CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 11, 2016

19 Bulan : 1 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum.



19 months old!


Kerja ofis masih bertimbun cuma ada sikit susut sebab minggu lepas dah all out. So harini aku nak usaha update 1 entry tentang Melissa. Sebab aku rasa masa berlalu terlalu pantas sehinggakan penglihatan mata dan sel-sel otak aku tak mampu nak rakam semua kenangan Melissa membesar. Kalau lah segala yang aku tengok depan mata ni sedang dirakam dan boleh di ulang tayang pada bila-bila masa.. Sudah pasti aku tak perlu gusah tentang memori. Semuanya terakam kemas. Tapi semua itu tidak. Jadi aku kena usaha lebih untuk merakam segalanya melalui tulisan, di sini.

Anyway, hari ni Melissa genap 19 bulan! I am bit excited sebab bulan ni kan bulan kelahiran Ibu dengan Abah dia. Bulan ni memang super special bagi kami compare to bulan-bulan lain. Sebab? It is Aprilicious! Hi April, thank you for being nice to us. Alhamdulillah Suami dapat kerja baru yang lebih, lebihh, lebihhh baik. Dulu masa Melissa baru lahir Suami dapat kerja dekat Sapura Kenchana Petroleum Berhad, sekarang Allah bagi lagi rezeki yang lebih baik. Rezeki Allah bagi melalui anak, kami usahakan untuk anak jua. Alhamdulillah. Lebah Madu (Melissa) kami tu memang pembawa rezeki sangat-sangat. Huhuhuhu.

Dulu aku ingat lagi orang sibuk tanya 'belum meniarap lagi?' 'belum merangkak lagi? lambat eh..' 'belum berjalan lagi? budak tu umur 9 bulan dah berjalan'. Sabar jelah. Dalam hidup ni memang penuh dengan perbandingan. Tapi aku dah niat, dah tanam dalam hati. Untuk jadi Ibu dan Abah yang baik, kami takkan sesekali membandingkan anak-anak dengan anak orang lain waima antara anak-anak sendiri. Nope. I've been there, sakitnya bila dibanding-bandingkan. Well orang dulu-dulu kan kurang sikit ilmu-ilmu ni,jadi tugas aku adalah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Aku kena berubah supaya esok anak-anak aku akan jadi anak-anak yang positif untuk keturunan aku yang seterusnya pulak, amin.

Memang aku bolayan je dengan cakap-cakap orang. Sebab tu aku kurang update pasal Melissa dekat FB dan Blog. Sebab aku dah terkena dulu. Ramai sangat yang nak menunjuk kehebatan anak masing-masing. Sampai aku konfius diorang ni nak advice ke nak show off. Duh!

Bagi aku kepandaian Melissa dah sampai tahap mana biarlah aku dengan Suami je yang tahu. Kami rakam mana yang kami sempat rakam. Ambil gambar banyak-banyak lepas tu kami cuci, dan frame kan. Takpe lah orang lain tak tahu pun kepandaian Melissa. Takpe lah orang tak tau pun perkembangan Melissa. Biarlah orang ingat anak kami biasa-biasa je, takde apa yang menarik yang boleh dipamerkan. Sebab aku memilih untuk simpan semua tu untuk kami je. Eh, emosi pulak. Eh? HAHA!

Okay, okay. Dekat sini aku update mana-mana yang sempat. Lepas tu aku akan bagi link blog ni dekat Melissa dan adik dia. Supaya diorang tahu Ibu dia cuba merakam segala kenangan anak-anak dia tapi Ibu dia malu-malu kucing nak update. Sebab takut orang cakap-cakap atau perli-perli 'macam lah dia sorang je ada anak'. Eh? Hehehe. Tak, tak. Ibu dia malu sebab takut orang menyampah je nak baca. Hal anak pun nak kecoh. Hehehe.

