CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 20, 2013

DIY Tasbih Sebagai Sourvenir

Assalamualaikum.


Ini hanyalah auto publish entry, kalau ikutkan time ni aku sedang berada di Kedah, kampung halaman Suami! Siapa orang Kedah angkat tangan.. Hello! :)

Harini nak share diy tasbih, baru terhegeh-hegeh nak keluar dari oven. sobsobsob. Sebelum ni tengok B2B 2012 ramai jugak yang buat tasbih ni untuk doorgift majlis kahwin diorang. Just tengok jelah diorang diy, sampai berbisnes diorang dengan tasbih-tasbih tu, gogochaiyok!

Dan aku? Haha.. Baru nak belajar cara-cara buat tasbih T___T 

Tasbih ni aku buat sebagai untuk sourvenir kepada kawan-kawan ofis Jumaat lepas. Kebetulan diorang buat farewell untuk En Big Boss dan aku. Oleh kerana aku pun tahu benda tu last minute, so Khamis tu jugak aku amek halfday untuk balik KL awal semata-mata nak beli barang-barang untuk buat tasbih. Dengan itu, ini lah hasilnya!






Secara jujurnya aku memang tak tahu langsung cara-cara nak buat tasbih ni, bila google ada la tutorial.. Tapi disebabkan masa sangat terhad, aku cuba simple kan cara pembuatannya. ceewaaah. Malas nak guna separator/stopper sebab harga agak mahal, aku guna cara lain.. Aku guna donut crystal sebagai separator/stopper. hikhik :)

Warna pun dilema gilerrr.. Yelah, nak buat satu warna sahaja kan, kalau ikutkan nak je buat untuk staff perempuan warna pink, untuk staff lelaki biru ke, gold ke.. Tapi kang aku lak yang dilema. Over kan, diri sendiri yang dilema. Huhuhu! So aku pilih satu warna sahaja. Aku berkenan dengan warna aqua ni, rambu ramba (tassel) aku match dengan purple. Lelaki perempuan pun okay dengan warna ni kan? Ke nampak macam girlish sangat tasbih ni? T___T




Apa-apa pun memang sangat enjoy buat tasbih ni, sampai dalam kereta aku buat. Nak cepat siap punya pasal. 



** kepada yang tinggalkan komen dengan kata-kata semangat, doakan aku, terima kasih tak terhingga semua. terima kasih banyak-banyak.



Love,
Nursaila Norman!

24 comments:

cikCT said...

tanteknyaaaa kaler dia!

saila, nnt buatlah tuto yg utk letak kat tassel dia tu. sbb kita pun ingt nk buat lg tp lps majlis lah..bkn sekarang..hihi

Han Hanni said...

Cantek...rajinnya saila ni

anariffin said...

nice color combination dear...
skunk mang tengah up kaler ni...
byw..so cute ok...boleh la start berbisnes lak...
sesame ngan ana n cik mah..hehe..

Ana said...

Cantik..😊

Anonymous said...

aku suka kombinasi kaler yg soo sweettt... :) :)

cha said...

walaupun u dilema pilih kaler tp bagi i its a perfect color. cantik dh tu laki pempuan dua2 boleh pakai :D

Karya Mahirah said...

Cantiklah tasbih itew... color dia cantik....

cik mah said...

Cantik2...sma2 kita bertasbih....heheh

Anonymous said...

lawa! isk..kalau org kreatif ni mmg takleh buat apa la kan...good job ;)

Ann said...

ape2 yg bersangkut ngn kaler ni mmg cantik...ade lg x?nakk!!hahah..xmalu kan...gurau je

anyway, idea yg menarik dan kreatif as a gift

Rina Ellisa said...

Cantik saila :D

Syu, Syuhada said...

cantiknye kaler tu!!
boleh la start bisnes lak ;p

Mrs.Asam Pedas said...

salam saila wt la tutoriol tasbih ni..cntik sgt

ainzfathma said...

Nk ty kt mne ye nk dpt pearl2 cantik cm yg awk guna tu?

ainzfathma said...

Nk ty kt mne ye nk dpt pearl2 cantik cm yg awk guna tu?

Nursaila Norman said...

@ainzfathma : saya beli dekat GM Klang atau GM Chowkit je :))

Amalina Ali said...

Saila nanti buat tutorial eh eh eh. :)

Unknown said...

Saila..tali rambu 2 ade jual kt GM jgk ey?same kedai dgn pearl ke? Bg la tutorial..i nk buat utk wedding doorgift nie..hehe

Nursaila Norman said...

Effa : insyaallah huhu! tula..bila baca balik komen kat sini,ada yg request tutorial tp sy belum buat lagi..doakan saila ada peluang utk share eh! :)

tassel boleh dibeli di kedai yg sama dgn pearls! hehe :)

Anonymous said...

Cantik tasbih awk buat tuh..cam nk wat sendiri je..tp kan awk beli barang2 buat tasbih ni kt mana ye? boleh share? :)

Nursaila Norman said...

Ms Red Eva : terima kasihhhh..barang2 tasbih boleh beli kat GM Klang @ GM Chowkit dear :)

Sya said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Donut crystal tu yg mn satu ye?

Nursaila Norman said...

kristal yg warna purple tu..yg saya bt sbg divider bg setiap 10 pearls..

*kaler purple cuma pada rambu2 dgn donut kristal je..awk nmpk kot yg mana :)