CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Berangan Dahulu, Belinya Kemudian

Assalamualaikum





Benda yang masih free dalam hidup ini cuma lah angan-angan. So, let's dreaming! Hehehehehe. Dulu antara perkara yang aku angan-angankan ialah kitchen cabinet (kc), set meja makan dengan three-seater sofa. Yang kecil-kecil tu banyak lagi, tapi kita abaikan dulu. Tapi alhamdulillah kc dah tak payah fikir sebab dah siap pasang masa beli rumah tu. Legaaaaaa sangat. Walaupun tidak lah secantik mana tapi okay lah daripada nak kena sediakan duit almost Rm4k. Ke mahal lagi?

Jadi angan-angan aku diteruskan untuk set meja makan dan three-seater sofa. Itu yang belum ada lagi sejak kami berkahwin. It is almost 4 years. Heeeeeee.

Like I said dalam entry-entry lepas, aku ni cerewet sikitttttt bab barang-barang yang nak dibeli untuk jangka masa panjang. Biar lambat asal selamat, alah membeli menang memakai. Kira macam tu lah. Hehehe.

Kalau ikutkan nak sofa Lorenzo. Gulp! Telah ailio banyak-banyak. Tapi kalau sanggup tunggu lagi 3 tahun boleh je. Tapi kalau nak dalam tahun ini rasanya kena cari yang lain. Hehehe. Meja makan aku aim IKEA je. Sebab warna putih. Hiks!

So for now, aku dah come out dengan final decision. Tinggal nak beli je. Doakan ahkak korang ni dapat lah meja makan dengan sofa u allsss.  Lama sangat dah menunggu. Hehehe.

Tapi dalam entry ni takde gambar meja makan. Sebab lupa nak amek. Lepas tu dah malas nak amek. Hahahaha. Kita layan gambar sofa idaman jelah eh.





















































Suami nak L-Shape, aku pulak pentingkan kualiti. So come out dengan idea Lorenzo. Tapi harga dia dua-dua orang nangis. Hahahahaha! Aku rasa kitorang kena lupakan dulu L-Shape ni. Untuk sementara ni aku rasa aku beli je dulu sofa yang murah-murah (tapi masih relevant   di mata). Nanti dah ada banyakkkkkk duit, sampai taktau nak buat apa dengan duit tu baru kita beli Lorenzo eh, ehh, ehhhh? sobs!

Jadi aku kembali ke alam nyata semula.





























Back to IKEA!! Hahahaha.. Where else? Hehehe. Ektorp ni aku jumpa masa bawak Melissa main-main dekat show room IKEA tu. Saje bagi dia have fun kat situ. Sambil-sambil tu Ibu dengan Abah dia berfikir-fikir apa yang patut dibeli. Hikhik. And lucky I found this..


Sorry, malas nak edit bagi terang. Hehehe!

But I am not sure apa beza Ektorp harga RM695 dengan Ektorp RM945. Hmmm.. Beza kaler aku tau lah. Hehe. Takpe, kalau takde beza banyak sangat aku prefer Ektorp RM695 je. Untuk temporary je (dalam usaha nak Lorenzo jugak), kalau tetiba boleh dapat Lorenzo kita open for pre-loved item. Eh? Hehehehehe.

Disebabkan Ektorp ni jenis fabric, maybe aku akan tutup dia dengan cover sofa ke. Supaya mengurangkan kesan yang tidak diingini. Maybe. Erk...

Berangan je duluuu.. Bila nak beli tu tak pasti tapi sebolehnya sebelum bulan puasa lah kan. Kang dah puasa tak larat pulak nak mengemas rumah. Jadi macam tahun lepas, masuk rumah lagi dua minggu nak puasa. Kelam kabut mengemas, mengecat bagai. Huhuhu.

Dah nak setahun dah kitorang duduk rumah tu, tapi aku kurang war-warkan perihal rumah tu kan. Entah, rasa malu lak nak cerita. Heeeeee..

