Assalamualaikum.
Selepas sebulan berkahwin banyak hal-hal majlis perkahwinan terpaksa aku tinggalkan di belakang (tinggal sebagai kenangan), sebab banyak hal-hal penting yang aku dan Suami kena pandang ke depan.
Bloggers yang Bride2Be 2012 kebanyakannya dah kawen kan. Bulan Disember pun dah nak habis, tinggal Bride2Be 2013 pulak masih berjuang menyiapkan hal-hal kawen. Harap semuanya berjalan lancar ye. Untuk pengantin baru (bride Disember), selamat pengantin baru, dengan doa dan harapan semuanya kekal hingga ke syurga :)
******************************************************
Firstly, entry ni aku taip untuk penulisan sendiri, dan kepada yang membaca aku harap ianya tak mengganggu perasaan sesiapa. Takut jugak kalau-kalau nanti ada yang terdetik 'haih,segala benda nak bagitahu'. Bukan nak bagitahu semua benda, tapi blog ni tempat untuk aku menulis, memang ada yang membaca, tapi aku percaya masing-masing ada cerita, mana tahu cerita kita membantu orang lain. Oh, siapa tahu, kan. Kalau tak membantu sekali pun, mana tahu hal-hal kita boleh jadi pengajaran kepada orang lain. Siapa tahu. Kan?
Pengalaman lepas kawen (sebulan je pun tapi dah konfius banyak haha!) agak kelakar lah jugak. Mula-mula kawen rasa macam bebas gila, ke sana sini ikut suka. Cuti kawen yang seminggu tu kitorang tak ke mana-mana. Memang tak honeymoon pun sebab taknak gopoh-gopoh takut nanti lari bajet, walaupun duit masih berbaki lagi, tapi taknak kelam kabut habiskan duit yang ada. Kitorang masih hold dulu honeymoon, nak pastikan life dah selesa, financial okay takde pending, baru fikir tentang honeymoon (lain orang lain cara kan, terpulang mana-mana ikut keselesaan masing-masing). Ada jugak kawan-kawan tanya 'tak pergi honeymoon lagi ke?' 'bila nak pergi honeymoon?'. Insyaallah, honeymoon dekat hotel, tepi pantai, pakej honeymoon kelopak bunga mawar atas katil adalah bonus, tapi dekat rumah, pakai boxer laki bini, lepak depan TV atas sofa kecil, sambil tangan suap makanan ringan, gelak-gelak, usik-usik blablabla pun honeymoon jugak kan? Hehehe! Kan? Kan? Ianya honeymoon bagi saya dan Suami :)
Itu hal honeymoon. Masih mencari masa yang sesuai. Masa yang kami boleh apply cuti sehari dua sebagai tambahan. Masa di mana aku tak perlu susah hati tinggalkan pejabat. Masa di mana orang takkan sms/call aku bertanya hal-hal kerja. Rosak mood honeymoon kan? Huhuhu.
Sambung cerita, seminggu berkahwin masa kitorang banyak dihabiskan dengan berjalan ke sana sini, makan sana sini, balik ikut suka sebab happy sangat boleh spend masa dekat luar tanpa rasa ragu-ragu macam dulu. Nak pegang tangan pun tak risau sebab tahu, dia Suami aku. Kerja rumah? Banyak yang aku leka. Aku just pastikan ruang tamu kemas, bilik kemas, dapur bersih. Hadiah-hadiah kawen masih belum berkemas. Masih belum beli kabinet untuk susun alatan eletrik, masih belum beli rak (shelf) untuk susun barang elok-elok. Hai lah Ikea, Damansara je pun.
Peti ais penuh dengan makanan ringan dan makanan segera sahaja. See? Semangat beli peti ais dua pintu, besar.. Konon. Last-last part atas penuh dengan aiskrim dan nuget. Part bawah makanan ringan. Makanan sihat yang aku nampak cuma lah, susu segar, air soya, cornflakes, fitness (ni siapa punya ni??) dengan buah pear. Masak? Goreng nuget. Semata.
sarapan pagi weekend bila tak ingat. nuget pun nak bikin gempak.
Habis cuti seminggu kitorang sama-sama start bangun pagi pergi kerja. Disebabkan kitorang bukan kerja satu pejabat, dan tempat kerja aku lebih jauh dari tempat kerja Suami haruslah aku bangun lebih awal. Aku bangun pagi pukul 5.30am, kadang-kadang selalunya aku bangun pukul 5.40am. Bangun pagi memang bukan aku, so mood nak bangun pagi susah nak dapat. Huhuhu. Bangun pagi? Suami yang kejutkan. Haha. Tutup mata okeh baca yang ini! Tak pernah langsung bangun sendiri. Cis! Bangun sambil pejam mata kiss Suami baru semangat nak pergi mandi. Okay tak kelakar. Tapi ini tips. Hahaha! Lepas dah siap, solat semua pukul 6.15am baru Suami pulak bangun solat lepas tu hantar aku pergi tempat bus Kementerian parking. Tak jauh pun dari rumah, Suami hantar naik motor je. Kejap dah sampai. Hikhik. Suami masuk kerja pukul 9.00am, so dia ada masih sikit untuk sambung tidur. Untungnyaaaaa! (tetiba). Pulang rumah selalunya Suami sampai rumah dulu, 10minit kemudian baru aku sampai.
