CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 22, 2012

Teaser & DIY : Gubahan Hantaran

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni nak tunjuk teaser tapi rasanya bukan teaser kot. Sebab picha kat bawah ni macam banyak sangat je. Takpe lah, B2B & bloggers Que Sera Saila memang orang pertama tahu tentang persiapan wedding aku kan.. Tak berapa nak teaser sangat lah ya.. Serupa tunjuk semua. Takpe, demi B2B semua :))

Idea gubahan hantaran ni memang ada ambil dari idea-idea gubahan yang ex-B2B dah pernah buat.. Especially ex-B2B Wawa & Acop (Nak Kaweng), sebab hantaran Wawa sangat simple tapi gempak gila la bagi aku. Idea dari filmshotartifact.blogspot. Fuuhhh.. Sangat adorable sebab aku memang taknak serabut-serabut dan taknak membazir. Niat taknak membazir ni  jadi lebih confident bila bestfren sendiri, Ifah buat gubahan hantaran untuk abang dia dan pakcik dia bertunang/kawen, dia cakap bunga-bunga buang macam tu je lepas majlis. Say NO tu pembaziran, so aku decide untuk buat sesimple yang boleh.

Pada awalnya mesti la susah nak convince orang tua idea simple/togel aku ni kan. Tapi macam biasa la, aku kan degil. Bila aku cakap 'A' maknanya 'A' lah. Huhuhu. Aku dah siapkan bahan-bahan untuk gubahan hantaran, tunggu masa just cantumkan kesemuanya di atas dulang-dulang hantaran. Weeee! Wink! Wink!

Jom tengok picha :) 









Aku suka reflection dia. Nampaknya kalau nak nampak kesan reflect dengan lebih ketara tak boleh tempek bunga terus atas cermin, kena letak secara senget. Okay, noted! 

Dah ramaikan B2B yang buat cermin sebagai alas hantaran. Bagi aku ianya sangat senang, mudah gila nak hias. Maksud di sini tak payah nak berbunga sangat. (okay, sesuai untuk aku yang super pemalas) Sekarang ni idea untuk gubahan hantaran untuk En Gaban belum muncul-muncul lagi. Bahan-bahan dah ready, tapi idea je tak datang-datang lagi. Macam ada, macam tak confident. Haihhh.

Bahan-bahan untuk gubahan hantaran aku ada dekat link :

Seronok pulak tengok reflect benda alah atas cermin tu.. Hehehe! Lepas ni cermin tu boleh guna untuk 'rumah kita' pulak. Lagi 2 minggu 4 hari je lagi. Huhuhuhu.

Berita gembira : Ayah dah siapkan backdrop ala-ala Red Carpet yang aku geletis nak tu. Ayah dah tunjuk design yang dia buat dekat PC dia. Alahaiiii.. Jatuh cinta terus. Aduh! Siap cakap kat Ayah 'okay cantik, jangan tukar pape dah'. Pastu Ayah tanya backdrop tu nanti nak letak kat rumah ke lepas majlis, aku cakap 'Ya!!'. Wohhh, haruslah letak dekat rumah. Boleh lah ngengada lebih sikit lepas kawen nanti. kehkehkeh! Ayah design 'SailaShahir'. Wink! Wink!

Berita tak gembira : tak dapat nak posing sakan dengan B2B & bloggers dekat backdrop. sobs!






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


28 comments:

Diyana said...

owh.. letak sikit2 bunga je dah nmpk ok....
nak try jugak laaa nnti

sbb dalam fikiran rasa mcm bunga2 tu xckup... ahakz!!

Cik Puan Tqah said...

wa..cntik.. ms tunang tqah da wat cmtu..so kawen tqah wat lain sikit..lom review..ngeh ngeh

Amalina Ali said...

Wahhh... cantiknya. cermin2 tu. best best besttt... HIHI. Nanti cermin tu boleh recycle.


