CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 15, 2016

Macaroni Cheese Baked

Assalamualaikum



Well, susah betul nak login blog. Apatah lagi nak create an entry. Kalau ada entry ni maknanya aku dah habis curik-curik masa lah ni. Biasanya time balik kerja (tunggu Suami ambil) atau time rehat hari jumaat. Fine.

Apa cerita Ramadhan kau? Syawal? Takde dah you olllsss. Kerja aku sekarang bukan macam kat tempat lama. sobs! Kalau yang follow IG kita dia mesti tau, kita time-time Ramadhan pun pergi cover event. Sampai ke Sg. Besar dan Kuantan okehh. Takde nya majlis berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur. Hikhikhik.

Ramadhan aku kali ni macam biasa. Tak dapat nak feel sangat sebab kerja macam biasa. So last-last minute tu aku curik jugak masa untuk masak sikit lepas tu ajak family aku berbuka kat rumah. Memandangkan Suami baru je siap pasang meja makan (ecehhhhhhh), baru lah boleh ajak family makan kat rumah. Cerita meja makan nanti-nanti lah ye.

Entry ni nak cerita pasal resepi Macaroni Cheese Baked. Resepi ni aku combined 2 resepi jadi 1. Aku kalau western food first time buat terus jadi. Nasib baik kauuuu. Phew!

Okay, tak cukup masa nak bebel panjang-panjang. 


BAHAN-BAHAN :
250g macaroni (direbus & ditos)
2 biji bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji bawang merah - dicincang
1/2 kiub pati ayam
3 biji telur ayam
1 tin tomato puree / prego
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Daging cincang atau daging burger
Garam secukup rasa
Italian herb

Hiasan : Mozzarella cheese, cheddar cheese dan cili benggala

CARA MASAK :
1. Panaskan minyak/butter, tumis 3 jenis bawang yang telah dicincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang atau daging burger (dicincang dahulu) dan kacau sehingga airnya kering.

2. Masukkan tomato puree/prego, sos tomato, sos cili, sos tiram, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat kemudian masukkan sedikit italian herb.

3. Kemudian masukkan macaroni yang telah direbus dan ditos. Akhir sekali masukkan telur dan tutup api. Gaul rata.

4. Masukkan macaroni ke dalam bekas tahan panas berselang seli dengan mozzarella cheese sehingga habis. Hias dengan cheddar cheese dan cili benggala. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. Siap!















dipotong dan dikeluarkan dari bekas
yummeh!

The best thing is when your husband makan banyak benda yang kau masak. Dan yang penting sebab sedap bukan sebab terpaksa. Kahkahkah! So dua bekas macaroni selamber je habis. Mula aku ingat tak habis sebab aku first time try lepas tu try di bulan puasa! Mana lah aku boleh agak cukup rasa ke tak. But well...... (<- riak).









Love,
Nursaila Norman!


3 comments:

Maria Firdz said...

sedapnya...

LadyDiyana said...

ala..xde button like..yummy!!!

cik hani said...

Sedapnya..tak pernah try buat menu western cam ni.. blh try pasni