CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 8, 2013

Second Hand Furniture #2

Assalamualaikum.


Hello peeps!

Semangat berkobar-kobar nak share pasal second hand furniture, wehuuu! Akhirnya dapat jugak terjah satu-satu kedai shf untuk review dekat sikit. Punyalah lama aku ambil masa untuk review sobsobsob! Maaf sangat-sangat, masa sangat tidak mengizinkan, tapi alhamdulillah sabtu baru ni kami Suami Isteri pusing-pusing pastu menyinggah. hiks!

Lets start!

Kedai pertama yang kami singgah ialah kedai shf dekat Taman Melati, Gombak. Kalau aku tau sini best, awal-awal lagi aku dah singgah. Sebenarnya kedai ni kami cuma tengok sekali lalu je, sebab kami kerap guna jalan situ untuk pergi makan-makan. Huhu! 


nampak tak cermin berbingkai putih tu? rm250 sahaja!
saiz? gedabak gila, cantik buat hiasan dinding.
boleh masuk 3/4 orang kalau nak betul2kan rambut ke tudung ke..
ada 3 biji lagi!



rm160 sahaja!!
nak ini, tapi Suami cakap warna tak sama dengan theme rumah.
sobsobsob!




rm450.
kayu tough okeh, memang puas hati kalau beli :)



cermin ni lebih besar dari cermin tadi.
harga rm220 sahaja!
siapa-siapa yang suka cermin bersaiz besar dekat rumah, ini memang cantik.
bentuk memanjang ke bawah :)


 alamak! tak ingat harga.. Huhuhuhu!
suka jugak yang ini.
kayu jati, yup memang puas hati. laci pun smooth je.. takde sangkut-sangkut.



























yang ini pun sama, lupa harga :(
ada sedikit kerosakan, tapi harga memang murah, dah kata second hand :)



kalau siapa-siapa yang berbakat dalam seni pertukangan, boleh ubah meja ni jadi cantik macam ni okeh :



gila lah!!!






Alamat takde, yang ada cuma ini sahaja :
Membeli dan menjual perabot terpakai
Nizam : 016-9715473 / 016-3431276
* Depan Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati.



Kedai kedua kami singgah dekat sini


Yang ini betul-betul bertentangan dengan Batu Caves. Siapa-siapa orang Selayang, Gombak, Kepong, tahu kot deretan kedai bertentangan dengan Batu Caves ni. Nanti cari yer!



yang ni je yang aku berkenan, harga pulak rm350.
aku tak cadangkan korang beli dekat sini, harga mahal tak macam perobot second hand.
Suami tengok lebih kurang je, pastu kat luar kedai Suami cakap 
'mesti kos bayar sewa kedai tu yang mahal'
kan?!


Kedai last kedai yang aku beli barang shf kami tu. Tapi lately abang tu selalu tak bukak kedai, maybe takde stok kot. Ke dah kaya.. Hahaha!


hujan kau, beriya singgah kedai shf, sampai hujan.. kehkeh!
see, tutup.. hampeh je kan abang tu.
maybe dia berusaha mendapatkan stok dari harvey norman.
T_____T


Secara kesimpulannya, aku suka dan cadangkan kedai dekat Taman Melati tu.. Banyak pulak tu.. Takkan aku nak selongkar semua pastu snap-snap tapi tak beli kannn.. Kang kena halau lak. Huhuhuhu! Kepada yang email, bertanya pasal kedai shf.. Harap ini dapat membantu anda.. Sila terjah kedai yang pertama tu eh.. Stok memang banyak.. Jangan tengok dari luar, masuk, belek, nilai kualiti kayu baru buat keputusan. Ikea pun kalau meja rm29.90 memang habuk kayu je dek non, aku siap beli 2 lagi.. Takleh kena air okeh. Kang jahanam. Huhuhuhu! Nak lap habuk pun payah. T____T

Rasanya dah beberapa entry aku review pasal perabot second hand ni.. Dengan itu aku dah buat label baru 'Perabot 2nd Hand' untuk memudahkan pembaca mencari info tak seberapa yang aku share dekat sini. Boleh tengok dekat situ entry-entry sebelum ni eh :) 



Love,
Nursaila Norman!

49 comments:

oshinz said...

pergh.. semua cantik2 kot. hah suka gila.

s h a said...

