CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 16, 2014

Nando's dengan Ibu

Assalamualaikum.


Delay, delay, delay.

Celebrate pun tak ngam dengan tarikh, update kat blog pun lambat. Ni bukan delay namanya, ini lembab.

Semua orang sayang mak masing-masing kan, so takyah cakap lah pasal Hari Ibu nih. Semua orang yang masih ada mak mesti celebrate walaupun dengan sepotong kek, kan? 

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, kitorang bukan lah family kaya raya, senang lenang pun tidak. Kategori susah lah jugak sebab duduk bandar. Walaupun adik beradik 3 orang je, tapi kalau dah duduk KL, terasa lah jugak susahnya. Bercakap pasal Hari Ibu zaman susah dulu, kitorang akan celebrate makan-makan dekat rumah je. Takde la makan kat luar, makan mahal-mahal ke apa ke. Pernah sekali tu aku rajin gilaaaaa, bangun pagi buat cekodok kentang feveret family kitorang kebiasaannya, pastu breakfast sama-sama sambil wish Hari Ibu.

Cara kita celebrate tu tak penting pun sebenarnya kan? Macam mana kita appreciate mak kita tu lah yang paling penting sebenarnya. Macam aku sejak nak jadi Ibu ni, aku lebih menghargai Ibu aku. Bukan lah sebelum ni aku tak hargai Ibu, tapi 'ambil mudah' itu memang wujud. Huhu! Ambil mudah bila dia marah, jarang nak spend masa dengan dia, sebab konon dah ada live sendiri. 

Semakin nak ada anak ni, aku jarang fikir apa aku akan buat untuk anak aku.. Tapi lebih banyak fikir, apa aku buat untuk Ibu aku. Bunyi macam kejam ke? Lepas baby ni lahir mungkin aku akan lebihhhhhh faham keadaan Ibu dan perasaan dia, berbanding sekarang. Bukan maksudnya aku tak pedulik langsung pasal anak, bohong sangat lah tu.. Tapi sejak-sejak pregnant ni, aku mudah teringat keadaan aku sebagai anak. Masa dalam perut Ibu, masa lahir, masa baby.. Aku sama je macam baby aku nanti.. So apa aku buat untuk Ibu? 

Masa malam sebelum Hari Ibu kitorang adik beradik bawak family makan sama-sama. Tapi aku macam tak puas. Aku pun buat last minute plan belanja Suami dengan Ibu makan. Tapi makan benda yang aku mengidam lah. Haha. Patutnya tanya Ibu nak makan apa, tapi terbalik pulaks.. Ala, kalau tanya Ibu pun bukan dia nak pilih makanan yang dia suka. Apa-apa pun boleh, boleh gitu?

Aku pilih Nando's sebab aku memang rinduuuuu nak makan ayam dengan sos dia. First and last makan pun masa aku dengan Suami baruuuuu mula bekerja. Masa tu dah lepas zaman belajar yang sengkek. Dah ada duit gaji, Suami lak masa tu dapat bonus first! Dia belanja aku Nando's sebab aku terpengaruh orang cakap sos dia terbaik! Masa tu empat tahun yang lalu lahhh..


masa ni aku laparrr gila, memang lapar bukan-bukan lah time ni, belum dinner kannn.. tengok sudu garfu pun dah tak sabar




ni aku punya




Suami punya




Ibu punya




aku tak boleh makan pedas kan? tapi malam tu beriya-iya aku tuang sos Mild atas grilled vege dengan ayam. puas lahhhh dapat makan kuah pedas. perut? kalau makan western bukan main behave lagi dia.
cuba masakan melayu......




57 tahun dengan 28 tahun
Ibu dengan Ibu to be
kami banyak gila beza, asyik nak gaduhhhhhhh je.




yang semakin membesar bagaikan juara air Milo
tengok jelah jari tuuuu..
kalau check up dengan doc swasta, doc mesti check kaki, nak make sure tak bengkak/sembap
doc mesti konfius tengok kaki aku..
sebab aku kalau gain weight mesti pergi kat jari tangan and kaki
ni kaki aku berisi comel bebenor! doc mesti tengok lama sikit supaya confirm itu daging bukan sembap air
*nangis*


Aku berbanyak-banyak berterima kasih dengan mak mertua, sebab dia lahirkan dan didik lelaki paling baik. Paling baik dengan aku sejak mula kenal sampai lah ke hari ini, paling baik dengan Ibu and Ayah aku.. Semua sebab mak mertua. Aku ganas, kasar.. Suami aku lembut, penyabar.. Mak mertua lah yang didik Suami aku jadi macam tu. Kalau tak jadi lah macam aku. Hahaha. Suami pun sangat baik dengan mak dia, aku tak pelik kalau dia sangat baik dengan aku dan Ibu.

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Mak. 

Wanita hebat dalam hidup kami. Mampu kah aku?





Love,
Nursaila Norman



11 comments:

Cik Puan Rara said...

babe,i masa mengandung.xleh nmpk nandos.nk muntah.kfc pon xboleh.tp lepas bersalin kfc boleh.nandos sampai skrg bluweeekkkk.hahaha

- AZIE - said...

akak pernah mkn nandos sekali je seumur hidup..memg xkena btl dgn tekak..huhuhu

saila nmpk comel!! seri tu!

Nursaila Norman said...

Rara : i baruuuuu boleh makan ayam..tp kfc masih blm try..huhu

Azie : yeke kak? saya suka! hehehehe..

PetakBunga said...

entahlah.. kita pun suka gaduh dgn ma kita..pas tu nangis sama2

Norhazrina Abdul Hamid said...

nandos mmg fav sy n suami. kitorg slalu g. 1st date dgn asben dlu pn makan nandos. nyummm222. sy suka pedas. masa peknen mmg makan yg extra hot tu. pergghhh terangkat. ahhahah

dila v(^_^)v said...

lama x blogwalking..congrtz m2b! enjoy ur pregnancy! nti da deliver rindu time pregnant tau!

cik hani said...

Sedapnya menu makanan dia.

Saila, gemuks sikit baru bertambah cantek. hehehe

Semoga baby pun sihat dan seronok makan nandos..hehe

Iera'ra Nordin said...

sama la kita ....
law western kemain hadap ...
kalo mkn melayu , mcm nak xnk je ...

take care mommy to be ...

khadijah said...

Sailaaaa sedapppnye gambar2 makanan nandos. Lame dah tak makan nandos. Bunyi macam mengidam pulak hee gedik

Umie Artoqiemie said...

huiyo nandos ni , tergugat iman nengok.

Nurul said...

K nrl pregnant dulu pernah ngidam nak makan Nandos... balik keje terus pi carik... sekarang ni rasa dah lama sgt x makan nandos... rasa ngidam tu time preggy yang ke3, 2010... :)