CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 12, 2012

Review #8 : Outdoor #1 : Kuala Selangor

Assalamualaikum.


Nak review pasal Outdoor pulak. Harap blogger bersabar lah ye dengan entry-entry annoying aku sejak dah kawen ni. Review saje keja. Bagi chance eh, eh, eh? Tengah ada masa, peluang dan ruang ni.. Huhuhuhu. Boleh yek?

Secara jujurnya aku tak plan, tak fikir langsung pasal Outdoor Photoshoot. Langsung TAKDE. Ayah yang plan kan untuk aku. Suka hati aku je kan perangai. Patutnya lepas majlis resepsi Ayah nak suruh aku buat Outdoor Photoshoot. Tapi aku dah penat, dah malas.. Masa tu nak air sejukkkk je. Bengong sungguh. Balik dari dewan, tak terus balik rumah, kitorang ramai-ramai (2 bijik kereta) singgah 7 Eleven borong Slurpee bekal bawak balik rumah. Keji kan perangai. Lepas tu kena marah dengan Ibu. Haha! Tak lawak pun sebenarnya.

Takde la, aku kan layan tetamu beriya-iya (tipu) of course la penat kan.. Tak kuasa la aku nak photoshoot pulak dah petang-petang. Dah la haus, penat, nak bukak hadiah lagi. Haha! Hampeh. So esoknya (11 Nov 2012 : Ahad) Ayah bawak aku, Suami, Ammar (student photographer Ayah), Leha dengan segerombolan kawan-kawan dia. Okay, part Leha dan kawan-kawan dia memang aku sengaja  ajak sebab aku nervous gila nak photoshoot sebab Ayah sendiri yang snap. Tau la kami adik beradik biasa jadi bahan test alatan camera Ayah, tapi kan nak photoshoot picha kawen, takkan aku nak lompat bintang pulak kannnn. Sekurang-kurang kawan-kawan Leha boleh hilangkan sikit nervous aku. Hehehehe!

Here's some pictures from Kuala Selangor taken by Ayah sendiri dan student Ayah, Ammar! No edit, malas nak edit-edit. Nah, original dari Kuala Selangor :)









part sedih : makeup sendiri uolls! tak kuasa nak bayar upah mekap. hb lupa bawak. rambut lupa nak sanggul. ending, akak lampir jawabnya. veil bergerak-gerak sebab rambut tak sanggul. sedih!







permulaan photoshoot dirasmi kan oleh pelancong yang nak pergi tengok kelip-kelip. daaaa!

kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya

Suami asyik ulang baca pantun tu masa kat situ. motip???



































i love you sayang :)


Lepas penat photoshoot Suami belanja semua makan ikan bakar sampai lebam. Insyaallah sabtu ni Ayah bawa photoshoot dekat sungai pulak. Insyaallah, kalau takde hal lain. Amin. Attire? Baju nikah pulak. Insyaallah, amin.

thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

20 comments:

bintanghati said...

untong la ayah fotografer ..
sah2 bajet... huhu..
best2.. blh amik mcm2 style..

NurSalihah Norman said...

untung lah. gambar pengantin lagi bnyk dari kami... hakhakhak... haruslah kan? :p

NurSalihah Norman said...

niway, aku suka giler pic no 1. walaupun gmbr aku tak nmpk sgt huhuh :)

Diyana said...

funny tgok ur husband duduk b'simpuh...
baju xbasuh eh Saila?? hehehe

cik mah said...

Comelnyer...suka2....

oshinz said...

hehehe.. dapat jimatla bila ayah sendiri yang tangkap gambar. bagus ni.

Iera'ra Nordin said...

jimat okay saila...
untung sgt2 untung ...
jelez nih ...
heeee...

Firuz SR said...

Cute jer korang ni...

Ann@zanyra said...

waa...seronoknye..ayah yg amikkn gmbr anak dan menntu..gmbr pun cantik2..

My Life's Journey said...

gambar cantik dear ... tak pe walaupun ada sedikit kesedihan disitu ..tak mau sedih2 a ..janji gambar yang diambik ohsem (^_^)

orked violet said...

ade sedih ker??nmpk hepi jek! hehehe

comeL!! =)

nur anis said...

untung la kak, ayah akak photographer....jimat duit..:)cantik lah kak...:)

♥ Puan Chacha said...

wahhhh betul2 jimat mcm ni... syokkk ler...

cantik baju awak dear.. suka tgkk.... :)

s h a said...

saila comel.hehe.suke je tgk.tempat cantikla.untungla dekat ngan tempat menarik.hehe.sha xde idea nk buat outdoor kt mane.

ayut said...

Suke tgk gmbar spontan...!gmbr cover nmpk cover..spontan is neutral..sukerrr...ngeh3x...nk lg..nk outdoor sabtu nnt :p sesuke je kan men mtk :p

Zila Zainal said...

isk isk cantik sangat baju awak nehhhh

Shizan Syafik said...

ada iras la muka saila dengan suami.. :)

NURUN said...

baju saila cantik. muka korg ada iras2. yg paling penting dpt saving cost photoshoot tu.best nye...

Zana Adieyza said...

pemandangan yg cantik bertambah cantik bila ada pengantin baru yg sweet!!

Afasz said...

syok kan