CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 5, 2012

Preparation #4

Hai!



Assalamualaikum.


Hari ni macam tenangggg je. Salah satunya sebab kerja-kerja aku dah banyak yang settle. Dan hari ini ramai yang berpuasa termasuk aku. En Boss pun tak panggil pagi ni, so boleh la buat entry sikit. Hikhik.

Buat masa ni aku kena start men'diy' baju nikah, veil nikah dan veil resepsi. Settle je tiga (3) perkara ni lega banyak la nanti. Sebab  part attire ni leceh sikit. Perlukan masa yang banyak dan kerajinan. Huhuhu!

Doorgift untuk family En Gaban dah settle 100%. Barang dah ada, bekas untuk isi barang pun dah ada. Perancangan awal nak isi dalam paper bag yang boleh muat dua benda. Bajet harga paper bag dalam Rm6(10pcs). Bajet lebih sikit sebab family En Gaban tak ramai sangat, tak salah kan spend lebih sikit dekat door gift diorang. Tapi rezeki dapat box terus. Harga Rm4(10pcs). Siap bawak barang yang nak isi supaya ngam-ngam. Lepas dah puas hati terus beli. Total cost Rm16 sahaja. Smile!!

Tak sabar nak lipat box lepas tu masuk kan barang2 yang dah dibeli :)

Baru-baru ni ada remind En Gaban supaya singgah dekat Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bila ada kelapangan, tanya-tanya hal prosedur. Sebab bila check dengan info-info yang aku dapat, ada macam-macam versi. Konfius. Huhuhu! Semalam En Gaban singgah untuk dapatkan khidmat nasihat, tapi dapat bawak balik borang terus. Bulan 9 boleh hantar. Harap-harap ada la checklist supaya takde apa yang tertinggal nanti.

Psst, ada terbaca haritu, PAID mana ntah dia suruh isi borang online. Tapi nampaknya kami tak perlu la nak isi online. Borang dah ada, tinggal nak isi je. Suka!

Bulan puasa tak lama lagi je lagi. Lepas raya dah boleh settle kan hal-hal dokumen nikah. Amin.

Okay lah, disebabkan kerja takde hari ni, sunyi, boring, bermalas-malasan, jadi nak sambung diy veil resepsi boleh kan En Boss?






thanks korang!



Love,
Tata!


8 comments:

BIE said...

rasa tenang dan damai kan cik saila,? kalau semua perancangan rapi diatur.. ni lah kelebihan merancang daripada awal.. good luck :))

LiNda said...

bagus2, kalo semua teratur. Kepala otak pun x berserabut. Doorgift utk family si dia mestila special sikit kan saila..hihi

Afasz said...

wah dh byk dah settle. bile kenduri nye ni ????????

sy nye byk tk settle

kepala dah pening je

stress kot.

Diyana said...

BS saya itu hari pun ada pg jbtn agama.. tp org tu xbg borang sbb lmbt lg nak kawen...org nk borang je so boleh settle & sediakan maklumat cepat2, bukan nk hantar pun lg...nyampah betol~

kita sama,lepas raya baru nak settlekan borang (^_^)

Cik Tqah said...

wa..banyak da setel.. i xsmpt..ari2 balik keje lmbt..kt cuff je nk beading sikit lagi.. pastu veil jugak sikit2...huhu.. mntakla smpt

Cik Saila said...

BIE : thank you bie!! :) byk lg yg belum siap tp benda remeh2 la.. :)

Linda : a'ah.. hehe! bg yg boleh diorg guna hari2 pastu teringat wedding kami..haha :D

Afasz : benda kecik2 ada lagi yg xsiap..kena bt dh dekat2 nnt.. jgn stress2 k :)

Diyana : oloh..nk borang je pun. btpe nk kedekut sgt..huhu. sy suka dh ada benda dpn mata,senang kita nak plan kan? xpe,kita settle kan sama2 lps raya k! :D

Cik Tqah : sempat,mesti sempat punya..selalunya last min semangat dia lain sikit.. hehehe!

Diyana said...

ntah nye.. kedekut~
lastly, amek borang tu on9 je..
ahakz!

Cik Saila said...

Diyana : kannn.. ahaks!!