CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 14, 2012

Kamar Tidur

Assalamualaikum.


Kamar / Bilik tidur tempat paling peribadi kan. Nak share fikir banyak kali. Tak jadi isu ke? Tapi bloggers (B2B) banyak yang share bilik tidur a.k.a bilik pengantin diorang. Seronok je tengok. So aku rasa its okay kot kalau aku pun nak share jugak. Bukan la mengikut orang, tapi ada benda yang aku nak tulis dekat entry ni, sebagai ingatan dan kenangan tak indah. 

Firstly, aku takde bilik pengantin.

Yup, takde.

Jangan la kerut dahi. Huhuhuhu!

************************************************

Aku tak berkesempatan untuk ada bilik pengantin sebab sebelum kami berdua kawen, kami berdua dah dapat rumah sewa. Beberapa bulan sebelum kawen kami dah rece set bilik tidur. Dah jumpa yang berkenan dan booked sebab nak blok harga promosi. Sebulan sebelum kami kawen, kami settle kan bayaran dan set bilik tidur sampai di rumah sewa kami beberapa minggu sebelum kami kawen. Disebabkan majlis nikah dibuat di rumah family aku, set bilik tidur kami pulak di 'rumah kita' takde la snap picha bilik pengantin semasa majlis kawen kami. Err, tak perlu lah guna perkataan 'bilik pengantin', sebab memang bukan bilik pengantin pun. Huhuhu!

Disebabkan itu kami memang takde picha di dalam bilik tidur macam pengantin lain. Its okay, cuma seronok tengok picha pengantin2 yang lain. Cantik-cantik bilik tidur diorang. Manis-manis. Oleh kerana takde istilah bilik pengantin, takde jugak lah cadar cantik-cantik macam pengantin. Takde hiasan cantik-cantik. Takde bunga-bungaan. Huhu. Just a bedroom. Small bedroom.






ini bilik tidur masa mula-mula kawen (sehari dua lepas kawen. hiks!)

See the cadar, tak grand pun macam cadar pengantin yang kilat-kilat, renda-renda. Hehehe. Selamber je aku kan. Pening kepala Ibu suruh aku amek yang kilat-kilat lah, bunga-bunga gedabak lah, renda-renda lah, leret-leret lah. Pillow kuning tu kan pillow pelamin. Recycle!

Semalam aku tercuti. TER okay. Hahaha. Suka hati aku je kan, tak pasal-pasal susah hati sebab tak masuk office. Huhuhu. Disebebkan dah tercuti tu, memang bosan la duduk rumah sorang-sorang. Bangun je tidur terus start mengemas rumah. Sejak kawen (sebulan dah pun) tak pernah mengemas secara serius. Haha. So semalam memang sesi mengemas secara serius dan hardcore. kehkeh! Membuang habuk, menyusan barang, membasuh cadar, selimut, blablabla, menyapu, susun atur perabot (ceh!). Baru aku perasan, kalau Suami takde aku otometik rajin weh! Serius rajin semalam. Macam masuk rumah baru. Hahaha! 

Seronok bila ubah susun atur perabot. Rasa macam fresh gila rumah. Walaupun barang yang sama, tapi perubahan susun atur boleh mempengaruhi mood ya.

Back to the story, bilik tidur kami memang takde banyak perabot/barang. Memang sebelum set bilik tidur sampai, aku dah plan bilik tidur taknak sempit dan padat. Since bilik tidur pun kecik je, kalau letak almari dalam satu bilik memang bilik akan jadi sempit. Tak best. Dengan itu bilik kami cuma ada katil, dress table, side table, dan ruang untuk solat. Bilik yang lagi satu kitorang letak almari baju. Agak lapang dan selesa jugak la nak mengemas baju pun. hiks! Itu pun mengemas habuk boleh tahan berpeluhnya. Huhuhu!







