CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label MasakMasak. Show all posts
Showing posts with label MasakMasak. Show all posts

Friday, July 15, 2016

Macaroni Cheese Baked

Assalamualaikum



Well, susah betul nak login blog. Apatah lagi nak create an entry. Kalau ada entry ni maknanya aku dah habis curik-curik masa lah ni. Biasanya time balik kerja (tunggu Suami ambil) atau time rehat hari jumaat. Fine.

Apa cerita Ramadhan kau? Syawal? Takde dah you olllsss. Kerja aku sekarang bukan macam kat tempat lama. sobs! Kalau yang follow IG kita dia mesti tau, kita time-time Ramadhan pun pergi cover event. Sampai ke Sg. Besar dan Kuantan okehh. Takde nya majlis berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur. Hikhikhik.

Ramadhan aku kali ni macam biasa. Tak dapat nak feel sangat sebab kerja macam biasa. So last-last minute tu aku curik jugak masa untuk masak sikit lepas tu ajak family aku berbuka kat rumah. Memandangkan Suami baru je siap pasang meja makan (ecehhhhhhh), baru lah boleh ajak family makan kat rumah. Cerita meja makan nanti-nanti lah ye.

Entry ni nak cerita pasal resepi Macaroni Cheese Baked. Resepi ni aku combined 2 resepi jadi 1. Aku kalau western food first time buat terus jadi. Nasib baik kauuuu. Phew!

Okay, tak cukup masa nak bebel panjang-panjang. 


BAHAN-BAHAN :
250g macaroni (direbus & ditos)
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang merah - dicincang
1/2 kiub pati ayam
3 biji telur ayam
1 tin tomato puree / prego
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Daging cincang atau daging burger
Garam secukup rasa
Italian herb

Hiasan : Mozzarella cheese, cheddar cheese dan cili benggala

CARA MASAK :
1. Panaskan minyak/butter, tumis 3 jenis bawang yang telah dicincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang atau daging burger (dicincang dahulu) dan kacau sehingga airnya kering.

2. Masukkan tomato puree/prego, sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat kemudian masukkan sedikit italian herb.

3. Kemudian masukkan macaroni yang telah direbus dan ditos. Akhir sekali masukkan telur dan tutup api. Gaul rata.

4. Masukkan macaroni ke dalam bekas tahan panas berselang seli dengan mozzarella cheese sehingga habis. Hias dengan cheddar cheese dan cili benggala. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Siap!















dipotong dan dikeluarkan dari bekas
yummeh!

The best thing is when your husband makan banyak benda yang kau masak. Dan yang penting sebab sedap bukan sebab terpaksa. Kahkahkah! So dua bekas macaroni selamber je habis. Mula aku ingat tak habis sebab aku first time try lepas tu try di bulan puasa! Mana lah aku boleh agak cukup rasa ke tak. But well...... (<- riak).









Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, August 11, 2015

Resepi : Chicken Stock (Kaki Ayam)

Assalamualaikum



Hi, entry kali ni ibu Melissa nak share pasal chicken stock. Gaya macam rajin memasak je kannn. Padahal takde pun, sebab chicken stock ni senang je pastu sedap pulak, boleh laaa. Hehehe!

Actually resepi chicken stock ni dah banyak. Google je, macam-macam entry keluar. Macam-macam style. Tapi aku punya ni yang paling simple aku dah habis pilih tapi dijamin sedap!

Biasa buat chicken stock guns tulang2 ayam atau rangka ayam kan.. Tapi aku nekad lepas ni tiap kali buat chicken stock aku nak guna kaki ayam. Kebanyakkan orang kita tak minat kaki ayam. More to jijik sebenarnya. Maybe sebab ayam guna kaki untuk kais pasir kot. Hehehehe. Tapi kalau kita tengok kepada khasiat dia especially part kolagen tu.. Demi kulit dan anak, why not? Ihiks!

Ni first time aku buat chicken stock guna kaki ayam. Malam nak sediakan bahan memang ngeri sikit la nak handle 500g kaki ayam. Banyakkkkkk kaki ayam siap dengan jari. Hahaha. Ngeri2 pun ada. Lepas dah potong hujung jari2 ayam tu baru okay. Hikhikhik. Jangan kutuk aku you alls! Haha.


