CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 10, 2016

Persiapan Raya 2016

Assalamualaikum


Gittuuuuuu.. Tajuk macam best-besttttt je persiapan kau kan? Haha! Haruslah I olls excited tahun ni, sebab Melissa dah besaq sikit. Tahun lepas Melissa tak pandai berjalan lagi, aku tempahkan baju kurung untuk Melissa 2 helai je. Yang lain-lain semua dress dengan romper dress. Tahun ni aku semangat sikit nak membeli memboros untuk Melissa. Hehehe. Tapi itu lah, aku sibuk pulak bulan-bulan lepas, padan muka sekarang kelam kabut beli online. 

Takpe yang penting baju kurung warna Tiffany Blue Melissa dah on the way, Dian Kimono Kurong dah sampai! Yang ini beli online sebab aku malas nak mencari kat luar sana time-time puasa ni dan aku malas nak fikir sangat. Hikhikhik. Baju kurung warna tiffany tu Atok Lissa bagi kain, pastu tempah dekat Tok Lissa kat kampung nun. Nanti pagi raya terus pakai. Lalalalala.. Oh, raya kali ni raya rumah mertua macam tahun lepas jugak. Ngeeee!


Dian Kimono Kurong

Melissa punya warna soft pink! Nak matching dengan Ibu dia Kimono soft pink jugak. Kehkehkeh. Masa bukak parcel malam tadi, Suami nampak Dian Kimono ni. terus Suami cakap 'eh, macam baju Ibu dia je'. Of course laaaaaa.. Aku punya dah amek 2 hari sebelum puasa haritu, pre-order dekat Ampang Park je. Siap dalam masa 4 hari.

Baju Melissa dah ada 2 helai dah, baju Ibu dia baru sehelai. Huhuhuhu! Sekarang ni fikir untuk anak je, untuk diri sendiri kemudian pun takpe. Pastu last-last menyesal. Hahaha. Ingat nak cari lagi sehelai kot, tapi taktau nak beli kat mana. Nak tempah memang tak sempat dah. Tahun lepas aku banyak masa nak menjahit manik bagai dekat baju raya, 2 helai lagi. Tahun ni maaf dipinta, takde manik-manik. HAHA!

Dah la nak buat video dan photo shoot hari raya dekat ofis, kitorang dah pening-pening kepala nak pakai baju apa. Kitorang? Aku dengan boss aku je pun. Yang lain semua boys and men korang ingat diorang peduli ke pakai baju yang sama sepuluh kali? HAHAHA.

Tapi aku rasa bab pakaian aku recycle je apa yang ada (ada ke masalahnya? Haha), sebab nak fokus dekat rumah sikit-sikit. Ni pun tengah fikir nak beli meja makan dengan kabinet tv bila. Maybe selepas bulan puasa kot. Eh? Hahahaha. Taktau sempat ke tak nak lari ke IKEA beli barang bulan ni. 

Baju Suami kena beli last-last minute macam tahun-tahun sudah dekat Jakel. Macam tahun lepas, beli Nabil Ahmad punya. Tahun ni nasib baik Nabil Ahmad ada. Kalau pakai Aaron Aziz punya besaq sikit. Hehehehe. Baju raya lelaki t-shirt berkolar atau kemeja plain dahhhh. Okay sayang, nanti kita shopping baju awak ehhhh.

Berbalik kepada hal rumah, aku nekad raya ni rumah dah tak kosong macam tahun lepas. Ecehhhh.. Masa duduk rumah sewa rasa macam dah penuh je rumah. Yelah rumah sewa kecik. Ruang tamu nak letak meja makan pun tak muat. Nak letak meja makan kat dapur pun tak muat. Bilik tidur ada 2 buah je. So rasa macam dah penuh je rumah. Bila masuk rumah sendiri, tetiba rasa halamak, dah kenapa macam padang jarak padang bola ni? Eh? Padahal square feet tak sampai 900 pun!

Langsir raya je dah siap. Lain-lain belum hoi. Eh, mak-mak sangat kan hias-hias rumah nak raya ni. Hikhikhik! Kawan-kawan ofis bukan main seronok lagi mengusik aku cat rumah - nampak gambar aku upload dekat FB lah tuuu. Puas aku cakap aku cat rumah bukan sebab nak raya laaaaa, tapi sebab memang wajib mengecat. Rumah tu punya cat dah berusia 8 tahun, dah boleh tukar dah. Huhuhu. Takpe-takpeeee.. Gelak laaaa. Taknak ajak datang rumah. Eh?! HAHA.

Minggu ni tak boleh ke IKEA, minggu depan lah kot. Ye ke niiii abang? 

Okay lah, since I is lupa nak buat entry raya tahun 2015, nah lah sekeping kenangan yang tinggal setelah henfon hilang bersama-sama memory card selepas raya. Damn! Ini ye yang hado. I am so lucky to uploaded this photo on my social media. You know what? Sometimes it is okay to upload your photo every second on social media, untuk kes-kes kehilangan memory card like me! Aku takde langsung gambaq rasa 2015. Semua hilang bersama di pencuri tu. Urgh!


RAYA 2015

Baju Abah : Nabil Ahmad Jakel
Sampin Abah : Sampin Nikah
Baju Melissa : Kain Kamdar, tempah dekat Tok
Headband Melissa : Handmade by Ibu
Kasut Melissa : Mothercare
Baju Ibu : Kain online, tempah, beading sendiri
Tudung Ibu : Handmade


Okay dah, nak p cari baju raya sat.



Love,
Nursaila Norman!


9 comments:

Shafizah Man said...

Hihi, seronok tengok kak Saila dah Shopping raya. Sememangnya if anak perempuan, kita get too excited! ;)

Kak Wawa said...

seronok persiapan bila ada anak kan..")

selamat berpuasa awak..")

.hasina. said...

Mmg berguna upload pics kt sosial media. Kita hp asik hilang je
bukak2 blk ig ada kenangan lama naurah kexik2 dulu! Eh bestnya
beraya rumah baru ;)

.hasina. said...

Mmg berguna upload pics kt sosial media. Kita hp asik hilang je
bukak2 blk ig ada kenangan lama naurah kexik2 dulu! Eh bestnya
beraya rumah baru ;)

Our Story said...

wahhhhh... mesti meriah raya nnt... cutenya melissa...

cik mah said...

T share juga tau persiapan rumah br..excited juga ni...wahhh..rasa nk dekat dah raya bc entry saila..

Orked said...

tahun ni melissa dah big girl, makin cantek.

meletop la pakai kimono tu. kalah la ibu die nanti.
hiks!

Howard Alondra said...

Thanks for writing thiis

Howard Alondra said...

Loved readingg this thank you