CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Dugaan Kami. Show all posts
Showing posts with label Dugaan Kami. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Bukan Mudah Berdiam Diri Sebenarnya. Serius, Tak Mudah.

Assalamualaikum.




Pernah tak kita mengalami situasi di mana orang tak suka kita tanpa sebab?

Tanpa sebab ni sampai tahap kita tak pernah berkenalan pun dengan orang tu. Tapi orang tu tak suka kita tiba-tiba. Ajaib kan?

Kalau kita pernah berkawan, atau berkenalan dengan orang tu kita faham. Mungkin kita ada tersakitkan hati dia ke, terkecilkan hati dia ke, logik lah orang tu boleh simpan perasaan tak puas hati, dendam, benci dekat kita.

Ni takde angin takde ribut, tetiba dah la tak suka kita. Lepas tu jaja pulak cerita kita kat orang lain.

Tak pernah? Alhamdulillah. Doa-doa lah dijauhkan dengan orang macam ni. 

Kalau pernah, rilex dan coooooollllll je. Jangan menggelabah. Sebab orang macam tu sanggup buat apa saje untuk burukkan kita. Jadi kalau kita menggelabah, lebih senang dia nak highlight kan keburukan kita kat orang lain.

Aku pernah lah sekali sepanjang aku hidup ni aku terpaksa berhadapan, melalui, bersabar habis-habisan dengan orang macam tu.

Aku rasa lebih senang kalau kita rename orang itu dengan "y" kan? Senang nak faham dan senang aku nak explain.

Been there, done that.

Mula-mula berhadapan dengan situasi tu memang susah untuk aku terima. Tak malu untuk aku mengaku yang aku agak tertekan masa tu. Tapi sebab aku susah nak tunjuk perasaan sedih, takde sorang pun tahu aku berperang dengan perasaan sendiri time tu. Aku tak pernah lalui situasi macam tu sebelum ni. Tapi siapa sangka, Allah nak uji kita bila-bila Dia mahu. Nak tak nak kita kena terima jugak.

Pada awalnya aku agak goyah dan kelam-kabut memikirkan perbuatan y. Pada awalnya aku cuba berterus terang bila ditanya (untuk kepastian) tapi keadaan tak berubah, tiada apa-apa fungsi pun. Malah berbalas kenyataan hanya memburukkan lagi keadaan. Aku berani cakap mungkin aku tidak 100% innocent. Tapi aku tak pernah kenal dengan y dan aku rasa sangat pelik untuk dia benci aku sampai tahap menjaja cerita aku ke sana sini. *tak pernah kenal yang aku maksudkan ialah "tak sempat nak berkenalan huhu"

Selepas beberapa ketika aku tarik diri. Tarik diri dari mempertahankan diri sendiri (macam buat keja bodoh huhu). Masa tu dah tak penting untuk explain sape yang berada dipihak yang benar. Just let it be. 

Aku belajar sesuatu di situ. Aku belajar sabar, dan redha. Aku tak kisah sejauh mana, sebanyak mana y nak jaja cerita aku. Sumpah, demi Allah aku tak kisah. Aku tak boleh nak tutup mulut seluas tempayan. Aku takde kuasa. Aku takde hak nak halang orang lain bercakap. Kan? Biarkan je.

Selepas beberapa tahun, y masih tak berputus asa. Kisah aku dijaja ke sana ke mari akhirnya sampai ke telinga aku. Dunia ni kecik. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Walaupun apa yang dijaja tu sampai ke telinga aku, aku diamkan aje. Sepanjang beberapa tahun tu aku didik diri untuk terima apa saja kemungkinan, belajar telan benda pahit. Sebab aku tau, y takkan berhenti macam tu je. Dan betul. Jadi, aku tak rasa apa-apa pun bila orang sampaikan apa yang y cerita tentang aku. Hati, jiwa dengan telinga aku macam dah tuli.

