Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dapat jugak aku jadikan entry tutorial kali ni. Maaf lah, aku ingat takde siapa yang peduli.. Peduli dengan entry aku, peduli dengan kewujudan blog aku, peduli dengan apa yang aku buat. Rupanya ada yang peduli.. Terima kasih banyak-banyak semua. Dari hari hari tu lagi, ada yang email, chat di FB, bertanya di blog 'macam mana buat pemegang tu' 'macam mana buat collar tu' 'macam mana buat net tu'. Nak explain dalam email dan chat boleh je, tapi tinggal faham dengan tak je lah.. Huhuhuhu. Aku banyak kali berjanji sebenarnya, berjanji nak buat tuto.. Tapi tak buat-buat jugak. Maaf ya. Kalau ada yang dah kawen, tuto aku tak keluar-keluar jugak, aku minta maaf ya :(
sobs!
Harini korang semua boleh tengok dan refer tuto simple yang aku share ni eh! Senang je.. Bak kata Suami, Nursaila Norman dah la amek tempahan, siap buat tutorial lagi tu? ihehehe.. Takpe, sharing is caring.. Kita berkongsi-kongsi apa yang ada ya.. Di alu-alukan anda diy sendiri, tapi kalau tak mampuuuu sangat dah, boleh tempah je :)
Jom kita mulakan...
Okay, pertama sekali sila bentukkan pearls jadi bentuk bulat. Tak bulat sempurna pun takpe, macam aku.. Mana pernah bulat sempurna. Huhuhu! Part ni bagi aku part paaaaling susah dan paaaling aku rasa nak nangis. Huhuhu. Bila nak start buat part ni aku memang lemauuuu gila. Aku tak boleh la nak snap picha sekeping-sekeping nak tunjuk macam mana aku buat bulat. Memang mengarut lah kann.. Huhu!
lepas tu, dah puas hati dengan bentuk bulat,
aku ikat dengan getah supaya dia tak gerak-gerak.
sementara itu, kita prepare kain net atau kain organza untuk buat collar
Boleh faham kan kalau teliti betul-betul gambar kat atas ni? Jahit hujung net/organza supaya bercantum hujung dengan hujung. Lepas tu terbalik kan.
Then, lipat jadi macam dalam gambar.
Tahu kan nak jahit untuk jadikan macam dalam gambar? Pandai kan? Pandai kan? Kalau ada yang tak reti, boleh refer label 'DIY' dekat sidebar sebelah kanan ni eh. Situ ada tutorial, tapi kena tabah sikit lah ye.. Cari satu-satu.
Sementara itu sekali lagi huhu, kita prepare pulak gabus untuk dijadikan pemegang (holder). Ada jugak yang guna holder instant, ada je jual.. Tapi bentuk dia takkan sama la macam hb aku nanti. Ikut citarasa masing-masing eh.
Cara-cara buat holder? Aku belah gabus tadi, lepas tu aku korek sikit bahagian dalam dia supaya ada ruang untuk dawai pearls tadi. Eh, boleh faham kan? Huhu. Ini lagi satu part yang paaaaling aku lemuuuu.. Huhuhuhu! Kalau salah mood, memang haru la bentuk holder aku nanti. sobsobsob.
Siap holder, kita ambil semula kain net/organza tadi.. Kita mulakan dengan collar ya, masukkan kain net/organza dari bahagian bawah hb lepas tu bawak sampai ke atas. Betul-betul bawah pearls. Sila rujuk gambar.
Dah siap masukkan collar, sempurnakan jahitan supaya dia mati kat situ, lepas tu baru pasang holder pulak.
Dah siap holder dengan collar, kita buat sarung holder pulak okay. Takkan nak biar nampak gabus tu kannn.. Kebiasaannya aku akan guna kain chiffon yang paling murah. Kalau guna chiffon ada gred, susah nak lilit nanti. Huhuhu.