Oh ya, untuk masukkan barangan baru ni, aku nak keluarkan dulu barangan yang ada kat dalam rumah tu. Kabinet TV memang confirm, armchair yang 2 ketul tu tak pasti lagi (sayang!). Rasa-rasa ada yang berminat tak? Hehehehe. Kita jual murah-murah je asal let go je second hand furniture tu. Setakat ini ramai yang wassap. message tanya pasal barang second hand, tapi aku diam je. Sebab takde benda yang nak dijual. Insyaallah, soon.






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, May 21, 2014

SajeSukaSuka : DIY Thank You Tag

Assalamualaikum.


Sementara tengah takde keja ni, aku memang suka lah meng'edit' entah hape-hape. Picha untuk buat entry ada, tapi malasnyaaaa nak transfer ke laptop. Nanti lah.

Laptop aku baru-baru ni jahanam dia punya hard disk dengan mother board. Haha! Habis hilang semua hal-hal kerja dan hal bukan kerja. Pengajarannya aku macam kena beli hard disk personal lah kot. Tak pun pendrive je. Bila? Nanti lah, bila rajin nak ke Low Yat tu ha.

Bulan-bulan lepas aku ada la save beberapa thank you tag.Apa lagi, lesap lah kannnn. Sedihnya! Faham-faham jelah nak meng'google' semula, bukan selalu dapat jumpa balik. 

Dulu masa nak kawen, aku teringin jugak nak DIY thank you tag sendiri. Konon. Segala benda nak di DIY nya! Tapi masa takde, aku request jelah dekat Ayah. Bentuk, design semua Ayah buat. Konon nak ber'sticker' bagai dah jadi lain, sebab bentuk pun dah lain. 


bentuk name card
oh kenangan!



Tadi aku google lah mana yang ada, apa yang jumpa. Jumpa lah satu je thank you tag yang aku berkenan. Dia bagi pulak download secara free. Yang lain-lain payah betul. Huhu! Ke aku yang tak pandai.


Ini yang aku download, cantik jugak, kan? Simple bunga-bunga.



Tapi honestly macam lainnnnn je rasa, sebab copy design orang kan. Kalau boleh nak design sendiri. Tapi tak berbakat besar, plus takde software canggih. sobsobsob! Oleh itu, hasilnya pun biasa-biasa sangatttt. Malu nak tunjuk, tapi nak tunjuk jugak. Hahaha!





Less is more tak gitu? Kalau rasa simple sangat, nanti hias dengan riben. Macam mana? Pandai-pandai lah nanti.. Hewhewhew! Tapi aku lebih suka yang free download tu, tapi suka jugak dengan hasil kerja sendiri walaupun so-so.





Love,
Nursaila Norman!



Friday, November 15, 2013

Idea : Mix & Match Bridesmaid

Assalamualaikum.



Mabuk update entry Idea semata-mata. Huhuhu. Sebab malas nak menaip panjang lebar, so attach gambar jelah eh. Cuci mata jom. Cantiknya bridesmaid diorang..




















Balas dendam kot ni. Dah berapa hari tak update blog. Sekali update dah macam orang mabuk pulak. Huhuhuhuhu. Esok cuti, ada 1 lagi tempahan nak disiapkan, beberapa hari ni berpenat lelah siapkan 150 crepe flowers dengan 35 pillows. Gambar pun tak snap. Huhuhuhu. 





Love,
Nursaila Norman!


Idea : Gubahan Hantaran Simple Tapi Sweet

Assalamualaikum



Aku memang sukaaaa gubahan yang simple tapi nampak eh,sweetnya,comelnya.. Kalau yang heavy fresh flowers tu memang ohsem lah kan.. Tapi macam mana dengan pengantin bajet macam aku. Aku impress giler kalau tengok gubahan hantaran yang guna riben SAHAJA tapi dah nampak oh! sweetnyaaaaaa.. 

