Assalamualaikum.
Menjawab kepada soalan oshinz dekat entry S I N I, arm chair yang ada dekat 'rumah kita' tu sebenarnya barangan second hand sahaja. Sobs! Kalau ada yang pernah terbaca entry pasal secong hand furniture (shf), memang aku beli shf sahaja untuk 'rumah kita'. Masa tu belum kawen, En Gaban dah stay rumah sewa tu dan aku nak rumah tu ada perabot sebelum aku pulak masuk. Kitorang survey dulu harga perabot, ikut pada kesesuaian poket. Huhuhu. Kebetulan kitorang terrrjumpa kedai shf dekat dengan area rumah aku. Dekat situ la kitorang beli cabinet tv dengan table for two. Hehehehehe!
Arm chair ni datang sekali dengan meja, tapi meja tu tinggi sesuai digunakan untuk makan, sebab tu aku letak meja tu dekat dapur sebagai meja letak barang.
Picha ni picha lama, aku save saja-saja. Kejap ni cari-cari terjumpa, ada jugak la bukti picha asal shf hikhikhik. Ni lah rupa masa arm chair ni masuk 'rumah kita'. Togel je. Hehehehe! Picha kanan tu meja arm chair. Kalau boleh nampak, meja tu warna hitam, permukaan dia dilapik dengan kaca tebal. Bagi aku tak praktikal nak guna dekat rumah tamu, tiap kali bergesel dengan barang bunyi agak kuat sebab permukaan kaca kan. Ngeri pulak dengar, macam ada benda nak pecah. Huhuhu. Picha kanan tu masa mula-mula kitorang letak dekat dapur, untuk electric thermo dengan mug :) So tinggal la arm chair sahaja di ruang tamu. Lepas kitorang kawen, aku combine kan arm chair dengan meja putih dari IKEA rm29.90. Yang ini semua orang tau kan? :)
Harga arm chair ni rm300 sahaja masa kitorang beli. Asalnya niat nak beli cabinet tv je. tapi sebab harga cabinet tv tu rm300 kitorang tambah lagi 1 item - arm chair. Hehehehehe :)
Ini lah cabinet tv edisi second hand.. Huhuhu! Ada cabinet design macam ni, kena sediakan duit dalam rm500 ke atas. Tapi dah terjumpa yang ini, walaupun shf, tapi sebab masih elok luar dan dalam tanpa sebarang masalah dan cacat cela kitorang pilih shf.
Fyi, ini lah barang terawal masuk 'rumah kita' sebelum kitorang bina hidup sama-sama. Yes, i know cuma barang second hand yang katanya dari kilang reject sebab hilang 1, 2 skru.. Tapi kalau boleh dapatkan sesuatu dengan harga yang murah tapi kualiti yang sama, kenapa tidak. Duit lebih tu boleh saving atau guna ke arah yang lain :) So far, kedua-dua barang ni masih elok dan okay (sempurna), kalau nak buat hal pun sempat la saving duit untuk dapatkan yang baru. hikhikhik.
Hakikatnya kami berdua sangat jarang atau memang susah nak spend masa dekat arm chair tu. Senang kata arm chair tu lebih kepada perhiasan semata-mata. Haha. Salah satu sebabnya ialah susah nak tengok tv.. Posisi tak mengadap terus ke arah tv. Agak tak selesa kan, so tak pernah pun duduk dekat situ. Huhu!
Maaf lah kalau ada yang naik bosan dengan entry aku lately asyik pasal rumah je. Macam lawa sangat rumah kau. Maaf, maaf, maaf. Huhuhuhu! Sebelum ni memang ada orang bertanya beli dekat mana, harga berapa, tapi aku tak sempat nak bagitahu. Sibuk nak kawen. Ni kebetulan ada masa dan peluang, aku explain lah sikit kat sini. Takpe eh? Huhu.
Ada yang bertanya kedai dekat mana.. Susahnya nak explain. Kedai second hand ni bukannya macam kedai elok, cantik yang ada alamat jelas, tempat strategik. Bila datang soalan macam ni la paling susah aku nak explain..
Apa yang aku boleh bagitahu ada 3 buah kedai yang jual shf yang elok-elok dan cantik-cantik :
1. Selayang Baru (belakang Klinik Kesihatan Selayang)
2. Area Batu Caves
3. Area Taman Melati (berhampiran stesen LRT Gombak)
Maaflah, takde alamat lengkap. Unless, kalau ada yang serius nak beli boleh email aku akan cuba dapatkan alamat lengkap diorang eh :)
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
27 comments:
kami pn sibuk mncari kedai 2nd kt johor..brg 2nd klu cntik lagi blh dpt ngn hrga murah..dh elok sgt tu.
neway..mmg berkenan sgt ngn armchair tu..nmpk cam best jek ddk situ..hihih
suka nya dengan arm chair tu...
kalau buat pelamin vintage, sesuai kan letak kusi camtu...
umm..sukasuka..=)
2nd hand pun cantekkk macam baru . yang penting pandai hias susun atur , mix and match walla ! simple yet elegant :))
Ann : keep searching ya :)) insyaallah mesti jumpa..kadang2 kedai buruk tp brg2 not bad :)
Nisa : a'ah!! awesome la idea awk :D boleh bt kerusi dekat pelamin..hmmmm..cayalah idea awk hiks!
