Assalamualaikum.
Selepas dua bulan lebih berkahwin, baru la niat asal tercapai. Niatnya ialah cermin yang aku jadikan dulang hantaran masa kawen tu aku nak lekat dekat dinding rumah. Baru tercapai. Macam sibuk sangat je. Tapi memang sibuk pun. Huhuhu. Sibuk dengan kerja ofis dan urusan membuang masa bersama Suami. Okay lah tu kan? Hehehehe!
Aku perasan, aku akan rajin gila-gila bila Suami takde (macam haritu dia konvoi, aku tinggal sebab kerja ofis belambak), Suami kerja (aku tak kerja sebab bangun lambat Haha!), Suami demam (errrrr). Serius weh, kalau Suami absence sekejap dari sisi aku, memang aku rajin gila vavi. Habis semua benda dalam rumah tu aku basuh (tetiba tau membasuh), sidai baju (tetiba rajin), tukar cadar (dulu Ibu yang buat), menyapu bagai nak rak, mengemas macam PM nak datang rumah. Gila.
Suami tak sihat beberapa hari ni (hampir seminggu lah jugak), memang tak kemana-mana. Duduk rumah jadi suri rumah sepanjang weekend. Makanya aku tetiba memasak untuk Suami yang demam. Kembang sekejap sebab aku masak untuk Suami.. Lalalalalalalala. Aku teringin nak makan spaghetti, ingatkan Suami tak suka. Rupanya dia suka sangat-sangat. Apa lagi, masak spaghetti la.. Kawen-kawen terus jadi orang Itali. Hehehehehe!
ta daaaaaa!
spaghetti sudah siap. sudah selamat pun masuk dalam perut.
Suami sukaaaaaaa. hikhik!
aku lagiiiii la sukaaaaaaa!
Suami makan smapai menjilat pinggan. Serius ni, tak tipu. Terkojut den, kenapa jilat pinggan. Hadoi. Sodap sangat katanya. Tetiba sengih meleret-leret. Sekarang pun tersengih lagi. Gedik. Itu part memasak, first time masak selain goreng nuget semata. Cayalah. Masuk pulak bab menampal cermin dekat dinding ruang tamu yang kecik cinonet tu.
Selamat dah cermin dulang hantaran aku melekat dekat dinding rumah. Ada jugak sesuatu dekat dinding. Takde la kosong sangat. Huhuhu. Boleh tahan jugak perasaan menghias/mengemas rumah sendiri. Rasa puas hati yang melampau-lampau. Lebih-lebih lagi kalau Suami suka. Dulu super pemalas, sekarang ni kena la rajin, walaupun jadi suri rumah sekejap cuma. Hehehe. Sabtu ahad pun belum tentu aku jadi suri rumah, dah Suami asyik bawak aku ke sana sini pasal bisnes dia je. Bila nak jadi suri rumahnya. Hehe. Lepas ni nak buat sudut membaca (impian aku tu), harap-harap menjadi, amin. Tengah usha-usha sudut mana yang sesuai. Maklumlah, rumah kecik. Kalau gedabak tu sedap sikit nak merancang. Huhu.
Takpe lah, janji boleh stay dengan Suami, malam-malam buang masa depan TV dengan Suami. Kan?
Susah nak menghias rumah kecik ni, salah susun, jadi semak pulak. Haihhhh.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
15 comments:
husband i fav dia western food so tiap2 minggu once a week ke mesti i akan masak spaghetti ke carbonara ke huwaaa i suka masakan kampung tp demi suami ku korbankan jua nafsu makan ku :p
cantikla rumah u. serius i suka tgk :D
waaaaaaaaaaa.. nampak sedap la saila..
Pandai saila deco.. Nice :)
terkecur air liur tengok spegeti tu saila. spegeti adalah fav nana. :)
nyum2....menyelerakannya tgok...cantik...eh..ade nmpak jam yg cantik itulah...
sedapnya.. terliur i.. :)
perasaan paling puas kan saila bile memasak suami makan sampai licin dan dia puji sedap, mase tu la rase paling happy kan :) dija aritu suami yang buat macaroni cheese, nasib dia rajin gilir2 nak tolong memasak sebab kami dua2 tak reti masak..hee cantik la cermin tu bile dah bertampal, serius jeles dengan orang yang ade rumah sendiri walaupun kecik :(
slow2 dear...lame2 mesti dah boleh jadi super housewife. Hehe, terliur tgok spagheti tu :)
wah.. dapnye!! arini makan makanan italy, mana tahu sok lusa boleh pegi venice! auuuuwww.
Amboi..kemain saila kemas umah n masak3..meati best feeling jd hswife kann.heeee
Saila kreatif sesuai lah cermin tu hias macam tu, kalau fie nie jadi apa entah. Tangan keras semacam. Haha
spageti makanan paling simple n senang disdikan..pndai nur deco umh iyer..
Saila...nak cket spageti tu.Nampak menyelerakan btol.Cantiknye sudut tu saila.Siyes kte terpegun jap.Simple yet cantik.Sesuai sgt.Saila lekat guna ape cermin tu?
Sya tgk pon da taw mmg nmpk best! hehehe. hebat!
Saila creative. time nk kawen DIY mcm2, skang deco umah Lak. kLw Sya ape pon xbLeh. uwaaaa... =(
wewiiitttt..cayalah kak saila.. :D lgkah permulan utk lbh berjaya mnjadi surirumah makin terselah...hihihi ^^
wah mmg cantiklah !
Post a Comment