CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 21, 2012

Macam mana nak UNFOLLOW?

Assalamualaikum.


Sesiapa tahu macam mana nak unfollow blog? 

Tapi korang jangan la salah anggap, aku nak unfollow blog yang dah berbulan-bulan which is hampir setahun tak update. Bukan blog yang aktif ya! Baru kejap ni aku nak follow blogger sorang ni, tapi tak boleh sebab keluar warning 'You are already following the maximum number of Blogs (300). Unfollow some other blog first' WTH, suka hati la nak follow banyak-banyak pun. Ni yang nak marah ni. Huhu!

Memula buat blog sebab aku suka menulis dan membaca. So followes memang ciput sangat-sangat time tu. Nak dapat sorang follower pun susah (berbulan-bulan pun belum tentu ada). Tapi takpe, sebab tujuan asal buat blog sebab nak menulis suka-suka. Dan aku akan follow mana-mana blog yang aku suka sebab aku nak membaca. Diorang nak follow aku atau tak itu tak penting.

Tapi bila dah aktif macam ni, banyak jugak blog-blog yang aktif, banyak bagi info, banyak bagi pendapat, aku jadi suka. Banyak ilmu boleh dapat. Tapi tak sangka lak dah maximum. Dah tak boleh nak follow blog yang aku rasa penting untuk share cerita, lagi-lagi dengan orang yang dah kawen atau yang dah lama kawen. Better aku unfollow blog-blog yang tak hidup kan. Bukan sengaja nak unfollow, kalau boleh semua yang best aku nak follow, tapi nak buat macam mana.. Dah dapat warning suruh unfollow :(

Takpe, seriously, aku akan unfollow blog yang betul-betul tak aktif, yang dah lama gilaaaa aku tak tengok blog dia. Silap-silap profile bloggers tu pun aku tak kenal dah. Huhuhu!

Nak utamakan yang aktif, yang share cerita-cerita best (terapi hilangkan bosan), banyak bagi tips, banyak bagi info, banyak bagi idea-idea baru.

Please, sesiapa yang tahu macam mana nak unfollow blog mintak tolong sangat tinggalkan komen ye *begging*

sobsobsob!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

17 comments:

ciknurul said...

sy lagi masalah , takjumpe button FOLLOW pun kat blog orangggg . :((( how how nak follow . mana nk tekan utk follow ? kenapa mcm xkeluar je... ke server sy ni yg ade problem

::azmina nordin:: said...

akak,akak still boleh follow blog tu asalkan akak follow guna widget yang disediakan blogger(friend google connect).kalau akak guna follow ala-ala thumblr atau follow cara manual memang tak boleh.sekadar perkongsian :)

Nursaila Norman said...

nurul : alamak! ada mslh jugak ke? huhuhu.. anyone? meh tolong menolong..kami ada mslh ni..huhu!

azmina nordin : err, kurang faham la..huhu! akak copy link blog pastu paste dekat dashboard (ada button utk 'add' dekat bwh 'reading list'). akak punya dashboard yg baru bkn yg lama mcm thn 2010/2011 tu. cara mcm tu still xleh eh :(

cha said...

1. mula-mula pergi kat manage reading list kat belah kanan gambar macam skru sebelah 'view in google reader' tu

2. then pergi kat blog yang dah tak aktif/private pergi kat setting

3. lepas tu carik stop following this site. tekan je. kalau profile u tak klua kene login guna google akaun dulu

itu saja :)

Nursaila Norman said...

cha : thanks!! sy dh buat mcm awk suruh tu, tp boleh pulak dia tulis

'We are unable to load your FriendConnect data at this time. We apologize for the inconvenience. Please try again shortly'

sy try lagi nnt, harap2 menjadi :) thx!

cha said...

internet kot problem. later u try lagi ok? :)

Nursaila Norman said...

okay! thx ye! :D

AyongAtikah Zaid said...

saila..thnks untuk entry ni! Ayong pun tertanya2 pasal ni...hehe...

oshinz said...

kite pun hadapi masalah yang sama macam saila. kluar warning we are unable tu. banyak kali kot nak buat. tapi stillllllllllll tak boleh. geram iols! haha.

Nursaila Norman said...

Ayong : welcome, tp still x solve my problem..huhu..masih xleh nk unfollw :(
oshinz : still xboleh la,still keluar warning unable tu..huhu! geram jgk ni..haha! cara lain mesti ada tp nak kena godek2 dulu la ni..grrrr!

bertabahlah semua. hehe :D

chu-E zHuL said...

oit ko lupe ke nk unfolow satu blog ni. better ko check balik blog yg satu ni, dh BERKURUN tak update. sile chek balik ha ha ha

Nursaila Norman said...

zHul : ye, itu pun slh satu blog yg akan di unfollow..xde update pun,better bagi chance kat blog yg aktif ye dok? hehe!

ayut said...

byk jgk follow yer..hihihi...nk nk bgtahu tp dh tahu plak ;p happy blogging kak :)

Zana Adieyza said...

yunk, sebeanrnya x de limit utk follow blog.. asalkan gun cara yg betul.. pergi jer blog org tu then cari widget follower org tu.. kat situ kan ada tulis follow.. so click jer situ.. if saila add, mmg limit sampai 300 jer yunk..

Nursaila Norman said...

Zana : dulu mmg follow terus tanpa add url dekat dashboard..tp xmasuk dlm bloglist..dekat blog org tu dh ada pertambahan follower (saila) tp saila xdpt apa2 update pun dr blog tersebut..huhu..sbb tu guna cara add url dekat dashboard..huhu

Le bαmbαmm said...

dah jumpe solution..? well slution mcm @cha bgtaw tu, view in google reader and click gmbr screw tepi tu then akn keluar sume blg kite follow, click setting kat tepi blog yg kite nak unfllow tu :) and click stop fllw this site :)

Nur Hafiezahanie said...

Thanks!