Cantik2la saila.Rajinnye saila review satu2.Bagus3.Sgt membantu ni kalau da ade rumah nnt sha pon boleh usha2 kt sane.Hehe. ;)

missGogreen said...

wewit...aku ki jejak ke situ suatu ari nnt :P

cha said...

serius ni 1st time i dgr kedai perabot second hand. for real?? omg :O

i rasa kalau deco mesti brg second hand pun jadi lawaaaaa sebab u kreatif giler

khadijah said...

sama dengan cha dija pun baru 1st time dengar pasal kedai2 second hand jual perabot ok kesian kat diri sendiri.. kalo saila tak pe, deco letak cantik2 mesti jadi lagi cantik, kalo dija yang tak berapa nak seni nak bertukang lagi la tidok kan, beli je la yang dah rasa lawa, tapi berangan je la gi home fair dulu kene ada rumah baru boleh fikir..hee

Miss Volvo said...

ishhhh kalau kite dah kahwin kite pun nak beli snf! murah dan shantek la!

Rina Hamid said...

wahhh..kalau nak byk lg kedai cmni, dkt salak tinggi sepang or nilai belambak2 kedai perabot 2nd hand..kena pndai cari..area umah sy pn byk..hehe

Hidayu Bolia said...

barang2 second hand, kalau pandai buat baiki n cantikkan semula, ttp nmpak setanding jugak ngan yang baru,hehehe:)

LiNda said...

cantik2 kan perabot dia..linda dah tunjuk entry saila ni kat tunang, nanti nak gi sini jgak..hehehe

♥ Chacha said...

byk ye kat Taman Melati tu saila? tak pernah tahu plak. but nice kalau gheti deco brg lama jadi baru ye tak.

Bagi kat i, brg baru pun nmpk lama kangg.. acane? hahahaha

Unknown said...

idea yg bernas jugak beli perabot dekat kedai terpakai kn, boleh save n cat balik kalau rajen..hehe

Anonymous said...

second hand pun ttp cnatik dan berbaloi membeli kan !

SarahSyafiq said...

second hand pun tapi selagi elok bpleh guna apa salah nya kan.kalau permanent duk kl confirm dah ajak husband g kedai2 tu.

Kuazue Mohamad said...

salam..BW n terus polow..bagusla info 2nd hand shop nie..cik zue memang duk aim nak cari brg nie..tq..nanti wat review lagi yer..

Jajas said...

mahal jgk barang terpakai ni kn...cadang pon nak beli barg terpakai mcm ni lps kahwin nanti...hehe

safurara said...

selamat mencari dear.

ayza said...

salam....terima kasih share pasal shf ni....tercari2 mana kedai...nk kumpul2 alamat kedai...dan pergi terjah...hehehe...minat shf yg lama2...comel kalau di make over
semula utk hiasan dalam rumah..perabot2 baru skrg bukannya berkualiti sangat kan!tq ya share kat blog ni..suka sgt.

Unknown said...

aritu saya pergi kat kedai perabut 2nd hand kat taman melati tu nyaris2 nak kene patuk ular masa belek2 almari kat belakang tu. mungkin ular hitam tu datang dari semak belakang khemah diorg pasang tu utk letak perabut2 ni. lagipon byk sgt tersusun kat belakang tu. nasib baik saya perasan kalau tak naye je.. langsung taknak pegi dah kat kedai perabut yang hanya pasang khemah ni je.. seriau kejap

aiza said...

oohh..ya ker...ular hitam tu bahaya tau...menakutkan pulak...diorang tak ada staff untuk cuci kot...atau barang banyak sangat...patutnya lelong ajer la kan..murah2 sikit..hehehe

Nursaila Norman said...

huhuhu! pasal ular dekat kedai2 perobot 2nd hand ni sy xboleh nak buat apa..huhu..owner kedai sepatutnya bertanggungjawab..huhu!

tapi apa-apa pun, kepada yg nak ke sana pls alert ye..kalau x berani better jgn pergi..demi keselamatan..

pihak kedai, kalau u all terbaca this, jgn ckp saya sabotaj bisnes u pulak..pastikan keselamatan customers terjaga :)

Unknown said...

NURSAILA...
nak tnye.. kedai 2nd hand dkt area salak tinggi tu kat mn ye??

Nursaila Norman said...

Nurul Fashiha Mushim : saya tak pernah cari kedai shf dekat are Salak Tinggi.. maaf sgt2 ye :(

shidasanmil said...

ok thanks for sharing..harus la pegi ini hari jugak...sbb dkt ngn rumah...wahahaha

CasaTeak said...

We are Whole-seller and retailer of Teak furniture,and we do custom designs in Teak wood, Mahogany, oak wood...visit our website http://www.casateak.com

Teratak haeida said...

perabot second ok gak sebenarnya

athirahassin said...

tak sangka ada kedai cmni... kl pandai pilih mst dpt yg berbaloi mcm ikea as is tu.. tu pn menarik.. :)

Unknown said...

