CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 4, 2013

Surirumah untuk 3 Hari :)

Assalamualaikum.


Merasa lah jugak jadi surirumah sepenuh masa walaupun 3 hari je. Siapa surirumah sepenuh masa kat sini? Bestnya lah kamu.. Dapat berbakti kepada Suami dan rumah sepenuhnya. Uhuhuhu.. Rasa puas dapat buat yang terbaik untuk rumah, kan?

Kisah jadi surirumah untuk 3 hari ni terjadi bila Suami demam dari Ahad malam, ingatkan demam biasa-biasa je, nasib baik aku amek EL Isnin tu, dah pergi klinik panel pun dia masih demam panas yang teruk. At least bila aku ada takde la sorang-sorang je Suami kat rumah kan. Dah la orang lelaki ni kalau demam/sakit mengada dia lebih dari orang perempuan. Kan? kan? Huhuhu. Baru ku tahu. Huhuhuhuhuhu!

Cut it short, kerana Suami demam aku pun merasa la jadi surirumah 3 hari straight dari Isnin sampai Rabu. ihehehehe.. Seronok memang la seronok duduk rumah, jaga rumah.. Tapi hati tak seronok memikirkan kerja-kerja kat ofis. Apa jadi dengan ofis, apa jadi dengan kerja-kerja ofis, okay ke tidak.. Macam company sendiri lak kan nak risau-risau.. Hahaha.. Patutnya lantak jela kan? kehkehkeh.

Sambil jaga Suami yang demam, dapat la aku pay attention dekat tempahan aku 100%. Sementara Suami tidur, baru la boleh buat kerja-kerja sendiri. Alhamdulillah, bergerak jugak la tempahan aku. Hal-hal rumah pun aku dapat jugak lah ambil alih, kalau sebelum ni Suami yang bertugas sebagai pembasuh kain baju, tapi sebab dah dia demam, aku pun pakai name tag 'Surirumah', haruslah aku buat semua. 

Disebabkan dah terjadi surirumah ni, haruslah memanfaatkan masa sebaiknya.. Sampai kan aku rasa banyaknya kerja jadi surirumah ni. Hehehehe.. Padahal hidup berdua je, apahal aku rasa macam ramai je dalam rumah tu. Ke sebab dah lama sangat tak 'bersenam' mengemas rumah, tu yang rasa mengah gilerrr. Uhuhuhuhu. Dulu zaman muda remaja rilex je aku kemas rumah family aku siap ruang tamu ada dua lagi, kali ni ruang tamu satu pastu saiz pun sekangkang kera je apahal mengah tercungap-cungap wehh? Masa mengemas tu baru la teringat zaman-zaman bujang dulu, boleh gak main pass-pass kerja kat adik beradik.. Hahahaha! Agak-agak malas je, pass bab menyapu kat adik, atau mop lantai kat adik. Sekarang dah kawen kau nak pass kat sape? Uwaaaa..

Semalam rabu aku dah takleh blah duduk rumah, bila dah biasa bekerja ni agak lain jugak la rasa bila nak tukar name tag dari 'Nursaila' kepada 'Surirumah' kehkehkehkeh.. Semalam gak settle kemeja-kemeja kerja Suami aku iron. Fuhhh, tabah tak tabah jugak la aku menggosok. Fikirkan ini jelah masa yang aku ada untuk all out sebagai surirumah, aku gosok jugak. Bila dah siap, gantung baik je dalam almari, rasa puas! Rasa wahhhh, aku iron semua baju kerja Suami wehhh.. Rasa nak sms Suami time-time tu jugak. Tapi macam menggelabah la pulak kan. Lepas menggosok, aku mop lantai sampai 3 round okeh. Geram punya pasal. Mop sekali dua macam tak bersih je, so semalam apa lagi cuba 3 round lak, agak-agak bersinar tak lantai rumah aku. Lepas mop baru sapu, puas hati aku.

Cadar pun sempat tukar, sempat gosok sebelum pasang, sempat pilih nak cadar mana.. Kebetulan, ramai pulak yang hadiahkan cadar masa kawen haritu.. Seronok la bertukar cadar je kan. Suami balik suka je tengok cadar baru. Hehehehe.. Pastu sempat cakap rumah bersih macam masuk rumah baru. Cisss. Sila ambil perhatian yer, nampak sangat Suami macam tak komplen sebelum-sebelum ni, tapi bila dah kemas, dah bersih, dah cantik, tetiba dia puji maknanya kena amalkan selalu sikap rajin mengemas sebelum dia start komplen. Tetiba aku macam malu sendiri.. Huhuhuhu! Nasib baik dia tak sound masa aku malas-malas, kemas rumah pun cincai-cincai asalkan rumah kemas. Puji ada makna tuuu.. Hmmmm T_____T

Ada satu malam tu aku siap membasuh, sidai la depan tv, oh! satu perangai aku, kalau boleh semua benda aku nak buat depan tv T___T. Sambil-sambil sidai baju tu aku tengok apahal la Suami aku sengihhh je pandang-pandang aku, tak padan dengan demam. Bila aku tanya nape pandang-pandang, dia cakap suka tengok aku macam surirumah real. Suka tengok aku berkeliaran dalam rumah buat kerja rumah. Dia kata comel. Okay, okay anda boleh pengsan sekarang.

