CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 18, 2013

Dah Lama Tak Berdikari :(

Assalamualaikum.


Sejak dua tiga harini Suami sibuk. Laki orang lain pun sibuk, tapi takde la sibuk sampai tulis dalam blog. Kan? Haha. Sebenarnya aku dah lama tak update blog bercerita hal-hal random, hal-hal yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pastu ada pulak yang sweet sweet g remind aku 'akak sila update blog' Hahaha. Memang swettttt korang kan? Tercungap-cungap akak dek non. Ahkak bukan remajew lagi nak update blog selalu. Huhuhuhu.. Tapi sebab sweet punya pasal, aku cuba update kalau sesuai untuk dikongsi kat sini. Malu kot nak share benda yang tak perlu. sobs.

Okay berbalik kepada cerita Suami aku sibuk.. Hari Isnin orang lain cuti Hari Malaysia, Suami aku kena kerja. Konon nak beramah mesra dengan Suami di Hari Malaysia.. Takde makna. Kerja katanya. Disebabkan Suami aku tu dah macam best friend gila-gila, korang bayangkan kalau time-time cuti best friend kena kerja.. Aku nak buat apa sorang-sorang kat rumah? Aku boleh mati kutu okeh.. Huhu. Pagi-pagi aku bangun jugak buat air untuk Suami. Lepas tu aku mintak Suami hantar aku g rumah Ibu, sebab rumah Ibu strategik gila-gila. Cakap je nak kedai apa? Nak makan apa? Nak apa? Nak apa wehh nak apa? Semua ada. Takyah pegang kunci kereta atau motor, jalan kaki je semua depan mata. Rumah kami takde, kawasan perumahan sunyi semata-mata. sosbs!

Dengan tak mandi Suami hantar aku g rumah Ibu. Haha.. Lawak lah jugak, kalau naik kereta tak apa.. Ni naik motor. Dengan baju tidur, selamber je membonceng. Sila bayangkan baju tidur yang sepasang tu - yang bunga kecik-kecik warna biru lembut. Muahahaha.. Suami aku punya la positive, sikit tak rasa malu bawak bini macam bibik naik motor. Eleh, sebenarnya dia malas nak tunggu aku bersiap. Lama nak mati.

Aku pun betapa la kat rumah Ibu dari pagi tunggu Suami balik kerja. Kalau dah dekat rumah Ibu konfem-konfem aku buang masa dengan teknologi tak berfaedah kan..





Ramai yang setuju part aku busuk okeh, sobsob. Sedut hingus. Seharian duduk rumah tunggu Suami balik kerja. Bapak mengada update cerita macam ni. Haha! Semalam, Selasa.. Suami tak balik, katanya kena all out sampai malam.. Aku kena balik sendiri naik bus. Memula confident je boleh balik sendiri. Tapi bila dah petang-petang dah nak balik, rasa lemau lak nak tunggu bus sorang-sorang, naik bus sorang-sorang. Pastu msg Suami 'orang balik naik bus ni..' 'orang naik bus tau..' Bengong jugak la cakap macam tu berkali-kali.. Taktau la motip sebab apa.. Konon nak perhatian kot. Attention seekerrrr. Muahahaha. Pastu Suami pun datang jemput kat ofis. Ingatkan dia nak hantar aku balik rumah, rupanya dia angkut aku g ofis dia pulak! Alasan dia, dia taknak aku duduk rumah sorang-sorang, kesian dan tak sampai hati katanya. Ololololooo.. 

Makan malam Domino's lah kami beramai-ramai. Aku nama je pergi ofis Suami, tapi dah biasa dengan diorang semua, takde la malu-malu kucing sangat makan Domino's. Boleh macam tu kan. hikhik!

Pagi ni Suami pergi kerja awallll gila. Awal la kalau sebelum ni masuk kerja pukul 9am tapi Suami drop aku kat ofis pukul 8.55am. Pastu Suami sampai ofis dia pukul berapa? Haha. Tu tak kira lagi kami selamber singgah makan roti canai pukul 8.30am area rumah T____T Sebelum pukul 7am Suami dah keluar. Nak taknak aku ada 2 pilihan je. Drive atau panggil driver. Driver bus. Wuwuwuuuu! Aku penakot gila nak drive kereta sendiri. So pagi tadi aku siap sorang-sorang, selalu ada Suami berkeliaran dalam rumah, tunggu aku bersiap-siap.. Tadi siap sorang-sorang depan TV sambil tengok MHI pastu lapar lak makan coklat sikit pastu baru kuar rumah tunggu bus.

