CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 27, 2012

Mengubah Sikap

Hai!


Assalamualaikum.


Satu hari ni dugaan sangat kena dengar/hadap perangai manusia-manusia yang jenis bercakap nak menengking, kasar-kasar, marah-marah.

*sigh*

Aku anggap semua tu dugaan semata-mata. Bila kita berniat nak ubah diri, ubah cara bercakap, ubah sikap time tu la macam-macam dugaan datang.

Sorang sorang. Yang sorang tu memang terkenal dekat sini dengan mulut jenis kasar. Jenis cakap kuat-kuat macam marah, jenis cakap tak reti lembut, jenis cakap nak menengking orang. I wonder.. Macam mana dia bercakap dengan suami dia eh? Menengking jugak ke? Ke dia yang kene tengking, sebab tu dekat office kerjanya nak menengking orang. Begitukah? Umur bukan muda.. Sebab kan hormat je aku tahan amarah. Kalau ikutkan dia takde hak nak tinggi suara dekat aku. Dia siapa? Bab bekerja berkira. Maaflah, lepas ni aku hormat sebab umur je. Lebih dari itu sorry.

Ada jugak yang niat nak bergurau (kot) tapi macam tak kena. Bergurau suara kasar ke? Bergurau suara tinggi ke? Bukan ke bergurau tu melawak, melawak tak perlu kuatkan suara kasarkan suara pun dah kelakar kan? Ke aku yang tak reti gelak. Tak kelakar okeh kalau suara tetiba kuat dan kasar. Buat orang tersentak ada la. Malas aku nak layan aku diam je. Pandai-pandai lah faham sendiri yang kau baru buat lawak atau baru buat orang kecik hati. Huh.

Dalam hati dah berazam nak cakap lembut-lembut, nak cakap sopan-sopan. Macam sotong pun takpe, janji lembut. Tapi dikelilingi orang-orang jenis cakap tak reti nak baik pulak. Dugaan kan? Bukan senang nak berubah jadi baik. Aku anggap diri aku tak baik sebab kalau aku baik aku bukan seperti ini. Masih banyak kebaikan dalam diri yang aku belum jumpa. Masih mencari. 

Dulu zaman bujang boleh la nak berperangai huha-huha. Sekarang dah kawen, takkan taknak berubah? Nak gelak ketawa boleh, aku suka bergurau, suka gelak kuat-kuat kalau memang aku takleh control. Tapi mesti lah berbeza dengan zaman bujang kan? At least, sopan lah sikit. Kalau gelak kuat gila pun tutup lah mulut. Tak sopan isteri orang gelak bukak mulut besar-besar. Kan.

Cara bercakap paling penting. Tak susah. Kalau kita berkawan dengan orang yang lemah lembut, lemah lembut lah kita. Tapi kalau dah macam aku ni, pagi-pagi lagi orang soal macam Ketua Polis Negara runtuh gak tembok besi penghalang anasir jahat. Mahu je aku tengking balik. Tapi tadi memang aku tekankan suara aku, dalam aku tenung muka dia. Apa dia ingat dia je ada angin. Tapi bila fikir balik.. Kalau macam tu dia bercakap, macam tu jugaklah dia layan suami dia, takkan aku nak ikut. Aku taknak berjangkit penyakit hati macam dia. Taknak.

Bukan ke solat boleh tenangkan jiwa, lembutkan hati. Elok je aku tengok diorang pergi solat bila sampai waktu. Haihhh. 

Lebih baik tutup pintu bilik aku ni. Kurang nampak orang kurang dosa, kurang sakit hati. Konon tak tutup pintu taknak nampak sombong, taknak nampak bossy. Tutup lah lepas ni. Apa guna ada pintu bilik kan? Hehehe!

Ada je yang mengadu kecik hati dengan orang yang bercakap jenis tak reti jaga hati orang lain tu, tapi apa je aku boleh buat. Aku pun dia cakap tengking-tengking, ini kan pulak akak-akak kerani tu. Kesian. Sabar jelah kan, orang macam tu kita takde ubat untuk dia. Ubat untuk kita ada, jauhkan dari orang macam tu. Dekatkan dengan orang-orang yang ada peribadi baik. Semoga kita pun jadi baik. Amin.

Bak kata kawan baik ofismate aku : Pasangan kita adalah cerminan kita. Bersyukurlah kalau dapat pasangan yang lemah lembut. Sejuk hati :)

Bak kata kawan baik sehati sejiwa aku : Jauhkan diri dari manusia-manusia yang ada penyakit hati.

Bila berhadapan dengan orang-orang tak senonoh ni kan, rindu pulak dengan kawan baik aku sorang ni. Apa khabar lah dia kan. Harap sihat walafiat. Rasa nak nangis dibahu dia. I miss you Ifah :')


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

7 comments:

Amalina Ali said...

mesti makcik2 kan? biasa lah saila. klu keje gomen mmg gitu. makcik2 ni mcm bagus je.

*aiseyyy... emosi pulak.

Nursaila Norman said...

Amalina Ali : awk sgt memahami sy eh nana :D give me five!

Amalina Ali said...

paham sangat saila. dulu nana pun penah keje dengan semi gomen tapi contract je. dorg ni mmg mcm tu sbb kononnya org lama. so, dia ingt boleh buat ape aje andddd kaki kipas. ye tak?? kuikuikui..

give me ten !!

Eifa Jalaludin said...

Sabar ye mek, hidup ni tk pernah sunyi drp diuji, huhu.
rindu kamu jg :')

ayut said...

kawan...kang tak bgaul ckp sombong..haishhh...xpela...rencah kehidupan..itulah yg membuatkan hidup lbh bermakna..hihihi

Nursaila Norman said...

Eifa : serius aku rindu kau. sgt2.

ayut : tu la kan ayut..takde makna nya rencah..haha.. ;)

Nursaila Norman said...

Amalina : sblm saila masuk sini saila dh agak dh mesti ada stok org2 mcm ni..kan btl..huhuhu