Hai!
Assalamualaikum.
Selamat pagi semua :) Yang ni bukan quick entry, tapi kena taip pagi-pagi ni supaya masih dalam mood minum pagi. Wink!!
Entry yang ini tak cakap pasal wedding atau diy thingy eh.. Kita lari sekejap dari mood orang nak kawen. Hikhik. Aku nak cakap pasal minuman tenaga yang aku ambil. Eh, minuman tenaga ke.. Aku tak sure la, tapi serius aku boleh stay whole day tanpa rehat sejak minum minuman ni.
Cocoa Collagen.
Rasanya semua orang pernah dengar nama minuman ni kan? Famous tu tak tau la, tapi rasa-rasanya ramai yang pernah dengar atau ambil minuman ni. Aku ambil minuman ni sejak bulan Januari 2011 sampai la sekarang. Dah lebih dari setahun kan. Sangat tak sangka.
Kenapa aku stay dengan minuman ni sebab ntah. Haha.. Aku pun tak tau kenapa aku stay dengan minuman ni. Padahal, kawan ofis aku, Ina yang suggest aku minuman ni pun dah lama stop. Dia stop sebab dia cuba benda lain dari farmasi. Tinggal aku jela yang teruskan.
Aku tak tau la kenapa bila orang dengar je aku minum air ni diorang akan cakap 'nak besarkan bontot eh?' Ehhhhh.. Apakahhh? Merah-merah muka tahan malu sebab diorang sebut bontot depan-depan kita. Hukhuk! Mana ada.. Fitnah semua tu. Huhuhu. Benda first yang aku bersemangat nak minum minuman ni ialah sebab untuk rambut gugur. Sejak semester 2 sampai la dah keja setahun rambut tak boleh panjang. Konfem gugur macam musim luruh. Hampeh. So aku yang jenis bersemangat lebih ni berkobar2 la nak try. Minum sebulan je dah nampak hasil.
Sebab tu rambut aku boleh panjang macam mak lampir sekarang ni. Ramai jugak yang tegur rambut aku panjang dan lebat (pssst,jgn terpedaya.huruhara sebenarnya). Hehehe ;) Berdouble la aku suka. Sebab dah boleh simpan rambut sampai jadi mak lampir. kehkehkeh!
Keduanya sebab nafsu makan menjadi. Hehehe! Tapi ada jugak yang minum untuk diet dia terus rasa kenyang seharian. Ntah. Balance kot. Macam aku haruslah jadi perut bocor. Tapi takde la berat badan naik mendadak. Dia naik slow2. Sejak minum minuman ni berat badan naik 3kg. Erk! Sikitnya. I need another 3kg please.
Ketiganya sehari at least sekali mesti menyahtinja. Atau bahasa harian kita ke tandas. Lain bahasa korang fikir sendiri lah eh. Huhuhu. Bagus sangat untuk perkumuhan. Takde la simpan jadi toksid.
Keempatnya muka macam bagus je. Aiyooo.. Malunya nak tulis. Kang ada yang cakap 'bapak perasan!' Huhu! Tapi sendiri rasa sendiri tau la kan? Jerawat besar2 dah takde. Tau diorang takut dengan Cocoa Collagen. kehkehkeh. Yang tinggal parut-parut degil. Degil sungguh. Rasa nak rotan je. Takpe, sabar itu separuh dari iman.
Kelima, walaupun aku stop berminggu2 sebab terlupa atau berpuasa, langsung takde kesan. Takde la jerawat naik menjadi-jadi, nafsu makan stay sama.. Langsung takde kesan negatif. So aku takde la risau kalau travel mana-mana pastu terlupa bawak ke apa ke kan. Part ni la paling aku suka. Sebab aku boleh minum ikut suka hati aku.
Cumanya macam segan la nak minum.. Sebab ada yang cakap untuk orang dah kawen je. Huhuhu! Mencegah lebih baik dari mengubati kan? kan? Takpe la, aku minum untuk rambut, kuku, kulit muka, selera makan.. Lain-lain aku tak amek tau. Nak besar kan apa-apa aku tau tau. Huhuhu! Lantaklah kalau dia nak membesar pun. HUHUHUHU!!
For sure korang pun ada ambil minuman tambahan atau supplement tambahan kan.. Lagi-lagi B2B macam korang ni. Heeee~ Mesti nak cantik dan sihat kan. Kalau macam pil2 supplement tu aku tak ambil, sebab macam takmau biasakan diri ambil ubat. Amalkan makan sayur-sayuran dan ulam k! Wanita wajib makan ulam!
packaging lama dan baru
breakfastsetiap pagi. bajet macam sihat je kan. padahal ni je boleh disumbatkan dalam laci. kalau nasik lemak boleh masuk dalam laci ni memang untung la. Hehe :D
thanks korang!
Love,
Tata!
12 comments:
linda macam nk try ni..tapi ntahla, masih berfifkir. boleh turunkan berat badan tak..haishhhhh
sy makan collagen catalyst... sendiri jual sendiri makan la.. + vco tu.. untuk kulit memang bagus.. tgh usaha nk kurangkan parut ni.. so far jrwt da tak naik..parut pudar.. tp xde la licin gilee
sy xpernh minum
Linda : ibu saila minum dia takde la bernafsu mkn mcm saila..dia ckp rasa kenyang je :)
Tqah : ada rasa nk amek VCO tu..tgk kt blog awk mcm nak cuba lak..tp boleh ke campur dgn minuman sy ni :(
Saya Disini : its okay..boleh try kalau mahu :))
nak gemuk!
betul ke boleh utk rawat rambut? nak jugak la minum. hehe. rambut dah boleh buat rambut palsu. huhu.
Adylia : jom2 :))
Dyg : utk diri saya mmg menjadi sgt2 :) try la dulu..
saya makan cocoa pai... hehhehe :)
Salihah : cocoa pai makanan syaza je.. hehehe!
saya sahur nata de coco...hehehe
byk nya kesan positive.yang best part kurang rambut gugr.selalu dgr pasal produk nie.
sama la kite b2b =) sy minum collagen juge..tp brand lain.. lepas minum sgt nmpak kesan.. muke nmpak gebu2..
Post a Comment