CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Teaser. Show all posts
Showing posts with label Teaser. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Teaser & DIY : Gubahan Hantaran

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni nak tunjuk teaser tapi rasanya bukan teaser kot. Sebab picha kat bawah ni macam banyak sangat je. Takpe lah, B2B & bloggers Que Sera Saila memang orang pertama tahu tentang persiapan wedding aku kan.. Tak berapa nak teaser sangat lah ya.. Serupa tunjuk semua. Takpe, demi B2B semua :))

Idea gubahan hantaran ni memang ada ambil dari idea-idea gubahan yang ex-B2B dah pernah buat.. Especially ex-B2B Wawa & Acop (Nak Kaweng), sebab hantaran Wawa sangat simple tapi gempak gila la bagi aku. Idea dari filmshotartifact.blogspot. Fuuhhh.. Sangat adorable sebab aku memang taknak serabut-serabut dan taknak membazir. Niat taknak membazir ni  jadi lebih confident bila bestfren sendiri, Ifah buat gubahan hantaran untuk abang dia dan pakcik dia bertunang/kawen, dia cakap bunga-bunga buang macam tu je lepas majlis. Say NO tu pembaziran, so aku decide untuk buat sesimple yang boleh.

Pada awalnya mesti la susah nak convince orang tua idea simple/togel aku ni kan. Tapi macam biasa la, aku kan degil. Bila aku cakap 'A' maknanya 'A' lah. Huhuhu. Aku dah siapkan bahan-bahan untuk gubahan hantaran, tunggu masa just cantumkan kesemuanya di atas dulang-dulang hantaran. Weeee! Wink! Wink!

Jom tengok picha :) 









Aku suka reflection dia. Nampaknya kalau nak nampak kesan reflect dengan lebih ketara tak boleh tempek bunga terus atas cermin, kena letak secara senget. Okay, noted! 

Dah ramaikan B2B yang buat cermin sebagai alas hantaran. Bagi aku ianya sangat senang, mudah gila nak hias. Maksud di sini tak payah nak berbunga sangat. (okay, sesuai untuk aku yang super pemalas) Sekarang ni idea untuk gubahan hantaran untuk En Gaban belum muncul-muncul lagi. Bahan-bahan dah ready, tapi idea je tak datang-datang lagi. Macam ada, macam tak confident. Haihhh.

Bahan-bahan untuk gubahan hantaran aku ada dekat link :

Seronok pulak tengok reflect benda alah atas cermin tu.. Hehehe! Lepas ni cermin tu boleh guna untuk 'rumah kita' pulak. Lagi 2 minggu 4 hari je lagi. Huhuhuhu.

Berita gembira : Ayah dah siapkan backdrop ala-ala Red Carpet yang aku geletis nak tu. Ayah dah tunjuk design yang dia buat dekat PC dia. Alahaiiii.. Jatuh cinta terus. Aduh! Siap cakap kat Ayah 'okay cantik, jangan tukar pape dah'. Pastu Ayah tanya backdrop tu nanti nak letak kat rumah ke lepas majlis, aku cakap 'Ya!!'. Wohhh, haruslah letak dekat rumah. Boleh lah ngengada lebih sikit lepas kawen nanti. kehkehkeh! Ayah design 'SailaShahir'. Wink! Wink!

Berita tak gembira : tak dapat nak posing sakan dengan B2B & bloggers dekat backdrop. sobs!






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, October 16, 2012

Teaser : Baju Nikah

Hai!


Assalamualaikum.


Akhirnya secara official-nya baju nikah aku siap 100%. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Siap jugak dalam satu hari ni Tak sia-sia aku cuti sehari. Walaupun cuti sehari tapi tetap rugi kalau tak guna betul-betul. Hehehehe.

Punyalah susah nak siapkan baju nikah ni. Sebabnya aku asyik tak suka je dengan design beads aku. Tak tau la macam mana leh salah design. Memula plan nak patch lace yang sama macam veil, tapi bila tengok2 balik takde beza pulak dengan baju resepsi aku punya design. So, cancel.