Bahan-Bahan :
500g kaki ayam
1 biji bawang Holland
1 biji bawang merah
3 batang celery
1 batang carrot
3 biji tomato
Sup bunjut
Air secukupnya

Cara-Cara Membuatnya :
Rendam kaki ayam dengan bahan-bahan lain yang telah dipotong sederhana besar. Air rendaman cukup sekadar menutupi kesemua bahan. Tak perlu terlalu banyak air. Rebus selama 2jam30minit dengan api kecil. Nak rebus lama sikit pun boleh ikut kesukaan. Dah siap rebus, blend dan tapis untuk dapatkan airnya sahaja.

Tapi resepi chicken stock aku kali ni aku tak blend. Sebab sengaja nak guna hampas tu dalam bubur nasi anak. Tak faham? Tengok bawah ya..


Yang atas ni air rebusan kaki ayam tadi. Straight dari periuk. Hampas tinggal.


Yang atas ni pulak hampas kaki ayam dengan bahan-bahan yang dah hancur lebur. Hehehe. Aku masuk dalam container berasingan. Nanti bila aku nak masak bubur anak ke pasta ke, aku akan ambil 1 cup air stock + 1 cup hampas. Ni sebab aku nak ada texture dalam bubur Melissa. Sebab dia dah boleh mengunyah walaupun gigi baru dua. Hehe.

Pagi tadi bagi Melissa hirup air stock, kemain berhinjut-hinjut mintak disuap lagi. Hamboi sangat. Saje belanja budak 11bulan (harini) hirup stock ayam. Hehehe.

Boleh lah try kalau berminat. Saya budak baru belajar bab good food untuk anak ni. Kita buat yang terbaik selagi boleh, kan?




Love,
Nursaila Norman!


Monday, July 14, 2014

Main MasakMasak : Air Longan + Kurma Merah + Kundur

Assalamualaikum.


Hari jumaat aku dengan Suami pergi bazaar. Nampak la macam-macam air. Dan-dan tu semua air yang ada kat bazaar tu aku nak. Paling aku nak ialah air mata kucing (air longan). Nak beli terus teringat, balance bahan-bahan untuk buat air longan haritu ada lagi. Boleh la buat dalam 3-4 kali lagi. Buat apa nak beli kannnn.. Cewahhh, sombong nampak. Hikhik! 

Balik tu terus buat. Tak lama pun nak buat air ni. Senang kacang goreng je, rajin dengan malas je.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Longan kering
2. Kurma merah kering
3. Buah kundur
4. Gula batu

Cara nak masak air ni senangggggg sangat :

Basuh longan kering dengan kurma kerah. Lepas tu panaskan air dalam periuk, ikut suka nak air banyak mana. Tak perlu tunggu air mendidih pun, boleh masukkan longan kering dengan kurma merah. Agak-agak longan dengan kurma merah dah nak masak (lembut), masukkan gula batu kacau2 bagi larut lepas tu masuk buah kundur. Buah kundur ni tak payah tunggu lembut sebab dia memang boleh dimakan begitu saja! 

Sejukkan, tambah ais, minum!

































Ta Daaaaaa~ 





Love,
Nursaila Norman!



Monday, March 31, 2014

Makannnnnnnnn Dan Makan Sahaja :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, selera makan okay sejak dari awal mengandung. Cuma banyak jenis makanan yang aku kena elak disebabkan heartburn. Redha. Kalau tak, mesti menjadi-jadi berat aku naik melampaui batas. Huhu. Even banyak pantang makan, berat masih naik dengan jayanya mengikut kenaikan yang sepatutnya. Wahhhh.. Naik kat mana tak tau. Hikhik.

Bila Suami dapat gaji lebih awal dari Isteri, seronok lah Isteri mengidam macam-macam walaupun hakikatnya bukan mengidam pun! Sabtu baru ni pergi Alamanda, jumpa Ara dengan Zul (kawan MOF aku). Lamaaaaaa tak jumpa sejak I olls dah tak jadi orang Putrajaya. Hiks! Rindu Putrajaya, rindu Alamanda. Tapi tak rindu Hot Balloons. Sebab takde apa yang best. Hehehehehe.

Disebabkan aku kena jaga makan, so aku lah request nak makan apa. Hewhewhewhew. Aku pilih Noodle Station untuk bagi baby lunch.


































Suami punya air yang gelas kurus tu, aku punya Mango Sorbet, gelas gemoks comel tu. Tu feveret aku kalau ke Noodle Station. Rasa nak bayar dengan harga bekas sekali. Boleh takkk?




























