CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Organizing. Show all posts
Showing posts with label Organizing. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Organizing #2 : Labeling

Assalamualaikum.


Hari ni kita sambung dengan edisi organizing murah-murah, senang-senang, simple-simple versi Nursaila Norman lagi sekali eh! Kali ni aku nak share cara aku label segala peralatan yang berwayar. Orang macam aku ni memang pantang kalau wayar berselirat. Pernah ada orang cakap tak elok gulung wayar, nanti mudah rosak. Tapi kalau tak digulung, tak dikemaskan, mata aku sakit tengok wayar berserabut. Nak amek satu-satu kabel pun susah. Terbelit-belit, kan..

Kebiasaannya aku akan gulung jugak macam biasa lepas tu masukkan dalam bekas kotak. Tapi bila dah lama-lama sikit, mesti gulungan tadi slowly terbukak.


Tersenyum-senyum. Sebabnya aku dah nampak masalah aku tu akan jadi lebih better kalau aku guna cara yang Jen share!

Kebetulan lagi sekali, masa proses memasang stools dari IKEA tu, aku dapat lah 3 kabel. Terus guna! Haha.


























Jimat tak? Tapi nanti aku share kabel yang aku beli pulak. Kabel yang aku beli pun murah. Itu untuk lilit wayar yang lebih besar macam wayar rice cooker, wayar pembakar roti. Sabar ya, itu aku share lain. Sebab itu edisi kabel beli. Hehehehehe.


Lepas dah lilit dengan kabel free, aku label pulak supaya senang nak cari.





















































Gunting pun penting di label! Lagi-lagi gunting dalam rumah tu share dengan Suami. Selalu sebelum Suami nak guna gunting dia akan tanya mana gunting untuk gunting kertas? Sebab dia tahu, gunting takleh campur-campur. Lepas dah label ni tak payah lah Suami tanya aku lagi.. Hehehehehe. Tu nampak jelas dan nyata mana gunting untuk kertas dan kain kan? iheeeeeeeeee..

Oh! Aku sengaja tak guna tape yang bercorak-corak, sebab aku rename guna marker je. Tak canggih-canggih macam Jen buat. Untuk selamat, aku guna je tape yang plain. Bila tulis takde la hodoh sangat. Hahaha! Oh, nak beli tape ni pun drama. Pening taktau nak pilih warna apa. Semua cantikkkk!!


ingat lagi kotak ni??

Sejak semalam aku rasa aku asyik flash back je kan? Huhuhuhuhu! Kalau ada yang ingat lagi, kotak kasut tu masih baik dan berkhidmat lagi untuk kami! Cuma, mungkin bakal bertukar baju supaya nampak sama dengan tema rumah :)

Kos? Rm2.80 untuk tape.

Kemas dah kotak purple tu dengan Rm2.80 sahaja :) Aku pun dah tak payah nak gulung-gulung wayar lagi. Kemas dan senang!





Love,
Nursaila Norman!


Monday, January 6, 2014

Organizing #1 : Stools

Assalamualaikum.


Dari mana nak mula eh? Pheww.. Tapi apa-apa pun alhamdulillah atas nikmat Allah, dengan izin Dia, aku dapat jugak melakukan, menyiapkan beberapa perkara dengan 'rumah kita' tu.

'Rumah kita' tu masih dalam progress.. Ingatkan boleh siapkan semua sekali dalam masa sehari dua, yelah.. Bukannya renovation besar-besaran pun, alih itu ini, diy itu ini je. Tapi rupanya susah jugak dan ambil masa. Huhuhuhuhu. Harap sempat lah sempurnakan mana yang utama/penting, sebab weekend ni kawan baik nak datang masak-masak dan lepak-lepak kat rumah aku. Malu pulak takde meja makan. T____T'

Jadinya, sabtu baru ni aku pujuk Suami bawak aku pergi IKEA. Kat rumah cakap macam ni kat Suami 'girl nak beli stool 3 je.. satu rm10.. murah kan? girl janji, beli stool je..' Siap buat muka merayu. Supaya Suami kesian dan percaya dengan aku. Hehehehehehe. Eh, ni betul-betul janji okeh. 

Masa ni odw ke IKEA
nampak tak muka happy tu? nampak tak?