Kebaikan gubahan simple-simple ni banyak tau.. Antaranya jimat, tak makan masa nak gubah, tak membuang bahan gubahan macam buang sampah. Huhuhu. Yelah, kalau dah potong tangkai bunga jadi pendek, nak recyle macam mana dah lepas tu eh.. Tangkai dah pendek, nak gubah dalam pasu pun susah rasanya.. T____T

Kenapa la aku tak jumpa gubahan-gubahan macam picha kat bawah ni tahun lepas.. Memang meleleh pulak air liur ni ha..











































































































































Suami, suami.. Buat majlis nikah lagi sekali nak tak? Sebab saya nak gubah hantaran macam dalam gambarsss.

Ke aku beli hadiah untuk Suami tapi tak balut dalam kotak, tapi aku gubah dalam dulang hantaran. Urrrghhhh, urghh.. Geram!


visit jugak FB The Craft Potion :)

simple kan? tapi cantik kan?

sharing is caring!






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, October 30, 2013

Idea : Wedding Theme, Blue Color

Assalamualaikum.



Kepada b2b 2014, warna biru masih 'in' dan sentiasa 'in', sebab biru warna selamat dan sentiasa nampak cool dan sweet all the time :) Saya pun pilih biru jugak masa resepsi haritu. Pelbagai biru rasa macam dekat laut. Hikhik :)

Aku cuba sebaik mungkin untuk penuhi permintaan anda-anda yang sedang mencari-cari warna apa yang cantik untuk 2014.. Untuk selamat kita guna warna basic, tapi add on sana sini supaya nampak ceria dan nampak lain dari yang lain. Kan?

Thanks kepada yang sudi request, nah sedikit bahan yang aku jumpa :)



Dark Blue Theme


































midnight blue + gold




































blue + purple




































navy blue + fuchsia




































navy blue + red




































royal blue + gold




































royal blue + white





































raspberry + navy blue





































teal blue + green peacock






Light Blue Theme


































ice blue + silver





jade green + ice blue





































ice blue + grey




So macam mana? Cool tak? Langit tak? Laut tak? Heheheh..
Till then, jumpa lagi bye!





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, September 19, 2013

10 Tema Warna Perkahwinan Yang Takkan Membosankan!

Assalamualaikum.


Pagi ni awal gila aku sampai ofis, pukul 7 dah sampai. Sebab Suami sibuk lagiiii.. Huhuhu. Taknak naik bus punya pasal, aku gigih bangun jugak semata-mata nak Suami hantar. Dah lama tak keluar rumah sebelum matahari naik.

Okay, okay.. Taknak cerita pasal pergi kerja, matahari naik terbenam semua.. Pepagi ni aku terrrrajin nak share pasal tema warna perkahwinan. Sejak sebelum kawen aku memang suka follow page The Perfect Palette sebab sangat colorful! Memang ohsem laaa.. Majlis resepsi aku haritu pun ambil idea dekat situ jugak. Sebab tu majlis resepsi aku haritu aku suruh sedara mara pakai pelbagai biru, jangan sama semua. Alhamdulillah, semua ikut arahan.. Haha. Pelbagai biru sangat!

Bagi pendapat aku untuk majlis kawen ni, seelok-eloknya gunalah warna yang terang. Soft, Bright, Bold sangat sesuai sebenarnya. Sebab? Untuk majlis perkahwinan ni, orang/tetamu nak tengok pengantin. Seharusnya pengantin perlulah kelihatan lebih highlight dari hal-hal lain. Macam aku haritu, kami berdua pakai warna coffee latte, orang lain, tetamu, hiasan semua biru. Supaya semua orang nampak kitorangggg jeee.. Haha! Aku tak benarkan sesiapa pun pakai warna coffee latte macam kami. Kijam woo ini olang.

