CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 1, 2016

DIY : Bunga Telur versi Nursaila Norman

Assalamualaikum




A loser blogger actually is me. Hahahaha! Bukan takde idea, ada je. Tapi tak sempat langsung nak login blog. Harini sampai awal pulak kat ofis. Awal 30min, jadi aku laju-laju edit gambar dan login blog sebelum segala-galanya terlambat. Haha.

Banyak tempahan Pearl HB terpaksa aku tolak. Lagi-lagi yang nak guna bulan Mei ni. Kerja ofis banyak non-stop dan kerana terlalu happy buat kerja ofis, aku lupa login blog, login FB, malas nak amek tempahan. Boleh? Hehehehehehe. Tapi ada satu je job DIY yang aku sanggup buat untuk Mei ni. Buat bunga telur untuk cousin aku yang nak kawen 29 Mei. Sebab cousin kan, tak sempat macam mana pun aku sempat-sempatkan jugak. Walaupun hakikatnya dari bulan April aku buat slow-slow dengan kelajuan 10km/j sahaja. Sebab tu tak sempat. Suka bertangguh. Padan muka, last-last minute baru gelabah. Huhu.

Tapi kan, ini first time tau aku buat Bunga Telur. Memula dapat request dari kakak sepupu aku  haritu aku terkelip-kelip je okeh. Nak cakap 'tak reti buat' memang kejam gila. Aku reply cakap aku memang tak pernah buat, sebarang kecacatan harap dimaafkan. Haha. Serius aku taktau macam mana rupa bunga telur tu nanti. Errrr..

Benda first sekali of course aku google gambar bunga telur guna crepe paper. Sebab aku rasa macam comel gebu-gebu gitu. Tapi aku punya hasil taktau la comel ke tak. Sekali tahap layak campak tong sampah je cane? Ngeeeeee.. Tapi macam biasa, aku amalkan konsep try and error. Ala, macam zaman aku nak kawen dulu-duluuuuu. HEHE!

Semangat okeh aku nak siapkan bunga telur ni. Sebabnya, ada lah point aku nak tulis entry. Entry tutorial bunga telur. Walaupun hakikatnya dah belambak orang buat tutorial bunga telur. Keji kan perangai? HAHA!

Okay lah, malas dah nak taip. Sila lah mencuci mata melihat Bunga Telur versi Nursaila Norman yang super duper simple ni sebab aku tak pandai nak buat. Aku selitkan jugak sedikit tutorial so tak payah nak buat 2 entry dah. Pemalas sekali lagi. Sekian.






Aku tunjuk simple tutorial jelah ye. Untuk crepe paper tu aku lupa nak snap. Heheheheheeeee.. Korang google jelah ye. Ngeeee! Aku highlight kan tutorial riben sebab puas aku meng'GOOGLE' tutorial riben untuk bunga telur. Susah nak dapat, yang ada pun tak berapa clear. Al-maklum lah, dah tua-tua ni lambat pick up sikit. HAHA. So aku tunjuk tutorial riben untuk bunga telur kat sini untuk mereka-mereka yang seusia dengan aku okay. Eh?

Dapat satu lagi ilmu buat riben - sebelum ni pun versi sendiri  DIY : Riben versi Nursaila Norman Wink!










 Google sendiri tuto untuk lipat crepe paper eh.
Eden malas nak melipat-lipat laei



Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
Crepe Paper (lipat jadi bunga)
Riben Lebar
Riben Halus
Bunga Tambahan (terpulang)





TUTORIAL RIBEN UNTUK BUNGA TELUR



Lepas dah siap riben-riben korang tu, korang cantum je dekat bunga crepe paper tu. Part aku cantum takde gambar pulak. Lupa nak snap. Huhuhu! Agak-agak faham lah kan tutorial aku ni? Kacang jeeee. Ecehhh, kacang konon. Tiga kali jugak la try and error. Hehehehehe. Aku cadangkan buat 2 jenis saiz riben ya, satu saiz lebar, satu lagi saiz kecik sikit. Biar nampak variasi di situ. Hikhik.

Masa aku kawen dulu Ibu yang buatkan bunga telur untuk bunga pahar ni. Kalau lah aku tau aku berbakat rupanya buat bunga telur, tak mustahil bunga telur pun aku DIY. Ahhhh! semua lah kau nak DIY.

Selamat Pengantin Baru Fendi, welcome to our family Yana! Cousin Kak Yun yang paling handsome ni, baik pulak tu, sopan santun, pemalu, senyum-senyum kambing je. Tetiba rasa, childhood aku jauhhhhh sangat tertinggal di belakang. Sobs!

Semoga kekal ke Jannah Fendi dan isteri, amin :)







Love,
Nursaila Norman!


No comments: