamat kita pasti sama 'duit untuk kelansungan hidup'. Harap boleh share info, idea, pandangan ye bloggers sekalian :)

Bulan ini adalah bulan kedua aku atau maksud yang lebih luasnya 'kami' berkahwin. Rezeki berkahwin ni pasti ada, Allah dah janjikan. Nak tau sesuatu tak? Sesuatu yang aku belum pernah sebut di mana-mana sebelum ni.. Aku pernah beli sebuah buku pasal perkahwinan, cover buku tu warna purple, tajuk tak ingat, beli dekat lorong-lorong buruk di sekitar KL. Dalam buku tu aku sempat baca berulang-ulang kali satu ayat.. Ayatnya lebih kurang bermaksud yang Allah dah janji akan ada rezeki untuk mereka2 yang berkahwin. Ayat dalam buku tu sangat kuat penyampaiannya cuba menjelaskan bahawa selepas kawen PASTI akan ada rezeki. Allah akan beri.

Lepas aku baca ayat tu, aku terus bagitahu Suami (En Gaban pada masa tu) yang aku tak risau pasal duit untuk kawen dan lepas kawen. So aku nekad yang kitorang kena decide tarikh kawen dan mulakan persiapan. Bermula dengan niat nak berkahwen tu, rezeki terus jadi murah. Baru nak kawen, belum kawen. Betapa Allah dah janji kan.

And yes, sebulan lebih kami berkahwin rezeki kami tak penah putus. Sampai satu hari tu Suami bersuara yang dia agak terkejut sebab rezeki sentiasa ada. Sebelum kawen memang la rezeki tu ada, tapi agak tercungap gak la bila sehari dua nak dapat gaji baru. Memang sangat baru tempoh 'sebulan lebih' kami ni, tapi aku percaya dengan satu hal : kalau yang kali pertama berjaya, untuk kali yang seterusnya seharusnya akan lebih lagi berjaya.

Untuk bulan pertama ni semua urusan duit, perbelanjaan, blabla (segala mak nenek berkaitan dengan kewangan) kitorang mampu uruskan dengan baik mengikut bajet yang kitorang dah susun. Alhamdulilah. Takde isu duit terkurang, terhabis ke tempat yang tak dirancang, atau ter ter yang lain.

Aku pernah terfikir, lepas aku kawen boleh ke bagi duit lagi dekat Ibu, Ayah, Miza macam aku bujang. So bajet pertama aku mula-mula kawen aku susun baik-baik. Alhamdulillah, aku still mampu bagi diorang macam biasa tanpa ada pengurangan jumlah. Walaupun masa aku bagi diorang haritu diorang berat nak ambil, lagi-lagi Ayah (sebab diorang risau aku tak cukup duit) tapi aku yakinkan diorang yang memang aku mampu dan akan terus bagi selagi aku bekerja. Diorang fikir orang baru kawen banyak nak pakai duit, banyak habis duit. Tapi alhamdulillah, kami okay dan sangat okay.

Aku pulak baru ada kereta (kereta keluar masa hari nikah), maknanya komitmen aku bertambah, aku sebolehnya taknak bebankan Suami. Kereta tu atas nama aku, so biar aku je yang bayar. Insyaallah, lagi 2 tahun Suami habis bayar Ninja dia tu, baru aku serahkan dekat Suami untuk bayar kereta aku. So sementara 2 tahun ni, tabahlah aku tengok payslip aku nanti kena tolak siap-siap bayar hutang kereta. Haha.

Kalau dengan aku memang aku akan ambil masa yang lama untuk decide bajet. Buku, sampul surat/sampul duit, kalkulator wajib ada. Sebelum aku decide apa-apa peruntukan, aku akan kira dari banyak sudut dulu, tengok mana yang lebih berbaloi, mana yang lebih selamat baru aku muktamadkan. Nampak macam complicated kan? Tapi takpe, complicated sikit asalkan kita berada di win-win situation.

Semalam gaji, termasuklah bonus separuh gaji (separuh je, tak payah menggelabah sangat huhu). Takut aku nak keluarkan duit. Belum buat bajet lagi, so taknak keluarkan. Nanti terguna. Huhuhuhu! Takut sangat terguna ke arah yang lain sebab sekarang kan dah kawen. Hehe! Matlamat utama sekarang ni aku nak banyakkan duit simpanan. Sebab lepas ni kita taktau apa akan jadi, sihat ke, sakit ke, kereta rosak ke, blablabla. Nasib baik KWSP ada. Potongan tiap-tiap bulan pun boleh tahan semangatnya. Tapi bagus sangat-sangat, nak harap menyimpan sendiri takut jugak tersasar, tapi dengan KWSP dah selamat tiap-tiap bulan. Ada jugak yang tak suka potongan KWSP banyak, tapi bagi aku kalau boleh suku gaji aku masuk ke KWSP pun takpe. Menjamin hari tua. Hehe. Alhamdulillah bulan pertama kawen boleh saving. Hohohoho. Tabahnya aku TAK bershopping. Curik-curik shopping je. Itu pun Suami dah kerut-kerut dahi tengok aku terlebih sawan mencapai baju di shopping complex T_____T

Habis pengenalan pasal duit. Apa? Pengenalan ke kat atas ni? Apakah???

Pointnya di sini aku dah malas nak kerja. Huhuhu! Bukan sebab malas, tak produktif, taknak bekerjaya, tapi tugas-tugas tak menyeronokkan. Tak fun la buat kerja. Sebab tak well planning. Menyampah. Tangan dua tapi macam aku ada tangan 6, otak 3.

Mood nak bekerja macam makin menghilang, bila tengok tanggungjawab baru untuk tahun 2013 aku terus down. Macam tak logik je. Memang takde chance nak rehat dan honeymoon nampaknya. Ntah lah. Terus rasa nak tukar kerja yang lebih spesifik. Tak suka la buat kerja bertindih2 ni. Hasil memang out la kan. Lagi satu, takde pengkhususan langsung. Memang takkan expert la sampai bila-bila. Nak spend masa untuk cari kerja lain as soon as possible. Huhuhu! Nekad. Kalau lah aku isteri yang kejam dan tidak bertimbang rasa, mahu saja aku berhenti kerja. 

Nasib baik la isu duit menghantui aku, tak sampai hati nak susahkan Suami sorang-sorang cari nafkah, walaupun cari nafkah memang tugas Suami, tapi zaman millenium ni tak salahkan Isteri bekerja membantu Suami. Plus, aku masih boleh hulur dekat family, nak shopping apa-apa tak perlu bebankan Suami. Kereta lagi. Aiyoooo.

Memang la rezeki Allah bagi, tapi kita masih perlu berusaha kan. Takkan nak mengalah macam tu je. Walaupun rezeki lepas kawen, rezeki anak-anak pasti ada, tapi kena jugak la berusaha. Takkan 'mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan' :(

Alahai kerja.. Kerja untuk duit je sekarang ni. Kalau tidak.. Huhuhu.. Berbakti untuk Suami 170% jawabnya :)

peringatanuntukdirisendiri : simpan duit banyak-banyak selagi boleh, sediakan payung sebelum hujan. macam-macam boleh terjadi. buat bajet baik-baik. jangan boros. jangan ikut nafsu. selagi boleh bantu suami, bantulah.

bloggers, ada idea atau pandangan tak? how do you manage your money? 


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Rental : Dulang Hantaran (Besi Putih)

Assalamualaikum.


Secara official-nya aku nak sewakan dulang hantaran besi-putih-berkaki kepada sesiapa yang sudi untuk menyewa. Sebelum aku kawen dah ada sorang kawan sewa (sebab beli awal sangat, tersimpan je so better tolong kawan2 yang memerlukan).

Sewa boleh dibuat untuk majlis bermula bulan March 2013. Sebab sekarang dah ada yang sewa. 

Dulang cuma ada 7 sahaja (asalnya ada 9 dulang tapi Mak Mertua dah ambil sebab dia suka sangat hehe!).














Harga sewa setiap dulang ialah RM5 sahaja. Security deposit RM50 (akan dipulangkan sekiranya dulang dalam keadaan baik - tak kemek, patah, senget etc).

Pelanggan area KL dan Lembah Kelang lebih digalakkan. Luar area KL dan Lembah Kelang tidak digalakkan sebab nanti ada cas penghantaran pulak :(

Tempoh sewaan 2 minggu sebelum majlis dan pemulangan adalah 2 hari selepas majlis.

Feel free untuk sebarang pertanyaan dan sewaan.
msyunnsein@yahoo.com.my



Sewaan dulang ditutup berikutan b2b yang menyewa tidak memulangkan dulang saya.
Kepada yang email, maaf ya tak dapat nak bagi service.
Kalau ikutkan memang nak tolong, tapi sayang sekali dulang tiada dengan saya.



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, December 18, 2012

Books! Susahnya untuk kata 'Taknak!' :(

Assalamualaikum.


Benda paling tak boleh dielakkan adalah membeli buku. Kalau stay melepak lama-lama baca buku free lagi aku suka gila, gilaa, gilaaa. Okay tak payah over sangat. Memang dah target nak beli buku sikit-sikit lepas tu nak beli rak khas untuk buku-buku aku sahaja. Pastu nak peruntukan masa setiap malam untuk membaca - walaupun sekejap.

Tadi takde buku yang aku berkenan, banyaknya novel melayu. Aku kureng sikit baca novel. Aku nak buku yang pembacaan berat. Kalau boleh tebal-tebal supaya lambat habis. Sekarang tengah baca sikit-sikit buku Doktor Umum. Jimat-jimat baca okeh. Supaya lambat habis. Hehehehe. Kadang-kadang tersyok terlajak pulak baca banyak-banyak muka surat. Huhuhu!

Bila dah tak jumpa buku yang aku minat aku ingat taknak beli apa-apa. Tapi terjumpa ini pulak hehehe!










Jangan bersangka yang lain-lain yaaaa.. Just beli untuk pengetahuan, ilmu dan suka-suka (sebab buku dia colorful dan comel-comel lukisan dia!). Dah banyak buku tentang M2B aku baca tapi ni first time jumpa yang super comel. So terus grab. Buku yang lebih detail pun kena beli sebelum plan untuk ada baby :) Link web yang berkenaan pun dah save. I need more information and knowledge :)

Yup, aku study pasal pregnancy guide ni sejak sebelum kami decided to get married ya know! Punya la kerisauan. Penuhkan ilmu di dada awal-awal. Tapi ilmu still takkan cukup sampai bila-bila :) Dengan itu buku dan internet (nowadays) sangat membantu.

Plus aku tak boleh langsung nak decide nak beli buku yang mana satu huhuhu!






Akhir kata aku amek banyak-banyak. Puas hati. Takde la rasa serba salah nak amek yang mana. Tapi aku banyak amek Word Search. Sudoku aku amek satu je. Sebab malas nak fikir sangat. Dasar pemalas. Aku beli yang saiz comel-comel asalkan boleh masuk handbag pastu aku boleh bawa ke mana saja. Lagi-lagi kalau ikut Suami ke mana-mana pastu aku akan terkontang kanting sorang-sorang sebab Suami sibuk melayan soalan-soalan (hal jual beli atau permotoran) dari kawan-kawan dia. Sambil tunggu Suami jadi lecturer kejap, settle kan Word Search aku. Tak pun kalau merajuk dengan Suami aku suka duduk dalam bilik baca buku tunggu Suami datang pujuk, tapi yang ado. Takdenyaaaa.

Lepas ni misi kumpul buku lagi. Rindu nak habiskan masa dekat kedai buku macam zaman dulu-dulu. Huhuhuhu.

Membaca Budaya Kita. Amalkan budaya membaca, mana-mana M2B yang pregnant tu baca buku banyak-banyak supaya anak pandai :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

DIY Cute Pillow : Bersedia Ambil Tempahan :)

Assalamualaikum.


Teringatkan pillow kecil-kecil ni membuatkan aku ringan tangan sangat nak menjahit. Sebab comel sangat. Kejap je siap. Cuma kena sabar banyak-banyak la kan.











Saiz yang aku buat ni saiz 4inci x 4inci. Bagi aku ini saiz yang paling sesuai, tak besar, tak kecil. Jahitan untuk pillow yang mula-mula agak tidak kemas. Tapi bila dah masuk pillow yang ke-4 macam tu dah tau cara nak kemaskan jahitan so seronok la menjahit. Sebaiknya elakkan guna kain satin/chiffon yang lembut sangat tu, nanti susah nak jahit (susah nak pastikan jahitan kemas sebab kain asyik bergerak-gerak).








****************************************
tempahan di buka
satu pillow rm1.50
pos laju rm6 (mungkin berubah)
minimum order 35 pillows
deposit separuh harga baru tempahan dibuat
:)
****************************************



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

13 hari sebelum masuk tahun 2013

Assalamualaikum.


Beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2013. Ya Allah, kejapnya masa berlalu. Kan? Rasa macam baru je masuk tahun 2012. Entry 12 hari sebelum masuk tahun 2012 pun masih segar lagi. Jap, komen dekat entry tu lawak sikit, sebab ada orang meroyan tiba-tiba (refer komen 1st). Abaikan. Sikit tak luak hidup aku dengan Suami.

Refresh sepanjang tahun 2012, perjalanan hidup aku banyak dihabiskan dengan merancang dan berusaha untuk merealisasikan hari penyatuan kami berdua. En Gaban masa tu banyak berusaha menambah pendapatan, sampaikan sekarang ni dia terjebak dengan dunia perniagaan. Bermula dengan percubaan, kecil-kecilan secara online, sekarang ni dia dah berani ambil barang-barang yang harga ratus-ratus sebab dia tahu akan ada pembeli. Dan aku seronok ikut dia ambil barang, jual barang. Keluar modal, dapat untung. Serius seronok. Rupanya seronok berniaga ni eh. Walaupun aktiviti jual beli tidak berlangsung setiap hari, tapi seronok bila kita bersusah payah ke sana sini dan hasilnya untuk kita sendiri. Duit keuntungan jualan, En Gaban akan beri pada aku untuk belanja kawen selain duit simpanan tiap-tiap bulan. Memang aku nekad taknak buat pinjaman bank untuk kawen. Nak juga sepenuhnya duit kami. Taknak sampai berjual harta. Nekad. Dan alhamdulillah. Kami kawen jugak!

Sepanjang tahun 2012 jugak kehidupan kami berdua jauhhhh lebih baik berbanding tahun 2010 dan 2011. Urghhh. Aku tak boleh ingat langsung tentang dugaan sepanjang tahun-tahun tersebut. Sangat annoying dan sangat tak best. Tapi memang betulkan, sesiapa yang teraniaya Allah akan tolong. Perlahan-lahan kami hidup aman damai. Lagi-lagi En Gaban, betul lah, orang teraniaya ni hidupnya lebih better. Sebab Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. En Gaban sangat, sangat, sangat better than before. Sebab tu aku 100% percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. And now, kami sedang merasai hikmahnya. Alhamdulillah.

Dan akhirnya November menjadi penyatuan kami. Once kami decide tarikh, terus on. So takde masalah dengan tarikh dan everything just okay, just go with the flow. Sekarang kami leka melayan TV sambil manja-manja. Hiks! Family mertua pun baik sangat-sangat, siap borak dengan Mak dalam hp pastu ngaku siap-siap yang aku belum memasak lagi untuk anak bongsu dia. Dan Mak just cakap takpe, asalkan anak-anak berdua bahagia Mak dah senang hati dah. Laaa, macam tu je Mak utamakan. Baiknya Mak. Takpe Mak, walaupun saya tak masak tapi anak Mak tetap menggemuk setiap saat. Taktau la kenapa.

Mungkin cuti Tahun Baru ni Suami bawa aku pulang ke Pendang, Kedah jumpa tok, pakcik makcik, sepupu, sedara mara dia di sana. Pagi-pagi tadi Suami dah sms suruh aku apply cuti sehari sebab nak pulang kampung. Ohw! Debar tiba-tiba. Kiranya first time baru nak jejak kaki kat kampung Suami. Sebelum ni tak pernah pergi sebab tak manis pulak aku ke sana. So Tok Suami dah tak sabar-sabar (Suami yang cakap nih) nak borak panjang dengan aku siap nak interview banyak kes-kes yang dulu-dulu punya cerita, Tok nak tahu sangat. Oppsss!

Masuk je tahun baru tahun 2013 kehidupan kena lebih teratur dan serius. Tak boleh main-main macam ni lagi dah. Tak boleh nak malas-malas sampai manja sangat makan pun rumah Ibu hari-hari. Huhuhu!






2013, azam saya nak jadi yang paaaaaaaling baik untuk diri sendiri, Suami, Ibu, Ayah, dan adik-adik. Nak tingkatkan kerjaya, more, more and more. Nak usaha supaya kehidupan kami lebih baik, lebih bahagia, lebih indah, lebih gembira. Nak lebih banyak duit simpanan! Amin.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, December 17, 2012

1 Month 1 Week 1 Day

Assalamualaikum.



Sedar tak sedar dah lebih sebulan. Sedar tak sedar dah jauh meninggalkan dunia majlis warna warni. Tinggal kenangan sahaja. Kadang-kadang tak terperasan yang aku isteri dia. Dia suami aku. Masih dalam proses pembelajaran untuk menghormati. Aku memang tak pandai nak layan orang sakit. Maksud aku demam. Sangat lah tak pandai. Termasuk lah Suami. Dia demam, serius aku taktau nak layan dia macam mana. Tapi bila aku demam.. Huhuhuhu. Makan ubat sekali je terus baik. Bukan sebab ubat doktor. Tapi sebab Suami jaga. Hukhukhuk.




Baru baik demam selesema :(




Leha cakap muka aku tembam. Kuajaq!




Suami buat muka kucing katanya. Dah la semua family aku ada je kat situ. Patut la Ibu gelak.. En Gaban ni kannnnnn. Grrr!



gelak tawa, merajuk air mata, marah-marah sayang semua ada sepanjang sebulan seminggu sehari ni.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

.Masak. Resepi Masakan. Google. Lapar.

Assalamualaikum.


Disebabkan aku tak pandai memasak, tak pandai di sini ialah kalau korang cakap masak lauk A sumpah aku taktau nak letak bahan apa dan cara nak masak nak kena mulakan apa dulu. See? Teruk sungguh. Tapi kalau dah ada resepi, ada bahan, ada cara memasak, insyaallah boleh je.

Cakap pasal masak ni sebab baru kejap ni Leha sms aku tanya aku pasal makan malam. Sebab? Ibu takde. Ibu pergi Langkawi jalan-jalan habiskan segala duit yang ada. Haha. Kami apa lagi, kelam kabut la fikir 'mati laaaa, sape nak masak ni'. Tapi disebabkan aku dah kawen, harus lah aku bajet macam superwoman yang mampu memasak. Takkan nak suruh Leha masak pastu Suami aku makan. Jatuh lah saham aku nanti. Hilang macho aku malam ni. Takkan nak suruh Ayah masak, lagi la No! Walaupun dalam hati rasa nakkkkk je suruh Ayah yang masak sebab Ayah power bab memasak dari Ibu. Takpe, Ibu taktau pun aku ada blog. Haha! Tapi takkan la nak suruh Ayah masak.. Sadis sungguh.

Takpe, takpe.. Nampak gayanya tepaksa la aku tunjukkan kuasa superwoman aku malam ni. Balik kerja terus masak. Fuhhh!

Tapi pilihan menu haruslah yang selamat, nanti Ayah komplen. Urghhh! Pilihan menu yang selamat ialah Ayam Kicap Pekat. Sebab? Setakat aku masak belum pernah buang sebab takde sape nak makan. Hahaha. Kita pilih menu yang dapat sambutan ya. Jangan gatal tangan nak try lauk lain. Nanti kena komen free tak kuasa aku.

First time aku try memasak lauk selain lauk rumah (lauk rumah maksudnya lauk yang mak kita masak sejak kita kecik sampai satu tahap kita dah boleh agak jumaat ni lauk apa haha) ialah pertengahan tahun 2011. First time masak debar-debar, dalam hati nekad lantak la kalau takde yang nak makan, aku makan je sorang. Tapi licin pulak. kehkehkeh! Lepas tu ulang-ulang lauk tu jela aku masak kalau terdesak (kalau Ibu dgn Ayah takde). Sedih. Takde lauk lain.

