CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 3, 2013

Giveaway : Falling In Love

Assalamualaikum.



bismillahirrahmanirrahim


2002
First time terjumpa dia masa di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru. Dia baru berpindah ke sekolah aku dan betapa kebetulan sangat, dia masuk kelas aku. At first ingatkan dia lelaki Cina. Aku pulak jenis tak tengok orang (ok,aku kera sumbang). Aku langsung tak kisah pasal dia. Lantak lah sape pun nak masuk kelas aku. Sebab aku mood tak baik sejak masuk tingkatan empat sebab aku ditempatkan dekat kelas sains, padahal aku nak kelas sastera. Sastera. Sastera. Sastera. Okay, enuf.

Lepas cikgu perkenalkan 'lelaki cina' tu, dia terus duduk belakang aku. Situ je yang kosong. Sejak dia duduk belakang aku, dia asyik cakap 'hai, boleh berkenalan?'. Jadah kan? Hangin je satu badan kan. Dah la mood tak baik setiap hari. Lagi mau usik aku hari-hari. Sakit gila hati aku. Oh, lupa.. Dia Melayu. Bukan Cina. Patut la dia tadah tangan masa bacaan doa pagi-pagi buta. Huh!

Disebabkan dia asyik usik aku bajet macam nak mengorat, aku pulak berangin satu badan, makanya hari-hari aku marah dia. Tengking-tengking dia. Sawan okay. Lepas beberapa minggu dia pindah kelas sebelah sebab kelas aku ramai sangat. So pecah dua kelas. Aku secara sukarela nak pindah ke kelas baru, tapi bila aku tengok nama 'lelaki cina' tak jadi tu ada, terus aku cancel. Moody la sampai dua tahun, bertahan semata-mata untuk ambil SPM. Huhuhu!

Aku ingatkan bila dia dah pindah kelas baru (sebelah je pun) aku dah aman, tapi tak. Tiap kali dia lalu depan kelas aku dia akan terpacak depan pintu kelas aku, sengih-sengih. Saje nak sakitkan hati aku. Budak-budak kelas aku apa lagi, kerja nak mengejek aku dengan 'lelaki cina' tak jadi tu jela. Lagiiii la sakit hati. Selalu aku marah-marah dia depan budak-budak lain. Tapi taktau la kenapa lagi aku marah lagi dia suka mengusik. Kadang-kadang dia tak usik pun, tapi aku lebih-lebih marah. Motip? Meroyan kan.

2003
Masuk tingkatan lima dia tak usik-usik aku lagi dah. Aman damai hidup aku. Budak-budak lain pun tak mengejek aku dengan dia lagi dah. Aman sentosa. Aku fokus dengan SPM semata-mata. Lantak la yang lain-lain nak jadi apa pun.



*****************************************************************************


2006
Satu hari tu, masuk sms dari nombor yang aku tak kenal.

'hye,boleh berkenalan?'

Bila aku paksa-paksa mengaku dan aku berjanji takkan marah, akhirnya dia bagitahu nama dia. Oh! Mamat cina tak jadi tu. Dia ambil nombor henfon aku dari kawan baik dia Firdaus. Kebetulan, aku dengan Firdaus tengah rajin ber'sms' bila free time tu.

Rupanya sejak habis SPM dia tak putus-putus mencari aku. Tanya hal aku dari kawan-kawan dia, tapi takde sorang yang tahu. Memang la pun, aku kan kera sumbang. Mana la ada orang tau pasal aku. Huhuhu. Dua tahun dia tak jemu-jemu cuba jejak aku. Sampai la satu hari tu dia tergerak hati belek-belek henfon Firdaus. Terjumpa la nama aku dalam contacts. Dia ambil dan terus sms aku time-time tu jugak.

Sejak dari itu kitorang mula berkawan aku-kau, aku-kau.

Hampir setiap bulan dia akan bagi hint nak bawak hubungan persahabatan kami lebih dari sekadar kawan. Tapi aku taknak. Sebab aku taknak putus dengan dia. Sebab aku suka dia. Suka kawan dengan dia. Suka dia mengusik aku. Walaupun kawan, tapi aku boleh jadikan dia kawan paling baik sangat sebab dia pandai buat aku happy tiap kali aku susah hati. Kalau aku bercinta dengan dia, satu hari kalau aku putus dengan dia, aku akan kehilangan kawan. Aku taknak hilang dia. Sebab tu aku berkeras aku taknak lebih dari seorang kawan.

Tapi dia tak jemu-jemu bertanya cara baik, sebulan sekali ada la jugak.. Tapi aku tolak cara baik. Sekali pun dia tak pernah marah atau berkecil hati. Dia tetap layan aku dengan baik walaupun aku reject dia berkali-kali. Masa tu pulak aku baru masuk semester 1 dekat UUM, dia lah tempat aku mengadu, bergaduh. Walaupun sekadar dalam sms. Pernah sekali dia bagi sms 'kalau kau sedih ke dalam kesusahan ke, kau seru je nama aku 3 kali'. Sampai la satu masa tu aku rindu dia (hahaha, bodoh rindukan dia), aku pun nekad hantar sms 'Shahir, Shahir, Shahir'. Bodoh okay time tu. Nak mengaku malu. Malu la, dah la sombong, reject cinta dia. Tetiba rindu pulak kan. Huhuhu!