Suami tahu hal ni, dia sahabat paling baik aku pernah ada. Memang dengan dia aku luahkan untuk ringankan beban dalam hati ni. Pernah baru-baru ni Suami ucapkan sesuatu yang buat aku betul-betul terharu. Suami kesian dengan aku sebab terpaksa lalui semua tu. Aku rasa nak nangis, bukan sebab aku sedih mengenangkan apa yang y buat kat aku. Tapi aku sedih rupanya Suami simpati dan kesiankan aku. Walaupun hakikatnya aku selalu tunjuk kuat depan Suami. sobs!

Apa yang penting sekarang, berkat aku sabar, sabar, sabarrr.. Aku paksa diri aku sabar sebenarnya. Huhuhu. Sabar jelah, tahan jelah, telan jelah. Berkat aku paksa diri aku tu aku boleh tersenyum sekarang.

Segala jenis najis yang y palit kat nama aku, dia sendiri tolong bersihkan.

Dulu orang sampaikan apa yang y cakap pasal aku. Tapi sekarang orang bercakap buruk pulak pasal y depan aku. Orang-orang tu semua adalah orang-orang yang y cuba tagih simpati dulu. Y nak orang nampak dia baik, di pihak yang benar, cantik, elok. Sekarang, nah.

Dulu aku tak bijak. Aku risau kalau-kalau orang ikut sama benci aku hasil jajaan cerita y. Tapi bila aku redha kalau orang benci aku, kalau orang tak suka aku, rupanya ada hikmah. Adalah lebih baik aku bertenang je dulu kan? Takyah nak bazir-bazir masa risau benda yang tak pasti. Huhuhu!

Tak payah aku nak habiskan air liur membetulkan statement y. Tak payah aku nak habiskan tenaga ke sana sini jumpa orang untuk bercerita buruk tentang y. Tak payah. Y dah buat semua tu untuk aku.

Kalau korang pun sedang berada dalam situasi macam aku, amalkan sikap berdiam diri dan bersabar. Dua tu je kuncinya. Berdiam adalah lebih baik. Tutup aib orang. Sabar bila Allah uji. Doa orang teraniaya ni makbul. Doa lah banyak-banyak mintak dapat Suami baik ke, mintak dapat rumah ke, mintak kebahagiaan ke, mintak lah apa pun. Berkat y buat aku macam ni, Allah bagi macam-macam kebahagiaan kat aku sekeluarga. 

Tapi jangan sesekali doakan keburukan untuk orang. Sia-sia je doa mintak keburukan orang, Allah tak makbulkan pun. Tapi aku terkejut bila sorang hamba Allah ni cakap depan aku "nak kata mewah, tak nampak pun". Padahal y layak hidup senang hasil tangkapan beliau. Tapi nak buat macam mana, Allah Maha Berkuasa.

Dulu, beberapa tahun lepas aku terpaksa biarkan y burukkan aku.

Sekarang, aku terpaksa buat-buat tak dengar bila orang burukkan y depan aku.

Sampai satu tahap sorang lagi hamba Allah ni kutuk fizikal y depan orang lain. Aku pun ada jugak masa tu. Nauzubillah.. Sampai macam tu sekali orang lain bercakap tentang y. Y pernah kutuk fizikal aku.. Takpe lah, y lupa mungkin yang aku tak mampu nak cipta fizikal sendiri. Huhuhuhu.

Walau sebenar mana pun kamu, diam jelah. Allah ada. Aku akui, seksanya aku memaksa diri berdiam dan bersabar selama ni. Rupanya Allah tahu. Allah Maha Mengetahui kan? 

Jadi? Jangan lah sibuk jaja buruk orang. Kalau betul orang tu bersalah sekali pun diam jelah. Allah akan bagi balasan yang setimpal.

Aku tak pernah harap Allah balas apa-apa kat y. Aku pun tak sangka Allah beri balasan yang setimpal secepat ini. Aku ingatkan dalam TV je anatogis dapat balasan dalam masa sejam dua. Realiti pun ada rupanya. Betul lah kot orang-orang cakap "Allah bayar cash sekarang ni".

