CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 12, 2012

Fail Maklumat Hari Bersejarah Saya

Hai!


Assalamualaikum.


Harini nak share dengan B2B pasal fail pulak. Boleh ya?

Kalau tak salah ada ramai B2B yang buat fail kawen masing-masing kan.. Aku create fail ni sebab aku memang suka menulis dan simpan maklumat. So tempat paling selamat selain kotak harta karun haruslah fail. Semua maklumat yang aku print aku akan fail kan elok-elok supaya tak hilang.

Dengan adanya fail ni senang sikit aku nak terangkan dekat Ayah, Ibu, En Gaban apa yang aku plan, apa yang aku nak. Contoh bila aku nak diskas pasal dewan dengan Ayah, aku akan tunjuk fail kawen aku supaya dia faham apa yang aku plan. So senang sikit nak fit dengan plan Ayah pulak. Sama la macam hal katering, semua quotation yang aku dapat aku akan failkan baik-baik dan compare. Bila nak explain dekat Ayah aku just tunjuk quotations yang aku dapat dan kitorang bandingkan sama-sama. Senang nak explain dan kita pun mudah faham sebab nampak figure kan.

Hal-hal lain yang memudahkan aku bila ada fail kawen ni ialah perancangan DIY aku. Well, bila dah search dekat google ni mesti la macam-macam yang kita nampak kan.. dan dengan tiba-tiba semua benda kita nak buat. Memang tak menang tangan lah.. Tak menang tangan satu hal, pembaziran pun boleh berlaku.. Kadang-kadang kehendak kita mengatasi keperluan kita. So hati-hati di situ k :)

Fail aku tak perlu yang mahal-mahal, cukup yang quality baik (maksudnya tak mudah rosak) dah cukup dah. Jom tengok fail aku. Hihi :D






Sebaiknya tagging supaya kita tak tercari-cari, dan buat separator supaya kemas dan tak huru-hara. Bila ada tagging senang kita nak bukak part mana yang kita nak refer. Tak payah selak banyak kali sampai lunyai (lonyeng <-- word comel En Gaban. comelllll) kertas dalam fail tu.




Ini ialah separator dalam fail aku. Ada part Dokumen Nikah, Nikah, Dewan, Hantaran, Katering, Kewangan, Checklist, dan Idea. Aku print atas kertas berlainan warna supaya colorful sikit. Hiks!

Part Dokumen Nikah aku simpan maklumat-maklumat prosedur bernikah, senarai Pejabat Agama dekat Selangor, senarai Klinik Kesihatan Kerajaan untuk HIV Test dan benda-benda yang aku conteng-conteng. Part Nikah aku simpan maklumat pelamin mini (sebagai idea). Part Dewan for sure maklumat dewan, resit bayaran etc. Part Hantaran aku simpan maklumat pasal barang-barang hantaran (supaya tak menggelabah nak beli macam-macam). Part Katering aku simpan quotations dari macam-macam katering. 

Part Kewangan ni paling penting.. Dari A - Z aku pastikan every single cent berekod. Taknak over budget, taknak blur-blur kemana duit pergi. Bahaya kalau duit tak terurus. So far perbelanjaan kami still on track. Tak terlebih, tak negatif. Alhamdulillah.

Part Checklist semua maklumat benda-benda yang aku kena buat, dah siap atau belum. Checklist aku macam dekat S I N I dan S I N I. Part Idea semua idea-idea yang aku jumpa aku save dan print. Lepas tu failkan. Still refer sampai sekarang.


*********************************

Kalau mana-mana B2B yang baru nak mulakan langkah dalam penyediaan awal majlis kawen ni kalau boleh buat lah satu fail kawen supaya mudah untuk anda refer apa-apa maklumat. Fail pulak boleh di bawa ke mana saja. Kalau save dalam PC mana leceh sikit (bagi aku lah), sebab kadang2 kita nak refer dekat rumah, tapi maklumat dekat PC pejabat. Kalau maklumat dekat laptop peribadi, tetiba kita nak refer dekat pejabat kan dah stuck di situ. Pendapat aku jelah. Just a small idea untuk B2B.

Lagi satu fail kawen aku ni aku nak simpan baik-baik untuk kenang-kenangan, mana lah tau boleh tunjuk dekat anak-anak.. 'Mummy dulu plan kawen macam ni la...' 'Meh tengok fail kawen Mummy dengan Daddy meh' Hahaha. Over sungguh kau Saila.

Okay lah, esok sabtu ahad nak pulun habis-habisan buat kerja kawen. Harap-harap banyak lah yang mampu disiapkan. Amin. Berusahalah!!

Selamat bercuti korang! Yang akan disatukan weekend ni Barakallah! Selamat Pengantin Baru :)





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

16 comments:

Anonymous said...

bagus2 bila semua didokumenkan senang nak checkkan... moga dipermudahkan semuanyer

Nursaila Norman said...

KA : thx akak! :D

Rina Ellisa said...

waaaa... bagus2 idea ni.. thanks share info saila :)

Unknown said...

woooo ..hohoho.

kagum lak sy tgk spi wat mcm binding...
hahahaaa....

good for info B2B..
kite pun wat gak.. tp just msk dlm 1 sampul sume dokumen..

cik mah said...

Btul cik saila...sngt2 penting...cik mah pun ade juga...lain version...hehe...

Unknown said...

wah..siap ader fail...nnti nk kwen, nk wt jugak la.gud idea...hihi

LiNda said...

Huhu...saila punye lg detail. Linda buat gak,tp dlm buku nota yg da ade separator. Tp linda rse fail lg senang kot. Save ,print n save...kemas sgt. ;-)

missina said...

wahh dasyat ek,,siap ada fail bagai,,mcm kt kg sy sume mak ayah yg mesyuarat,,tgk adik kenduri ritu mcm simple je,,hehee

Bie said...

wah.. sangat tersusuh dan teratur.. ;))

DYatie ABakar said...

kagum! terbaik siap ada fail.. ^_^

nasuha ahmad helmi said...

wahhh! hebat siap ade fail...saye takde fail pun,cume ade buku catatan je...tp bagus idea awak ni,mmg organize habis. jemput singgah blog. ^____^

nur anis said...

bagusnya..teratur kerja..:)

s h a said...

wahhh...bagusnya cik saila.semuanya teratur.sy ade file tapi xde separator.idea bagus ni, tapi kena rajin :)kena rajinkan dirila lepas ni.

Unknown said...

nak buat camni jugak la. tersusun je. tenkiu dear share benda ni.

Unknown said...

sistematik.. =)

ayut said...

kak saila..nk pinjam fail boleh?hahaha :p