CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 12, 2013

Anak :)

Assalamualaikum.


Selamat sejahtera semua! Happy day!

Alhamdulillah, lately dashboard blog, home FB esp page-page Mummy To Be bercakap pasal pregnancy, preparation, hospital, check up and so on. Happy tengok korang. Makin hari makin comel perut masing-masing, hehehe! Aku macam biasa baca je lah, nak join takde point. Haha. Kalau mana-mana yang bagi info, tips memang seronok la baca kann. Ilmu, ilmu.

Kami? Alhamdulillah, masih berdua.. Kami ambil masa sedikit lagi untuk welcome orang baru. Doakan :) Kita flash back sikit, lepas keguguran haritu aku sempat tanya doctor berhubung next period aku, sama ada nak kira dari tarikh hari pertama bleeding atau macam mana. Doctor bagitahu next period mungkin ikut kiraan hari bleeding mungkin tak. Sebab kebiasaannya hormon ting tong sikit. Aku tanya lagi, kalau aku tak period jugak pada bulan ke berapa aku patut refer doctor. Doctor cakap akhir bulan October. Sebab masa tu bulan August kan. So bagi chance bulan September dengan October. Kalau dua-dua bulan tu tak period jugak baru refer doctor dan doctor akan bagi ubat untuk period. Period perlu supaya rahim bersih since aku tak buat DNC kan. Fuhh, ramai gila tnya tak buat DNC ke? DNC tu apa? Haha. Rupanya kalau keguguran doctor akan buat DNC. Macam kes aku tak perlu, sebab aku dah bleeding sampai habis, sampai rahim kosong dan UPT pun single line sahaja. Confirm bersih. Alhamdulillah sangat-sangat, sebab diorang cakap DNC tu sakit. Betul ke? Ada macam annoying buat Pap Smear tak? hikhik. kelakar betul kalau diingat2kan semula.

Alhmadulillah again, aku period awal September haritu. Aku saje kira dari hari pertama bleeding (konon-konon macam hari pertama period lah), sekali betul.. Lewat 5 hari je. Ya Allah leganya.. Bukan apa, risau jugak hormon ting tong ting tong ting tong sampah. Huhuhu. So nak tggu next period lagi sekali pada October, nak cuci rahim betul-betullll bersih walaupun dah tau bersih still nak bersih2kan lagi. Eei poyo! Takpe kan aku share benda ni, kot-kot akan ada yang jadi macam aku, tak buat DNC jangan gelabah sangat ya.. Cool je.. Boleh jadikan citer aku ni panduan pastu refer doctor laju-laju.

Doakan kami ada rezeki untuk pregnant lagi. ihiks! Amin.

Buat masa sekarang ni kami buat persediaan dari segi pemakanan, kewangan, mental, emosi. Kami prepare well to have a baby insyaallah. Amin.

Cuma satu je lah.. Kami kerap dan sentiasa saling ingat meningati antara satu sama lain, esok kalau ada rezeki Allah bagi, jangan lah sekali-kali jadikan anak sebagai halangan. Halangan untuk keluar tengok wayang berdua, keluar hang out dengan kawan-kawan, keluar shopping berdua, makan luar enak-enak blablabla. You name it _________

Tolonglah jangan.. Aku selalu sangat dengar ucapan-ucapan 'susah dah ada anak ni' 'susah ada baby sekarang' 'susah nak ke mana-mana sejak ada baby ni' 'tak dapat nak berdua2 sejak ada anak' 'korang boleh la korang takde anak lagi, aku dah ada anak ni susah nak keluar'

Maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa aku tulis macam ni, tapi aku tak suka la dengar mama papa baby sendiri cakap macam tu.. Aku jadi sedih sangat kat baby tu. Kalau lah dia faham (mungkin dia faham mana tau), tak ke kecik hati baby kita? Papa dan mama dia rasa terbeban sejak kehadiran dia. Kesian okey. Bukan ke kita excited menunggu kehadiran si comel, bila si comel dah lahir, kenapa mesti sebut ayat-ayat macam tu?

Aku dengan Suami kerap dengar luahan-luahan macam tu. Kami diam jelah. Nak tegur (betul kan persepsi mereka-mereka) karang disalah anggap pulak. Yelah, kami kan belum pregnant, belum ada anak lagi. Memandai2 lak nak advice orang. Kang kena ludah lak puii. Huhuhuhu.