Untuk majlis nikah selalunya b2b pilih warna yang soft-soft, nampak suci murni.. Tapi ada jugak yang pilih warna yang ada tone.. Kebiasaanya tetap dalam kumpulan warna sejuk. Sesejuk mata memandang. Seharusnya masa majlis nikah kita nak up kan suasana cool, relax, neat, suci.. Tapi untuk majlis bersanding/resepsi kita up kan suasana ceria, meriah, excited!

Dah tak sabar nak tengok 10 warna tema? Jom, jom!


#1 : PINK + GLITTERY 



#2 : AQUA + EMERALD



#3 : YELLOW + GREY



#4 : MINT + LAVENDER



#5 : YELLOW + ORANGE


#6 : MINT + YELLOW



#7 : PURPLE + ANTIQUE GOLD



#8 : SHADES OF GOLD



#9 : ORANGE + SAGE


#10 : CORAL + AQUA


So, how? Menarik kan? Dari segi pengalaman aku buat pearl hb, agak susah untuk dapatkan warna-warna terbaru ni. Kebanyakkannya warna-warna biasa kita jumpa kat Malaysia. Contoh, bukan senang nak dapatkan warna sage. Kecuali, kamu ke Jakel KL, naik level yang khas untuk kain chiffon sahaja.. Kamu akan gila tengok pilihan warna hampir beratus-ratus tone! Aku pernah alami betapa susahnya nak dapatkan warna champagne. Tau warna champagne tu macam mana? Cuba gogle. Kalau aku mintak kat gadis-gadis Indonesia dekat GM tu warna champagne mati keras aku kat situ, takdenya dia tau warna champagne tu macam mana. sobs! So sebelum pergi beli aku akan google dulu, sampai kat kedai aku akan pilih warna yang lebih kurang sama.

Susah tak susah lah jugak, memang ngeri kalau ada yang request warna susah nak dapat.. Huhuhu! Bukan apa, kang hasil tidak seperti yang diharapkan, risau okeyyyy..

Aku tau masih ada yang bertungkus lumus menjadi b2b, tapi minoriti lah.. Majoriti dah jadi ex-b2b.. Tapi aku akan cuba sedaya upaya update hal-hal kawen selagi mampu yer. Bila tengok warna-warna cantik macam ni, terasa nak kawen lagi je!





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, August 27, 2013

Tips Control Budget Untuk Majlis Pertunangan

Assalamualaikum.


Hai semua!

Untuk membuat entry yang panjang dan full with info bukan mudah lagi-lagi aku dah jadi sangat pemalas nak memerah otak menulis di sini. Huhuhuhu. Kalau takat tepek gambar dengan caption biasa-biasa boleh je. Tapi kang ada jugak yang caci maki aku. Wuwuuwuuuu.

Bila ada soalan dan pertanyaan, insyaallah aku akan cuba jawab sebaiknya berdasarkan pendapat dan cara aku ya. 

Persoalan : majlis pertunang tapi budget biasa-biasa, kecil-kecilan.

Firstly nangis sikit huhuhuhuhu sobs! Aku tak bertunang.. Majlis pertunangan aku a bit funny. Memula Mak dengan Ayah Mad nak datang merisik dan berkenal-kenalan je. End of session, Mak cakap kira bertunang terus lah. Haha. Dasat tak? Gila express kau. Aku? Pakai seluar senanam dengan t-shirt je. Cantik aku time tu. kehkehkeh.

Okay, okay.. Balik ke topik asal.

Sebagai panduan, kita tanya balik diri kita.. Maksud pertunangan dan syariatnya. 

Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

S
S
Oleh yang demikian, istigfar dan bersederhanalah hendaknya.


Checklist

Cuba buat checklist sebagai langkah pertama. Hakikatnya, kalau kita takde checklist, kebarangkalian untuk ter over budget akan berlaku. Sangat tidak dibenarkan kepada sesiapa yang sangat menjaga budget. Sebagai permulaan kita boleh buat rough checklist. Dari situ kita akan dapat detail checklist. Se detail detail nya. Selepas itu kita akan dapat buat anggaran perbelanjaan.