Selepas sebulan, tukar cadar :)




Ingat orkid putih ini? :)






Ingat tak lantern ni? Lantern dekat dulang hantaran pihak lelaki. Recycle! At first nak letak table lamp dalam bilik tidur, tapi table lamp agak gemok macam tak sesuai pulak dekat side table yang kecik tu. So table lamp letak dekat ruang tamu. Guna lantern, letak lilin pastu pasang. Hehehehe!

Peringatan untuk diri sendiri, bilik tidur kena sentiasa bilik pengantin setiap hari setiap masa :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

19 comments:

Amalina Ali said...

bestkan ada rumah sendiri. walaupun sewa. :)

Nursaila Norman said...

Diyana : bila dah pasang cadar tetiba rasa mcm bilik kanak2 la pulak..haha!

Amalina : best sgt wpun rumah sewa tp kita boleh decorate sendiri :)

Rina Ellisa said...

sweet cadar tu saila.. :P

yolanda diego said...

apesal cadar bunga besar tu ade garisan lekuk2? mmg jenis kain mcmtu ke?

Nursaila Norman said...

Rina : mcm kanan2 riang.. ;D

Nurun : tulaaaa! tu sbb cadar nipis,so btk tilam yg bolat2 kelihatan..huhu..tilam sy ada lekukan bulat2..

ayut said...

kenangan tak indah ye kak..pandai la..hahaha..ingt bnga orkid..perasan gak lampu kecik name ap ntah td..hihihi..yg penting ad bilik ada katil..memadai sudah...pasni kemas apa plak kak? ;)

cik mah said...

bila dah tukar cadar..mmg nmpak sngt fresh...cntik bilik warna biru...suka....

Nursaila Norman said...

ayut : yela,btl apa..kenangan tak indah..huhuhu! hamboii,perli akak keee? hahaha..tunggu berjanggut la baru akak pk nk kemas apa lak pasni..hehehe!!

cik mah : well,cik mah mmg suka biru sbb tu suka kannn..hehehehehe!

LiNda said...

katil cntik, n linda suke cadar yg first tu..cotton kan? mesti sjuk je kan..linda lagi suke bilik yg simple dri yg crowded, sebb blik utk kite rest kan :)

Zana Adieyza said...

zana pun memang suka tukar2 cadar.. sebulan 2 kali tukar cadar.. baru ada feeling2 nak tidur lena.. hehehe..

bilik tidur antara tempat yang patut diberi perhatian extra oleh setiap isteri.. :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Umi pulak .. tak de pulak review pasal bilik pengantin ..sampai sekarang pun tak terupdate hahaha ...


tapi comelnya cadar dear ... barulah ceria (^_^)

Nuha hayati said...

sweet je bilik korang. yes betul saila. nuha set weekend untuk hari jadi bibik! adoi penat

Nursaila Norman said...

Linda : a'ah,cadar 1st tu cotton..mmg sejuk giler :D sebaiknya bilik utk rilex2 je :))

zana : wah,rajinnya zana..sebln 2x.. :D harap2 saila pun rajin mcm zana gak :)) yup,btl..tmpt tidur tgjwb isteri utk nmpk kemas & bersih :)

Umi : ala,xpe..sempat je lagi..kot2 boleh jd idea n share dgn bloggers yg lain :))

nuha : hehe..bibik lah kita eh bila weekend..hehehe :D

Unknown said...

bakal bilik pengantin saya pun ambil yang simple sahaja...tak ada mcm beli pengantin...sebabnya...nak cadar yang selesa dengan saya...nasib baik mak saya tak tahu lagi...kalau tak mesti dia bising

eza ezara said...

salam kenal..sy follow sini ye;)

khadijah said...

dija pun teringin nak rumah sendiri..bestnye :)

Unknown said...

saila, suka ngan kaler cat biru tu.. tenang je kan

Afasz said...

sy pon tkde bilik pengantin sgt. ada dlm pakej tp tk mik.

Ceritera Aku said...

nak tanye..kat mana nk beli lantern cmnie yea? nk cari untuk letak kt pelamin... tq..
bleh msj sy ?? 012-7033634... tq sgt2 kalau bleh msj..huuhu