Harini Melissa sangat dah besar. Ibu tengok Lissa ni dah macam budak besar. Bila Melissa bercakap tu, hadoi kenapa macam orang besar? Huhuhu. See, banyaknya perkataan besar. Kehkehkeh. Saiz badan Melissa takde lah besar sangat. Bila ibu check graf pertumbuhan untuk kanak-kanak perempuan dalam buku merah, Melissa kategori on par. Tak lebih tak kurang. Then Ibu legaaaaaa. Bukan apa, sebelum orang kondem saiz Lissa kecik lah, tak berisi lah, tak gemuk lah, biar Ibu prepare dengan fakta siap-siap. Senang Ibu nak jawab balik berat badan Lissa untuk 19 bulan adalah on par. Itu pun kalau dia faham lah apa itu on par. Hikhikhik.

Sebulan dua ni Melissa dalam proses menambah perbendaharaan kata. Ibu dengan Abah sebut apa je semua Lissa repeat. Kadang-kadang tu Melissa menghafal sorang-sorang. Tiba-tiba je 'Abah, Atok, Nenek, Onah, Kakak, Acu, Ibu'. Comelllll. Tapi semalam Ibu panggil Abah 'ayangg, ayanggg..' Zassss terus Lissa pun panggil 'ayangggg, ayangggg, ayangggg'. Tergelak-gelak Ibu dengan Abah dengar. Suara tu dah la comel, mimik muka lagi, lenggok sebutan macam awek siam. Mana tak tergelak? Huhuhuhu. Tapi bila dah nampak muka Abah tu Lissa boleh pulak panggil Abah macam biasa. Lissa, Lissa.. Haihh. Cepatnya masa berlalu. Ibu ingat lambat lagi Lissa nak tiru panggilan manja tu. Ibu ingat masa umur Lissa 2 tahun ke. 2 tahun lebih ke. Huhuhu!

Yang paling Ibu kagum sekarang Melissa dah pandai teka baju tu baju siapa. Bila Ibu lipat pakaian, Lissa akan cakap 'Abah' masa Ibu lipat baju Abah. Lissa akan cakap 'Ibu' masa Ibu tengah lipat baju Ibu. Lepas tu Lissa nampak baju nenek bergantung dalam bilik, Lissa cakap 'Nenek' sambil tunjuk baju. Serius Ibu impress. Sebab Maksu dulu pandai teka baju siapa pun masa umur dia 2,3 tahun jugak lah. Hehehe.

Bila Lissa dah pandai bercakap ni memang Ibu rasa Lissa dah besarrrr sangat. Dengan gayanya. Hadoi, kadang tu macam joyah pun ada tau. Huhuhuhu. Dah pandai bagi remote kat Ibu atau Abah lepas tu cakap 'Didi'. Dulu Ibu save lagu-lagi Didi dalam handphone. Lepas tu Lissa dah pandai bagi handphone pastu sebut 'Didi'. Masa tu Lissa baru je genap setahun. Cepat-cepat Ibu masukkan lagu-lagu Didi dalam pendrive lepas tu cucuk dekat TV. Takpe lah Ibu dengan Abah tak tengok TV pun, janji Ibu dengan Abah boleh buat kerja rumah sementara Lissa tengah leka menari. HEHE. Tapi Lissa bukan nak tengok lama-lama pun. Dalam 30 minit macam tu lepas tu kalau Ibu atau Abah tukar channel Lissa tak kisah dah. Ibu sehabis usaha cuba avoid gadget dari Lissa.

Ibu nampak Lissa suka sangat dengan mainan lelaki. Macam basikal, motorsikal, bola. Hmmmm.. Ibu tunjuk-tunjuk anak patung Lissa buat tak heran je. Legaaaaa.. Hahaha. Sejak 3 bulan lalu Ibu belikan drawing block dengan pencil color untuk Lissa. Biar Lissa menconteng. Biar Lissa lembutkan tangan. Mana lah tahu nanti bila dah tiba masanya Lissa nak menulis, kot lah mudah untuk Lissa tulis ABC 123. Maybe. Hehehehe. Ibu plan nak belikan Lissa ball. Tapi asyik busy je. Insyaallah hujung minggu ni kita beli eh. Abah suruh beli 2 balls. Satu untuk dalam rumah (beli IKEA punya. Ball dia  berat, sebab kitorang tengok Lissa ni suka yang challenging), satu lagi beli yang untuk luar rumah. Sebab IKEA punya jenis fabric.