Apa-apa pun aku simpati jugak dengan y. Hidup dia susah sekarang ni. Dulu masa dia hidup senang, dia hina-hina je aku. Terasa betul time tu. Taktau kat mana silapnya, hidup y makin lama makin susah. Aku tau pun, orang lain yang sampaikan siap dengan bukti lagi. Adoi.

Tapi y tak selesai lagi dengan kerja dia. Aku tau, lepas ni ada lagi. Tapi takpe lah, aku tetap akan berdiam diri je. Tak perlu cakap apa-apa. Satu per satu dia tunjuk siapa diri dia. Buat apa aku nak bercakap lagi kan? Biar dia buat kerja dia.

Jauhkan lah aku dari orang-orang macam ni. Cukup lah sorang tu. Aku taknak dijumpakan lagi dengan yang lain, amin.

*takde niat nak memalukan y, pengajaran je kita ambil. bersabar lah dengan setiap ujian Allah, pasti ada hikmah.








Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, April 5, 2011

Kenyataan Balas Terhadap Pn Anon a.k.a Aida

Assalamualaikum ( 1st time wish as'salam kat blog ni. sebab dah ada org tegur pasal Allah Maha Adil, saya ni orang jenis perasaan dan buruk perangai ). Sebagai seorang yang profesional, saya terima teguran tu. Orang kondem, kita amek sebagai pengajaran. Jangan sekali-kali kita menidakkan teguran orang. Orang yang berakal, ada ilmu, ada prinsip perlu sentiasa terbuka.

Okay, pertama sekali saya terpanggil untuk buat entry ni bila Cik Fatin_Nah , tinggalkan komen semalam supaya saya buat satu entry tentang The Real Story : Who is Puan Anon? wahh, gempak tak tajuk? Semalam saya tak sempat nak balas komen2 korang semua sebab saya sibuk ptg semalam. Jadi hari ni saya buat jugak satu entry. TAPI..... bukan nak cerita siapa itu Pn Anon. Tak perlu rasanya saya nak cerita siapa dia di sini. Siapa dia? Hebat sangat kah dia di Malaysia? Apa jawatan dia di Parlimen? Saya tak kenal pun siapa dia. Apa perlunya saya bercakap tentang dia? Tak perlu. Jadi Cik Fatin_Nah, saya bukan nak menulis siapa itu Pn Anon sebab saya tak kenal dia. Saya ulangi, saya tak kenal dia.

Tujuan saya buat entry ini adalah untuk membangkitkan beberapa persoalan. Persoalan yang diutarakan oleh Pn Anon dalam komen2 dia semalam.

1.   'kalo ko menyumpah suruh tuhan kasi cash baguslah aku nak tgk gak bila tuhan nak balas org yg perasan dan busuk perangai cam ko'
Di manakah entry yang saya ada menyumpah Pn Anon? Pembaca blog yang tak seberapa ni, sila kemukakan kat saya entry mana yang saya ada menyumpah Pn Anon ni. Setahu saya, En Chu-E ada tinggalkan komen supaya 'TUHAN akan bayar dorang COD or by credit'. Kepada siapa En Chu-E tujukan? Untuk Pn Anon ke? Di mana ada nama Pn Anon di situ?

2.   'kenapa sebenarnya ko tak kasi tau kat kawan2 ko mak boyfren ko pun tak suka ko dgn dia'
Saya agak tertanya-tanya jugak la pasal ni. Tapi bila pikir2 balik, dari saya pikir sorang2, baik saya tanya sendiri dengan 'mak boyfren ko' yang Pn Anon maksudkan tu. Dont worry Pn Anon, saya akan tanya sendiri. Konfius gak.. Takkan la sampai dalam blog pun nak libatkan mak kot. Mak siapa. Jangan sebarangan. Silap mak kang, malu..

