Assalamualaikum.
Hye darlings!
Quick update, meeting dengan timbalan menteri postponed ke minggu depan. Sebab tu boleh berlengah-lengah. Padahal En Big Boss baru je suruh aku naik pejabat timbalan menteri hantar folder. kehkeh. Nak buat kerja slow and steady lak, asyik jadi lipas kudung je. Bosan. Ngeeeeee!
Cuti 5 hari, dari Khamis sampai la Isnin. Tapi hari Isnin baru bergerak dengan Suami mencari barang peralatan dapur. Dah dua bulan kawen, oh hampir tiga bulan rupanya.. Dapur masih belum lengkap sebab barang-barang semua dalam kotak. Semalam baru kelam kabut mencari almari untuk dapur, balang-balang kaca untuk bahan minuman, itu ini itu ini (please consider barang-barang tidak perlu heeee!). Puas hati bershopping dekat Romantika, heret Suami cari rak tingkat-tingkat pulak.
Malam lepas maghrib bermula lah sesi mengemas dapur men'transfer' segala mak nenek masuk ke tempat baru, balang baru, semua serba baru. Padahal boleh je guna bekas sedia ada, nak jugak membazir itu ini. Konon nak nampak sama dari segi warna dan jenis barang. Cis.
Benda tak perlu pun aku terbeli, hahaha! Actually bukan terbeli pun, masa dah aim benda tu, Suami cakap tak payah sebab membazir. Apa pulak membazir, tempat tisu comel nak mati dekat Romantika.. Mesti la perlu, kan? Siapa berani cakap Romantika punya barang tak comel?
Aku belek benda alah tu berkali-kali okay.. Sampai aku tak sedar yang aku sebenarnya sedang memujuk Suami supaya membenarkan aku beli benda tu. Masuk kali keempat, Suami bagi aku ambil sebab dia dah tak larat nak tengok aku belek tempat tisu tu berkali-kali, lepas tu siap ada sound effect 'ta nak ni, tapi b tak bagi'. Gila apa dok ulang ayat tu semata-mata. Huhuhu.
Malam ni almari tak seberapa sampai, dengan itu malam ni bermula lagi sekali sesi mengemas dan menyusun barang-barang dapur supaya aku rajin ke dapur lepas ni. Alasan munasabah. Semalam mengemas dapur dengan ruang tamu sampai pukul 12malam. Huhuhuhuhu. Malam ni taktau la mengemas sampai pukul berapa. Biasa la, dapat benda baru.. Mesti lah excited hikhik! Dengan harapan malam ni dah boleh keluarkan barang-barang dari dalam kotak macam Juice Maker!!
Dapur tak besar, so kena atur peralatan supaya praktikal. Ntah menjadi ke tidak. Huhuhuhu!
Ada beberapa benda aku nak usahakan untuk rumah (walaupun rumah sewa sahaja!) :
1. Ruang tamu. Kecil tapi kena lengkap dengan keperluan asas. Oleh itu kena susun dengan betul!
2. Dapur. Kecil jugak. Kena lengkap dengan segala isi dapur supaya senang nak kenyangkan perut bila lapar.
3. Bilik kedua. Nak jadikan bilik tu sebagai ruang pakaian semata-mata dan ruang solat untuk tetamu.
Walaupun rumah kami kecil, sewa pulak tu tapi aku tetap nak buat rumah tu macam rumah sendiri. Sebab yang nak stay dalam rumah tu pun kita jugak kan.. Takkan sanggup nak tengok rumah tak terurus dengan alasan tu cuma rumah sewa. Huhuhuhu. Sebaik-baiknya, dekat mana pun kita tinggal, rumah kena kemas dan bersih.
pssst : ada dua sudut yang aku nak buat dekat ruang tamu kecil kami tu. Sudut membaca dan menjahit. Agak-agak boleh muat ke?? Ke nak combine kan dua-dua sekali. Hmmmm... Nanti kalau berkesempatan aku review mana-mana yang perlu ye :)
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
13 comments:
kan barang kat romantika memang comel gile, nasib la dija tak ade rumah, setakat bilik je, kalau shopping mau bertambah sesak bilik dija ni..hee same la ngan dija kalau nak mau cakap banyak kali sampai en suami bosan akhirnya layankan je..hee sonokla saila hias2 rumah, tunjuk la gambar nanti, nak tengok :)
kami pn tgh pening2 jugak nk mendecorate kuarters hasben kt johor..walaupun kami PJJ tapi rumah itu tmpt penting kan..hihiih
saila, comel je pujuk husbnd mcm tu.betul2, even rumah sewa patut jadi kan mcm rumah jugak.
rajin nyee.. Sya dis few days bLk keje je teros Lemaw. xLarat nk wat keje umah. either sebab mmg da jadik pemalas, or kene start amik supplement! hoho
romantika memng smua brg2 dia cute giler. Saila, linda nk sgt n suke sgt kalo dlm umah de ruangan membaca sbb linda gile membace :)
khadijah : insyaallah, hiks! saila xperasan pun saila tercakap byk kali rupanya..hehehe
Ann : betul2! kena hias jugak wpun dtg sekali sekala..sbb mata kita yg nk tgk kan..kena la sedap mata memandang :))
Sarah : hikhik.. rumah ku syurga ku..kan :)
orked : saila pun xrajin mana sya..malas byk..tp bila dtg rajin tu yg mengemas tu..huhuhu! saila bru je amek supplement ;D
Linda : yup! saila mmg berangan lebih dari kecik..harap2 la menjadi 1 hari nnt..huhu
Memang besh dan bersemangat kn bila ada barang baru.Hehe.Kira macam motivate diri jgkla.Suke je baca saila happy2 deco2 rumah.Setuju, x kisah rumah sendiri ke sewa ke, yg duduk dalam tu kte.So kenala kemas supaya selesa nak duduk. :)
btul tu saila..walaupon umah sewa..tapi kena hias bg cantik cam umah sendiri kan..baru semangatttt..oih..mmg best weyh masuk romantika tu..heeeee
Wahh ! Rajinnya Saila mengemas. Seronokkan ada rumah sendiri. Even rumah sewa pon.
saila... Best kan deco,2 excited je rasa.. Hee.. :)
sha : a'ah kan..motivasi diri supaya rajin..hehehe!
fateha : btl,btl,btl..hehe..best giler,sikittt lagi nak gila..huhu..
Nuriesya : xrajin sgt,rajin sikit je..huhu..
Cik Mila : best,tp sakit hati kalau xmenjadi..haha :D
buat pelan2 ye dear
hahaha...kotak tisu upe ye..pttla :D sabar jela...bnda bru klu ayut pon excited..semua nk bt time tu jgk :D
Post a Comment