CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 2, 2013

When It Comes To Controversy Padahal Tak Pun...

Assalamualaikum.















Firstly, aku minta maaf siap-siap kalau entry ni agak keterlaluan atau sensitif bagi sesetengah orang. For real, aku tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tidak sama sekali. Cuma takut kalau-kalau ada yang terkecil hati. Anggap sajalah sebagai knowledge dan pelajaran baru supaya menghormati keadaan orang lain.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Hal ni takde apa pun, tapi jadi ada apa-apa bila orang luar masuk campur. Perlu ke? Bagi pendapat aku yang kerdil dan marhaen ni, orang luar yang masuk campur tu dikategorikan sebagai 'cemburu'. Boleh jadi pencemburu tak sebagai subjektif? Oh, mengamuk cikgu BM.

Sebelum tu bagi aku remind semua sekali.. Hari ni end of August. August 2013. Bukan August 1983. Got it? Okay. Faham ya.. Dengan itu apa yang problemo sangat kalau gaji isteri lagi besar dari gaji suami? Bagi aku lah kan, orang bodoh je yang akan jadikan benda ni isu besar. Ya. Kasar bunyinya. Tapi lagi kasar kalau orang luar masuk campur hal ini. Kan?

Rezeki Allah yang tentukan, kita cuma berusaha.

2013 : Berapa ramai isteri yang bekerja? Majoritinya bekerja kan.. Sebab apa? Ada banyak sebab sebenarnya.. Cost of living paling utama. Isteri yang bekerja sebenarnya semata-mata nak bantu Suami. Walaupun gaji isteri sikitttt sangat.. Janji dapat bantu suami seratus dua pun dah rasa nikmat bahagia sangat, kan? Itu lah niat isteri-isteri yang bekerja. Mulia sungguh. Kalau diikutkan, isteri yang bekerja ni working hours dia 18 jam okay. Bukan 9am to 5pm. Tapi 6am to 12am.

Kalau gaji suami aku besar gila-gila pun aku tetap nak kerja. Bukan takde qualification, mak bapak hantar belajar taknak aku duduk rumah. Masa nak resign tempat lama, Suami siap nak cari keja lain yang boleh bagi aku duduk rumah je, tak payah cari keja lain. Taknak aku. Gigih aku cari keja lain. Walaupun tak la setaraf qualification, i don't care! Janji kerja. Duduk rumah is so, so, sooooo not me.

Aku serius tak faham dengan manusia yang masuk campur hal urusan rumah tangga orang lain ni. Jaga jelah rumah tangga sendiri, tak payah nak jadi konsultan tak berbayar.

Aku cuba bersikap jujur di sini, aku salah seorang isteri yang dikategorikan dalam isu ni. Aku malu nak bercakap benar. Aku taknak orang salah faham, taknak orang salah anggap, taknak orang jugde Suami aku. Tapi hakikatnya itu lah.. Tapi kami happy. Super duper happy. It's not a big issue in our marriage. Sebab duit bukan main point aku. Aku boleh dapat duit banyak mana yang aku nak.. Tapi cinta kasih sayang cuma dia je boleh bagi. Dia je. Cuma dia. Apa lagi aku nak? Aku cuma nak dimanja lebih dari mana-mana anak puteri raja. Aku dapat. So i don't care about money. Nope.

Sebelum kawen gaji aku 2x ganda dari bakal suami. Memang dia agak tertekan, rasa rendah diri, tapi aku taknak duit, taknak kehebatan pangkat dia. Aku nak dia cinta aku sampai mati. Sampai syurga. Sampai bila-bila-bila-bila. Aku bukan perempuan jenis macam tu. Cari lelaki berduit semata-mata nak hidup senang. Taknak susah. Aku anak orang susah, aku biasa susah. Aku biasa cari duit sendiri. Aku enjoy macam tu.

Sebelum kawen dia takut, risau.. Takut tak mampu nak mewahkan aku. Tak mampu bahagiakan aku. Takut apa kata family aku, family Ibu Ayah aku. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Tapi Allah dah janji, akan ada rezeki selepas kawen. Malah berganda-ganda. Kenapa mesti berpegang dengan kata-kata manusia? Kenapa kita ragu-ragu dengan janji Allah? Kenapa?

Dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Sekarang ni gaji Suami dah naik, nak sama macam aku. Suami mesti lah happy, tapi aku tak pernah rasa berubah apa-apa pun.. Bagi aku sama je. Kami tetap happy macam dulu. Dia jelah happy sorang-sorang, aku bukan la tak happy, macam yang aku cakap, bukan itu yang aku nak, so aku taklah se'excited' Suami. I just happy when he is happy.

Just to share, kalau kes-kes contingency, aku akan advance duit aku dulu. Kebiasaannya, pasal motor kesayangan dia tu lah. Macam biasa lah, kalau saiz besar, spare part pun besar lah jugak bajetnya. Tak salah kot aku advance dulu.. Kang dapat gaji dia bayar balik. Ada beza ke? Tak pun. Sebab aku memang suka riding. Itu kan namanya tolong menolong suami isteri. Isteri menyenangkan suami, suami mendamaikan isteri.

Kan?

Tapi itu lah.. Kalau dah ada yang apply kerja sebagai 'Penyibuk', itu jelah keja dia.

Ada ke patut Suami dapat tau 'orang' mempertikaikan aku banyak tolong kewangan Suami. Ada ke patut? Haihhhh.. Suami dapat tau tu memang kecewa la kan. Sampai macam tu sekali 'orang' nak berdengki. Nauzubillahiminzalik. Lepas-lepas tu Suami cerita dekat aku pulak. Rupanya Suami amek masa untuk bagitahu aku, dia takut aku marah kot.. Tapi aku gelak je. Kalau takat 'orang' tu.. Cacing je kot.