3.   'kami ni tak pernah pedulik pun apa ko nak buat ke hubungan ko dgn dia'
Kami tu siapa? Tak pernah pedulik apa saya buat? Hubungan saya dengan dia? Apakah? Konfius kejap kat sini. Hubungan apa Pn Anon? Tak pernah pedulik tentang apa ya? Seperti Pn Anon mengakui yang Pn Anon tahu tentang hubungan saya dgn blablabla. Seperti Pn Anon itu pernah ambil pedulik. Sebab tak timbul langsung isu ni kat entry. Tapi dengan tiba2 Pn Anon sebut tentang hal ni. Perlu ke? Konfius sgt2.

4.   'ko porak perandakan org lain'
Haaa.. Yang ni siyes saya pelik Cik Fatin_Nah. Saya porak perandakan orang? Kepada Pn Anon saya mahukan penjelasan yang lebih detail tentang perkara ni. Adakan saya pernah berebut suami dengan Pn Anon? Adakah saya pernah berebut harta dengan Pn Anon? Adakah saya pernah laga-lagakan Pn Anon dengan jiran tetangga? Saya mahukan penjelasan.

5.   'apasal guna blog main fitnah org'
Dengan tegas dan yakin saya nyatakan bahawa saya tidak memfitnah. Sila nyatakan mana satu fitnah saya untuk awk Pn Anon. Berani kerana benar.

6.   'kalo takat hidup pun masih menyusahkan org,baik tak payah hidup'
Pn Anon, saya menyusahkan hidup siapa eh? Saya mintak duit dari Pn Anon untuk makan tengahari ke? Saya mintak duit Pn Anon g shopping ke? Saya tumpang rumah Pn Anon ke? Ohhhh Pleaseeee... Cik Fatin_Nah saya gelak besar baca komen dia semalam. Saya menyusahkan hidup orang? Come on.. Saya ada kerja, saya ada gaji. Saya ada rumah sendiri, saya ada family yang harmoni,happy,supportive. Saya tak mintak duit orang, saya tak tumpang rumah orang. Yang penting saya mampu miliki apa yang saya mahu dengan DUIT saya sendiri. TAK PERNAH mintak,guna atau pinjam dari orang lain. Sila nyatakan apa yang saya susahkan orang?? Cakap jangan sebarangan. Padah nanti.

7.   Untuk pengetahuan Cik Fatin_Nah, Pn Anon ada mempertikaikan tentang fizikal di komen dia yang pertama. Dan kemudian dia bercakap tentang ustazah, Allah Maha Adil blablabla. Saya rasa dia terlupa, dalam dia memuji Allah itu Maha Adil, dalam tak sedar dia menghina ciptaan Allah yang Maha Sempurna tu. Pn Anon, kecacatan/kekurangan saya adalah ciptaan Allah semata-mata. Allah menciptakan saya dan awk. Jangan terlalu takbur dengan apa yang awk miliki. Cermin diri sendiri baru cakap tentang orang lain. Menghina ciptaan Allah hukumnya apa ya ustazah?

8.   'ke awak malu nak beritahu kengkawan cerita sebenar'
Cerita apa Pn Anon? Jangan sampai saya rasa tercabar dengan kata-kata awak tu. Awak sendiri tahu apa padahnya kalau saya cerita hal yang sebenar kat sini dan dekat kawan2 saya. Fikirkan maruah orang yang satu itu. Kalau awk bercakap mcm orang tak habis sekolah kat sini, saya bukan mcm tu. Cerita sebenar akan melibatkan banyak maruah. Hati2 bila berkata2.

9.   'bagus sungguh karangan awak'
Ini bukan karangan. Ini penulisan. Karangan tu untuk budak sekolah rendah. Tahap UPSR. Ini penulisan ya.

10.  'satu je saya puji awak sungguh pandai berlakon'
Terima kasih banyak-banyakkkk.. Setahu saya, saya menulis di blog. Bukan berlakon di blog. Dasat.

