CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 27, 2013

Tips Control Budget Untuk Majlis Pertunangan

Assalamualaikum.


Hai semua!

Untuk membuat entry yang panjang dan full with info bukan mudah lagi-lagi aku dah jadi sangat pemalas nak memerah otak menulis di sini. Huhuhuhu. Kalau takat tepek gambar dengan caption biasa-biasa boleh je. Tapi kang ada jugak yang caci maki aku. Wuwuuwuuuu.

Bila ada soalan dan pertanyaan, insyaallah aku akan cuba jawab sebaiknya berdasarkan pendapat dan cara aku ya. 

Persoalan : majlis pertunang tapi budget biasa-biasa, kecil-kecilan.

Firstly nangis sikit huhuhuhuhu sobs! Aku tak bertunang.. Majlis pertunangan aku a bit funny. Memula Mak dengan Ayah Mad nak datang merisik dan berkenal-kenalan je. End of session, Mak cakap kira bertunang terus lah. Haha. Dasat tak? Gila express kau. Aku? Pakai seluar senanam dengan t-shirt je. Cantik aku time tu. kehkehkeh.

Okay, okay.. Balik ke topik asal.

Sebagai panduan, kita tanya balik diri kita.. Maksud pertunangan dan syariatnya. 

Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

S
S
Oleh yang demikian, istigfar dan bersederhanalah hendaknya.


Checklist

Cuba buat checklist sebagai langkah pertama. Hakikatnya, kalau kita takde checklist, kebarangkalian untuk ter over budget akan berlaku. Sangat tidak dibenarkan kepada sesiapa yang sangat menjaga budget. Sebagai permulaan kita boleh buat rough checklist. Dari situ kita akan dapat detail checklist. Se detail detail nya. Selepas itu kita akan dapat buat anggaran perbelanjaan.

Anggaran Perbelanjaan

Sebaiknya kita lebihkan anggaran.. Contohnya harga kasut hantaran, kita target Rm100. Sila ke Vincci (feveret shoes forever), anda boleh dapat kasut dengan harga Rm89.90 tapi dah cukup cantik dan selesa. Ada baki Rm10.10 kan? Rm10 pun banyakkkk gunanya. Simpan Rm10 tu di satu tempat (cth:sampul surat). Buat perkara yang sama pada barang-barang / checklist yang lain. Kumpulkan duit yang lebih tu. Bila dah settle, cuba bukak sampul.. Ada berapa rm?? Boleh guna untuk perkara lain atau simpan saja!

Barang Hantaran

Contoh dari diri sendiri, barang hantaran nikah haritu aku beli apa yang akan diguna. Cuba tanya diri sendiri, barang apa yang kita akan guna. Diulangi AKAN GUNA. Tak guna kita membeli sesuatu yang kita pasti kita takkan pakai. Dengan alasan 'nanti boleh pakai masa grand dinner'. Pastikan memang ada grand dinner. Sebab sekarang ni jarang la nak ada grand dinner. Kenapa eh? Haha, tanya pulak. Macam aku dulu, aku bukan lah customer tetap Body Shop. Aku tak pernah pandang pun kedai Body Shop sebab tak mampu u olls. Anak orang biasa mana la pakai Body Shop. Tapi sebab teringinnn benor nak perfume, aku pejam mata beli satu set perfume dengan mandian. Tambah lagi dengan barang-barang lain yang aku grab automatik aku jadi member. Sampai sekarang aku stay dengan Body Shop dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bayar lebih pun takpe janji kita guna se'maximum'nya kan. Berbaloi lah kan.

So, fikir dulu barang yang kita pasti guna/pakai sebelum beli barang hantaran. Murah takpe, jenama tak penting :)

Perkara Yang Tak Perlu

Semak apa perkara yang tak perlu untuk majlis pertunangan. Islam menganjurkan supaya majlis pertunangan tidak di hebahkan. Oleh itu? Rasanya tak perlu pelamin. Cukup sekadar bilik. Kalau bilik terlalu kecil dan sempit, tak sesuai bagi tetamu masuk, cukup sekadar sediakan ruang kemas, cantik dan wangi di ruang tamu untuk sesi sarung cincin. Boleh je kan? Perkara lain yang tak perlu? Candy buffet? Kad jemputan? Bunga tangan? Lain-lain sila nyatakan : ________

Jemputan

Untung bila buat kecil-kecilan, untuk hebahan saudara mara dah rakan terdekat, jumlah jemputan akan menjadi kecil. Ini cuma majlis pertunangan, tak salah buat secara tertutup.

