CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label En Gaban. Show all posts
Showing posts with label En Gaban. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Dah Lama Tak Macam Nie!

Assalamualaikum.


Kali ni nak ubah cerita.. Kita off kejap pasal diy, pasal wedding thingy, pasal pearl hb blablabla.. Dah lama tak rasa muda dekat blog sendiri. hiks! Dulu sebelum kawen rajin giler meng'update' hal-hal peribadi kat sini kannn.. Sekarang ni dah ramai yang baca (ramaiii keeeee?) blog aku ni, macam malu-malu kucing lak nak share. Huhuhu. Tapi kali ni nak share jugak.. hiks!

Lompat lompat!

Excited sebab first time sampai di Sepang. Muahahaha! Yelah, event ni hari ahad, dulu sebelum kawen aku tak dating dengan En Gaban awal pagi ahad. Sebab ahad pagi waktu aku breakfast dengan family. So aku takkan keluar dating waktu pagi. sobs! Eh, aku ada time nak keluar dating okeh. LOL!

Hampir setahun baru Suami dapat bawak aku ke sana, having fun, hot, tired. Seronok sangat! Setiap tahun dia nak bawak aku ke sana. Tapi belum rezeki lagi. Akhirnya.. weeeee!

Dah lama tak bermotosikal, baru tahu apa itu rasa tua. Hahaha!
































Masa sampai-sampai ni kitorang dah salah gate. Sepatutnya main entrance, entah macam mana boleh salah. Suami cakap dah bertahun-tahun tak datang. Dulu event ni tak segah harini. Salute Malaysia. Masa ni la ternampak Nad. Kelakar time ni, kitorang dah naik sampai atas, tapi sebab salah gate kitorang patah balik, masa ni nampak Nad baru sampai dengan bf dia Wan. Aku tak confident sangat Nad ke bukan, tapi bila nampak Wan rasa macam konfem lak. Tapi masa tu Nad dah jauh jauh jauh. Nak panggil tak la kann.. i olls maluuu. Hehe! Tertoleh toleh kot tengok Nad. Suami dah konfius ni macam mana nak pergi main entrance. Haha.

Nasib baik ramai staff yang involve sampaikan takkan ada sorang yang sesat sebab information sangat lengkap. Ramai staff standby untuk bantu pengunjung. Sampai lah kami disuruh naik bus kalau nak tawaf Sepang Circuit.Wuwuwuuu! Suami tak pernah naik bus yerrr.. Tak macam aku, public transport di KL small matter jeww. hiks.


Kami dalam bus, yayy! Seronok tengok Suami first time naik bus. Hehehehehehehehe. Sukew nyew diew. Park je dekat mana-mana yang kita suka lepas tu get a bus. Tak payah jalan kaki sampai lenjun ketiak okey!


Itu motorsikal yang di'park' di main entrance. No wonder tempat kami park tak penuh sangat. And no wonder kami perlu naik bus. Haha.




Ini favorite, sehari sebelum pergi Suami demam teruk. Dalam hati nak cakap dekat Suami 'tolong bawa saya ke booth MV Agusta' tapi tak sampai hati. Tengok keadaan Suami yang demam teruk, tak sampai hati pulak nak buat dia susah hati. Ya dia susah hati sebab dia demam, so dia risauuu tak dapat bawak aku ke Sepang. sobs. Tapi dapat jugak tengok MV Agusta depan mata. Huhuhu. Suami gigih sihatkan badan. Padahal masih demam. Shian ayang :(

I just loooveee the crowd! Tahun depan tak sampai punya lah. Kalau ada perut larat ke nak menapak? Hellooo.. hikhikhik. 

Last but not least, permintaan Suami.. Mungkin dia rasa dia akan sembuh selepas bergambar dengan gadis litar, mungkin?


Tidak sama sekali. Balik terus demam panas. Lepas maghrib terus pergi HKL. shiannnnn dia.. hiks! 

*baru update harini,pending dalam draft sebab kelam kabut nak raya haha!







Love,
Nursaila Norman!


Monday, September 24, 2012

We : Mr Gaban, Ms Gaban & Burger King

Hai.


Assalamualaikum.