11.  'saya rasa u dgn encik gaban buat cerita palsu la. fact salah'
En Gaban telah pun maklum tentang kata-kata Pn Anon itu. Dia amat amarah. Pn Anon kenal En Gaban ke? Saya kenal En Gaban lebih 4 tahun. Pn Anon kenal dia tak tahu la berapa ratus tahun kan. Tapi setahu saya En Gaban bukan jenis putar alam. Bukan jenis penipu, pembohong, pembelit. Emak kandung En Gaban sendiri yakin anak dia bukan penipu. Apa lagi nak buat cerita palsu. Tapi kalau salah fakta tu mungkin la.. Mungkin peratusan statistik yang En Gaban bentangkan selama ni salah kot. Mungkin sumber2 yang dijadikan rujukan tu salah sikit kot. Nanti kita semak semula k.

12.  'jgn ganggu rumah tangga orang, awang ( patutnya awak - salah eja ) belum kawen'
Part ni saya nak gelak pun pikir banyak kali. Nak gelak slow ke nak gelak kuat-kuat sampai orang tingkat 11 leh dengar. Apa saya nak cakap eh? Macam ni jelah.. Mohon penjelasan dari suami Pn Anon, saya ada affair dengan dia ke? Saya ngorat suami Pn Anon ke? Saya ada niat nak bermadu dengan Pn Anon ke? Adohaiiiii.. Saya nak ganggu rumah tangga awk bt apa Pn Anon.. Hubungan saya yang terumbang ambing ni pun kena ganggu, ada orang nak porak peranda kan.. Saya sibuk nak pikir cara nak bertahan dengan dugaan yang datang tak habis2 ni tau. Apa ada hal saya nak ganggu rumah tangga awk? Alahaii.. Sape la yang patut grow up ni.

13.  'kan dah ckp u dgn gaban salah facts,sbb tu delete komen i'
Bukan saya delete sebab salah fakta. Tapi karangan awk tu memperbodohkan diri sendiri. Awk cerita pasal 'mak boyfren ko', kekurangan fizikal org, cakap orang salah fakta. Kalau saya appear kan komen2 awak tu, yang malu awak sendiri. Cara awak mengarang nmpk sgt awak takleh kontrol nafsu marah awak. Saya perlukan penulisan yang tenang,teratur,profesional mcm Niza dan Eifa. Wanita-wanita berilmu. Bukan karangan.

14. Untuk Cik Fatin_Nah, saya harap entry ni dapat memuaskan hati anda. Saya buat entry ni bukan nak cari pasal, cari gaduh atau nak panjang2kan hal. Tapi saya rasa saya perlu timbulkan persoalan ni kepada empunya badan. Dia komen panjang lebar, ngamuk2, kutuk2.. Saya jadi pelik. Siapa dia ni tiba2 mcm harimau masuk kandang kambing. Salam takde, tau2 meroyan. Pom pang pom pang pom pang, habis semua cerita dalam kain dia kuarkan kat sini. Tu saya delete. Tak malu ke cerita pasal seluar dalam koyak kat sini.

Sesungguhnya saya tak kenal siapa Pn Anon a.k.a Aida ni. Saya tak pernah berkawan dengan dia, saya tak pernah berbual panjang dengan dia ( sama ada dgn secara mesra ataupun gaduh ), saya tak tahu asal usul dia, saya tak tahu pun nama penuh dia, berbinti kan siapa ( sebab kwn2 saya sume saya tahu dia bin @ binti apa ), dari mana dia datang, siapa diri dia, tak pernah pun duduk dengan dia lebih 24jam, tak pernah bergelak ketawa pun dengan dia, tak pernah apa-apa pun dengan dia. Senang kata saya langsung tak kenal siapa dia. Tapi dia mcm kenal sgt dengan saya. Padahal kitorg tak pernah pun berkawan. Dia kenal saya dari mana? Dari orang tengah ke? Ada pasang spy ke? Dia intip saya? Intip blog saya ke?

Prinsip saya : saya takkan bercakap tentang orang yang saya tak suka. Itu hanya meletihkan saya umpama membawa seguni beras dibelakang.