Ta daaaaaa~ Dah siap! Sekejap dan senang je. Puas hati tak aku dah buat full tuto nih? Okay kan? Harap korang yang nakkk sangat tuto ni puas hati dan happy eh. Kalau ada mana-mana yang tak faham tu jangan segan-segan tanya ya.. Insyaallah aku akan usahakan untuk reply. Maaf lah kadang-kadang tu lambat. Huhu.
Alhamdulillah, dah tertunai janji nak buat tuto ni. Selamat mencuba semua!
Love,
Nursaila Norman!
23 comments:
yg bawah dah senang... part nak bentuk perl jadi bulat tu yg nak tengok satu2... hehehe... (zalim tak suruh buat jugak)
yeyyy!!! nak try buat.. tq saila share.. :)
thanks awak!!! memang sangat berguna..sebab kite ade banyak pearl lebih taktau nak buat ape..sebab tu mintak tutorial ni..sebelom ni guna pemegang macam tak best je..kalau guna gabus ni tak tercabut dengan senang kan?? thanks banyak2!!!!muahmuahmuah!!!!!
boleh x share post ni kalau ade org tanye?? :P
Saila sangat kreatif.Saya suka..Thanks for the tutorial.Boleh jadi inspirasi
Hihihi menarik ! Tapiii , peratus kerajinan tu tak tinggi2. Hahaha. :D
Mahira : haha! tu la,ada ckp dgn Suami 'boleh tlg rakam x? sbb mcm xlogik lak nk snap pic satu2' haha..pastu suami ckp ok je..tapiii..memang lama la kan vid tu nnt..tabah lah nk tgk saila susun satu2 hehehe! pandai x nak lajukan vid? takde la lama sgt nk tgk nnt kan? huhu!
Rina : yayyyyy! try,try! nnt leh sharing2 tau :D
sharz : lega hati saya dh bt tuto ni..khas utk awk ni tauuuuu..sila bt nnt eh..so far x tertanggal, dgn syarat awk pasang gabus,pastu awk lilit dgn selotape ketattt2 tau..seketat yg boleh :D dipersilakan share post sy ni ;) terima kasih byk2!
fiqah : terima kasihhhh..saya seronok org lain seronok :D
NN : makcikkk,sila gandakan peratusan kerajinan anda..nak kawen tak?? hahaha..
Saila, Rina nak share entry ni kat blog rina boleh? :D
betol tu saila..part nk membentuk tu mmg paling malas...tuhan je yg tau..
cntiknye saila..tp klu sy yg buat tak tau ler jd ke x..hihi
Rina : sure,thank you so much! :D
mgg : kan..huhuhu..rasa nak nangis kalau dtg ms xmenjadi tu..huhuhu
mira : cuba duluuu..hehehe
Thankssss...cik hani suka diy..
waaaaaaaaaa cantiknya .. teringin gak nak bt diy ni ..tapi nak buat tak de motif huhu
nice info dear ..chak
Kegigihan diperlukan kan..untuk wat pearl ni ngan tgn sakit lagi..heheheh
wah cantik-cantik... leh tr nanti.. tapi untuk siapa yer huhu
wah cantik & kreatif sgt !
bagusnya saila share ilmuu ^^
sis @Norsaila Norman: love ur tutorial. sis guna glass pearl ke?
NFAM : a'ah, glass pearl :)
nak tnya,kain organza tuh awak beli dkat mna yea ? brapa inggit ?
*hehee ..sorry soklan mcm budak2 skit :D
myra zulkifly : sorry lambat reply..kain organza tu awk boleh cari dekat kedai bunga..saya beli dekat kedai bunga biasa2 je :D tak pergi kedai mahal2 pun..hehe!
salam..pearl yg besar2 tu boleh beli kat mane yer?
salam..utk 1 HB tu agak2 berapa tangkai pearl ye.. tq.
Blh tnye kain net ukuran berape?
Post a Comment