CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 21, 2014

SajeSukaSuka : DIY Thank You Tag

Assalamualaikum.


Sementara tengah takde keja ni, aku memang suka lah meng'edit' entah hape-hape. Picha untuk buat entry ada, tapi malasnyaaaa nak transfer ke laptop. Nanti lah.

Laptop aku baru-baru ni jahanam dia punya hard disk dengan mother board. Haha! Habis hilang semua hal-hal kerja dan hal bukan kerja. Pengajarannya aku macam kena beli hard disk personal lah kot. Tak pun pendrive je. Bila? Nanti lah, bila rajin nak ke Low Yat tu ha.

Bulan-bulan lepas aku ada la save beberapa thank you tag.Apa lagi, lesap lah kannnn. Sedihnya! Faham-faham jelah nak meng'google' semula, bukan selalu dapat jumpa balik. 

Dulu masa nak kawen, aku teringin jugak nak DIY thank you tag sendiri. Konon. Segala benda nak di DIY nya! Tapi masa takde, aku request jelah dekat Ayah. Bentuk, design semua Ayah buat. Konon nak ber'sticker' bagai dah jadi lain, sebab bentuk pun dah lain. 


bentuk name card
oh kenangan!



Tadi aku google lah mana yang ada, apa yang jumpa. Jumpa lah satu je thank you tag yang aku berkenan. Dia bagi pulak download secara free. Yang lain-lain payah betul. Huhu! Ke aku yang tak pandai.


Ini yang aku download, cantik jugak, kan? Simple bunga-bunga.



Tapi honestly macam lainnnnn je rasa, sebab copy design orang kan. Kalau boleh nak design sendiri. Tapi tak berbakat besar, plus takde software canggih. sobsobsob! Oleh itu, hasilnya pun biasa-biasa sangatttt. Malu nak tunjuk, tapi nak tunjuk jugak. Hahaha!





Less is more tak gitu? Kalau rasa simple sangat, nanti hias dengan riben. Macam mana? Pandai-pandai lah nanti.. Hewhewhew! Tapi aku lebih suka yang free download tu, tapi suka jugak dengan hasil kerja sendiri walaupun so-so.





Love,
Nursaila Norman!



5 comments:

Fiza Basman said...

Rajin ya sis buat dan edit ni! ^^ Fiza tak fikir pun nak buat sb fiza plan bg doorgift macam tu ja takda thank you tag ni kat tetamu. Hehe

Wan Aini Ashikin Wan Razali said...

bride to be blogger Aini follow...huaaaa....tak reti jugak design tq tag... :( sempat lg tak nak belajar kalau wedding thun dpan?

ohmywedding-omw.blogspot.com

PetakBunga said...

nak buat apa lg saila?

lia lyana said...

hehehe hye b2b!!!!
nice preparation.. same la kite pn diy je free printables yg ade kat google. hehehe

nt you are most welcomed to my blog!


http://algettingmarried.blogspot.com/

Ija Rased said...

salam blogwalking