Actually aku ada banyak sangat pilihan, taktau nak pilih apa. Elak ada yang unsur-unsur ayam, aku konfius antara udang tempura atau yang ini. Tapi sebab ini berunsurkan sup, aku pilih ini! Tapi gambar ni sebelum aku tuang sup ke dalam mangkuk. Rasa dia? Ya Allah, baby suka! Baby ke ibu baby? Kepingan daging tu yummy lah.




























Ini Suami punya, Chicken Chop. No for ayam! Tekak masih belum boleh terima ayam. Huhuhuhu! Rindu ayam :( Aku terkejut tengok kentang dia. Bapak besar! Chicken Chop dia pun besar. Suami senak nafas nak habiskan. Hehehehehe.

Itu cerita hari Sabtu, seharian dekat Alamanda. Nasib tak terjebak beli kasut Hush Puppies. Sakit betul hati. Konon untuk kasut pregnant lagi. Hehehehehe. Mengada betul.

So Ahad adalah hari aku rajin memasak. Sehari je dalam seminggu. Huhuhuhu. Ahad aku nak makan daging. Craving daging bakar sendiri buat. Mengada kan?



Daging diperap dengan segala rempah ratus! Perap 30 minit je sayangs. Tak sanggup nak perap lama-lama sebab aku dah tak sabar. Suami pulak asyik tanya 'makan bila ni'. Tanya 2,3 kali. Bila ditanya kenapa tanya banyak kali ni, nak makan daging ke? Dia cakap a'ah. Tak tahan bau dia. Oloh olohhhhh, comels. Haha.




























Siap dibakar! 




































Hiris daging halus-halus macam kat hotel tu, pastu ratah! Ni edisi tak sabar, bawak bersabar sikit aku buat air asam kicap, pastu makan dengan nasi putih panas-panas. Tapi sedihnya aku takleh makan banyak macam dulu. Sobs! Itu pun aku curik-curik makan lebih sikit dari yang sepatutnya. Tak puassssss :(

Takyah resepi lah kot, perap je dengan rempah ratus. Jangan lupa lebihkan lada hitam dan sikit rosemary leaves. Dah. Pastu panggang/grill/bakar. Panas-panas tu hiris nipis-nipis. Susun cantik-cantik dalam pinggan dan siram dengan air asam kicap. 

Sedapnya Ya Allah.. Eh, sendiri masak sendiri puji. Haha! Maybe sebab craving daging bakar kan, sedap saje lahhhhh :)

Sila cuba girls, simple tapi sedap!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, March 24, 2014

Main MasakMasak : Salmon Grill with Lemon Sauce

Assalamualaikum.



Salam Isnin semuaaaaaa!

Sejak awallll awallll pregnant aku rajin gila ke dapur, lagi-lagi kalau aku nak makan benda tu, laju je aku buat. Semalam pepagi buta bangun tidur je terus rasa nak makan salmon. hiks :) Dah sihat sikit kannn, rajin pun datang lah :)

Sampai Ibu aku cakap macam tak mengandung je dia nih, larattt je ke dapur. iheeeee.. Alhamdulillah.

Sebelum membeli bahan-bahan, aku sempat tgk channel 703 (AFC). Sempat aku tengok chef Bruce Lim grill sayur-sayuran! Dan-dan aku nak! Oh, aku sekarang suka sangat tgk rancangan masakan. Mana yang aku sempat tangkap pakai mata, laju aku try. So semalam aku try cara Bruce Lim grill sayur!

Kalau bab membeli sayur aku memang hantu! Aku bukan penggemar terung sangat, tapi sebab tgk Bruce Lim grill terung, aku beli.

Cut it short....


















Disebabkan aku gila sayur, aku grill sayur dulu walaupun niat asal nak makan salmon. Haha. Resepi nak sedap grill sayur boleh cuba :

Olive oil
Garam
Lada hitam

Gaulkan sayur yang korang suka sampai sebati dengan bahan-bahan kat atas ni, pastu grill! Masa grill sayur-sayuran ni, bau diaaaa.. Ya Allah.. 


























Ini lah rupa paras sayur-sayuran aku yang telah di grill :)



Lepas tu baru aku grill salmon pulaks..


























Aku perapkan salmon dengan perahan limau sikittt, lada hitam, garam dan rosemary leaves. Lada hitam aku letak banyak lah jugak, sebab aku suka lada hitam.

