CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 28, 2012

Review #4 : Pelamin Nikah

Hai!


Assalamualaikum.

Firstly, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab picha pelamin nikah aku yang full takde, tak banyak. Hanya ada dua (2) keping ni je yang nampak full. Harap enjoy :)











Bahan-bahan untuk buat pelamin nikah ni boleh refer entry :

Bantal ottoman tu aku sewa dekat Butik D'Intan Collection Rm80 untuk dua (2) biji. Satu untuk aku, satu untuk En Gaban. Bunga orkid atas kotak harta karun tu aku pilih bunga, pasu beli dekat romantika lepas tu suruh amoi kedai bunga tu gubah. Aku bawak balik rumah dua biji pasu dengan senang hati. Lalalalala!

Kalau korang perasan (mesti perasan punya), table lamp ada satu je..kan? Itu table lamp mak usu aku hadiahkan untuk 'rumah kita', tapi Ayah suruh letak dekat pelami, walaupun sebelah, tak centre, takpe.. Janji effect pencahayaan table lamp tu tetap ada. Haha.

Dinding memang takde tirai, sebab Ayah cat dinding tu warna purple untuk hari raya. Terus aku decide nak buat tema pelamin warna purple sebab malas nak beli tirai. Boleh kan macam tu. Frame 'Allah' dan 'Muhammad' tu memang sengaja aku tak turunkan. Sebab malas. See? Malas kan aku. Jam bulat tu pun sama. Aku biarkan dekat situ, bawah ketiga-tiga frame tu baru aku tampal fan flowers.

Ada yang tanya fan flowers tu aku tampal guna apa.. Aku tampal guna double sided tape yang tebal tu. Memula aku tampal guna double sided tape yang nipis (warna putih tu), esok paginya (khamis) aku tengok banyak fan flowers jatuh. Aku tukar kepada sellotape kertas (bukan yang jernih tu), pun tak melekat sangat. Last-last aku nekad tambal guna double sided tape yang tebal tu. Risikonya mesti akan rosakkan cat dinding, tapi demi pelamin aku, tetap tampal jugak. Hahaha. Tapi alhamdulillah, cat tak rosak. Wink!

Oh ya! Lagi satu, pelamin aku takde stage. Langsung takde. Save budget dan malas. Semuanya malas aku nih!

Pelamin ni aku siapkan pada hari khamis. Actually rabu malam aku dah start buat, pukul 3.30am aku stop. Tapi sebab fan flowers tu jatuh pada pagi khamis, terpaksa la aku pergi kedai beli double sided tape pastu pukul 1.00pm baru start sambung buat pelamin semula. Sebelum asar siap!




saya dan suami :)


Bila ambil gambar berdiri kurang nampak fan flowers sebab aku set backdrop untuk posisi duduk. Bila berdiri, akan nampak frame 'Allah' 'Muhammad' dengan jam. Haha! Belasah jelah kan ;p

Kalau tanya aku, memang aku berpuas hati sangat dengan pelamin simple ni. Sepatutnya tak layak panggil pelamin pun, tapi nak jugak rename sebagai 'pelamin' hehehehe.

Kata-kata semangat : untuk b2b yang nak jimat kos adalah sangat digalakkan. Takde apa yang salah dengan usaha penjimatan kos untuk majlis perkahwinan, niat kena kuat dan perlu tahu matlamat asal. Kalau ikutkan nafsu perempuan memang nak pelamin grand-grand, liplap liplap.. Tapi bila fikir masa depan aku tutup majalah Pengantin, Inspirasi Perkahwinan etc. Huhuhuhu!

Kesemua barang-barang/bahan-bahan pelamin aku tu sekarang ni aku guna untuk rumah Ibu dan insyaallah bila lapang-lapang nanti aku akan bawa ke 'rumah kita'. Table lamp dah selamat aku guna dekat 'rumah kita'. Romantik. Lalalalalalala~ Hikhikhik!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

18 comments:

Amalina Ali said...

suka dengan pelamin version saila norman. :)

Unknown said...

cantik la :)

nur anis said...

walaupun simple, tapi tetap cantik sangat kak..:)

fatehamohamed said...

cantik saila..siyeeesss..heee

missGogreen said...

muahahahhaha....gaban senyum kambing gitu :P

Cik Puan Tqah said...

lawa.... best diy..jimat sgt kan..cm pelamin tunang i la..xde stage gk..ltk karpet cmtulaa

Zila Zainal said...

serisu sgt cantik pelamin diy awak. sape kata murah2 takleh nampak cantik kan :)

Nuha hayati said...

saila pelamin ni kira ok sgt da. pelamin nuha lagi kartun. malas n jimat punya pasal. yg pntg hati kite puas sudah la :)

cik mah said...

bialah malas n save bdget pun..yg penting mmg sngt cantik..hehhehe...seronok tgok..mmg puas hti ngan hasil sendiri kan...

Unknown said...

btol2 ...
iera sokong ...
ikut kemampuan kita ...
lpas kawin t lg bnyk nk guna wet kan ..
so kna berpada2 la belanja..
even DIY still cantik ok

Anonymous said...

KA suka sgt pelamin ni, cantik & indah!

Ann said...

cantikkkkk!!

Zana Adieyza said...

nice sangat2 dear.. hasil tangan pengantin membuatkan pelamin tu makin berseri..

selamat pengantin abru dear.. semoga kekal bahagia hendaknya..

p/s: baru tau saila ada blog.. selama ni jumpa time meeting jer.. hihihi

zana trs follow sini.. nice blog dear!!

yolanda diego said...

first time tgk muka saila. dekorasi pelamin tu cantik je. asalkan diri kite puas hati dgn hasil usaha sendiri kn....

ayut said...

serius sgt suke tang pelamin nikah ni...dinding ye cantik blh guna trus..ayut nnt ttp kna ada tirai..sbb papan...^___^

s h a said...

Dua2 cantik.Pelamin and baju saila.Suke3. :)

Unknown said...

suka je dengan pelamin ni. nak DIY, tapi rasa mcm nak mampu sebab malas. hihii. sabo jerlah. nak komen jugak. kain baju nikah tu lawaaaa ahh!!

Unknown said...

salam..cantiknya..leh dak nk tiru stail ni utk buat hiasan bilik?sesuwai dak?hehehee....