Tu yang gigih bazirkan duit pergi beli Bunga Putih, sebagai pengganti lace. So banyak la lace nikah aku berlebih. Huhuhu. 

Firstly aku try and error (kan aku dah cakap, aku memang selamber badak je try and error), picha asal try and error aku ada dekat entry 'Try and Error : Bunga Putih'. See? Kan? Nasib kalau tak baik, error terus. Hehehe.

So hari ini 16 Oktober 2012, siap jugak sepenuhnya baju nikah aku. dah boleh pakai. Yayyy. Eh, salah. Tunggu En Gaban dapatkan baju nikah dan baju resepsi dia dari tok dia, baru hantar dry clean dan baru lah boleh pakaiii!

Jom, sikit teaser untuk B2B :)





Bila tengok balik, mana pergi Less is More aku tu. Haihhh.. Lain lak yang jadi. Design yang aku menyampah tu aku tak betulkan. Aku sambung terus sampai siap. So ini lah outcome-nya. Kalau ikutkan mata sendiri aku dah cukup berpuas hati. Manik pearl memang feveret aku. Aku pun tak plan nak jahit manik pearl sebanyak itu. Huhuhu. Picha dah di edit, sebab tu nampak creamy.. Saje menggatal edit. Hiks!



*yang ni picha edisi malas edit*

Part tangan memang sengaja penuh-penuhkan Bunga Putih dengan manik pearl. Tangan kan salah satu aspek penting masa nikah nanti. *hulur tangan untuk cincin* Wink! Wink! Haha.

Syukur sangat Allah permudahkan urusan aku. Settle satu lagi checklist. Tak sabar nak tulis 'DONE' dekat checklist. Yayyyy! Ni tengah touch up veil nikah. Ada je kan tak puas hati. Perempuan oh perempuan. Hehehe.

Okay lah sayangs, good nite! Esok kerja, kepada yang bertanya, email, saya akan jawab dan reply secepat mungkin k. Hugs!!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


Thursday, October 11, 2012

Teaser : Centerpieces

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni nak tunjuk teaser je dulu boleh?




Pada mulanya ini cuma trial. Yup, aku selalu try and error but end up dengan 'okay lah kot' 'macam okay' 'eh! jadi lah!' Hahahaha. So, this is my err tak tau la try and error kali yang ke berapa (termasuk lah baju nikah and resepsi. also try and error edition).

Buat laju-laju sebab dah lewat malam sebab tu dalam kepala cume fikir 'nanti lah aku betulkan semula'. Tapi sebab Ibu cakap cantik (maybe normal kalau Ibu puji. takde apa yang gempak pun kan), so aku tak jadi la nak betulkan apa-apa. Pemalas sebenarnya. Haha.

Aku rasa kaler biru navy tu macam tak kena, macam tak berapa nak center, tapi lantak lah. Si pemalas ni dah malas nak buat apa-apa dah ni. Huhuhu.

I just love crepe paper!! Murah dan mudah.
:)




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 7, 2012

DIY : Veil Nikah

Hai.



Assalamualaikum.


Chak! Ada yang belum tido? Saya! (sambil angkat tangan). Mata dah mengantuk sebenarnya, tapi gigih jugak nak update pagi-pagi ni. Sebabnya, pendrive tertinggal dekat ofis, so tak boleh la nak transfer picha dari PC Ayah ke PC ofis esok. Keduanya esok super busy.. Pagi-pagi dah meeting, lepas tu ada open office (open house pejabat) Bahagian aku. For sure tak lekat kat PC esok. Huhuhu.

Malam ni mood nak sambung beading baju nikah malas. Jadi teringat pulak yang aku belum share dengan B2B dan readers semua veil nikah aku. Actually, veil nikah ni takde la hebat sangat.. Alhamdulillah, aku berpuas hati lah jugak (nampak sangat tak berapa puas hati kan), kalau ikutan hati ada jugak terfikirkan Plan B untuk veil nikah. Haha.