Welloww! Aku masih dipejabat, menunggu En Gaban dari KL jemput aku pulang.. (apasal macam bunyik Indon ni?). Malas dah nak naik ERL. Walaupun laju tapi Rm9.50 sekali naik. Gaji esok, jadi hari ini haruslah berjimat cermat. Hehehe!

Disebabkan semua orang dah balik, dan aku pun dah settle kan beberapa benda yang tertunggak (benda remeh temeh aku memang suka tunda2), tak tau nak buat apa dah sorang-sorang ni, jadi aku nak update pasal kami boleh eh. Dah lama tak update pasal kami kan.. Ecehhh. Perlu ke? Haha. Tak kira.. Hiks!

Sabtu aku kena hadirkan diri ke UTC, Puduraya KL (kalau bkn sebab kerja tak kuasa aku bangun pagi-pagi hari sabtu). Pagi-pagi dah sampai Puduraya En Gaban hantar. So Ahad baru boleh berpoya-poya dengan En Gaban.

Permintaan aku untuk weekend baru ni ialah nak makan Burger King dengan En Gaban. Sebabnya, sepanjang tempoh kitorang berkawan ni (6 tahun lebih), belum pernah pun kitorang makan BK. Motif?? Sebelum En Gaban jumpa aku semula (walaupun dia berusaha keras cari aku - harus mention kat sini HAHAHA!), dia terkawan (ter okay. wajib aku mention ter) dengan sorang awek nama Fasha Sandha. Disebabkan awek tu suka pow En Gaban (sejak bila aku pandai guna perkataan pow ni?), so ada la part kelakar berlaku. Masa diorang jmpa dekat Mid Valley (sebelum tu awek tu pernah bagitahu dia anak orang kaya, bapak dekat USA bagai tapi kuat pow duit orang. apakah), diorang masuk BK. Boleh tak En Gaban makan sorang je tanpa belanja awek tu? Awek tu tengok je okay. Kejam. Hahaha. Tapi btl jgk, asyik nak pow duit orang je apa kes. Kata bapak dekat USA.. Takkan BK pun nak pow duit orang. Aku dengar cerita ni memang terkejut la.. En Gaban sekejam itu ke? Hahaha.. So, aku pun request la nak makan BK sebab tak aci la Fasha Sandha tu je pernah masuk BK dengan En Gaban, aku pun taknak kalah gak la kannn.. Hahaha. BK tak hot ke hape ke pedulik apa aku. kehkehkeh!

Tapi sebelum makan BK, En Gaban paksa aku ikut dia masuk MCTF'12 (Malaysia Career & Training Fair 2012). Dia nak drop resume dekat beberapa company favourite dia. Aku pun dengan terpaksa (hehe..sorry B) ikut la bontot dia. Lepas tu baru makan BK. Pergh, halangan btl nak makan BK ni kan.

On the way cari BK (cari ya, sebab kami jejak Mid Valley ni belum sampai pun 5x. dasyat tak? dasyat tak?)  
terjumpa la macam-macam kedai yang buat aku semakin kelaparan macam tak makan 3 hari. Damn.



Misi mencari Burger King kau.. Siap betapa kat situ baca directory. Hahaha



Masuk Bread Story. Lapar kannn.. Tak jumpa BK, aku tergedik-gedik nak roti. 



Our BK!! Tak gah pun, tapi okay apa.. Janji kenyang. Heeee!



Ini muka orang kenyang telan BK. Muka aku memang takde make up. So jangan off PC okay! Hahaha.


Puas sudah hati aku dapat makan BK. Selepas 6 tahun kawan, baru semalam dapat makan which is 45 days before my solemnization day with En Gaban. Opss, oppsss!


korang sudah BK dengan buah hati pengarang jantung? waahh, gituuu!





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, July 25, 2012

Lagu untuk cinta hati saya

Hai!



Assalamualaikum.


Pertengahan tahun 2006, aku mula berkawan dengan dia. Kenal? Sejak tingkatan empat (tahun 2002). Tapi aku tak suka dia masa tingkatan empat tu. (kalau nak explain bab ni, memang kena buat entry lain. huh!). Tahun 2006 dia jumpa nombor henfon aku dari kawan baik dia, dan kitorang mula berkawan. Rupanya sejak lepas SPM dia still cari aku - tanya dekat kawan-kawan,tapi takde sorang pun yang tau. 2 tahun jugak dia mencari aku. Gigih betul dia nih. Dan akhirnya pada pertengahan 2006 pencarian dia berakhir. Macam drama pun ada kan?