Dalam baik berkawan tu macam biasa la, aku kan hangin satu badan.. Garang nak mati. Banyak kali gak aku marah dia kalau dia buat lawak tak kelakar. Pastu aku malas layan dia 2, 3 hari. Menyampah la konon. Pastu baik balik. Pastu gaduh pulak, marah-marah pastu baik balik. Dia tabahlah melayan perangai aku yang cepat melenting tu. Kena marah ke, kena sound ke, tetap lah dia sms aku tanya khabar. Aku? Yang ado, buat derk je. Agak-agak angin aku baik aku layan, angin tak baik aku sound je. Huhuhuhuhu! Raksaksa sungguh aku ni.

2007
Januari, dia macam biasa-biasa je dengan aku. Kadang-kadang aku sunyi pulak bila dia tak usik-usik aku. Lawak dia pun dah tak selalu ada dalam msg, rasa macam tawar je sms kitorang. Dia pun dah tak bagi hint macam selalu tu. Dah takde soalan cepumas dari dia.
'do you love mee?'
'kau boleh tak jangan nak mengada tanya soalan macam tu kat aku? kau tau kan jawapan aku apa??'
'aku tanya, do you love mee? kalau kau tak suka mee, takpe la..huhu'
Jadah sungguh! Oh, rindu hint-hint cenggitu. Huhu.
Masa tu aku macam suka dia, macam rindu dia. Tapi taknak. Taknak. Takut putus pastu hilang seorang kawan. Berperang dengan perasaan sungguh.

Aku tanya kawan baik aku (kawan paling baik dunia akhirat), tanya pendapat dia.. Dia nasihatkan aku supaya mencuba. Tak salah bagi peluang dekat lelaki yang mencuba berkali-kali tu. Jodoh, ajal, maut dia tangan ALLAH. Hari esok adalah perkara ghaib.

Aku cuba hadam elok-elok apa yang kawan aku cakap.

Wehhh! bukan nak belajar kan.. Layan perasaan pulakkkk. Ceh!

Satu malam aku bagitahu roomate aku, bagitahu tentang kegelisahan hati aku. Bagitahu yang aku suka dia, serius suka dia. Nak setuju supaya hubungan kami lebih dari kawan. Tapi dia tak bagi hint. Macam mana? Huhuhu. Roomate aku suruh sms dia cakap je terus terang. Gila?! Taknak aku. Pastu roomate aku pun bagi la kata-kata semangat (macam bagus je malam-malam buta tak study sibuk layan perasaan siap ada penyokong kau).

Okeh, nekad.

'kau dah lama tak tanya aku pasal hubungan yang tu kan?' (tak berapa ingat ayat sebenar huhuhu)
'tu la, tapi kalau tanya pun jawapan kau tetap sama kan..'
Oh, dia dah lain. Dah tak ceria macam dulu. Lain. Macam tak happy je.
Lama senyap. Ketar-ketar aku nak taip msg.
'pasal soalan-soalan kau tu kan.. what if i say 'yes'.'
Damn. Dah send pun.
Senyap.
Aku tenung je henfon aku. Cepat la reply.
Senyap.
*
**
***
Senyap.
Aku dah tak senang duduk. Malu pulak menggelabah macam tu, gatal tangan lagi g tanya soalan macam tu. Kan dah padan muka.
Still senyap. Seminit pun aku rasa macam sejam. Kenapa la mamat ni tak reply msg aku!
Bip! Bip! Msg masuk. Okay, aku tak ingat bunyi msg tone aku apa time tu.
'thank you..'
Thank you je???!! Wehhh!
'thank you je ke?'
lalalalalalalalalalalalalala~~


*****************************************************************************

2012
November, dia Suami saya!

Bila borak-borak, tanya hal-hal lama, bocor lah banyak rahsia. Salah satunya kenapa dia lambat sangat reply msg aku malam tu.

Rupanya dia terkejut sebab aku bagi jawapan 'yes'. Dia macam tak percaya. Dia sampai tak sedar bila masa dia boleh beralih dari bilik ke pagar rumah-tepi longkang (haha!). Dok kuis-kuis pasir dengan kaki. Apakah? Sebab tu dia lambat reply sebab dia takut dia bermimpi. Ceh! Lama dia baca msg aku. Pastu dia cuma mampu reply 'thank you' sebab tak tau nak cakap apa.

Tapi lapan bulan jugak la baru aku betul-betul boleh terima dia dalam hidup aku lepas kitorang mula bertukar status dari 'friend' ke 'loving couple'. Yela, tak pernah ada boyfren. Tak reti kot. Still ber'aku-kau' beberapa minggu terawal. Haha. At first, aku target couple dengan dia 2 minggu sahaja. Keji sungguh. Well, who knows.. 2 minggu jadi 5 tahun 11 bulan. Fuhhh!

Banyak pahit manis sepanjang menjadi yang belum halal. Diharapkan setelah menjadi yang halal ni, banyak lah manis dari yang pahit. Pahit itu ubat, cuma mampu nak telan dengan tidak je, kan.