Masa baru-baru kerja tu kitorang terus pergi rumah family aku, makan malam. Lepas maghrib baru balik 'rumah kita'. Aku detect badan agak lemau kalau rutin macam tu. So aku tukar rutin, masing-masing pulang 'rumah kita' dulu lepas maghrib baru pergi rumah family aku makan malam (macam hampeh je perangai aku kan). Pulang 'rumah kita' dulu, rilex2 depan TV sementara tunggu maghrib (tengok drama Islam KTP) gelak-gelak, borak-borak, lepas maghrib baru mandi. Dah solat maghrib kitorang layan drama Emma Ma'Embong dulu sebab dia comel sangat aku paksa Suami layan jugak. Eh! Kejap, sejak dah kawen ni aku tengok drama melayu maghrib2 ke??? APAKAH??! Damn.
Dah habis drama Emma Ma'Embong tu baru kitorang pergi rumah family aku makan. Dalam pukul 9.00pm/9.15pm selalunya aku dah ajak Suami balik sebab baju kerja tak iron lagi. Sebelum nak sampai 'rumah kita' kitorang akan pusing-pusing, jalan-jalan dulu kadang-kadang terlajak masuk KL (ngok sungguh). Sampai rumah solat isyak dulu, pastu dah cuci muka sapu itu sapu ini baru iron baju sendiri. Chop! Sekarang dah pandai iron baju Suami, dah start iron baju Suami dah. Hahaha! Jangan contohi aku okay. Ish, ish, ishhh.
Cerita pasal iron baju? Dah tiga minggu kawen kalau tak salah, aku selamber je iron baju sendiri. Baju Suami aku tak iron pun. Sebab tak reti dan super malas. Suami layan kan aje perangai aku. Kesian dia, bangun pagi awal sikit pukul 7.50am kot semata-mata iron baju kerja sendiri. Suami cakap takpe. Fuuhhh, boleh berkilo-kilo lemak macam ni. Minggu lepas, aku dah tak sedap hati.. Gila apa iron baju sendiri, pastu sengih-sengih kat Suami cakap 'sayang, baju kerja sayang, ta tak reti iron'. Alasan munasabah sungguh. Dengan kurang cerdiknya aku ambil baju kemeja yang Suami dah pilih. Pastu tak tau nak mula iron dari mana. Sengih-sengih kat Suami, pastu Suami ajar cara iron kemeja. Sampai bercangkung2 okeh iron baju Suami. Oh, takde iron board, tak biasa. Suka bersila je. Huhuhu. Kejap duduk, kejap cangkung. Macam bodoh pun ada. Pastu iron letak dekat dengan kaki. Pastu kena kang dah parut. Pening Suami tengok aku menggosok. Hahaha.
Lepas dah siap pastikan rumah bersih, kemas, clear baru la kitorang bertempek dua-dua depan TV atas sofa sambil mengunyah. Padahal dua-dua dah gosok gigi. Pandai sangat. Pukul 12.30am selalunya baru kitorang masuk tidur. Pernah gak beberapa hari aku letih tahap melampau aku tidur awal pukul 11pm. Suami sengetkan TV bagi mengadap sikit kat bilik tidur kitorang pastu Suami tengok TV dari dalam bilik. Siap bawak masuk remote TV. Canggih tak canggih. Haha. Ni kes aku tidur nak ada Suami jugak. Gedik.
Esoknya, macam biasa sambung semula rutin harian. Macam tu lah dari Isnin sampai Jumaat. Tu belum kes aku balik kerja lambat. Belum kes aku meeting hari ahad. Huhuhuhu. Pernah sampai satu tahap aku rasa aku macam belum kawen. Sebab basuh baju dengan sidai baju pun Suami yang buat. Aku? Penat, penat, penat. Penat saja. Serius penat awal-awal kawen dulu, sebab aku masuk kerja lepas kawen haritu terus all out kat ofis. Malam tadi je rasa tak penat, semangat lebih. Maybe kerja tengah slow kat ofis sekarang ni. So hati tenang, takde la penat sangat.
Dah tiga kali Suami usik-usik cakap 'baby'. Aku terkedu. Errrr, errrrrrr, err.
Tetiba terfikir, kenapa la pegawai perempuan yang dua orang ni jugak buat kerja berat-berat, lari-lari anak, pernah aku ulang alik dari blok tengah ke blok ofis aku berkali-kali, kena laju-laju, nak cepat, nak cepat. Stress tak masuk lagi. Ni cerita lepas kawen nih. Sebelum kawen pun sama jugak. Tanya Suami, masa dia teman aku dekat pejabat sampai pukul 12am, tertonggeng2 buat kerja, angkat kertas, folder, barang berat-berat. (macam kerja buruh binaan pun ada) kitorang bertiga perempuan. Suami teman. Sampai batu dekat cincin nikah hilang. Apa teruk sangat kerja! Walaupun takde la tiap2 hari kerja macam bangla, tapi dalam dua bulan, tiga bulan, empat bulan ada gak la sekali tak pun ada gak la huru hara sikit.