Tapi saya menegur orang-orang yang saya rasa sudah terlalu melampau mengganggu hidup saya sama ada secara nyata atau maya ( dalam blog ). Di dunia nyata dia mengumpat,mengeji saya. Dalam blog dia pantau saya. Kalau tidak masa kan saya terdengar orang cakap

si polan tu tak puas hati apa ko tulis sebab apa ko tulis tu terkena kat batang hidung dia sendiri

Pn Anon rasa Pn Anon tergolong dalam isu ni ke? Mohon maaf saya pinta andai Pn Anon terasa. Bukan Pn Anon saja yang ada dalam dunia ni. Ada ramai lagi manusia lain. Blog ni terbuka luas merentas sempadan. Jangan cepat sangat melatah. Saya menegur manusia-manusia yang suka jaga tepi kain saya di blog supaya orang tu baca dan dia sedar. Timbul isu fitnah ke kat sini? Timbul isu mengata ke kat sini? Kalau fitnah saya cakap belakang2, kalau saya mengumpat baik saya mengumpat bawah katil. Bukan di blog. Blog tempat bersuara secara bebas.

Saya pernah terjumpa blog sorang blogger ni.. Dia kata

' CAKAP BIAR LEPAS KALAU BENDA BETUL'

Moralnya :

1. Jangan jadi Melayu yang cepat melatah
2. Jangan sempitkan hati
3. Jangan jadi Melayu zaman Komunis, jadilah macam orang Barat. Tegur dan terima setiap teguran secara terbuka.

Pn Anon ada sebut 'kalo ko ada masalah dgn kami datang jumpa kami terus terangla' saya terima pelawaan tu. Saya secara terbuka mahu berjumpa dengan Pn Anon. Apa-apa Pn Anon leh contact saya di 017-2322453. Supaya jelas dan nyata saya tidak memfitnah, saya tak bersembunyi di sebalik blog. Saya tak perlu jadikan blog tempat harimau mengaum tapi takde taring. Blog saya tempat saya menulis. Nak caci maki bukan di sini.

Wassalam.


Monday, April 4, 2011

Tolongla jgn jadikan blog aku ni point utk korang jatuhkan kami. apa yang buat korang panas bontot eh?? sudah-sudah lah weih. korang tak letih ke asyik sibuk pasal orang lain? korang takde life ke? pathetic!

nak tulis apa lagi? tu je aku nak cakap untuk manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT atas muka bumi ni semata-mata untuk jadi pendengki, penyibuk, busuk hati. Please la.. Macam orang takde kerja. Blog picisan ni pun ada orang nak jadikan point sembur orang lain. Ni bukan blog Che Det. Blog cikai je kot. Goyang ke?

Aduhaiiiii.. Manusia, manusia. Please la. Sume orang pakat gelakkan korang la. Jangan buat malu lagi. Sudah-sudah lah weih..

Yang nak bantai gelak sila sms,call,email atau berFB okay..


Tenkiu so much!!!

Wednesday, March 30, 2011

Dugaan Datang Untuk Menguji Kekuatan Kami. Kami Tak Gentar!

Wahhh.. Semangat dengan tetiba..

Minggu lepas berkampung jap kat Permaisuri Resort, PD. Teruja melampau nak pulang ke KL sebab mahu berjumpa dengan En Gaban. Tapi tak sangka lak dapat telegram ( sms saja ) dari En Gaban. Berita buruk katanya. Lagi. Ye. Berita buruk lagi. Ohhh.. ( sambil letak belakang tangan atas dahi ). Okay, we are ready. A'ah. We always ready untuk apa saja berita buruk lagi.

Sampai-sampai KL terus buat appointment dengan En Gaban. Blablablablablabla ( En Gaban start gtau apakah permasalahan yang berlaku ). Aku terkedu. Erk! Macam tercekik biawak hidup kat kerongkong. Lepas tu kitorang diam lama. Game persahabatan Malaysia dengan apa ntah ( jersi kaler biru ) tak masuk dalam otak kitorang. Permasalahan bermula lagi sekali di situ.