Start dari hari first dia SMS aku, kitorang mula berkawan. Sebenarnya dia lelaki yang paaaaling aku tak suka masa tingkat empat sampai la tingkatan lima. Jangan touching eh b.. Kisah benar ni. Huhuhuhu! Tapi bila umur dah 21tahun (dah matang time tu), takkan la nak gaduh lagi kan.. Aku pun okay jela berkawan dengan dia. 

Sepanjang aku berkawan dengan dia macam-macam ada. Gaduh, merajuk, marah-marah (ni semua aku, dia rilex je huhuhu). Sampai la satu aku terdengar satu lagu ni. First time dengar tak tau la kenapa aku nak buat lagu ni ringtone untuk SMS dia. Masa tu aku pakai henfon Nokia 3312. Boleh record, bunyi pun okay. Aku pun record lagu tu pastu buat ringtone untuk SMS dia. Zaman belajar kan.. Takkan nak spend duit untuk henfon canggih2. Tu je yang mampu.. Huhuhu!



ni lah henfon disko. sebab ada lampu kiri kanan. meriah okay :D



Masa tu kami cuma berkawan. Memang dia lamar aku banyak kali, tapi aku tak ready dan anggap dia kawan semata-mata. Tapi tak tau la kenapa lagu tu yang aku pilih untuk ringtone SMS dia. Aku tak tau kenapa, tapi yang pasti aku dapat rasa yang lagu tu memang untuk dia.

Sekarang ni aku dah guna henfon lain. Dalam dua jenis henfon baru yang aku pakai, aku takde pun save lagu tu. Bila aku saje tekan-tekan Nokia 3312 tu aku mesti jumpa lagu tu. Masih simpan. Masa ada. Masih elok. Bila aku play lagu tu, autometik semua yang aku bualkan dalam SMS dengan dia datang dengan sangat fresh. Terus teringat zaman aku berkawan dengan dia. Zaman 'aku-kau' dengan dia. Rindu zaman tu. Takde beza pun zaman tu dengan sekarang. Dia masih macam dulu. Cuma situasi berbeza. Sangat rindu.

Banyak kali aku remind supaya download lagu tu dan save dalam henfon sekarang ni. Tapi asyik busy dan lupa. Tapi akhirnya.. Yeahhh, akhirnya lagu tu dah ada pun dalam henfon aku dan sudah pun save as his ringtone. Seronok. Lepas download terus play 8 juta kali dekat henfon. Muntah la orang sekeliling aku. (sebab aku jenis suka dengar lagu untuk amek mood pergi mandi. hahaha!) So aku akan play lagu sambil golek-golek atas katil tunggu mood datang. So sesiapa yang ada berhampiran haruslah stress. Hikhik!



setelah settle men'download'. saje nak tunjuk betapa happy nya aku. hiks!


*********************************************************************


Stick With You (The Pussycat Dolls)

I don’t wanna go another day,
So I’m telling you exactly what is on my mind.
Seems like everybody’s breaking up
Throwing their love away,
But I know I got a good thing right here
That’s why I say
(part yang aku record untuk ringtone sms dia)

Nobody gonna love me better
I must stick with you forever.
Nobody gonna take me higher
I must stick with you.
You know how to appreciate me
I must stick with you, my baby.
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you
(part yang aku rasa memang lagu ni untuk dia)


*********************************************************************


# pernah aku buat slide anniversary yg pertama lepas tu burn dalam CD. lepas tu pos dekat dia (masa tu dia belajar dekat Dungun, aku kat Sintok. bapak jauh kan?). dalam slide tu aku ada masukkan klip video lagu tu - sayang, awak ingat tak?




tiap kali terdengar lagu ni memang takde siapa yang aku bayangkan selain dia.
walau ribut pernah melanda antara kami, selamanya lagu ini untuk En Gaban seorang sahaja.
"hai,boleh berkenalan?"





selamat berpuasa sayangs!



Love,
Nursaila Norman!

Thursday, July 5, 2012

Ni yang sayang lebih dekat En Gaban. Hahaha!

Hai!


Assalamualaikum.