Perabot terpakai juga boleh didapati di Temerloh Pahang. Boleh contact 01127010701 dan anda boleh di add didlm whatsapp group dia utk mendapatkan brg2 yg available.

Azlina S said...

Tq mmg tgh cari kedai 2nd hand

Unknown said...

ahad lepas saya beli sofa 2 seater, meja makan 6 seater, meja kopi solid dan satu kerusi tak tahu nama apa.. rm1700..
memang puas hati gila2
Kat Taman Melati. Semua Hotel stuff yg berkualiti. bestnya.
Terima kasih atas post ni sebab saya pegi sana selepas baca post u. Gambar boleh tengok kat blog saya. http://normsuperb.com

Nursaila Norman said...

hi normie! yeke? wow!! saya sendiri belum beli apa2 kat situ sbb belum cukup duit n nak prepare rmh elok2 bru beli hehe! saya suka brg2 situ, mmg hotel punya kan? meja mkn 6 seater tu xtahan tuuu..

Nursaila Norman said...

maaf,cikgu normie :)

Man Siakap said...

haha. kalau takut kena air, alas ngan plastik

Mia Zahira said...

kalau dh perabot lama, normal letu. kena air cepat la rosak.. sbb bnda dh lama. snang rosak. hehehe. kalau nk tahan lama baik beli yg baru.

Mak Jemah said...

kalau mak la kan, mak beli yang baru jew.. ye lah, yang sekenhen pon kekadang dah rosak teruk nau.. bawak balik kat rumah tak tahan lama,, lepas tu kena buang balik.. tu yang mak beli baru jew kalau perabot.. gittew

Nursaila Norman said...

Man Siakap : saya tak pilih utk alas dengan plastik..saya pilih utk tidak letak sebarang sumber2 berair atas meja tu.

Mia Zahira : meja yang mudah kembang kalau terkena air tu bukan meja 2nd hand..tapi meja IKEA. *refer entry saya tu.

Mak Jemah : errr, sebelum beli check dulu. jangan beli barang yang dah buruk sgt (terlalu uzur) memang tak berbaloi. saya pun takkan beli brg yang nak reput lagi sebulan dua. HAHA. advice saya memalui entry ni, beli 2nd furniture yang hotel lelong. kualiti masih 80%-90% baik.

Mia Zahira said...

opss.. sory sis. hehe..
meja ikea mmg, tak tahan lasak. dh la mahal. sbb tu sy bli perabot mcm meja kt courts je. murah. mampu milik katakan. hehe

Mak Jemah said...

haha.. kaaann.. mak paham. tp mak lg suka beli baru jew.. at least ada warranti kalau jd pape lg selamat. slalu mak beli kt courts tu time2 promotion je. sbb time promotion mmg prabot kt courts murah giler. smpai separuh harga kdg2 diberinya pd kite. huhu

Unknown said...

Barang Ikea mmg teruk, baru bli satu almari minggu lepas. Tak sampai 2 minggu pintu dah rosak.

Unknown said...

Barang Ikea mmg teruk, baru bli satu almari minggu lepas. Tak sampai 2 minggu pintu dah rosak.

Mia Zahira said...

brg ikea dh la mahal pastu cepat rosak. tu yg beli kt courts. murah. kalau ada pape ada waranti, boleh tukar. sbb pakai flexicredit beli kt courts, so ada waranti.

Mak Jemah said...

itu yg mak suka dgn flexicredit. yang penting bayar ontime. konsisten. gitteww. beli cash pon sama murah jugak. terpulang ikot rasa mana yg mampu.

Unknown said...


We cater high quality teak wood, suar wood, rattan outdoor, teak outdoor, outdoor patio wicker and modern furniture. Our products are skilled grade A furniture made to the highest industry standard and offer broadest segment of approach, finish, colour and fabrics for hospitality and retail business.
http://scadeconcepts.com/

Unknown said...

Sesiapa berminat nak beli perabot antik whatss ap saya +60126956324. Ajil

Unknown said...

Sesiapa berminat nak beli perabot antik whatss ap saya +60126956324. Ajil

Anonymous said...

tmn melati kat mana actual location..dekat ngan apa...

Unknown said...

Saya ad nak tolak perabot jati...masih cantik ad 3 item...sbb jual sbb nak pindah ke kondo. Byk sgt perabot. Murah je...berminat kol wasap 0165442750

Nizam said...

Sy nk jual meja pejabat. Ada 33 buah. Area batu caves. Call nizam 012-5722205

Anonymous said...

Sy nk jual perabot2 rumah..bleh call sy 0138027446

Anonymous said...

Area taman selayang baru nk letgo perabot rumah murah2 bleh call sy 0138038027446