Sampai je kat IKEA ada je barang lain aku capai.
nampak tak janji tak ditepati di situ?
kehkehkehkeh


Macam biasa aku suka balang kaca IKEA tu, sebelum ni beli 2 bijik, konon cukup lah tu. Sekarang dah bertambah jenis makanan dekat dapur, so kena lah grab lagi kan. Itu pun kena bagi justifikasi kat Suami sebelum aku boleh letak dalam troli. Hahahahaha. Orang lelaki, kalau bab pekakas rumah semuaaaaa tak perlu. Tapi bila kita dah beli, boleh pulak puji. 'eh, bagus lah beli ni'. T_____T

Kitorang kalau pergi IKEA mesti pergi lepas Asar. Orang masih ramai, tapi bab parking tu dah mudah sikit. Tapi kena makan dulu, bagi tenaga kat orang lelaki. Orang perempuan takpe, aku tak makan 3 hari duduk dalam IKEA tu pun boleh. Hahahaha. So kami makan meatballs sampai lebam dengan chicken wings baru boleh masuk beli barang. Kang ada jugak terlembik-lembik ikut aku pilih barang. Siapa lagi yang lembik tu kalau bukan Suami. Hewhewhewhew. Kebetulan, masa kami makan tu, kerusi yang kami duduk tu lah stool yang aku nak beli! Beriya-iya tunjuk kat Suami. 'yang macam ni la girl nak, macam ni sebijik!' sambil tunjuk-tunjuk stool. Dahhh kenapaaa.


Balik-balik je, tak solat Isyak dulu.. Pasang duluuuu. Dah kata aku kannn.. Pernah ke menyabar? Mcm minggu lepas masa bawak Ibu pergi makan Satay Kajang kat Kajang, kan ada orang jual-jual kat parking lot tu.. Suami nak belanja selipar untuk bini dia (sebab bini dia suka kasut dan selipar :p), masa Suami bayar aku terus pakai selipar tu. Pastu terus jalan kaki keluar kedai. Ibu aku cakap perangai tak berubah, pastu Suami tambah 'siapa tak kenal Yunn kannnn'. Daaaaa~


Siap! Suami tolong ketatkan skru je.. Orang perempuan kan tak boleh buat kerja berat2.. Hehehehehe. Outcome dia nanti aku share sesegera yang boleh ya. Doa2 lah tiap kali balik kerja aku berajin2 nak sambung diy 'rumah kita' tu. Huhu.

Apa yang aku boleh teaser sikit ialah, aku takde meja makan. Dulu sebelum kawen aku tak masukkan meja makan dalam list kami. Sekarang ni aku dah boring makan kat bawah. Nak membeli meja makan aku rasa macam hmmm..hmmmmm.. Alang-alang nak beli meja makan aku nak beli untuk seat 6 orang. 'Rumah kita' tu sesuai masukkan meja makan untuk seat 4 orang je. Konfius di situ.

Lagi satu, aku rasa tak perlu lah nak membeli meja makan. Kalau ada rezeki dapat beli rumah (amin), takde lah menambah beban kan. Macam aku, menghias, mencantik, menyusun 'rumah kita' tu tanpa membeli perabot besar-besar. Guna segala barang yang sedia ada dalam rumah sahaja. Itu yang kena perah otak tu. Wu Wu Wuu Wuu!


Kalau ada yang ikut blog ni dari dulu, dari zaman kami baruu-baruuuu je kawen, mesti ingat dengan gambar ni kan? Meja yang aku nak jadikan meja makan nanti asalnya meja dalam gambar lah. Asalnya meja dengan armchair tu satu set. Tapi aku asingkan. Sebab kerusi dia gedabak sangat nak dijadikan kerusi makan. Kan? So meja aku hantar ke dapur untuk tempat air, kerusi dia sampai sekarang dekat ruang tamu sebagai hiasan semata-mata. hiks!

Refer lah link My Feveret Area dengan I Am Suri Rumah. Boleh nampak macam mana rupa armchair tu tanpa meja dia. Huhuhuhu!

Boleh nampak tak asal barang dalam rumah aku kebanyakkan nya murah dan ada jugak barang second hand. Hanya dengan kos Rm30, aku akan ada meja makan tak lama lagi. Yeahhh! 

Kalau sudi, tunggu lah aku share macam mana rupa paras meja makan bernilai Rm30 aku tu eh!
As'Salam :)





Love,
Nursaila Norman!