Psssst, veil nikah ni antara benda paling awal aku buat. Sejak awal tahun ni. Berbulan-bulan jugak kan.. Semua sebab lace yang aku beli macam kureng best dimata aku (dah beli baru nak menyesal). Tu yang berusaha lebih tu supaya nampak okay dimata aku.


sila klik pada gambar untuk imej yang lebih sempurna (konon)


Setakat ini, alhamdulillah aku berpuas hati. Harap-harap aku tak berubah hati. Tak tau la kenapa part majlis nikah aku sangat risau. Nak nampak sempurna. Nak nampak elok. Maybe aku dah set dalam kepala yang majlis nikah lebih penting dari segala2nya kot. Mungkinlah.

Terima kasih kepada Leha sebagai model. Terima kasih kepada Ayah sebagai photographer tetap kami. Picha edisi malas edit. Natural itu lebih indah bukan? Hiks!!

psssssst, jangan terpedaya dengan picha. Takde la cantik sangat pun sebenarnya. Hahaha.

Eh,jap.. Perasan tak? Dekat bahu kiri kanan tu manik ada warna cream.. Nak bagi nampak cream2.. Supaya match dengan sampin En Gaban kononnya. Ntah jadi ke tidak. Hentamlah labuuu.





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 30, 2012

Teaser : My Wedding Shoes

Hai!



Assalamualaikum.


Aku cuma ada 2 bulan, 1 minggu, 3 hari sahaja lagi. Tak banyak kan? Tapi kerja ofis banyak, menyebabkan aku taktau bila nak buat kerja kawen. Hahahaha. Mati lah.

Mesti korang dah tau kan, entry ni pasal apa.. Tapi disebabkan ada perkataan 'teaser', maka picha nya pun sipi-sipi jelah ya.. Malu nak tunjuk semua. Nanti dah sampai hari yang sepatutnya baru boleh tunjuk full ya :)




Rasa-rasanya korang mesti dapat teka kan? Kasut ni jenis peep toe. Aku memang obses gila dengan kasut jenis peep toe sejak kecik lagi. Memang gila habis. Kebanyakkan kasut-kasut aku memang jenis peep toe walaupun ianya kategori flat/ballerina. Dan untuk kasut kawen pun aku pilih peep toe jugak. 

Benda first yang aku decide untuk kasut kawen ialah keselesaan. Jadi pilihan yang aku utamakan ialah Charles & Keith dengan Primavera. Primavera paling dekat dengan aku, dekat Alamanda tu je. Jadinya kerap la aku jenguk2 kasut terbaru dekat situ. C&K aku jarang jenguk2. Niat nak tengok2 dulu design C&K dekat KLCC, tapi taktau la kenapa tak kesampaian. Padahal berbuka dekat Mandarin Oriental pun tak singgah jugak. Haihhh. 

Beberapa hari sebelum nak raya aku terus grab kasut macam dalam picha kat atas ni. Memang pejam mata je. Satunya sebab aku dah target, bulan puasa kena jugak beli kasut kawen. Bila dah target tu, aku memang menyampah gila kalau tak ikut. So paksa la pilih-pilih jugak dekat Primavera. Dalam hati kecewa jugak sebab tak berkesempatan nak tengok2 dulu kat C&K, KLCC. Nangis.

Checklist untuk kasut kawen aku ialah : warna nude/beige, selesa, peep toe.

Harga tak penting, yang penting selesa. Sebab waktu majlis resepsi nanti aku nak welcome semua tetamu. Eh, lagi satu, kasut ni 2 dalam 1 ya.. Untuk nikah dan resepsi. Sebab tu aku pilih warna nude/beige. Biar nampak macam warna kaki sendiri. kehkehkeh! Jimat tak? Wink!!
psssst : kasut untuk hantaran pun ada dua pasang. jadi tak payah nak membazir beli kasut kawen sampai dua pasang ya!

Ada jugak kasut yang aku berkenan dekat Vincci, harga pun Rm70++ lepas diskaun. Tapi kurang selesa. Vincci sangat okay, aku suka beli kasut Vincci utk kerja, tapi untuk wedding aku tak rasa ianya okay untuk aku. Sebab nak banyak berjalan kan nanti.