ciknurul : wallaaa! hehehe.. semua pun mampu buat..chaiyok2!!
salam,,saila yang kat selayang baru tu area maner erk..ana pun plan nak ajak husband p usha2 brg shf ni..huhu..kat rawang ni cam payah je...huhu
ehh tetibe teringat kt melaka ade satu kedai shf ni . mak nurul selalu ajak singgah tengok barang sebab setahu nurul barang barang tu sume dari hotel hotel . memang cantek cantek pun brg kt situ .
second tp mcm baru..apa de hal..saya saksi kejadian..koh3..nnt nk ajak saila g kedai tu blh?
owh......tu branch2 dia ker?
suria beli meja computer..hohoho..sngt berguna...letak komputer husband...senang mata tgok..
plus..diorg ni jht skit...charger transportation even umah xsmpai 10min....
last2 angkut sndir..sonang..
ciknurul : tula,arm chair saila ni pun katanya dari hotel..xtau la ye ke tdk..tp kalau stay dekat hotel mmg ada je set arm chair mcm ni kan :))
wahhh! suke entry nih! 2nd hand kene pandai pilih. kire LAila memang pandai pilih la nih! ngeee
Sya suke tgk brg 2nd hand kt cash converter. Ngeee =)
misgogreen : hoho..saksi ye..kehkehkeh..nak pergi kedai tu? boleh je..tp produk xselalu ada..kena selalu update dgn tukang kedai..huhu
Suria : bkn branch..beza2 kedai,cuma ni la antara kedai shf yg saila pernah nmpk :))
orked : haaaaa! saila pun suka tgk kt situ..hehehehe!! xde la pandai pilih,kebetulan je semua ni..huhu
walaupun barang second tapi kalau pandai decorate confirm jadi cantik. mcm rumah u nilah :D
cha : haha cha,over lah pulak..mana ada mcm rmh i..ni biasa sgt2 ni..org lain lg cantik rmh nya..hukhuk
oklah tu kalau masih elok dn cantik why not kan
dulu suka baca sebab byk DIY dlm blog saila, sekarang psal hias2 rumah pulak.. Kita sukaaaaaaaaaa!! :D
xkira baru or second hand.. if pandai sesuaikan kat ruangnya & pandai hias mesti nmpk cantik..
kalau kt sini kitorang cari barang 2nd hand jer.. kt Malaysia mmg harapan la ek..
pandai saila cari barang. ada apa dengan barang secondhand kalau nampak tiptop macam ni.. hehe. terbaikla saila. thanks for the info dear. xoxo.
Sha pon jenis x kisah barang tu baru ke secondhand.Asal cantik dan masih boleh digunakan.Why notkan.Siyes saila memang pandai susun atur umah.Nampak cantik dan kemas. ;)
nnt nk crik jdk shf la...cantik dan msih blh diterima pakai dah jimat kan ^^
sebelah2 kl sana byk shf.. sini xder.. :( sy nak sgt full furnish tp tgk balik skrg, better jugak tak der furniture. hahahaha. sbb arissa kaki panjat kaki selongkar. ahhahaha.
suka la ..
does't mean 2nd hand xbagus taw..
sometime , org xterpikir pon tu brng 2nd hand ..
berbelanja ikut kemampuan kita is much better pn.saila ..
heee...
cantik rumah ..
KA : hihi..tula :D
Rina : saila suka kalau korg suka :D
Zana : absolutely rite :))
Diyana : tempat yg saila tulis tu je saila tau..huhuhu
Kyo_9 : tula,luar negara dh lama apply brg2 2nd,kita belum meluas lagi..sy pun sbb byk tgk rancangan luar, tu yg terpengaruh.. hihi ;)
oshinz : welcome dear..harap dpt membantu ye :))
sha : tak la sha,atur cincai2 je tu..huhuhu..jgn tertipu..huhu!!
ayut : kalau jumpa yg elok,xrosak harga pun ok why not :) cek btl sblm beli :))
D Yatie : sementara belum ada anak boleh la nk berbunga dyg,nnt kalau saila dh ada anak,nk kena kosongkan rmh trus..hehe..nnt habis semua dicapainya :D
Iera : btl,jgn smpai kering habuk dlm poket,tp kalau mampu dpt kan yg bru its ok..tp saila cuba berjimat cermat sblm kawen dulu.. hihi
nak suruh asben pergi survey la.. thanks utk entri ni :D
biarpun 2nd hand tapi sumpah cantik gila! :)
oh terima kasih yg terhingga share info ni dah menyelamatkan mission saye...he he he
saye ade share jugak kalau nk tgk refer post ni http://cenetos.blogspot.com/2014/04/perabot-untuk-projek-homestay-10.html
hay Puan Saila.
Sukaaak dengan youre decoration, cantiiiik
kalau boleh tahu, alamat kedai sfs dekat stesen lrt Gombak dimana y?sebab saya kesana dengan lrt.
thanks y ^^
Post a Comment