CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 19, 2013

10 Tema Warna Perkahwinan Yang Takkan Membosankan!

Assalamualaikum.


Pagi ni awal gila aku sampai ofis, pukul 7 dah sampai. Sebab Suami sibuk lagiiii.. Huhuhu. Taknak naik bus punya pasal, aku gigih bangun jugak semata-mata nak Suami hantar. Dah lama tak keluar rumah sebelum matahari naik.

Okay, okay.. Taknak cerita pasal pergi kerja, matahari naik terbenam semua.. Pepagi ni aku terrrrajin nak share pasal tema warna perkahwinan. Sejak sebelum kawen aku memang suka follow page The Perfect Palette sebab sangat colorful! Memang ohsem laaa.. Majlis resepsi aku haritu pun ambil idea dekat situ jugak. Sebab tu majlis resepsi aku haritu aku suruh sedara mara pakai pelbagai biru, jangan sama semua. Alhamdulillah, semua ikut arahan.. Haha. Pelbagai biru sangat!

Bagi pendapat aku untuk majlis kawen ni, seelok-eloknya gunalah warna yang terang. Soft, Bright, Bold sangat sesuai sebenarnya. Sebab? Untuk majlis perkahwinan ni, orang/tetamu nak tengok pengantin. Seharusnya pengantin perlulah kelihatan lebih highlight dari hal-hal lain. Macam aku haritu, kami berdua pakai warna coffee latte, orang lain, tetamu, hiasan semua biru. Supaya semua orang nampak kitorangggg jeee.. Haha! Aku tak benarkan sesiapa pun pakai warna coffee latte macam kami. Kijam woo ini olang.

Untuk majlis nikah selalunya b2b pilih warna yang soft-soft, nampak suci murni.. Tapi ada jugak yang pilih warna yang ada tone.. Kebiasaanya tetap dalam kumpulan warna sejuk. Sesejuk mata memandang. Seharusnya masa majlis nikah kita nak up kan suasana cool, relax, neat, suci.. Tapi untuk majlis bersanding/resepsi kita up kan suasana ceria, meriah, excited!

Dah tak sabar nak tengok 10 warna tema? Jom, jom!


#1 : PINK + GLITTERY 



#2 : AQUA + EMERALD



#3 : YELLOW + GREY



#4 : MINT + LAVENDER



#5 : YELLOW + ORANGE


#6 : MINT + YELLOW



#7 : PURPLE + ANTIQUE GOLD



#8 : SHADES OF GOLD



#9 : ORANGE + SAGE


#10 : CORAL + AQUA


So, how? Menarik kan? Dari segi pengalaman aku buat pearl hb, agak susah untuk dapatkan warna-warna terbaru ni. Kebanyakkannya warna-warna biasa kita jumpa kat Malaysia. Contoh, bukan senang nak dapatkan warna sage. Kecuali, kamu ke Jakel KL, naik level yang khas untuk kain chiffon sahaja.. Kamu akan gila tengok pilihan warna hampir beratus-ratus tone! Aku pernah alami betapa susahnya nak dapatkan warna champagne. Tau warna champagne tu macam mana? Cuba gogle. Kalau aku mintak kat gadis-gadis Indonesia dekat GM tu warna champagne mati keras aku kat situ, takdenya dia tau warna champagne tu macam mana. sobs! So sebelum pergi beli aku akan google dulu, sampai kat kedai aku akan pilih warna yang lebih kurang sama.

Susah tak susah lah jugak, memang ngeri kalau ada yang request warna susah nak dapat.. Huhuhu! Bukan apa, kang hasil tidak seperti yang diharapkan, risau okeyyyy..

Aku tau masih ada yang bertungkus lumus menjadi b2b, tapi minoriti lah.. Majoriti dah jadi ex-b2b.. Tapi aku akan cuba sedaya upaya update hal-hal kawen selagi mampu yer. Bila tengok warna-warna cantik macam ni, terasa nak kawen lagi je!





Love,
Nursaila Norman!


13 comments:

Rina Ellisa said...

mint+yellow cantik! :D

Nuriesya Nadia said...

Purple + Antique Gold !!! Sangat ada kurlass. Sukaaaaa.

Unknown said...

pink! always a classic fav. hehehe. yg lain2 lawa jugak. rindu zaman preps tuk kawen kan saila. eehehe

Syu, Syuhada said...

comeynye!! nak kawen lg sekali boleh x? hehe

Unknown said...

yeayy..saila wat la entry untuk geng minoriti mcm sy nii..hahah
fevret kaler mint green skrg niii..huhuhu

ayut said...

taye ayut pasal wane kompem fail...hahaha..ni kawen pon tak tah la ap cite ntah...ad rasa mlas nk fikir ye jugak...mmmm

Unknown said...

Ade cdgn ttg color tema wedding utk thn 2014? Please help me...huhuhu. Xtau nk plh color ape..buntu

Shafizah Man said...

Cadang nak ambik purple antic gold!

kukukaki said...

Thanks. ..x pening pikir nk warna hantaran tunang adik...love u

Unknown said...

Awesome ♥

Unknown said...

wow.... sweet je tema color ni

masyitahululazmin said...

warna tema ni kita akan mainkan pd apa ya? busana pengantin? pelamin? hiasan dewan atau apa ya? saya berkenan purple n antique gold n family pakai peach okey k? boleh bantu saya bagi idea utk mjls saya end of this year.huhu

Reem Doorgift said...

nice sharing