Eh, jap.. Ada orang ofis baca tak apa aku tulis ni? Mati.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
19 comments:
hehehe..
biasalah tuh saila ...
still baru lg kan ..
dulu sorang2 je ..
now , berdua ..
so , take time la nk adapt bnd ni sume...
baby. :)
haha..slow2 belajar.. tqah dulu before masuk keje prefect je.. ni da keje kelam kabut.. ok sikit skrg tqah g keje lambt..tp bile blk lmbt dr husband rs xbest kan..huhu..tqah lagila..kdg kul 8 br smpai umah..plg lewat kul 9..huhuhuhu..penattt
alololo..bestnye rutin pas kawin sbb suami ade..ni yg tak sabar nak kawen ni..heee:D
ngeee... sweet.. tetiba tak sabar nak kawen.. hihi :P
saila, part honeymoon ngan aktiviti seminggu pas kawen tu kita sama la... yeay!!.. belum g mna2 pun lagi.. tggu kewangan stabil dulu la.. sekarang ni bila duk kat umah perak baru berpeluang masak kat MBB.. luckily, tgh cuti sekolah.. so dua2 cuti lagi.. boleh spend time bersama lagi.. tapi dah tinggal beberapa hari je pun lagi..
Ambek masa jgk kan sume tu.Dari sorang jd berdua.Tapi part2 sweet bila berdua tu mcm besh je.Hehe.Honeymoon x semestinya pg jauh2.Kt umah sendiri pon boleh.Setuju sgt part tu. :)
ni org opis bace..tp opis len..hehe..nnt agk ye ayut kawen ntah cane ntah..huhu
hi dear, continue blogging as married wife hehe. jgn abaikan blog pula ek lepas ini :)
seronoknyer makan nugget..hehhehe....bnyak ek keje kat opis....xpe2..take ur time..mesti nnti semua okey kan...
Sya keje skang senang sangat! LEarning graph pon fLat! urhhh..bosan!
erm.. part hanimun pn sma jg..
blum ade ms nk pegi wlu pn org lain dok sebok tnya2...
best lagi lepak2 kat umah dgn husband..
nk wat pe pn, dh dkt umah sendiri..
penat..yerr, agak penat.. xleh nk tido sesuke ati mcm dlu..huhu
ditambah plak tmpt kje makin jauh dr dlu..
part baby plak... husband dh dok nyanyi je kat telinga ni nak baby..
hehe..
hai sailaaa... td kite jumpa kan kat cafe..hehhe
yup..kt umh bule honeymoon jugak kan..hihi..sweet la uollss :)
Iera : tula,kena slow2..huhuhu
Amalina : ye? baby? hehehe!
Tqah : tula,paling xbest bila kita pulang lambat dr husband..sgt xbest..tqah lagi la,dgn baby lagi..sgt tough.. :)
fatehah : teha xlama lagi je kan..hehehe..sabar2 ;p
Rina : ops! tetiba..haha..sabar2 ;p
Shizan : sama ke? yayyy! olohh,nak habis cuti sekolah dh eh..xpe2,gunakan masa sebaik mungkin.. :D
sha : selagi berdua dgn suami selagi tu la honeymoon..hehehe!
ayut : hahaha..opis ayut eh..hehe..nnt ayut jgn jd mcm akak..pemalas gila..hihi!
Nora : insyaallah.. :)) selagi boleh menaip dan selagi ada yg sudi membaca :D
cik mah : byk keja..huhu..tu la,kena ambil masa dan bersabar :)
orked : huh? senang sgt? nak keja kat sya lah..hehehe!
bintang hati : ohhw,sama ke kita? hehehehe..haha lawak la tadi mas,boleh pulak terjumpa kan ;D
Mira : kat rumah la free! hehehe :D
nasib baik time menggosok kau tak dtg rmh ibu kan hahahahah... kidding :p
NurSalihah Norman : mcm siot je kau kan..hahahaha..agak la melampau nya punnn.. kehkeh
oh dear! story awak buat saya terbayang2 zaman kami awal2 kahwin dulu. agak sama. kadng-kadang rasa macam tak teratur & husband sangat banyak mengalah. huhuhu. btw, part honeymoon. saya juga tak ke mana2. ada plan tapi Allah berikan rezeki awal buat kami. tak sempat nak ala-ala baby made from somewhere. hahahaha. btw, stay at ur home - doing things together - clading urself with ever you wanted - decorating ur as much wonderful as u can (u r superb in DIY) - it's a GREAT honeymoon! trust me! :D
mula2 kahwin mmg ambik masa utk sesuaikan diri.. memang banyak benda baru yg kita akan belajar..
xpe dear.. take ur time..lama2 nanti mesti semuanya ok..
Post a Comment