CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 14, 2016

Cuba Menabung Sebanyak Yang Boleh

Assalamualaikum





Hi! Lamanya tak dapat mood berblog. Nak menaip ni kena ada mood. Kalau sambil taip sambil buat kerja ofis memang misi mustahil. End up tersimpan dalam draft. Berapa banyak draft aku dah delete. Konon nak sambung selepas beberapa hari, tapi lepas tu feel takde. Delete jelah. Hahahaha.

Aku harap sangat entry ni tak jadi draft yang akhirnya kena delete. Sebab aku menaip time tengah free sekejap ni. Mana tau kejap lagi dapat task, dah tergendala entry ni. Harap berjaya publish. Amin. Eh? Hahahaha.

Saje je nak cerita pengalaman aku menabung. Aku panggil menabung lah ye sebab bagi aku menyimpan duit dengan menabung ni lain sikit. Sebab menyimpan duit ni macam matang, so cara menyimpan pun lebih matang macam simpan dalam ASB, simpan dalam bank etc. Kalau menabung ni lebih kepada cara budak-budak. Hehehehe. Macam ada 20 sen simpan 20 sen. Ada 50 sen simpan 50 sen. Gituuuuu..

Tapi aku tak boleh kalau takde perancangan, takde pemantauan, takde spesifikasi ni. Ceeewaaahhh. Nampak sangat tak boleh diharap kan? Kehkehkeh. Kebetulan bila entah aku terjumpa entry Imah sorry tak ingat bila (macam tahun 2014, hmmmmm) jadi tak dapat lah aku nak korek balik entry tu. Entry Imah time tu bagitahu yang dia menabung duit Rm5. Kaler hijau. Tiba-tiba aku rasa macam cantik dan menarikkkkk sangat. Hijau-hijau je duit. 

Masa tahun 2012-2014 aku simpan duit 50 sen lama tu. Kan saiz dia besar, aku suka. Aku simpan sejak dari MOF bawak ke CELCOM. Total ada dalam Rm100. Tak banyak kan? Tapi bila kita tengok 50 sen tu sebelum jadi duit kertas Rm100 kita rasa bangga gila okehhh. Bangga sebab kita mampu menabung sebenarnya. Hehe. Jadi kali ni ada rezeki lebih, apa kata kita menabung lebih kan?

Dulu zaman sekolah kita menabung 20 sen ikut kemampuan. Masuk sekolah menengah aku simpan Rm2 setiap hari (sebab tak belanja kat kantin langsung - kantin tak sedap!). Zaman belajar aku simpan Rm1 sehari. Eh, sikit pulak banding zaman sekolah menengah. Hehehehe! Yelah, time belajar dah ada komitmen sikit (untuk kehidupan di kampus). Bila dah kerja kat MOF aku sangat kuat membazir. Sampai tahap aku ni boleh berkawan dengan syaitan. Huhuhuhu! Dah hujung-hujung tu baru aku tersedar, so menabung lah 50 sen. See? Makin teruk okehhh. Keji tauuuu..

Sambung ke CELCOM, pun keji simpan 50 sen dengan Rm1 je. Well, masa tu ada komitmen kereta, pregnant lagi. Eh? Alasan pulak.. Hehehehehe. Lepas tu aku convert duit 50 sen dan masuk ASB. Tutup lah cerita.

Setahun duduk rumah mana ada pendapatan kan. So diam-diam jelah. sosb!

Dah dapat kerja baru ni, aku lambat jugak menabung. Memboros dulu kaw-kaw. Lepas tu bulan Mac baru tersedar. Sudah, sudah lah jadi kawan syaiton. Huhuhu. Suami dah dapat kerja baru ni laaaaaaggii kena menabung kuat-kuat. Sebab kita ni bila ada rezeki lebih je sukaaaaa sangat memboros. Kita? Eh, aku je. Heeeeeeeee.. Sebelum menyesal ke apa ke, aku ajar diri siap-siap supaya beringat - gaji banyak mana pun kalau tak pandai guna tetap tak cukup. Betul tak?

Alhamdulillah sejak bulan Mac lepas aku start menabung. Macam biasa, aku suka menabung duit yang aku suka atau yang aku tak suka. Wink! Wink!

Duit yang aku suka 50 sen lama.

Duit yang aku tak suka ialah 20 sen baru, 50 sen baru, Rm1 licin dengan Rm5 licin.

Jadi aku menabung juga duit jenis-jenis seperti di atas. Hikhik.


Duit 50 sen lama dengan 50 sen baru.



Rm1 dengan Rm5




Bila dah kumpul untuk sebulan, aku akan masuk dalam uncang Krabi tu. Untuk bulan Mac dapat la Rm57. Itu pun dah guna Rm6. Ngeeeeeee.. Untuk bulan April so far ada Rm47. Okay lah untuk tabungan suka-suka.

Chop, korang jangan ingat aku nak show off pulak tau. Ini contoh bergambar je. Huhu! Takat menabung dapat Rm50 macam tu tak terbanding dengan orang lain yang lebih banyak. Lagi pun ala Rm5 je bukan Rm50 sehari. Tu memang tak mampu okayyyy. Huhuhuhuhu! Think positive je tauuu :)

Buat masa ni aku taktau lagi nak buat apa dengan duit ni. Perancangan setakat ni simpan dalam ASB je. Maybe ada orang beli sesuatu yang berharga dengan duit tabungan. Ala macam zaman sekolah dulu, cukup 2-3 minggu dah dapat Rm20-Rm30. Lepas tu beli seluar jeans. Hehehehehe!

Serius aku suka cara tabungan aku sekarang ni, menyebabkan aku berjimat cermat untuk lunch. Yelah, tiap kali ada duit kaler hijau je aku masuk laci. Mana tak cepat susut duit. Bila duit susut baru pandai berjimat. Kannnnn.. Kalau tak.............







Love,
Nursaila Norman!


6 comments:

Mrs.Asam Pedas said...

kita pn start kumpul duit 5rgt stat bln jan..dpt je rm5 trus simpan..tgu bulan 6 nt nk kira wuhoooooo hihi

LiNda said...

linda skrg pun bru start thun lepas mnabung coin , ok la. seronok tgok tabung penuh. Skrg ni da aktif mniaga, linda pun tegas sikit la bab saving duit. kalo tak, terurus duit. Linda pun boros :P

Anonymous said...

Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, sikit2 lama2 jd bukit kan

Unknown said...

EHHHHH
tetiba berjaya bukak blog ..
siap menyemak komen kat sini ..
bagus menabung nih ..
at least bila darurat , mmg berguna sgt2 ..
skang ni jd housewife , menabung duit syilling yg bersepah2 ..
hahahahha ... menabung la jgak ..

Nurul said...

Lama sungguh k nurul x singgah sini..
Haha, k nurul pun ada juga menabung cara cam ni, duit rm5 memang x kan guna.. dapat je terus simpan... bagus, teruskan menabung..

Nurul said...

Lama sungguh k nurul x singgah sini..
Haha, k nurul pun ada juga menabung cara cam ni, duit rm5 memang x kan guna.. dapat je terus simpan... bagus, teruskan menabung..