Aku suka blog masakan DapurKu SaYang sebab first time cuba terus jadi, owner blog Kak Dayang pun rajin bagi tips. Takde satu pun point dia abaikan. Kiranya kalau orang kurang cerdik macam aku nak masak takde la tetiba jadi lain lauknya. Macam mana dalam picha Kak Dayang, macam tu la jugak aku masak. Betapa poyo nya aku.

Lauk yang aku suka masak berkali-kali tapi belum ada lagi yang sound suruh aku berhenti masak ialah

Disebabkan aku suka ayam, so aku suka gila bukak entry di bawah label 'ayam'. Suami usik aku dengan panggilan ibu ayam. Dia, bapak ayam. Huh!

Dah tengok entry-entry lauk Kak Dayang mula la kelaparan. Ni yang malas ni.

Ending sms dengan Leha :

Aku : Haha.. Ok,xyah lah.. Lapar la pulak.. Huhu
Leha : Sama lah. Hahahah.. Lunch nie aku mkn maggie jelah.. :D
Aku : Ala kesiannya.. Tgu mlm nt mkn puas2 ye.. Mcm sedap je aku masak.. Haha
Leha : Hahahahahahaha.. Boleh2.. Terliur dah nie. Sure sedap.. :D

Terbang-terbang sudah. Lalalalalalala~ Tapi motip dia gelak panjang sangat tu nape? Betul ke sedap ke dia pun tergelak sebab lawak la mana ada sedap. Huhuhuhuhu!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Friday, December 14, 2012

Pre-Honeymoon : Melaka!

Assalamualaikum.


1 Disember 2012 (Sabtu) yang lepas aku join konvoi kelab motorsport Suami. Suami ada kelab motor, dia dah lama join, dan aku just join sebagai WAG's Club Members jelah. Sebelum-sebelum ni memang dah merata diorang berkonvoi, tapi tak pernah join sebab tak manis kan join konvoi diorang, lagi pun belum kawen lagi, taknak nak jalan jauh-jauh. Nanti nak bermalam pun dah satu masalah. So tahan kehendak untuk berkonvoi. Sebelum kawen memang aku dah nekad, kawen je aku nak join konvoi ke mana saja. Suami pulak time tu bukan main lagi ngusik buatkan aku lagi la tak sabar. Huhuhu.

Beberapa bulan sebelum kawen, kelab dia dah plan nak berkonvoi ke Melaka. Tarikh pulak ngam-ngam lepas kitorang kawen. Lepas kawen je terus bayar deposit dan settle kan bayaran. Hehehe!

Nape aku rename as 'Pre-Honeymoon'? Sebabbb.. Kami kan tak honeymoon lagi, yang berkonvoi ni pun sebab ahli kelab jadi urusetia. Ada orang yang setting kan, kami tinggal bayar je. Hehe. Honeymoon betul2 taktau lagi bila, dah aku pun nak sangat berkonvoi, lantak la pre-honeymoon ramai-ramai pun. Hahaha.

1 Disember 2012 (Sabtu), pagi : Bertolak ke Melaka




sebelum dapat t-shirt




selepas dapat t-shirt! peta negeri Melaka!




iklan :)



1 Disember 2012 (Sabtu), tengahari : Sampai. Lunch dulu.





1 Disember 2012 (Sabtu), petang : Main pasir laut je!













1 Disember 2012 (Sabtu), malam : Dinner dan tengok bola Msia vs Indonesia!







2 Disember 2012 (Ahad), tengahari : Bertolak ke KL














Overall? Superb! Syioknya lah konvoi atas highway laju-laju. Hehehehehe!

Legam sudah.

Tapi best xpe, berbaloi :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Kamar Tidur

Assalamualaikum.