Tengah gigih jahit lace dekat veil resepsi tiba-tiba Ina masuk. Dia pegang bunga. Dalam hati rasa 'apakah bawak bunga masuk bilik aku'. Selalunya dia bawak folder, file atau kertas-kertas je.

Ina : Bunga, shahir hantar jap ni.
Aku sumpah tak percaya. Siap cakap Ina tipu. Pastu Ina cakap sumpah, Shahir bagi. Damn.

Malu, tebal muka sume ada. Sebab Ina yang amek. Pastu hantar kat bilik aku. Malu laaaaaaa! Nak nyorok dari Ina lah minggu ni. Huhuhuhu!

Orang mesti cakap 'eleh,bunga? tu pun nak kecoh' Huhuhu! Kecoh la.. Sebab dah dekat 6 tahun bercinta ni first time dapat bunga dari En Gaban. Sedih tak? Sedihhhhhh. Hahaha! Aku memang tak jangka pun dia akan bagi bunga. Sebab dia memang tak pandai nak bajet2 Aaron Aziz ni. Huhuhu. Dia takat tau bagi aku kenyang, jangan marah-marah tu jela. Hahaha sadisnya. 

Macam blur je. Baru firts time dapat bunga pun nak kecoh, orang lain dapat bunga tiap2 bulan tak kecoh pun. Eh, takpe la kan, suka hati kita la kan? kehkehkeh! En Gaban terkejut sebab kena bagi dekat Ina. Yelah, orang luar mana boleh masuk sampai dalam sayang :) Gigih la awak hantar sampai sini. Tak boleh tunggu malam ni kewww? HEHE!







pssstt : agak-agak ada udang disebalik batu tak eh?



En Gaban, thank you so much sayang :) First time dapat bunga dari awak, nak pitam pun ada ni. Hahaha!



Kelakar la!!



thanks korang!


Love,
Tata!


Friday, May 4, 2012

Pasal baju!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Malam tadi macam biasa aktiviti melepak kami. Ingatkan nak lepak dekat kedai mamak je. Aku pun belasah jela pakai baju untuk pergi mamak. Ada ke kod pakaian macam ni?

Baju babyT hitam dengan three-quater pants merah. Flipflop hitam. Okay, tak payah bayangkan eh..

Dengan harapan melepak dekat mamak sahaja.

Tapi En Gaban ntah apa kes dia pergi pakai cantik-cantik. T-shirt berkolar bukan masalahnya. Tapi menjadi masalah bila aku pakai macam nak pergi tido dekat mamak tapi dia macam nak pergi acara separa rasmi. Alasan? Baju tu dia tak suka sebab mcm-mcm kekurangan ada dekat t-shirt tu. Aku tengok elok je. Ceh.

Disebabkan dia dah pakai macam tu aku pun request nak makan Lamb Chop dekat Kg.Bharu. Takde tempat lain sesedap Lamb Chop situ. Aku tak kira walaupun aku pakai kod pakaian mamak tapi tetap nak Lamb Chop Kg.Bharu.

Aku pulak tak habis-habis mengomel pasal baju dia. Gila tak puas hati dia pakai elok-elok, aku pakai macam nak tido. Siap cakap apasal tak bagitahu nak pakai elok-elok. Apakah? Bila dah separuh jalan melayan Lamb Chop baru aku sedar betapa sadisnya aku.

Aku  : Mesti diorang kat sini cakap 'kesian mamat tu. pakai smart2 tp gf dia..' (buat muka sedih)
Dia  : A'ah. Mesti diorang cakap gf dia mcm sampah.
Aku : (terkedu okeh! muka dia selamber badak gila)
Aku : Sampah?? Huhuhuhuhu!
Dia : Yelah, bi tau apa dalam hati diorg. Sebelum diorg cakap, biar bi cakap dulu. Hahahaha!!
Aku : Gila kejam.. Jujur betol.
Dia : Hahahahaha!

Sampah dia cakap aku? Mungkin dia nak sebut selekeh kot. Ke memang dia berniat nak sebut perkataan sampah? Ish. Jujur betul mamat ni tau. Nasib baik aku tak sentap. Sebab aku memang tau dia gurau je tu. (sedapkan hati sendiri). kehkehkeh.




thanks korang!




Love,
Tata!