*Nak tengok backdrop "SailaShahir" tu. Review ye nanti. :)

Zila Zainal said...

ada terpikir jugak nak buat fabric flowers utk hantaran. tapi bawah tu nak lekat guna apa ye? pastu barang2 tu tak licin ke letak atas dulang gitu?

nur anis said...

wahhh..cantiknyaaaaa...

Fana | Aqim said...

oke ini memang cantik!huhu

cik mah said...

cantik2...cik mah pun guna fabrik flower nnti... :)

LiNda said...

cantik..even simple tapi nmpak menarik n comel2...suke2 :)

Cik Saila said...

Diyana : biasa la,kalau xcuba selagi kita kita rasa semuanya xcukup..hehe

Tqah : nnt review la eh :D

Amalina : insyaallah,akan di review.. :))

Zila : yg dlm picha ni sy just letak,belum confirm..tp nnt sy try lekat dgn double tape.. xtau la boleh ke x..

anis : tenkiuuuu :))

Fana | Aqim : huhu..tenkiu2 :D

cik mah : okay,cun! :))

Cik Rad said...

sama dgn zila.. takot gak brg2 atas cermin tu t'gelungsor.. huhu~ sedang rad letak atas bantal pon boleh goyang2.. hihihi~ xpe, yg penting mmg superb la babe!!!

Syaz Rozelt said...

malas ke if u sangat rajen buat bunga fabrik tu..hihi..sgt cantik ok!

ayut said...

mmg togel..ni klu ayut bg idea kat akak ayut kompem2 kena bebel tak abis2x..mmm.cantik apa...bkn tak cntik pon..
jgn la bg cite sdey kak Saila..adehhhh..huhu

Mira Adzlia said...

cantiknye...tgn kreatif ok la ley wt..tgn sy tgn pganas ckit..hihi

s h a said...

cantik dan simple.mase tunang pon sha gune cermin.suke3.comel je. :)

Kesuma Angsana said...

wah sagt2 cantik tau!

zarith said...

Cantik... pas kawin, cermin dgn hiasan hiasan bunga tu leh wat deco rumah....

MAY said...

wah..so sweet je.. =)

A.N.A said...

sangat santek la yang...suka.

khadijah said...

good idea.. simple decoration but nice sebab boleh hias umah nanti, tapi dij dah gubah hantaran kalo tak leh amik idea saila sikit :) saila letak la ur photobboth nak sangat tgk, pas je majlis trus letak tau :)

My Life's Journey said...

bestnya ..umi pun berkenan dengan citarasa dear ni tau ..sweet je ..suke2!!!!

Pn. Sheila@CC said...

cantik kasut tu... tnggi! brapa inci tu... nice ur diy... hehe

shizansyafik said...

saya pun plan nak guna cermin juga.. tapi yg saila punye cantik, nampak aura dia walaupun simple... takpe, pedulikan ckp org, yang keluar modal, kita.. huhu

nuha hayati said...

Saila..same cm hantaran nuha buat utk hubby..lekat guna hot glue. Nnt nk tggl senang je sbb kita lekat kt cermin dia x lekat betol

bintanghati said...

tgi nye mak sailaaa ..hihi.. kasutnye.. comel nnt kamoo pakai...

orked violet said...

Saila!!! kasot size 5! kecik nye LA kaki.hehehe

Sya kaki besar gedabak!huhu

cantek La dear..bunge2 tu pon cantik sangattt..! best nye..nnti after wed bLeh La open for rentaL =)

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Cantiklah saila..suke tgok..kretif saila nih..heeee

Amalina Ali said...

saila, awak beli cermin2 cantik tu kat mana? beli ke tempah? boleh share kat nana tak?

lullabbyz@yahoo.com

Cik Mashi said...

kak saila..
Mane beli cermin tu.. Ada tangkai x atau togel jek? Hihik :D
jom chat..
cikmashi@gmail.com