CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Little A In My Tummy. Show all posts
Showing posts with label Little A In My Tummy. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

My Little A : 7 Weeks

Assalamualaikum.





7 weeks already, alhamdulillah weeeee! Entry saiz baby ni untuk record saya dan my future baby :) 




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, August 1, 2013

Tak Lama Lagi Bertiga ;)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Ramadhan ke-23. Alhamdulillah banyak perkara-perkara baik berlaku dalam Ramadhan tahun ni untuk kami Suami Isteri. Alhamdulillah. Dan for sure, kita-kita semua pun banyak menerima rezeki dari Allah di bulan mulia ni kan.

*happy!*

Kalau baca tajuk pun korang dah boleh faham malah dah faham sangat apa yang aku tulis dalam ni kan? iheeee.. Taktau nak mula dari mana, macam mana. Fuhhhh.. Disebabkan blog adalah segala-galanya bagi aku more than facebook, so aku meulis segala-galanya di sini. Aku pun taktau nak mulakan dengan apa, ikut jelah apa yang terlintas eh.

Aku bukan lah orang yang pertama menulis tentang 'orang baru', tapi ini lah entry pertama aku tentang 'orang baru' dan perjalanan sebenar pregnancy kami :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Officially we are pregnant, kenapa we? Sebab kami berdua Suami Isteri lah, haha! Cannot I am pregnant. Hewhewhew! Secara jujurnya we don't expect aku akan pregnant. Sebab perancangan terbaru sepatutnya nak start pregnant bulan Disember nanti. Tapi mungkin sejak sebelum kami berkahwin kami sudah merancang beriya-iya untuk pregnant on July, mungkin niat kuat di situ, mulut pun masin, Allah Maha Mendengar, so now i am 5 weeks and 4 days already! Alhamdulillah.

Selama 7 bulan lebih kurang jugak la aku tahan telinga mendengar pertanyaan orang 'dah ada?' 'dah ada?'. Takkan aku nak bagitahu detail kan? Terpulang, ada jugak yang cakap tak baik cakap taknak. Bila pulak la cakap taknak, nanti dulu dengan taknak ada beza kan? Mungkin orang tak faham atau tak mahu faham. Mungkin. Dan, orang cakap tak baik merancang. Orang cakap, Allah tak cakap. Kita yakin dengan Allah dan kita tahu niat kita apa.. Allah Maha Mengetahui. Jangan la takut kalau niat kita betul.

Ada orang dengan selamber tanya 'kenapa pulak belum lagi? taknak ke?' dengan muka penuh pertanyaan. Perlu ke aku mention aku nak rasa selesa berdua? Perlu ke aku mention aku nak rasa puas berdua? (tak puas pun sebenarnya haha) Perlu ke aku mention aku nak tengok financial kami Suami Isteri dulu okay ke tak? Berapa balance? Balance cukup ke untuk baby? Boleh saving tak untuk baby selain general saving?

Since yang follow blog ni tau kan, aku pernah mention tempat kerja lama dulu tak cover cuti bersalin, takkan aku simply nak pregnant. Huhuhu. Kitorang saving a lot sebagai persediaan. Tup tup aku tukar kerja, kerja baru pulak cover cuti bersalin.. Seronok gilerr.. Tapi kitorang plan untuk start ada baby on December sebab nak bagi aku catch up everything dekat ofis baru.. Tapi sebab niat asal bulan Julai kan, niat kuat sangat masa plan tu agaknya.. Accidently.. Haha.. Kitorang memang tergelak start tau aku pregnant.. Tak sangka giler.. Hehehehe!

Bila dah masuk bulan Jun aku consume Folic Acid, dalam hati pulak asyik terdetik nak try pada Julai. Taktau kenapa, mungkin sebab dah niat awal-awal dulu, walaupun tukar plan last minute tapi dalam hati nak try jugak bulan Julai. Perasaan tu datang dengan sendiri. Suami pun okay. Allah Maha Berkuasa.

Sejak lambat period haritu aku dah tak senang duduk, risau.. Dah ready ke aku? Nak tapi tak confident. Huhuhu. Suami excited gila-gila.. Last-last aku slowly terima kalau-kalau aku pregnant. Kalau dah lewat period tu nak tak nak kena akui aku pregnant kot ni.. Huhu. Masa test sendiri dekat rumah memang takut giler, berdebar-debar.. Sampai rasa taknak buat test haha, over kan.. Lepas seminit dua still satu line.. Macam lega sikit. Keji okeh jangan tiru perangai aku ni! Dah settle mandi berjam-jam (tipu) aku tengok eh! ada dua line.. Even pudar tapi memang ada line. Takut. Seronok. Semua ada. Keluar bilik air buat bodoh je. Macam tak confident lagi dengan diri sendiri. Ready ke ni? Tak lama tu Suami pulak masuk bilik air, boleh tak dia keluar balik semata-mata excited nampak UPT atas sink pastu ada dua line. Homaigodddd laki akuu.. Tak perlu lah cerita kat sini excited dia macam mana. Errrrrr boleh pitam kejap. Huhuhuhu.