Kamar / Bilik tidur tempat paling peribadi kan. Nak share fikir banyak kali. Tak jadi isu ke? Tapi bloggers (B2B) banyak yang share bilik tidur a.k.a bilik pengantin diorang. Seronok je tengok. So aku rasa its okay kot kalau aku pun nak share jugak. Bukan la mengikut orang, tapi ada benda yang aku nak tulis dekat entry ni, sebagai ingatan dan kenangan tak indah. 

Firstly, aku takde bilik pengantin.

Yup, takde.

Jangan la kerut dahi. Huhuhuhu!

************************************************

Aku tak berkesempatan untuk ada bilik pengantin sebab sebelum kami berdua kawen, kami berdua dah dapat rumah sewa. Beberapa bulan sebelum kawen kami dah rece set bilik tidur. Dah jumpa yang berkenan dan booked sebab nak blok harga promosi. Sebulan sebelum kami kawen, kami settle kan bayaran dan set bilik tidur sampai di rumah sewa kami beberapa minggu sebelum kami kawen. Disebabkan majlis nikah dibuat di rumah family aku, set bilik tidur kami pulak di 'rumah kita' takde la snap picha bilik pengantin semasa majlis kawen kami. Err, tak perlu lah guna perkataan 'bilik pengantin', sebab memang bukan bilik pengantin pun. Huhuhu!

Disebabkan itu kami memang takde picha di dalam bilik tidur macam pengantin lain. Its okay, cuma seronok tengok picha pengantin2 yang lain. Cantik-cantik bilik tidur diorang. Manis-manis. Oleh kerana takde istilah bilik pengantin, takde jugak lah cadar cantik-cantik macam pengantin. Takde hiasan cantik-cantik. Takde bunga-bungaan. Huhu. Just a bedroom. Small bedroom.






ini bilik tidur masa mula-mula kawen (sehari dua lepas kawen. hiks!)

See the cadar, tak grand pun macam cadar pengantin yang kilat-kilat, renda-renda. Hehehe. Selamber je aku kan. Pening kepala Ibu suruh aku amek yang kilat-kilat lah, bunga-bunga gedabak lah, renda-renda lah, leret-leret lah. Pillow kuning tu kan pillow pelamin. Recycle!

Semalam aku tercuti. TER okay. Hahaha. Suka hati aku je kan, tak pasal-pasal susah hati sebab tak masuk office. Huhuhu. Disebebkan dah tercuti tu, memang bosan la duduk rumah sorang-sorang. Bangun je tidur terus start mengemas rumah. Sejak kawen (sebulan dah pun) tak pernah mengemas secara serius. Haha. So semalam memang sesi mengemas secara serius dan hardcore. kehkeh! Membuang habuk, menyusan barang, membasuh cadar, selimut, blablabla, menyapu, susun atur perabot (ceh!). Baru aku perasan, kalau Suami takde aku otometik rajin weh! Serius rajin semalam. Macam masuk rumah baru. Hahaha! 

Seronok bila ubah susun atur perabot. Rasa macam fresh gila rumah. Walaupun barang yang sama, tapi perubahan susun atur boleh mempengaruhi mood ya.

Back to the story, bilik tidur kami memang takde banyak perabot/barang. Memang sebelum set bilik tidur sampai, aku dah plan bilik tidur taknak sempit dan padat. Since bilik tidur pun kecik je, kalau letak almari dalam satu bilik memang bilik akan jadi sempit. Tak best. Dengan itu bilik kami cuma ada katil, dress table, side table, dan ruang untuk solat. Bilik yang lagi satu kitorang letak almari baju. Agak lapang dan selesa jugak la nak mengemas baju pun. hiks! Itu pun mengemas habuk boleh tahan berpeluhnya. Huhuhu!







Selepas sebulan, tukar cadar :)




Ingat orkid putih ini? :)






Ingat tak lantern ni? Lantern dekat dulang hantaran pihak lelaki. Recycle! At first nak letak table lamp dalam bilik tidur, tapi table lamp agak gemok macam tak sesuai pulak dekat side table yang kecik tu. So table lamp letak dekat ruang tamu. Guna lantern, letak lilin pastu pasang. Hehehehe!

Peringatan untuk diri sendiri, bilik tidur kena sentiasa bilik pengantin setiap hari setiap masa :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!