CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Printables. Show all posts
Showing posts with label Printables. Show all posts

Monday, December 28, 2015

PRINTABLE : JAR LABELING

Assalamualaikum



I just found a way to make it easy for both of us! Yay! Refer entry printables : labeling ni you guys kena email and ask for the PDF copy right? Now tak payah! Aku dah jumpa cara untuk share PDF dengan you all semua. Happymeeeeee.

To make it easier, korang refer entry ni jelah kalau rasa-rasa nak print label untuk jars. Tak payah email-email dah, right click and save!

Kat bawah ni korang pilih je nak warna apa. Thank you for your feed back, you emails. 































Kepada yang dah dapat soft copy sebelum ni, tiba-tiba nak warna lain pulak ke kan, takyah segan-segan dah. Download sendiri k!



Love,
Nursaila Norman!



Thursday, November 12, 2015

Printables : Labeling

Assalamualaikum



Untuk pertama kalinya aku DIY label sendiri. *tepuk tangan* Semalam aku ada buat teaser. Harini aku update full terus k! Label ni aku buat bentuk bulat, dan ada 10 warna. Mana tahu satu hari nanti kot-kot aku free lagi, aku buat pulak label bentuk petak ke. Kan? Aku dah try untuk diri sendiri. Aku random je ambil warna merah, dan jadi macam gambar di bawah! Gambar bulan september ni. Huhu.

Aku tulis guna tangan je. Kalau nak aku taipkan pun boleh, tapi nanti aku charge kos penghantaran lah pulak kan. So better tulis sendiri jelah. Jimat. Hehehehe. Kalau taip siap-siap jadi macam kat bawak ni (contoh je) :

Untuk order tulis 12 items yang korang nak.
charge (kos admin + postage)
Saiz bulatan 2 inci (2.1 inci to be exact)



Lets check out the colors!!


Blue



Emerald


Green


Lime


Orange


Pink


Purple


Red


Tiffany


Black

Untuk dapatkan softcopy ni senang je..


EMAIL
msyunnsein@yahoo.com.my dengan subject LABEL
dan mention nak WARNA APA dalam email






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, November 11, 2015

Teaser : Printable

Assalamualaikum





Sejak entry Props Untuk Photobooth Saya! tu dapat sambutan (sampai ke hari ini!), aku berangan-angan nak update printable lain. Sebelum ni (masa aku pregnant, tahun lepas 2014) aku ada share printable untuk Thank You Tags. Tapi sayang, tak lama lepas tu laptop office rosak. Habis hilang SEMUA files yang aku simpan. Sempat bagi kepada beberapa orang je. Sampai ke hari ini masih ada yang mintak, tapi sorry, files dah hilang. Jadi, tak dapat nak bagi softcopy. Maaf sangat-sangat!

Baru-baru ni aku search untuk Label pulak. Konon nak label balang-balang kaca/plastik dekat dapur tu. Bila search, susah betul nak dapat yang printable. Kalau ada pun tak berkenan dihati. Dah nak panas mata ni searching, aku terus come out dengan hasil sendiri. Huh! Aku dah print dan tampal. So far puas hati! 

Lepas tu aku fikir, why not aku tak share je dekat sini. Mana lah tau ada yang nak ke kannn. Ada ke yang nak? Aku ada buat 10 warna! 

Ada yang nak tak? Wink! Wink!







Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, May 21, 2014

Free Thank You Tags!

Assalamualaikum.


Aku rajin sangat harini, dan aku sangat free harini, macam patut kena halau balikkk je aku ni kan? Haha.

Tadi publish pasal DIY thank you tag yang aku design sendiri (konon). Lepas lunch ni baru laju sikit otak ni bergerak. Sel-sel otak baru bersambung. T____T

Oleh itu aku ada la jumpa sikit beberapa thank you tags. Kot lah ada yang nak, kalau macam aku, memang tak pandai lah nak men'design'. Lagi-lagi takde software canggih-canggih kan. Asal ada perkataan 'thank you' pun okay dah kan? 

Tapi aku dapat semua dalam bentuk PDF. And again aku tak pandai nak attach PDF kat sini. So kalau nak boleh lah email ya!



1




2




3




4




5




6




7

sumber : google

Honestly, ada beberapa yang aku berkenan. Yang konon aku dah cop. Tapi aku share jugak dengan u olls, tak kisah lah kalau kita guna design yang sama. Sharing is caring kan? Hiks!

Korang boleh email untuk dapatkan softcopy, kalau nak semua boleh, nak selected pun boleh. Bagitahu je nak nombor berapa. So far ramai dan masih ada yang request PDF props untuk photobooth. Aku tetap akan reply your email attached with the softcopy, walaupun lambat, especially kalau korang email pada sabtu ahad, memang aku akan reply pada hari isnin lah ye!

Aku memang happy gila kalau dapat tolong orang yang nak kawen ni, sebab aku dulu pun pernah lalui pengalaman nak kawen. Lagi-lagi yang berjimat cermat macam aku. sobs! Niat nak tolong b2b dengan veil lambat lagi, sebab i olls memang tak menjahit buat masa ni. So aku tolong dengan cara lain lah ye.