Pastu aku rasa macam lonely giler. Ntah apa-apa ntahhhhh!

Petang ni pun Suami tak dapat jemput, aku taknak stay back kat ofis dia lagi.. Malu laaaa.. Bini ngko tak balik basuh baju keeee? Wuwuwuuuu.. 

Nampaknya kena balik sendiri atau suruh Ayah jemput. Tengok, aku anak manja kritikal punya, pastu tukar jawatan jadi isteri manja pun kritikal jugak.. Bila jadi kes-kes macam ni aku jadi kekok. Padahal dari kecik aku diajar berdikari gila-gila punya.. Sampai nak apa kena usaha sendiri walaupun masa tu sekolah rendah.. Sanggup tak makan kat sekolah semata-mata simpan duit nak beli sesuatu. Sampai lah ke besar.. Masuk U macam kacang je handle life sendiri walaupun aku anak manja - manja sampaikan nak ber'camping' dekat sekolah pun tak boleh. Nak ikut trip dengan cikgu pun tak boleh.. Diorang taknak aku jauh. Jauh lah sangat.. Huhuhu. Masuk U umur 20 pun Ibu dengan Ayah nangis T____T. Aku lagi la nangissssss.. Sebab first time nak berjauhan. Aiyakkk.. Kawen je tak nangis, sebab ada kawan. Muahahahahaha!!

Susah nak describe orang yang mahir berdikari tapi manja, bila dah lama sangat tak berdikari tiba-tiba kena berdikari. Eh, faham tak? Macam kekok tau.. Habis tu nak buat macam mana.. Suami tak bagi aku buat apa-apa sorang-sorang. Nak lepak dengan kawan-kawan pun Suami hantar, tunggu pastu dia join sekali. Kalah aku. Huhuhuhu. Jap, aku ada kawan-kawan ke? Bukan semua dah kawen ke? Errr..

Best tu memang la best kan.. Di layan macam puteri.. Tapi bila jadi kes-kes emergency macam ni confirm kekok. Huhu!





Love,
Nursaila Norman!


9 comments:

Nuriesya Nadia said...

Hahaha gila comel perangai akak oooiii. Otak ni lelaju je process membonceng moto dengan baju tido bunga2 kecik tu. WAKAKAKAKAKAKA !!!

Nursaila Norman said...

kuasam mak jemah ni..gelak tak beragak ehhhh..huhuhu

Salfiza said...

saya mmg jenis berdikari tapi lepas kahwin suami dah tak bagi ke sana-sini sorang diri. semuanya kena ada dia. tapi ada masa suami sibuk, sampai kita rasa dah terketar2 nak keluar. kadang sifat terlalu berdikari kita boleh buat suami sentap sbb dia mungkin rasa kita tak perlukan dia... walhal kita tak nak susahkan dia.... apa pun as isteri mmg elok ada sikap bergantung pd suami... jd skrg saya pun tgh belajar2 pupuk sikap tu :)

Nursaila Norman said...

hi pengantin baru salfiza :)) apa khabar? :) btl jgk tu sal..mmg lelaki suka perempuan berdikari,tp sikit sebanyak mesti lah sbg suami nk jd pelindung yg terbaik utk kita kan..

tp memang berbeza la sal,dulu sblm kawen bt semua sendiri,bila dh kawen tiba2 lelaki yg suka kita berdikari tu berubah jd pelindung sgt2..agak janggal,tp seronok allah je yg tau :)

khadijah said...

Hehe bab beedikari tu 2×5 je dengan dija, masa sklh pun nak gi mana2 pun tak boleh, camping ke trip sekolah smue tak boleh. dija bawak kete sensiri tak berani lagi ni, tapi kene try gak bawak sendiri sebab dah start berjauhan dgn encik suami huhu

cha said...

i ni lg susah u sb xpandai drive. so sebelm husband i pergi keje dia make sura barang dapur i cukup senang i nk masak nak makan huhu

Han Hanni said...

Cik hani pun sgt manja dan pyh nk bdikari

PiNky@hEarT said...

manja2 tu sweet pe.. hikhik.. ngan sape lg nak manje2 bermadu kasih klu bukn ngan somi sndiri ye dak.. auww! =p

Unknown said...

naik bus sendiri?hihi sy pon da xtau nak naik bas skrg..bila lame2 skali naik bas rasa malu xtau step2 bila nak n kat mana nk amik tiket..huhu