DIY

Kalau boleh diy segala benda, buatlah sebanyak mungkin. Kalau belum cuba, cuba dulu.. Beli bahan untuk testing sahaja, jangan beli banyak-banyak terus. Kalau menjadi baru beli banyak-banyak untuk siapkan semua. Tips diy ialah yakin dan minat. Kalau yakin boleh buat insyaallah boleh buat. Kalau dah minat, tak jadi 10x pun tetaaapppp nak cuba sampai jadi. Cantik atau tak itu nombor 2, yang penting menjadi dan hati sendiri puas.

Hiasan Hantaran

Tak perlu membazir guna artificial flowers (ini kalau betul-betul taknak membazir), guna bahan lain yang lebih murah tapi still boleh nampak cantik. Riben, chiffon flowers, tissue flowers, pearls, semua ni bahan-bahan yang murah tapi masih boleh nampak cantik. Kalau nak dibuang pun tak la rasa membazir sangat. Pegang dengan prinsip 'Less is More' insyaallah cantik jugak :) Sila google lepas tu tengok bahan-bahan yang digunakan, ambil yang murah-murah sahaja.. Bekas hantaran apa kata guna bekas plastik yang mak-mak kita letak bawang, kentang.. Murah lepas tu boleh recyle untuk letak bawang. Haha. Eh, macam kelakar.. Ce cuba.. Kalau menjadi ce share.. Confirm mencanak-canak trafik blog naik. Haha!

Kalau ada yang nak share tips control budget bertunang ni, sangat-sangat dialu-alukan. Boleh membantu rakan kita yang bersemangat nak berjimat cermat nih! Aku tak pandai sangat, sebab tak pernah bertunang. Kenapa tak bertunang? Sebab kami malas simpan duit lama-lama. Hahaha. Simpan duit untuk kawen je sebab tu amek masa setahun je kami menyimpan. Majlis pun kecil-kecilan je. Lebihan duit kami all out untuk rumah. Iheeeeeee.. 

Amaran !
Tips ni tak berkesan kepada sesiapa yang nak buat majlis secara sederhana ataupun besar-besaran. Tips ni khas untuk majlis tertutup dan kecil-kecilan sahaja.

Tips dikongsi oleh wanita super berjimat cermat! LOL!





Love,
Nursaila Norman!

7 comments:

Mrs NurulAsyraf said...

120% like for this tips,
tapi dah jd trend sekarang majlis tunang pun dah mcm kawen..huhu..
Tgh dalam dilema nk tunang dulu or kawen terus..erk..

Nursaila Norman said...

kawen je terussss..hehehehe..bkn apa, utk majlis bertunang pun akan burn dlm rm2-3k..apa kata rm2-3k tu kita masuk dlm bajet kawen? kan dh senang hatiii :D

DYatie ABakar said...

Kalau nak lagi bajet kawen terus. Hehehe. Tp kite ad la jugak setahun bergelar tunang orang. Cara ny? Sarung cincin oleh mak mentua aje depan mak. Pakai baju tido lagi kata ko. HewHewHew

Unknown said...

best2 tips berguna utk sy yg bakal tunang ngeee

Rina Hamid said...

bagusnye tips! hehe. sy pun xde majlis tunang. pihak laki dtg rumah nak merisik skali trus jd bertunang. cincin pn xde time tuh. bila ingt balik mcm kelakar plak. dengan nak jupa bakal mertua time tu pakai burok gila. haha

Anonymous said...

bagusnyer share tips2 & info mcm ni !

Anonymous said...

okew gak tips niew sy pon nak bertunang dah..secara sederhana sudah memadai...wish me luck bby..huhuhu