Gambar edisi malas edit. Hehehe!
Sebahagian dari gambar-gambar Lissa yang terlebih excited main ball.
Taknak yang kecik. Nak yang besar terus.
Nampak ball ni sampai lupa sebut ball.
Sebut 'baaaaa!'
Hahahahaha.
18 months old.

Semalam borak dengan Suami, cakap dekat Suami lajunya masa berlalu. Banyak benda yang kami tak mampu nak capture. Aku nak rakam video Lissa banyak-banyak, supaya dia dah besar nanti dia boleh tengok gelagat dia masa kecik. Tapi aku takde lah nak pegang handphone je 24jam kan. Rasanya macam kena buat je. Biar lagi banyak benda boleh capture. Kan? Hehehe. Lepas tu aku pening nak simpan kat mana pulak video-video tu nanti. Yang ada sekarang ni pun aku dah susah hati, takat simpan dalam handphone ni bukan boleh percaya sangat. Huhuhu. Simpan dalam pendrive pun sama. Buatnya corrupt? Hilang? Dah lah saiz pendrive sekarang ni makin mengecil. Urghh.

Tengah Isteri pening-pening kepala fikir nak simpan dekat mana, Suami pun cakap 'simpan dalam email sayang.' Sebab aku cakap tempat paling selamat adalah akaun media sosial. Tapi takkan la nak upload gambar anak tiap masa kan. Huhuhu. But at last aku tau jugak nak save dekat mana. Memang aku plan nak create email untuk Melissa, tapi entah bila nak buat pun taktau lah. Akan aku usahakan secepat mungkin. Hiyargggh. 

Okay lah Lissa, Ibu nak sambung buat kerja ofis. Dekat separuh hari update slow-slow entry ni. Kejap taip kejap buat kerja. Apa Ibu taip Ibu pun taktau lah. Macam rojak pun ada. Huhuhu. Nanti Ibu free Ibu update lagi ya. Oh ya, bila Ibu dengan Abah dekat ofis, kitorang suka ajuk percakapan Lissa. Contohnya 'Mmmmm..dappppp'. Hehehehehehehehehe.

Melissa, Ibu and Abah love you soooo much.




Love,
Nursaila Norman!




5 comments:

Syaffiqah Rahman said...

kejap je dah besar. hehehe.

Mak pernah ckp, anak yg kalu ade yg lambat (cth lambat ckp, lambat jln), biasanya ade je benda lain yg die terer. hahaha.

mak cerita, dulu sy lambat jalan, lambat cakap (umur 2 tahun baru pandai.. lambatnye..) Tapi lepas tu, mulut mcm bertih jagung, senyap waktu tidur je. Bila bab dah dapat kaki, mcm belut. Lari sana sini, tak nk org pegang. Bila dah sekolah, nasib baik la dpt memperguna skill kebelutan tu dlm sukan.

Well, anak kite takkan sama dgn anak org lain. Alangkan adik beradik pun boleh beza2, inikan pulak yg bukan seibu sebapa.

Enjoy the moments. Hehehe.

Mila Hilas said...

eh dh besar?? nmpk sgt lama x dtg cni..dulu baca rasanya baru lahir hehe.

Puan Rad said...

so clever lah lissa~! aunty dpt tgk awak kt media sosial jelah.. xpe, aunty doakan semoga melissa menjadi anak yg solehah buat ibu & abah, menjadi kakak yg baik buat bakal adik2 ya.. hihihi.. liyana dulu pon tak suka patung taw.. masuk 2thn++ ni baru pandai nak main patung.. ajak main masak2 lah, baca buku lah, siap ajak tido lagi.. jenuh berhim,pit atas katil kami 3beranak & patung2 liyana skali.. hahaha.. abaikan apa org nak kata, yg penting kita enjoy~!!! yeah~!!!

orked violet @ SYA said...

tu dieee...cantek anak dara saila. mcm muke cine. ikot sape nih? hiks. seronok kan tgk anak punye progress..

Petak Bunga said...

betul.. rasa lama sgt x tngok melissa..
cantik rupanya anak dara saila..