Thursday, May 3, 2012

saya VS dia

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Morning!


Sejak kebelakangan ni entry aku asyik cerita pasal wedding je kan. Padahal bukan nya ada apa yang best pun. Apa kata kita tukar cerita lain pulak.. Dulu masa awal-awal buat blog banyak gila cerita pasal En Gaban. Blog ni kira tempat nak usik-usik dia semata-mata. Tapi lama-lama aku risau pulak nanti orang muntah baca cerita pasal baby boy aku tu. Macam la kau sorang je ada boyafren. Nyampah kan. Tapi kali ni terdetik (gila poyo) nak tulis pasal kami. Maaf ya kalau ada yang tak/kurang suka.

Aku berlawanan dengan dia.


Saya cepat marah. Dia susah marah.

Saya laju-laju, kelam kabut. Dia slow, relax, cool.

Saya merajuk lama. Dia tak merajuk. (kalau merajuk pun tak sampai 30minit)

Saya suka cakap laju-laju. Dia suka cakap slow-slow.

Saya pemboros. Dia pandai jaga duit.

Saya tak sabar. Dia sangat penyabar.

Saya suka lap tangan dekat baju. Dia tak. (dia marah gilaaaaa)

Saya membeli tanpa berfikir. Dia sepuluh kali fikir sebelum beli.

Saya sensitif. Dia tak. (of course la kan..tak jejantan la kalau cepat sentap)


Part dia penyabar dan susah marah tu yang buat aku selalu rasa bersalah. Bukan la dia tak pernah marah lansung. Tapi jarang la dia boleh buat aku takut. kehkehkeh. Teruk tak? Kadang-kadang je dia marah betul-betul tapi itu kejap je. Aku adore gila dengan sikap dia tu. Selalu gak aku fikir, apa yang buat dia cepat gila buang perasaan marah dia tu eh.

Macam malam tadi.. Aku pun tak tahu apa yang buat aku sensitif sangat. Cepat sangat berubah mood. Tak boleh la terabai sikit. Tak boleh la terbiar sikit. Mula la mengada nak moody. Haihh. Kesian dekat dia la. Blur tak tau apa-apa tetiba aku buat endah tak endah je. Selalunya aku tak suka dipujuk. Aku cuma nak di tanya 'awak merajuk sbb saya eh?'. Okay, mengada tak? Tapi takde la susah sangat kan? Ke susah eh? Huhuhu.

Malam tadi aku buat perangai sampai sudah. Dah nak tido baru rasa bersalah gila. Call lepas tu minta maaf. Pagi ni aku mengada-ngada mintak dia hantar aku ke tempat ambil bas kementerian. Malas nak ambil depan rumah. Dia okay sangat. Senyum-senyum, happy gila hantar aku walaupun masih pagi buta.

Sampai kat pejabat aku still rasa bersalah sebab buat perangai malam tadi. Bila aku minta maaf kali kedua baru aku tau dia berkecil hati. Tapi dia okay je. Dia happy je. Macam tak ambil hati pun. Tapi rupa-rupanya dia kisah. Dia berkecil hati. Dan mungkin dia marah sikit. Tapi dia tak tunjuk pun. Dia tak bagitahu pun. Kejamnya aku. Dia selalu sabar dengan kerenah aku. Dia susah nak marah aku. Tapi aku? Haihhh. Mengada betul. Awak, kenapa sembunyikan perasaan itu?

Chop! Takde niat nak kecoh-kecoh kat sini pasal sikap dia. Tapi nak bandingkan diri aku ni yang serba serbi mengada-ngada. Patutnya aku tak ikutkan sangat perangai mengada-ngada tu. Tapi still suka nak ikut. Patutnya aku kena lebih bersabar. Tapi still suka nak marah-marah, nak cepat-cepat. Nasib lah dapat yang slow. Hikhik. Kalau dapat yang berhangin jugak.. Baru padan muka. Lima tahun okay dia bersabar. Lamanya. Kalau aku mesti dah lama tak sabar.

Tabahnya awak melayan kerenah saya. Tetiba rasa macam bersalah gila-gila. sobsobsob!



p/s : lagu 150 juta oleh fynn jamal sangat ngam dengan aku.



thanks korang!



Love,
Tata!