Bagi aku orang macam ni retarded. Serius retarded. Otak rosak sepenuhnya barangkali. Aku tak berpura-pura.. Memang hakikatnya aku bantu ekonomi Suami. Sebab dia Suami aku. Aku bantu ekonomi dia, dia bagi aku syurga. Tak mahu? Masyaallah. Manusia, manusia. Mana pergi akal kamu? Nauzubillah. Sampai sekarang aku terkesan dengan sesuatu.. Terkesan dengan sifat manusia. Sifat dengki yang takkan pernah padam. Kenapa lah begitu menyibuk? Kenapa lah begitu dengki?

Tapi hati aku dah kental. Banyak kali 'orang' tu menggangu menyibuk hal kami laki bini. Dah immune. Takpe lah.. Orang nak menyibuk ke, nak menggelabah ke biar jelah. Ada lah tu yang kurang. Kurang kasih sayang mungkin, kurang duit mungkin, kurang bahagia mungkin, kurang berkat mungkin jugak. Hmmmm...

Suami, saya tahu awak baca entry saya setiap hari.. Entry ni saya tulis sebab saya dah puas bersabar. Bersabar dengan kerenah manusia tak sekolah. Memang awak tak kayo boleh bagi saya condominium, superbike, kereta dua pintu, makan restoren 5 bintang setiap hari.. Tapi awak suka manjakan saya sampai awak pernah cakap saya dah spoil dah sebab awak gila-gila manjakan saya.

Kalau ikutkan status Eh! kat atas tu, tak jadi masalah pun kat kami.. Sebab dah lama dah 'orang' tu bagi masalah. Kami memang kuat dan takkan dengar apa orang luar cakap. Malah, life kami much better dari hidup atas kesenangan orang semata-mata, telan segala benda selagi boleh telan sampai kenyang, tamak semua sampai lupa si syurga menitis air mata mengenangkan anak-anak dia jadi macam tu, belagak macam hebat sangat padahal ZERO NOTHING, bodoh pun bertingkat-tingkat, Elok lah sangat.

Memang bagai pinang di belah dua! Memang padan.





Love,
Nursaila Norman!

8 comments:

Riana said...

Assalamualaikum..

Bagi sy yang penting nafkah yg utama..makan pakai yg basic dan tempat berteduh yg selamat sudah cukup..yg lebih2 tu kira bonus..kl suami da sedia yg basic dah lepas da tggjwb dia..xtimbul issue siapa gaji lagi besar..mulut org mmg xbole tutup..sesekali kena laser org mcm tu br diam..uhuhu..

insyaAllah kl perkahwinan niat kerana Allah semuanya akan dipermudahkanNya..=)

cikCT said...

takde isu pun sebenarnya kalau dgn kita laki bini ni kan.

tp yg jadi isunya bila org luar yg duk menyibuk yg mengata isteri biaya suami. who are you to judge people's marriage? sedangkan tuan punya badan rilek je tak kata pape kan. say BOO to them :)

congrats saila sbb tak mendengar kata2 org itu! :)

missGogreen said...

Jd isu bila si bini nye belagak diva..kekeke..hahaha..xde hal la..duet suami,duit kita gak..duit kita,duit suami jgk..result nye sm je.. yg penting bhgia.Bahagia xleh beli dgn duet tau.. Sy bhgia walaupun gaji kami biasa2 aje..insyaallah..rezeki Allah terbentang luas..usaha cket pasti ada hsil..

Han Hanni said...

Hal laki bini org luar xperlu bising2 la..xkira la gji sape lebih tinggi kn ...

Fahimah Mahayuddin said...

sebenarnya xkisahpun gaji siapa lagi banyak asalkan kita tau tanggungjawab masing2. suami tau tanggungjawab dia bg nafkah. Ikut kemampuan dialah kan. Org yg menyibuk hal rumah tangga org tu mcm la dia yg keluar duit tanggung perbelanjaan kita laki bini. menuduh tanpa usul periksa. sabar jelah org mcm ni. satu lg isteri bantu suami, redha dgn apa dia bg dkt suami kan dapat pahala. sapa xnk dpt pahala cm ni? lagipun imah ada dengar ustaz cakap..sebaik-baik sedekah seorang isteri ialah sedekah pada suami. Bagus saila..xmelayan sgt2 org2 suka nyibuk hal rumah tangga org tu.

Orked said...

slalu nye org yg sebok ni xpaham. Sya pon gaji lg byk dr bakal husband. tp die byk side incomes. last nye die lg byk. tp kLw org tnye, xkan kite nk explain berie kan. juz mmpu bg muke menyampah je la kot. hohoho

cha said...

sabar jelah u. yg nak hidup sebumbung sehidup semati bukan 'dia' tapi u suami isteri. kalau mcm i dgn husband pn dr kitorg before kawen mmg tak berkira psl duit. duit dia duit i. duit i duit dia haha

Anonymous said...

maaf jd anon...kes yg terjadi ni hampir serupa dh dgn sy..cuma bezanya sy ni xberkahwen lg jer..kdg2 rs tertekan.sy berkawan dgn org opis dan yg menyibuk semua nya dikalangan org2 opis jugak...sy berkawan dengan org yg pangkat jauh rendah dr sy,,sy xkisah semua tu..tp org lain yg tlg amik kisah..smpi kan bakal suami sy pown jd tertekan.sebenarnye xnk pikir pown..tp sedikit sebanyak dye bg kesan kat diri sy jugak.. :( (eca).