CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 20, 2012

Review #2 : Hantaran(s)

Hai!


Assalamualaikum.


Petang baru dapat update blog. Oh? Penting sangat ke blog? Sedikit kelam kabut dan stress sepanjang hari ni sebab kerja. Sampai tahap aku berkeras dengan En Boss. Dah.. Masa suntuk, lagi mau demand. Maaf ya En Boss. Saya asyik call hotel untuk cari hotel yang sesuai untuk training, tahukah En Boss bahawa saya pun nak call hotel untuk honeymoon.Tapi demi kerja, saya tolak tepi honeymoon saya. Huhuhu! Kengkawan dah tanya 'honeymoon mana?' 'dah pergi honeymoon belum?'

Jawapan aku 'rumah saja!' Sentap.

Okay, settle membebel. Lagi satu masalah aku nak share dekat sini ialah picha dari DSLR Ayah dan Ammar (anak murid Ayah merangkap OP wedding aku) semua dalam PC Ayah. Pastu CPU hantar service. Stress aku tengok PC Ayah yang takde CPU tu. Rasa nak makan je PC tu. Grrrrrr!!

Dengan itu, aku upload picha dari camera henfon cap Sony jelah ye. Orang dah pakai BB, iPhone 4,5,6,7.. Aku tetap Sony merah ni ha. Hahaha. Sedih!

Pertama sekali aku nak alert kan yang hantaran aku biasa-biasa je, hiasan hantaran pun biasa-biasa jugak. Aku dah pernah share sebelum ni kan, kalau sudi boleh lah refer link Hantaran dan Pilihan Barang Hantaran Cara Saya dengan Teaser & DIY : Gubahan Hantaran (pihak perempuan). Untuk gubahan hantaran pihak lelaki aku takde buat teaser atau review pun. Maaf sesangat, tak sempat.




Hantaran untuk pihak lelaki




Hantaran untuk pihak perempuan



Hantaran untuk lelaki 9 dulang + sireh junjung yang tiba-tiba disponsor untuk jiran (kawan baik Ibu), hantaran untuk perempuan 7 dulang.





perfume dengan mandian Body Shop!




Ingat tak dengan Mini Jars ni?
Isi dalam balang beli dekat Famos Amos je + kurma dan kismis :)




Jam tangan, purse dengan tali pinggang :)




Kemeja kerja sehelai, kemeja santai sehelai :)




Dulang hantaran ada balang mashmallow, toblerone, dengan choclairs :)




Blueberry cheese tart tempah dekat kakak satu ofis :))




Sirih junjung + buah-buahan (sponsored)




Kek hantaran sponsored by kakak sepupu.
Ingat entry sini? Kakak sepupu buatkan kek hantaran untuk aku sebijik macam dalam gambar!
Suka takyah cakap la. Huhuhu.
Sekeliling kek ialah Kit Kat, isi dalam Red Velvet, coklat warna warni ialah Nips.
Kakak sepupu taknak guna M&M, takde cop Halal katanya. Okay kak!
Puas kitorang satu family makan red velvet paling sedap aku pernah rasa, dan kunyah Kit Kat :D




Ini ialah mas kahwin dengan epal merah (ikat cincin nikah dekat tangkai epal yang paling tengah)
Sedih sebab takde picha cincin di tangkai epal. sobsobsob!!




Fruit tart dari kakak sepupu jugak

Gubahan hantaran main belasah semata-mata. Huhuhu. Untuk diri sendiri aku sangat berpuas hati. Lama betul aku amek masa untuk publish entry ni, okay lah, nak balik dah kan? Nanti sambung lagi k!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


25 comments:

Rina Ellisa said...

Salam Saila..

Rina suka sangat gubahan hantaran utk pihak perempuan tu.. Yg guna cermin tu.. Unik sangat..

Nanti saila boleh buat entry tak cmne nak deco atas dulang cermin tu.. Plzzzzz :)

Thanks saila.. :)

cik mah said...

cantiknyer...menariklah duit hantrn n buah tu...cantik hntaran yg guna cermin tu..mmg simple n menarik...

Amalina Ali said...

suka dengan hantaran saila. siyes. :)

Saya Disini said...

simple dan cntik

ayut said...

suke hantaran mas kahwin tu..simple tp cantikkk!..hahaha..kak..blog penting sikit2x..hihihi :p

Orked said...

suke kek hantaran 2! sebab nampak sedap.hahaha.adoi..asek nk mkn jek keje.huhuhu

Unknown said...

saila, cantik sangat walaupun simple.. =)

khadijah said...

wow cantik je la hantarn tu.. nampak kemas je semue :) tapi teruje gile tengok kek tu, nak nak hee

DYatie ABakar said...

Auntie Saila..Serius mak Arissa tabik spring kat auntie~ ;D

missGogreen said...

awak..ms awak cerita psl hantaran tu..sy dgr mcm tu je,tp bila awak dah letak pic...haihhhhhhhhh..sy xdpt nk jd mcm awak :(
xsangka puan kita ni sanggup jhit bantal sebanyak itu..tahniah!!!

Unknown said...

wah..serius cntik..simple but nice dear :)

fatehamohamed said...

wahh cik sailaa..kamera sony merah tu cantik pe..lagi power dr bb:))

btw, hantaran awk sgt nice..less is moreee:))

LiNda said...

saila..cntiknye. even simple, tp nmpak cntik.suke saila letak bntal2 kecik tu, pastu hantaran pempuan sgt cntik, cermin tu mahal x saila?

s h a said...

Hye saila...cantikla hantaran kamu.suke tgk warna biru tu.lembut je.hantaran guna cermin tu pon cantik, sha pon gune cermin mase tunang. :)

Nuha hayati said...

Wah menarik sangat epal n mas kahwin n ring tu!

Anonymous said...

suka tgk hantaran2 ni nnti leh copy buat yek!

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

waaaaaaaaaaa cantik2 gubahan yang dear buat ..cantik tau ..teringat time bertunang dulu ..bestnya saat2 mcm ni kan dear?

umi tumpang gembira buat dear ..chak!

Afasz said...

cantik nyeeeeeeeeee

Unknown said...

suke sangat2 tgk semua hantaran2 nih. simple tapi sangat cantik! :)

nur anis said...

akak...semua cantik-cantik tau...suka sangat tengok....:)

Zila Zainal said...

ohhhh serius cantik dua2 hantaran!. tapi paling berkenan yg bantal2 cumel biru2 tu. kiut bebenor!

Amalina Ali said...

saila, nana curik idea kek warna-warni tu eh. :)

Nursaila Norman said...

Amalina : hahaha..boleh jew :D

fifie said...

Saila fie guna idea saila untuk wedding fie. Heeee. Hari tu fia ada cuba risik risik untuk hantaran cermin tu tertarik tengok artis buat, lepas tu caj mahal sangat lah. Then tengok yang saila nie ada, terus godek godek. Lah senang je kot. huhu. Thanks saila. membantuuuu sangat :)

Nursaila Norman said...

fifie : bolehhhhhh..saila punya simple je,xcanggih pun..tp kalau diingat2 blk byk gak xpuas hati,sbb bunga xbyk..bunga tu saila diy je,so xbyk dpt di'diy'...bz dgn keja..menyesal utamakan kerja..huhuhu! nnt fifie byk kan bunga2an k..saila punya nmpk togel je..huhu