Hari ahad mood g kenduri kahwin rosak binasa sebab En Gaban dapat tahu pasal claim insurans dia tidak seperti yang sepatutnya. Double serabut. Ohhh..  ( sambil letak belakang tangan atas dahi ). That time kitorang dah takleh nak manage stress. Syaitan dah bergayut kat pangkal hati. Syaiton sungguh. Aku stress. En Gaban nak cecah tahap burnout. Kalau tak manage dengan baik, dua-dua bakal burnout.

Agak tegang jugak di petang ahad itu. Kitorang balik dengan suasana stress melampau. Sampai kat rumah cool kan dengan main game Zombie dulu. Pastu call En Gaban gtau aku nak teman dia g jumpa En Abg Azam. Serabut, stress tolak tepi dulu. G kenduri kawen tadi dah rosak dengan stress, jumpa petang ni taknak bawak permasalahan besar tersebut, taknak stress2 lagi.

Nasib baik ada teman-teman ( sila nyanyi lagu Teman Sejati - Brothers ). Syaitan yang bergayut kat pangkal hati dah berjaya dihalau. Lega sikit. En Gaban start bermonolog dengan diri sendiri. Aku tak suka. Tugas aku sekarang kena happy kan dia. Aku taknak dia sedih2, susah hati walaupun aku tau bukan senang nak happy kan dia time2 mcm ni. Tapi sekurang2nya dia akan rasa ada aku disisi dia.

Kengkawan terus bagi semangat. Bantu mana yang boleh.
Aku orang paling dekat dengan En Gaban. Aku yang tengok keadaan diri dia. Hampir nak burnout. Please dont burnout. Aku sendiri stress mcm mana aku nak tolong En Gaban. Tetiba aku mcm lost. Tak tau nak luahkan dekat sape kecelaruan yang aku hadapi. Cik mek molek busy. En Gaban cuba settle kan apa yang patut. Hati aku dah start rapuh. Lastly.. Aku nangis jugak ( sila lah ketawa huhuhu ). Aku call En Gaban. Tapi tahan takmo dia dengar aku nangis ( dasar cengeng ).
Last-last aku call seseorang ( terpaksa dirahsiakan huhuhu ). Nak dengar suara dia, nak legakan hati aku yang bercelaru. Jiwa dah tak kuat. Dalam tangis aku luahkan jugak apa yang terbuku.
Mujur dia beri kata-kata semangat.
Aku lega. Semangat datang semula.
Dengan sokongan yang dia beri aku nekad nak tabahkan hati.
Bersyukur dia ada. Bersyukur dia kuat. Bersyukur dia sentiasa dengan kami.

Dalam susah payah yang kami lalui beberapa hari ni, macam-macam perancangan kami buat.
Semata-mata nak bangun semula.
Siapa sangka kan, kekuatan yang kami bina dipijak.
Memang runtuh. Tapi bukan selamanya.
Dalam beberapa hari saja kami mampu tenang dalam proses bina balik kekuatan yang hilang.
Perancangan demi perancangan kami atur supaya kami terus tabah.
Sokongan dari yang terutama jadikan kami lebih kuat.
Yang Maha Esa sentiasa ada dengan hambaNya. Apa nak takut.
Kawan-kawan. Diorang sentiasa standby. Lagi2 En Abg Azam.

Macam tak percaya, beberapa hari lepas kami hampir burnout.
Tapi alhamdulillah, kami mampu bangun semula.
Pasti perpisahan kami memang di tunggu-tunggu.
Tapi selagi Allah tak kata ' berpisahlah kamu ' jangan ingat kami akan mengalah dengan keinginan orang lain. Green light sudah ada. Boleh ke Red light muncul dengan tiba-tiba? Pemberi Green light lebih ber'autority'. Yang demokrasi tak seberapa tu jangan bermimpi.

Perpisahan Dalam Kebahagiaan?
........................................................... ( sunyi. bunyi cengkerik )




Tata!