2013, perjalanan pertama untuk menuju ke syurga bersama Suami tercinta. Amin.

T H E     E N D






Entry ni ditaip untuk join Giveaway feeruzstory. Dalam hati ada niat nak menulis tentang kisah cinta kami, tapi belum ada kekuatan. Malu sebenarnya nak tulis hal-hal cinta ni. Tapi sebab Giveaway ni dibuat oleh B2B, dan tajuk pun menarik, aku taip la sikit-sikit. Malam tadi tanya Suami, boleh tak join Giveaway ni, Suami 50-50 nak bagi ke tak. Tapi last-last dia bagi. Hehehe. Tarikh tutup 11 Januari 2013. Sempat lagi mana-mana blogger yang nak join. At least, bila dah tertulis kat sini, dapat la jadi kenangan (walaupun selambak diari kat rumah aku tulis pasal kami huhuhu).






"dunia berputar, mengubah siang menjadi malam. hari bersilih ganti meninggalkan esok berlalu pergi. selagi cinta aku untuk mu kerana mahukan syurga, izinkan aku menjadi suri mu, rindukan syurgaNya, menjadi yang sempurna untuk mu. hadirku dari rusuk kirimu, ingin aku sentiasa disisimu"



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

24 comments:

Amalina Ali said...

Wahhhh..... syiokkk je baca. comel je en. gaban siap keluar rumah main kuis2 kaki kat pasir. :) HIHI

Nursaila Norman said...

hahaha..kita pun gelak jugak lepas dia cerita tu..mcm kucing pun ada..hehehehe! eh,ampun syg. heee!

Unknown said...

wah..da lme bcinta yer..hihi....suweett sgt korg :)

AyongAtikah Zaid said...

comelnya kisah cinta dia...hehe....

Rina Ellisa said...

heeee... dari kawan kepada boyfriend,daripada boyfriend jadi suami.. Wonderfull life saila.. :D

cik mah said...

ala2....comeynyer...yg marah2 tu la kan dah jadi suami...hehhehe...

khadijah said...

amboi garangnye saila ye, tu la dalam tak suke, tak suke tu rupenye jodoh kan..:) best bace kisah saila, gud luck dear, semoge menang ye :) dija tak reti tulis kisah cinta sendiri, malu rasenye, sebab nanti en suami bace..hee suke la kate kate kat bawah, saila create sendiri ye? sweet sangat, boleh pinjam?hehe

zarith said...

Yeay... good luck...
Garangnya dia...

cikCT said...

giler sweet saila! :)

mmg susah kan bila nk tukar jadik kawan kepada kekasih tp sbnrnya tu yg paling best sbnrnya.hehe

Nursaila Norman said...

Mira : a'ah,lama dh..hehe ;p

Ayong : comel lah pulak..haha :p

Rina : alhamdulillah,harap2 sampai ke syurga la wonderful nya :D

cik mah : haha..kan,tetiba lak yg marah2 tu la jd suami..hehehe!

khadijah : a'ah,create sendiri..sila lah copy n pinjam.. hehe!

zarith : good luck to you to :))

cikCT : susah,dilema gila..huhuhu..tp alhamdulillah,jodoh juga akhirnya :D

Afasz said...

best nye cite dia.. panjang :)

Anonymous said...

slmt bersegmen & sweetnyer cerita ini

Anonymous said...

<3 heheheh...

Unknown said...

suweett.. dari sekolah lagi ye.. :)

Mila Kamil said...

weee...sweetnye kisah cinta saila n suami...

cha said...

Gigih tau husband u tak give up langsung nak try. Bagusla camtu. Kan ada pepatah ckp kalau nak carik someone carik org yg syg kita dr kita syg dorg. Ni nmpkla husband u yg bersungguh nak kan u :)

Goodluck

DYatie ABakar said...

gud luck saila...senyum2 sorg I baca...kalau rajin mg nak join tp rs malas nk taip...kui3.. :p

Alyn said...

Sweet nya T.T palinggg best ayat bawah sekali tu dear ! memanggg manis macam gula :')

ayut said...

ingt 2 minggu..amek 5 thaun..hahaha..tu dia kisah cinta dulu2x... :) mengenang kisah lalu...tanpa terfikir dh kawen upe ye skrg ;)

eila fazdli said...

ssh nk jumpe org cm husband u...setia menanti...hehehe... semoge bahgie hingga akhir hayat...amin..

Nuriesya Nadia said...

Auchh ! So sweeet !! Gado gado gado , kawen. WAHHH !! :D

ciksukaberangan said...

sweet. tak mampu nak hurai lebih. hewhew

Unknown said...

ohh sweet sgt ! i loikee :) hopefully ur relationship untill jannah ya sis :)

KaZuKeN said...

heheheh... Hye. just came across your blog. Sweet sgt cerita cinta awak. Jealous giler ni. You should be proud and bersyukur. Because there is someone there who never experience love like you. hahaha... Tahniah ye. Sy Doakan hubungan awak and suami kekal ke Syurga. In sya Allah. Aminn...