Thursday, January 19, 2012

5th A N N I V E R S A R Y

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Tak tau nak mulakan entry macam mana.. Okay lah, kita mulakan dengan perasaan la eh.

Perasaan aku sekarang ni takde la excited gila vavi. Biasa-biasa je. Aku rasa lebih baik aku excited celebrate anniversary perkahwinan kannn? Disebabkan aku belum berkahwin, tak dapat la aku nak celebrate anniversary perkahwinan. Perasaan bangga langsung takde okay, korang jangan cakap aku meroyan sangat nak celebrate. Kitorang tak pernah pun celebrate kat kelab ke, tepi jalan ke.. Tak. Kitorang celebrate dalam hati je. Lebih-lebih pun kitorang g makan kat tempat yang kitorang suka dan makan makanan yang kitorang suka. Hadiah mahal-mahal semua takde. Again, sepanjang aku dengan dia.. Belum pernah ada hadiah mahal-mahal untuk anniversary. Its okay. Bukan hadiah yang aku tunggu. Kalau dia bagi aku amek, kalau takde cukup dia remind aku tiap-tiap tahun pun aku dah seronok sangat2.

Macam hari ni, serius aku lupa semula. Padahal dah ingat kan aritu? Pagi-pagi ni aku tak ingat langsung. Bila dapat email dari En Gaban baru tersedar. Lepas tu buat2 tak bersalah. Terus cerita pasal anak buah gegurl dia tu. Ianya hanya lah 'hari' yang bermakna. Tak lebih dari itu. Cara kita celebrate pun jangan la sampai menyimpang jauh.. Jangan la ada kiss-kiss, terlebih mesra apa semua tu dengan alasan meraikan hari penting. Jangan okeh!

Happy of kos happy. Secara jujurnya bila aku setuju nak berkapel macam kapal selam 5 tahun dulu, aku tak terfikir pun aku akan sampai ke tahap ini dengan dia. Dalam kepala otak aku time tu 'ala,aku target 2 minggu je aku kapel dgn dia ni' lepas tu buat bodoh selamber badak masuk kelas. 6 bulan ke 7 bulan berkapal baru aku betul2 sayangkan dia. Okay, aku hampeh. Dekat setahun berkapal selam baru aku cintakan dia. Dulik apa aku. Dah aku memang macam ni. Bapak keras okeh hati dan kepala. That time bila bergaduh baru menangis2. Sebelum tu? 'kesah pulak aku?' Muahahahahaha..

Aku tak pernah jangka selama ini aku habiskan masa bujang aku dengan dia. Aku macam kakak kepada dia. Dia memang macam adik. Sebab tu kitorang takde hal nak lepak di mana-mana dan buat apa saja dengan member2. Sebab takde istilah manja2, cintan cintun bila melepak. Nak cintan cintun dalam SMS sahaja. Hahahaha kantoi!!

Sepanjang aku ada blog, ni anniversary kami yang kedua aku publish secara open. Sebelum ni 4th anniversary. Rasa macam nak delete je entry poyo tu. Aku sendiri nak muntah bila baca. Muahahaha! Hopefully takde la 6th anniversary dah. Nak wedding anniversary la pulakkkk.. Hikhikhik!

Adanya 5th anniversary ni pun sebab dia. Sabar dia rasanya aku sendiri tak mampu nak ikut. Aku tak penyabar. Tapi dia terrrrlebih la pulak. Kalau ikutkan aku memang meroyan 24jam. Memang tak la 5th anniversary. Hahaha.. Tenkiu ya En Gaban. Harap2 sampai ke akhir hayat anda tetap bersabar dengan saya eh.. Saya ni memang merbahaya sikit tapi dalam hati ada taman negara tauuuu..






Untuk En Gaban

 mungkin ini anniversary kapel selam kita yang terakhir. (gila aku sedih lakkk! hampeh!!) Terima kasih yang teramat sangat kerana anda terlalu banyak bersabar dengan wanita seperti saya. Kerana kesabaran anda, kita sampai di sini. Teruskan kesabaran anda ya. Sebab perjalanan kita yang sebenar bakal bermula tak lama lagi. Panjang lagi perjalanan kita. Semoga segala2 baik-baik sahaja.
Amin.






Cinta kamu,
Tata :)


thanks korang!



Love,
Tata!