Bila kami tak mampu membetulkan mereka (tak mampu, tak layak huhuhu), kami membetulkan jelah diri kami masing-masing. Kami remind, nanti dah ada anak jangan sesekali kata 'susah' merujuk kepada anak. Katakan sahaja 'anak kami masih kecil, kesian dia kalau terkena angin malam' 'anak kami masih kecil, kesian dia kalau terkena bakteria memandangkan dia masih bayi antibodi tak kuat kamu saja lah berkonvoi ya..insyaallah anak kami dah besar sikit kami join' 'tak mahu lah, nak duduk rumah main dengan baby lagi syiokk'.

Huhuhuhuhu. Aku tau aku tak layak, aku bukan Prof Dr. Muhaya wuwuuwuuuu! Tapi aku cuba sedaya upaya untuk memperbaiki mana-mana yang aku lihat tak kena. Huhuhu. Maaf sekali lagi. Aku takut sangat kalau-kalau tersinggung perasaan orang. Tapi ini cuma lah perkongsian dan peringatan bersama. Sebelum berlaku ada baiknya kita mengatasi/menghindar. Lagi-lagi perkara yang kurang baik ni.. Takut-takut penyampaian kita menjadi doa. Bukan ke apa yang diucapkan ialah doa? Takut kalau-kalau kita selalu menganggap anak itu penghalang, ia akan benar-benar menjadi penghalang.. Nauzubillah.

Mungkin akan ada orang cakap 'belum ada anak boleh la cakap'. Tapi.. Tak salah kan saling mengingati? Paling penting ingatkan diri sendiri, lepas tu saling mengingati antara kita..




Love,
Nursaila Norman


10 comments:

Han Hanni said...

Saila..
Insyaallah..dapat baby nanti.doakn utk cik hani jgk ye..

cik mah said...

Brul ru saila...daripada ckp ade anak xle itu ini lebih baik ckp anak kecil lagi mcm yg saila ckp...anak bukan penghalang...anak pengika kasih kan...

LiNda said...

saila, insyaallah ada rezeki saila nnti. Btw, memang x ptut parent suka ckp mcm tu. Ade ank lg boleh eratkan kasih syg :)

DYatie ABakar said...

Mmg ad je yg ckp gitu. Mcm kite mmg life changed bila dh ad ank but to say 'susah ad anak dh ni' mmg buka saya n suami. Klo kata tak dpt nk pegi ke hape mg ckp tak boleh arissa kecik lagi nak kuar lewat2 or nk tgk wayang. Tp klo part makan mewah sikit tuh mg anak bkn penghalang n bg kami bcz of her kami lebih suka nak g jjcm byk tpt baru. HewHewHew.
Btw saila. Kte doakan semoga Allah permudahkan kamu suami isteri ye. Aamiin.

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Dear .. banyak dah umi tertinggal baca log dear ni ..baru umi tau yang dear pernah keguguran ..

insyallah dear ..pasti akan ada nanti .. sekurangnya dear tau yang dear boleh pregnant .. dn pernah merasai keindahan time pregnant ..insyallah ..bagi hormon stabil dulu ..pasti akan ada nanti ..

umi pun selalu dgr org ckp ssh nk g mana2 dengan anak kecik .. sejak ada delysha ni .. umi suka lagi buat aktiviti bersama2 dgn dia ..kalau nangis atau nak apa ditempat awam ..kita terima sebagai cabaran ..bukan selalu kan ..hihi

Rina Hamid said...

dont worry saila. selalu org keguguran cepat jugak lekat. insya Allah nnti mst ada isi tu. hehe. kami kwn2 blog slalu doakan saila. hehe.
yg pntg saila njoy n jgn stress ye.

Syamiell said...

saila..boleh bg email x...=)

cha said...

i pun harap i dgn kazaa ada anak tak limitkan masa kitorang berdua nanti. i tak sabar nak ada anak :'(

missGogreen said...

Insyaallah...allah s.w.t tu perancang yg terbaik dlm idup kita ni..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian...think +ve je k...xpe,nnt p hanymoon k..mana tau ada rezeki...

cuna said...

salam :) walaupun blum kawin faham sgt sbb mak sy dulu pun tggu 4 tahun baru dpt sy. spupu2 baru kawen staun dua dah stress sbb org asek tanya bila nk berisi. sabar banyak2. semua ada hikmahnye kak :D