Yang ini warna asal ya. Tapi nanti inai dekat kaki tak nampak lah kan? Olohhhh.. Hehe! Simple je kan.. Takde bling-bling, takde roses or what so ever, takde big ribbon blablabla. Sekarang ni banyak idea untuk cantik kan kasut kawen yang simple.. Salah satunya letak manik pearl. Tapi aku takut la nak letak, kalau jadi takpe. Kalau tak jadi? Lagi pun sayang pulak nak letak gam dekat kasut tu. sobsobsob.

Cuba tengok wedding shoes kat bawah ni, super gojes kan?









sangat melampau ke'gorjes'an nya kan?! lagi-lagi picha yang last ni!



See! Bertapa manisnya kaki bila melangkah kerana dihiasi ribbon gedabak tu.
Ochhh!! Sakit hati.






Supaya tidak merosakkan permukaan depan kasut, aku decide nak pilih decoration macam dalam picha kat atas ni. Tulis sesuatu di bahagian tapak kasut. At least tak merosakkan permukaan depan kasut kan? Tapak takpe lah kan? Hehehe. Walaupun tapak, tapi wajib berhati-hati dan kemas okay.. 

"I Do"!! Harap-harap menjadi. Amin. Risau jugak. Buatnya tak sempat nak buat, dah kempunan. Hehe!



thanks readers!




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, May 2, 2012

Teaser : Baju Kahwen Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


















Maybe mood tertinggal kat rumah jadi hari ni sangat bermalas-malasan di pejabat. Mati la kalau En Boss tau. Msti dia ingat aku gigih buat kerja. Padahal ber'email' dengan En Gaban pasal baju kawen aku. Ceh! Ber'email'? Yup. Dipejabat adalah dilarang ber'YM'. Kejam kan diorg? Kalau boleh ber'YM' pasti aku lah pekerja paling hampeh sekali. kehkehkeh.

Disebabkan Cik Munnafendy tanya apakah bunga 3D yang aku buat, dan aku pulak boleh tak tau nama bunga ni apa.. Jadi aku gigih memujuk rayu En Gaban supaya meng'email' picha baju kawen yang ada bunga 3D ni. Nasib baik En Gaban tak busy. Boleh la dia melayan kerenah aku. Kan boboi kan? Hikhik!

So inilah bunga yang aku buat sebagai pengganti bunga poodle. Memula nak buat bunga poodle lepas tengok beberapa tutorial. Tapi ntah apasal.. Tak menjadi langsung. Tapi still nekad nak letak bunga timbul dekat baju resepsi aku. Lastly aku belasah je bunga ni. Buat, siap, terus attach kat baju. Actually bunga timbul tu tak sama warna pun dengan lace aku. Dalam picha ni nampak mcm sama eh? Sebenarnya tak. Memang sengaja pilih warna lari sikit dari lace. Idea? Dari ayah aku. Lace warna tiffany blue, bunga timbul warna aqua.

First impression bila aku cakap warna baju adalah warna coffee latte nak di lace kan dengan tiffany blue semua orang buat dahi berkerut. Sedih pun ada. Tapi tak pedulik. Jenis degil kan. Tetap nak match kan jugak. Akhirnya jadi la macam gambar di atas.

Aku rasa wedding aku dah jadi tempat aku ber'eksperimentasi'. Buat apa yang ada dalam kepala aku lepas tu mintak pandangan ayah aku. So bila aku rasa macam dah boleh pergi dengan eksperimen aku, tak salah rasanya aku post kan? kan? Ke salah eh? Ala, lagi 6 bulan je pun.. Sharing is caring. I am okay kalau orang cakap 'tak suprise la u olls'. Aku bukan artis nak bajet 'suprise!! lihatlah baju aku, glamor tak? glamor kannnn?'. Aku cuma orang biasa yang punya sikap tak sabar, nak cepat, banyak kerenah. Kesian En Gaban. Awak tabah kan dengan saya? Huhuhuhu!

Oh ya, baru 40% - 45% siap. Jauh lagi perjalanan.

thanks korang!



Love,
Tata!