Esoknya aku check dekat klinik company sebab rasa tak selesa sikit dekat ari-ari, rasa macam nak period, takut la kan.. Mula-mula memang tak ready lah, tak confident lah.. Tapi seronok, sayang kannnn.. Lepas check tu doctor confirm aku dah 5 minggu. Time tu macam mamai-mamai je. Takut sangat pun ada. Bila bagitahu Suami bertambah-tambah lah pakcik tu excited siap bagitahu Mak dekat Kelantan. Huhu. Balik tu masa berbuka Suami bagi hint dekat family aku pulakss.. Boleh tak main bagi-bagi hint. Cisss. And everybody happy dengar berita gembira, yayyyyy.

Semalam buat official check up dekat klinik company Suami pulak.. Semuanya okay.. Scan semalam nampak rahim membulat dari normal. Doctor explain macam-macam pasal janin dan rahim, everything okay.. Rasa tak selesa dekat ari-ari, rasa macam nak period tu quite normal sebab rahim nak mengembang. Apa-apa pun kena scan awal-awal. Kena banyak minum air, kena makan makanan sihat sampai bulan ke-3.. Alhamdulillah. Aku masih blur but happy sangat. Lagi-lagi bila tengok Suami happy giler, asyik tersenyum, keep calling himself daddy.. Haha.. Dia memang teruja teruja teruja.. Padahal Suami bukan peminat budak-budak, tak pandai pun dengan budak-budak.. Tapi naturally dia sukaa sukaaa dan suka. So aku pun ikut happy dan teruja :)

Dah 2 hari actually aku tak puasa sebab advice dari doctor, kena banyak minum air sebab nak pastikan kencing okay. Sebelum confirm aku pregnant aku tahannn je lapar walaupun hakikatnya aku lapar teruk sangat. Huhu. Tapi bila dah confirm, lepas tu second doctor confirm lagi plus first check up pulak tu, bila lapar je takut sangat.. Kesian my embrio. Makan lah. Doctor advise semalam awal-awal pregnant tak boleh lapar teruk, nanti effect perkembangan embrio. Kesian kan.. Bukan nak makan banyak-banyak.. Makan sikit tapi kerap.. Makan sikit je dah kenyang dah, pastu 30 minit lapar balik..

Sejak tahu aku pregnant aku start login macam-macam web, web yang aku rajin singgah sebelum kawen aku save siap-siap dekat laptop : babycenter. Lain-lain web yang aku suka :

1. Mayo Clinic
2. The Bump
3. What To Expect
4. WebMD
5. Fit Pregnancy
6. Smart Momma
7. Dumex
8. Pa&Ma

So far tu je, lain-lain web boleh cari di google eh. Lepas tu dah pandai pulak cari majalah Pa&Ma.. Takde dah usha majalah InTrend, Hijabista, Inspirasi Perkahwinan haha.. Tapi still usha-usha la kann.. Takde la lupa terus.. Cuma keutamaan sekarang kesihatan dan perkembangan embrio lepas tu baby :)

Cakap pasal makanan pulak, Suami sangat ambil berat pasal tu.. Aku belum mengidam apa-apa, cuma as usual aku memang suka makan.. So far request makanan pun sebab lapar teruk, tapi kalau request makanan yang takde khasiat Suami larang. Berbuka Mc'D haritu pun bubur je, letak garam sikit dekat fries Suami tak bagi makan. Wuwuuwuuu! Curik-curik makan gak hahaha! Tapi request yogurt malam semalam sebab ada kalsium dan baik untuk baby, lajuuu je Suami g kedai membeli 2 cup yogurts. Over okehhh.

For now aku sangat happy, dah boleh terima dan get ready. Banyak yang aku kena study, apa yang aku study dulu tetiba jadi lupa. Whattt? Sebelum kawen haritu banyak benda yang aku noted, bila dah tau pregnant ni tetiba semua lupa. Sebijik macam masuk dewan peperiksaan.. Hehehehe.. Kena baca semula, study, bertanya.. Nasib baik kawan baru dekat ofis ni baaaanyaakkk giler info, rupanya lagi banyak kita study, lagi banyak yang kita tak tahu. Syukur to Allah sebab jumpakan aku dengan akak ni dekat sini. Banyak betul info dia.. :)

Tak putus-putus ucap alhamdulillah, seronok sangat nak ada baby.. Allah Maha Mengetahui kan, walaupun belum ready, tapi perasaan tu berubah jadi lain bila kita sedar yang kita ready sebenarnya. Tiba-tiba datang perasaan terharu. Ramadhan ni memang besar makna bagi aku dan Suami, raya ni kami raya bertiga, yayyyy!

Entry ni aku dedicate untuk diri sendiri dan little A dalam tummy ni. Nanti dia dah pandai membaca, i'll show this entry to him/her. This is for you sayang :)

Mommy to be, hi! I am your new member, alhamdulillah :)

p/s : entry ke-600 tentang pregnancy Nursaila Norman! Ya Allah, besarnya kekuasaanMu. Alhamdulillah.




Love,
Nursaila Norman!