CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 24, 2012

DIY : Kotak Kasut menjadi Kotak Barang

Hai!



Assalamualaikum.


Puasa ke-4. Fuh! Laju betul masa berlalu.

Minggu lepas (minggu yang sama aku mengecat "rumah kita") aku sempat mengemas kasut-kasut (dirumah sendiri) dan membuang mana yang tak perlu. Sampai lah aku terjumpa kotak kasut Vincci. Kotak dia okay sangat-sangat, dengan keadaan kotak masih gah lagi, sayang kalau dibuang. So aku alih ke tepi. Dah settle semua, baru aku fikir apa nak buat dengan kotak kasut tu. Hrmmmmm...



Ini lah dia kotak kasut yang rasa sayanggggg sangat nak dibuang. Hehehe! Idea, idea, idea..





Lapikkan dengan span lembut. Rm1 sekeping. Ni span lebihan buat hb.





Yang ini kain chiffon lebihan buat hb aritu. Konfius. Tak tau nak pilih warna yang mana satu.





Edisi konfius. Purple ke pink. Tapi takde la pink sangat. Macam soft purple pun ada kan..
Agak-agak nak pilih yang mana eh?
Cop! kain chiffon tu belum digosok. Sebab tu nampak selekeh. Hehe.





Lastly letak lace. Yang ni pun lebihan, eh tak! yang ni pembaziran. Beli tapi tak guna. Tapi akhirnya berguna jugak. Hikhik.




Ta Daaaa~ dah siap dah!


Perasan tak? Semua bahan-bahan yang aku gunakan semuanya sisa semata-mata. Hehehe. Lebihan chiffon, lebihan lace, lebihan span. Masa tengah buat kotak ni excited okay bagitahu dekat En Gaban yang aku tengah buat kotak untuk dia. Tak sabar nak bagi kat dia. Sebab dia ada banyak kunci, syiling, lagi ntah apa-apa barang jenis besi yang kecik-kecik. For sure dia akan letak merata-rata kan? (eleh,orang lelaki.. i know you laaa), semoga dengan adanya kotak purple ni dia akan letak semua benda kecik-kecik tu dalam kotak ni. Takde la hilang, salah letak atau tercalar permukaan kabinet. Well, kabinet second hand kannn.. Harus la menatang bagai minyak yang penuh. Haha!

Bila hari mengecat, aku pun bawa la kotak ni dan letak dekat atas kabinet tv. Sementara belum ada tempat yang sesuai. Diharapkan En Gaban gunalah kotak ni se'maksimum' yang boleh ya. Penat tau buat kotak ni. Habis kotor tangan kena gam UHU. Huhuhuhu!



Abaikan cat merah tu. Sekarang dah creamy! yummy!


En Gaban cakap "saaaaaaayang jari mok mok dia". Part sayang tu dah best dah. Tapi kenapa mesti jari aku mok mok? Grrrrr!





selamat berpuasa sayangs!




Love,
Nursaila Norman!

12 comments:

Saya Disini said...

kreatifnye

ayut said...

akak ni mmg dh kreatif dan rajin.bt ap pon jd.nak harap ayut mcm tu jgk la kotak ye smpi ke akhir.takde nk balut2..tu tak dpt 'saaayang' mcm akak dpt.adehh..comel je :p hahahaha

Sweet Emotion said...

kreatif kamu ini.. kalo rad, juz balut pkai sampul hadiah je.. hihi.. biasanya kotak tisu la rad buat mcm tu..

Cik Saila said...

Saya Disini : saya budak baru belajar :))

Ayut : hahaha! balut je ayut..janji dia pakai baju..belasah je.. pastu leh dpt 'saaaaayang' jgk. haha..lawak la ayut ni :D

Sweet Emotion : eh,guna pembalut hadiah pun okay apa..balut jgk kan? hihi :)

ciksusu said...

cun la :)
kte pon selalu balut kotak kasut buat isi brg2 jahitan :)

nur anis said...

wahhh..saya tak pernah balut guna kain..selalu guna kertas je..:)

Cik Puan Rara said...

mmg creative lah u ni dear!

LiNda said...

heee...cantik. linda berlambak kotak kasut , tersusun di dlm blik. saila, da bg idea kat linda. Thankz for sharing idea..:)

Cik Saila said...

Cik susu : thx! tula,boleh isi brg jahitan yg semakin bertambah..hehe

Nur anis :guna kertas pun bgs,go green.. :)) cantik jgk kalau guna kertas,yg ni sbb xde kertas lebih :)

Rara : alah,balut kotak je rara..huhu

Linda : sharing is caring kan :)) cpt2 balut kotak yg ada.. hehe!

BIE said...

Cantiknya.. idea yang bernas.. hehehe..Tq saila sebab sharing this idea. :))

Che Rosliza Che mat said...

wah!!! kreatifnya...cantik kotak tue..

Cik Saila said...

Bie : welcome..idea x seberapa pun bie :))

Che Rosliza : terima kasih byk2 :D