Just email me or drop your email here!


NOT AVAILABLE
SORRY!





Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, December 24, 2013

Free Labels From NURSAILA NORMAN #1

Assalamualaikum.



Hi! Rasa macam lamaaaaa gila tak update blog kan? Oh, tak eh? Takpe, takpe. sobs! Kali ni aku nak bagi sesuatu secara percuma, sebab benda ni pun aku dapat secara percuma, jadi tak salahkan kalau aku nak kongsi-kongsi benda ni dengan korang? Aku dapat percuma, aku bagi pun percuma lah!

Tapi sebelum tu ada sedikit syarat sebelum aku bagi 'benda' ni secara percuma. Alaaaaa, senang je! Syarat-syarat dia ialah :


letak gambar ni dekat entry korang ya!


Sebelum korang nak labels percuma ni, mesti korang nak tau labels yang macam mana kan? Okay ke tak, kan? Don't worry lalings, aku akan tunjuk dekat sini, tapi yang fake punya lah.. Sebab labels ni dalam bentuk PDF. I don't know how to attach here. sobs! Sebelum tu, aku nak explain kenapa aku kena bagi dalam bentuk PDF jugak kat korang, compare to copy and save je dari sini. 

Sebabnya, korang boleh taip any words yang korang nak dekat labels tersebut! Best tak? Contohnya .....



Amacam best tak?! Lagi-lagi free kan? Tak rugi pun dapat labels ni dan try and error! Just type and print colour :) Tadaaaaaaa.. Siap! Cuma pilihan font tiada. No choice. Itu je yang kurengnya. Tapi takpe lah kannn, yang penting labels dia comel-comel. Jom tengok!












Macam mana? Comel-comel tak? Props Untuk Photobooth pun dah ramai yang request, so kali ni aku nak bagi labels pulak. Ini baru #1. Ada banyak lagi siri yang aku nak bagi. Tapi tak boleh lah bagi semua sekali, berjela-jela lah entry ni karang. Huhuhuhu! 

Apa lagi, jom lah join!






Love,
Nursaila Norman!


Thursday, October 4, 2012

Props Untuk Photobooth Saya!

Hai.


Assalamualaikum.

Lunch harini aku siapkan props untuk photobooth masa majlis resepsi pulak. Bukan main produktif lagi aku kan.. Baru nak menggelabah buat kerja kawen betul-betul. Kalau tak stok main-main je kan.

Props dah ada, dah print, dah laminate, dah gunting. Tinggal nak letak lidi je lagi. Lepas letak lidi boleh simpan baik-baik tunggu masa nak pose jelah nanti. Hiks! 






Ada lagi 2 set, tapi dalam bentuk PDF.. Tak boleh nak attach, kalau nak softcopy boleh email saya eh! :) So ni lah antara softcopy yang aku save dari Oh Happy Day.. Kebetulan terjumpa, kalau tak, tak terfikir pun nak buat photobooth. Lagi satu, kebetulan lagi sekali Ayah nak buatkan backdrop untuk aku. Sebab aku kan takde pelamin dekat dewan, just makan beradab (makan bagi kenyang) pastu dah.. pastu sesi jumpa tetamu pulak la lepas tu. Tapi disebabkan Ayah nak design kan backdrop untuk aku, aku pun on la dengan photobooth ni. Alang-alang dah ada backdrop, aku pun print jelah props ni semua. Bukan susah pun kan nak print, laminate dan gunting, kan?kan?kan? Hehehe.

Eh, cop! Cakap pasal backdrop, aku request backdrop ala-ala red carpet, Grammy Award (konon kan request bapak melampau), tapi for sure la takkan se'grand' Grammy Award bagai. Konfem. Dah kata resepsi simple, jangan tertipu dengan angan-angan terlampau aku tu. Huhuhu. Aku cuma request backdroop aku tu Ayah design dengan nama kami berdua 'ShahirSaila' atau 'SailaShahir' (aku tak sure mana satu yang Ayah aku tulis) tapi macam tu la permintaan aku. Nak nama kami, so macam Grammy Award la sikit-sikit. Sikit je pun.. Jadi lahhh.. Hehehe. Harga? No, no.. Tak mahal pun, wedding kami memang tak pakai banyak kos. No worries!

So inilah dia props yang dah siap di print, laminate dan gunting.











Part ni aku paling malas gila.. Nak kena gunting isi dalam spec tu semua. Kena teliti, nanti rosak atau buruk. Huhu! So buat separuh jalan lepas tu malas. Kannn.


Tips, lebih baik laminate sebelum gunting supaya props lebih tahan sikit. Faham-faham jelah kan, kertas.. Lembik, ringan.. Kalau-kalau terkoyak atau terjatuh, hilang dah tak best la kan. Time-time wedding ni kan ramai orang, tak termampu nak jaga semua, at least props boleh tahan lasak sikit. Tetamu nak pose pun takde la risau-risau kan :)

Satu perkara dalam checklist dekat sini dah settle. Alhamdulillah. Lega satu benda. Ada banyak lagi tak settle nih. Benda takde la apa sangat, tapi aku kan pemalas lebih. Huhuhuhu.





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!