Anggaran Perbelanjaan

Sebaiknya kita lebihkan anggaran.. Contohnya harga kasut hantaran, kita target Rm100. Sila ke Vincci (feveret shoes forever), anda boleh dapat kasut dengan harga Rm89.90 tapi dah cukup cantik dan selesa. Ada baki Rm10.10 kan? Rm10 pun banyakkkk gunanya. Simpan Rm10 tu di satu tempat (cth:sampul surat). Buat perkara yang sama pada barang-barang / checklist yang lain. Kumpulkan duit yang lebih tu. Bila dah settle, cuba bukak sampul.. Ada berapa rm?? Boleh guna untuk perkara lain atau simpan saja!

Barang Hantaran

Contoh dari diri sendiri, barang hantaran nikah haritu aku beli apa yang akan diguna. Cuba tanya diri sendiri, barang apa yang kita akan guna. Diulangi AKAN GUNA. Tak guna kita membeli sesuatu yang kita pasti kita takkan pakai. Dengan alasan 'nanti boleh pakai masa grand dinner'. Pastikan memang ada grand dinner. Sebab sekarang ni jarang la nak ada grand dinner. Kenapa eh? Haha, tanya pulak. Macam aku dulu, aku bukan lah customer tetap Body Shop. Aku tak pernah pandang pun kedai Body Shop sebab tak mampu u olls. Anak orang biasa mana la pakai Body Shop. Tapi sebab teringinnn benor nak perfume, aku pejam mata beli satu set perfume dengan mandian. Tambah lagi dengan barang-barang lain yang aku grab automatik aku jadi member. Sampai sekarang aku stay dengan Body Shop dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bayar lebih pun takpe janji kita guna se'maximum'nya kan. Berbaloi lah kan.

So, fikir dulu barang yang kita pasti guna/pakai sebelum beli barang hantaran. Murah takpe, jenama tak penting :)

Perkara Yang Tak Perlu

Semak apa perkara yang tak perlu untuk majlis pertunangan. Islam menganjurkan supaya majlis pertunangan tidak di hebahkan. Oleh itu? Rasanya tak perlu pelamin. Cukup sekadar bilik. Kalau bilik terlalu kecil dan sempit, tak sesuai bagi tetamu masuk, cukup sekadar sediakan ruang kemas, cantik dan wangi di ruang tamu untuk sesi sarung cincin. Boleh je kan? Perkara lain yang tak perlu? Candy buffet? Kad jemputan? Bunga tangan? Lain-lain sila nyatakan : ________

Jemputan

Untung bila buat kecil-kecilan, untuk hebahan saudara mara dah rakan terdekat, jumlah jemputan akan menjadi kecil. Ini cuma majlis pertunangan, tak salah buat secara tertutup.

DIY

Kalau boleh diy segala benda, buatlah sebanyak mungkin. Kalau belum cuba, cuba dulu.. Beli bahan untuk testing sahaja, jangan beli banyak-banyak terus. Kalau menjadi baru beli banyak-banyak untuk siapkan semua. Tips diy ialah yakin dan minat. Kalau yakin boleh buat insyaallah boleh buat. Kalau dah minat, tak jadi 10x pun tetaaapppp nak cuba sampai jadi. Cantik atau tak itu nombor 2, yang penting menjadi dan hati sendiri puas.

Hiasan Hantaran

Tak perlu membazir guna artificial flowers (ini kalau betul-betul taknak membazir), guna bahan lain yang lebih murah tapi still boleh nampak cantik. Riben, chiffon flowers, tissue flowers, pearls, semua ni bahan-bahan yang murah tapi masih boleh nampak cantik. Kalau nak dibuang pun tak la rasa membazir sangat. Pegang dengan prinsip 'Less is More' insyaallah cantik jugak :) Sila google lepas tu tengok bahan-bahan yang digunakan, ambil yang murah-murah sahaja.. Bekas hantaran apa kata guna bekas plastik yang mak-mak kita letak bawang, kentang.. Murah lepas tu boleh recyle untuk letak bawang. Haha. Eh, macam kelakar.. Ce cuba.. Kalau menjadi ce share.. Confirm mencanak-canak trafik blog naik. Haha!