Sambil tunggu salmon di grill kan, aku buat kuah dia. Kuah lemon sauce ni aku ambil dari google je. Bahan-bahan dia pun senang :



1/2 cawan butter
2 ulas bawang putih
Lada hitam
Garam
Lemon (tapi aku gantikan dengan limau nipis)

Panaskan butter, lepas tu masukkan bawang putih. Perahkan sikit lemon ikut citarasa masing-masing. Bau dah wangi masukkan lada hitam dan garam. Kalau nak masam lagi, perah lagi lemon tadi. Macam aku kurang suka masam-masam, aku aku perah sikit je.

Salmon dah masak, sila hias atas pinggan bersama-sama sayur-sayuran tadi. Lepas tu siram salmon dengan kuah lemon sauce tadi. 

Masa masak kuah lemon tu, aku rasa macam tak best je bau dia, sebab aku tak suka bawang putih :( Rasa macam fail je nih. Tapi dah masak kan, takkan nak cancel, tawakal jelah :)


























Rupanya sedapppppp gilerrrr :) Ikan rasa manis manis masin, ada aroma rosemary, kuah pulak masam-masam sikit.

Makan separuh ikan aku dah kenyang, pastu tak puas hati aku grill lagi sayur. Kali ni tambah ubi kentang pulak sebab nak try ubi kentang + rosemary :)


























Jadi lah macam ni.. Lebih sayur dari salmon. Hehehehehe.. Ni terus rasa nak grill lagi! Huhuhuhuhu.. Sabar ye, balik ni kita grill sampai lebam ye baby :)

Aku ni tak lah pandai masak, tapi kalau sekali masak tu boleh je sebenarnya. Tapi malas yang lebih. Padanlah muka. hiks!







Love,
Nursaila Norman!


Monday, December 2, 2013

Main MasakMasak : Spring Rolls :)

Assalamualaikum.


Hi!! Excited monday right? Ya-ya :)

Bagi aku it is super excited sebab Suami dah pulang! Tak best okeh tidur sorang-sorang. Rasa nak gaduhhh je. Hahaha. Sebab aku bengang malam-malam layan TV pastu keluar iklan Penanggal. Rasa nak lempang je iklan tu! Masa tu la rasa nak marah je kenapa pergi jauh-jauh??! Pastu aku kena hadap malam minggu yang sunyi sepi. Dan seram. sobs!

Jap,jap.. Ada lagi satu cerita best sebelum aku mulakan sesi memasak aku.. Cerita bestnya ialahhhhh.. Aku dah berani drive!! Hahahahaha.. Nampak tak aku excited ni, nampak tak? nampak tak? nampak tak? Ibu aku nak pergi Selayang Mall, Suami pulak takde. So aku harap la Ayah aku drive bawak aku dengan Ibu. Well, aku kan anak yang mengada. Dapat Suami pulak melayan kerenah mengada aku. Bertambah teruk la mengada aku ni.

Tapi panas tak sampai ke petang, Ayah aku taknak drive. Boleh? Suami dah la takde, Ayah pulak taknak layan aku.. Huwaaaaaa.. Hukhuk. Kesian aku kan.

Nak tak nak, aku kena lah drive jugak. Kesian kat Ibu dengan harapan menantu lelaki dia bawak dia jalan-jalan. Hahaha. Last-last anak dia yang cemerkap ni yang drive.

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik. Tak pasal-pasal aku ketagih nak drive ke sana sini. Hahaha.

Cut it short, dah ke SM tu kannn.. Bawak Ibu pulak, mesti lah masuk tempat barang2 dapur. Oleh itu jadi lah macam kat bawah ni.......


















Spring Rolls versi Nursaila Norman (versi cincai) :

Bahan-bahan
1. kulit popia
2. nuget ayam
3. crab stick
4. sosej
5. cheese
6. black pepper

Cara-cara buat? Tak payah kot, senang je.. Dah kata versi cincai. Hehehehehe. Layan gambar jelah ye :)


bahan-bahan!

goreng dan rebus dulu bahan-bahan utama






























hiris kesemua bahan-bahan tadi





















































dah siap hiris kesemua bahan, boleh la start menggulung!




























gulung gulung gulung gulung
dan
GORENG



























dah siapppppp!
crunchy crunchy



Thank encik google, ajar saya memasak. Thanks jugak untuk Nad, sebab first time tengok resepi ni dekat blog awak :) Cuma akak buat secincai yang boleh sebab nak cepat. Hehehehehehe!

Selamat mencuba!






Love,
Nursaila Norma!