***

Okay, sila bangun sebab cerita belum habis lagi.

Dah la pakai baju kelakar, you know baju kelawar? Atau lebih sedap lagi baju kaftan, rambut pun ikat style mak-mak je, boleh dia cakap comel. Aku rasa dia macam perli atau ejek aku je. Uhuhuhuhu.

Takpe lah kalau dia suka. Pasni tukar, jangan pakai baju kelawar time buat kerja rumah.. Sila pakai boxer dan top sahaja. wink! wink!

Pendek kata, seronok jadi surirumah.. Kita buat yang terbaik untuk rumah, bila Suami balik semuanya dah siap. Baju kerja Suami pun takyah la nangis-nangis dulu sebelum iron. Kalau ada anak lagi seronok, tak payah hantar anak dekat orang lain. Sendiri jaga. Lebihhhhh puas hati. Tapi aku masih sayangkan dunia bekerja.. Dapat ringankan beban Suami, dapat shopping berlebih-lebih muahahahaha! Takde lah, bekerja pun sebab alang-alang ada peluang, ada kelayakan, at least kerja la sampai puas, sampai rabak mata ni.. Kurang-kurang dapat tolong Suami dari segi simpanan. Sebab duit Suami kan untuk dihabiskan. kehkehkeh!! Tapi kalau Suami bagi green light suruh jadi surirumah, alhamdulillah tak terkata sebab yang penting nak jaga anak depan mata. Huhuhu. Insyaallah.

Bagi yang sememangnya menjadi surirumah, tahniah.. Anggap lah itu rezeki paling baik untuk anda. Segala kesempurnaan Suami dan anak-anak memulakan hari baru bermula dengan anda. Bagi yang bekerja macam saya, teruskan menjadi surirumah part time. Kadang-kadang macam tak sempurna je keja part time kita tu kan, tapi takpe lah.. Kita dah cuba sehabis baik. Surirumah full time ke part time ke sama je.. Cuma peluang tu je yang berbeza.

Harini i pakai baju kurung, duduk depan pc, reply email, jawab call, menaip kerja tertunggak.
3 hari sebelum ni i pakai baju apa yang i suka, nak baring tergolek depan tv pun boleh, i hadap manik sampai rabak mata.. Mana best u ollssss?

hikhikhikhik!





Love,
Nursaila Norman!

10 comments:

Rina Ellisa said...

ok tak sabar nak kawen ni saila.. hihihihi :PP

SyafiqahSabri said...

bestnya..hhihi..

lau ada masa jemput melawat blog saya..

http://cintakuilahi.blogspot.com/

SarahSyafiq said...

sekarang ni sarah pun surirumah sementara.masa mula2 mengah jugak la.sekarang dah boleh dah divide2 time mana yg buat ari ni, o buat esok.bdk xde, xde la sepah sgt nk kena kemas ari2 kan.

Unknown said...

kalau suami mampu, nak je jadi suririmah.. tapi malangnya suami i bukan datuk.. hihihi

Nursaila Norman said...

Rina : xlama dah kan?kan?kan? hehe :P

SyafiqahSabri : sudah! :))

SarahSyafiq : bestnya surirumah sementara..hehehe..

Diyana : a'ah,btl gak..suami ada seronok,ada org ngusik :D

Shizan Syafik : a'ah,suami i pun bkn tan sri..cemana? haha :D

Anonymous said...

mmg seronok yer jd full time housewife ni hehe

Nuriesya Nadia said...

Alahaii comel sangat mak jemah Saila pakai baju kelawar. :P
Nak kawen jugaklah camni. Hikhikhik

khadijah said...

jadi suriumah ni ada baik dan tak bestnya gak, kekadang bosan bila sorang2, nanti ade anak ok kot tak la bosan..:) jaga sendiri.. tapi bila kerje ade duit sendiri shopping sendiri boleh la tambah beli macam2 kan :)

Zana Adieyza said...

mmg rezeki yg indah bila dapat jadi surirumah..

bab mop lantai sampai 3 kali tu mmg terbaikkkkkkk!! x pernah lagi zana buat.. hahahha..

Tiara Fazlin said...

eh i ada jadual among adik beradik for house chores! :p