Kalau ada yang nak share tips control budget bertunang ni, sangat-sangat dialu-alukan. Boleh membantu rakan kita yang bersemangat nak berjimat cermat nih! Aku tak pandai sangat, sebab tak pernah bertunang. Kenapa tak bertunang? Sebab kami malas simpan duit lama-lama. Hahaha. Simpan duit untuk kawen je sebab tu amek masa setahun je kami menyimpan. Majlis pun kecil-kecilan je. Lebihan duit kami all out untuk rumah. Iheeeeeee.. 

Amaran !
Tips ni tak berkesan kepada sesiapa yang nak buat majlis secara sederhana ataupun besar-besaran. Tips ni khas untuk majlis tertutup dan kecil-kecilan sahaja.

Tips dikongsi oleh wanita super berjimat cermat! LOL!





Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, June 25, 2013

Idea : Doorgift Kismis

Assalamualaikum.


Ahad baru ni aku attended majlis kawen sedara. First time dapat doorgift kismis! Seronok giler. Sebab aku suka kismis, lagi-lagi sangat baik untuk yang tengah mengandung. Baik untuk otak sendiri dan otak bayi kita.


nampak tak apa yang aku pegang tu?













kismis!

maybe korang dah pernah dapat doorgift kismis, tapi aku first time.
sobsobsobsobsob!
kepada yang tengah mencari idea untuk doorgift boleh la fikir-fikir kan idea ni :)




Love,
Nursaila Norman!

Friday, April 5, 2013

Idea : TV Console

Assalamualaikum.


Salam jumaat! Bersemangat lebih hari ni sebab last day kerja kan? Yayyyy!

Pagi-pagi ni nak mencuci mata sendiri dan anda juga, boleh kan?

Eh?! Teringat pulak.. Ingat tak iklan Oreo budak perempuan dengan ayah dia tu? Ada skrip budak perempuan tu sebut 'boleh kan?'. Sweet! Suami suka tiru, dan sama! Hahaha.. boleh kan?

Okay, enuf. First of all, saya minta maaf kalau ada yang bertanya alamat kedai second hand furniture tu.. Maaf sangat-sangat, belum berkesempatan nak ke kedai-kedai itu ambil alamat. Maklumlah, bukan kedai gempak macam IKEA yang boleh di google. Kedai-kedai picisan je, insyaallah hujung minggu ni kalau berkesempatan, kami Suami Isteri akan ke kedai-kedai tersebut dapatkan alamat dan no. telefon sekali yer. Amin, insyaallah.

Keduanya, kalau ada yang berbakat, boleh upgrade kan sahaja barang-barang lama atau barang-barang terpakai supaya menjadi barang baru. Macam TV Console ni......









Cantik kan? Aku berkenan dengan style basket tu.. Dah usha harga, dan ada jugak basket yang sedia ada dekat rumah Ibu. Dari tak guna baik ambil untuk letak barang + hiasan. hikhik! Tapi tak la sebiji sama macam basket dalam gambar, apa-apa basket tak kisah. Dekat Romantika ada almari kecik, siap ada basket warna putih, cantik yang amat. Boleh singgah Romantika untuk tengok harga ya. Kalau pilihan lain, boleh beli basket sahaja di kedai-kedai bunga, harga tak mahal pun. Boleh letak barang-barang supaya kemas!

Bagi aku rak tv kepunyaan lizmarie ni memang terbaik, ada yang berbakat buat baru serupa macam rak tv ni? Atau ada yang bertuah, ada rak lama-lama serupa macam ni? 

Sharing with you!



Love,
Nursaila Norman!