CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 1, 2016

Our Late Birthday Celebration

Assalamualaikum




Tahun 2016 ni memang tahun paling sedih kalau cakap pasal sambut birthday. Orang lain belated paling lama pun seminggu. Kami? Belated sampai sebulan lebih! Hahahaha! Teruknya perangai kan?

Tapi aku faham, usia dan komitmen memainkan peranan dalam hal ni. Ecehhhhh.. Bagi alasan nampak? Hehehehehe. Asalnya nak pergi bercuti pada tarikh birthday kami (13 & 14 April tu). Tapi aku ada event penting pada 3 Mei bersekali jadi pengacara majlis, jadi aku tunda tarikh bercuti. Lepas tu aku ada event lagi pada 29-31 Mei pulak. Lepas tu dah puasa. Jadi aku tanya Suami kot-kot dia sudi amek cuti 2 hari ikut aku ke Perak. Dia terus berdesup apply cuti. Ganaih. Hahaha. Lepas tu event tundaaaaaa. Huwaaa! I is kecewa sangat. Tunda means kena start dari A semula. HUHU! Suami taknak cancel cuti. Dia cakap jom kita spend time sama-sama 30hb nak? Aku terus cakap 'nak!' Hehehehe. Kebetulan kes Suami nak ikut aku pergi Perak satu department tahu (sebab boss aku g mention masa meeting - hampeh) so aku apply cuti dengan alasan 'suami saya tak cancel cuti, jadi saya cuti nak teman dia'. Hahahaha. #sokatikauje #macamtupunboleh

Walaupun lambat celebrate birthday sebulan lebih. but we managed to had a very wonderful day semalam (30hb Mei), alhamdullilah. Kami tak pergi jauh pun. Dalam KL jugak. Cuma kami spend time sama-sama macam zaman bercinta jelah. Actually ini kali kedua kami spend time together. Sebelum ni kami apply cuti sebab hantar Abah (ayah mertua aku) dengan Ummi pergi Umrah. Dalam pukul 12pm kami ke OU jalan-jalan sambil beli barang Suami nak masuk company baru. Tapi yang kali ini memang kami spend dari pagi lepas hantar Melissa sampai lewat petang.

Beberapa hari sebelum 30hb tu, aku lah yang tukang plan macam-macam. Apa nak buat sepanjang haritu. Suami nak beli barang kelengkapan pergi ofis dia sikit, apa nak beli mana kedai nak masuk. Last-last seharian kami habis dengan masuk satu kedai ke satu kedai je. Haha. Konon nak karaoke, nak tengok wayang lah, tapi terpaksa cancel. Masa tak mengizinkan. Huhuhuhuhu. Next time yer. Hehe!

Kami pilih Mid Valley je pun, tempat semua benda yang kami nak ada under one roof. Itu pun selepas aku google lah. Hehe! Check kedai ni ada tak, kedai tu ada tak.

Pagi-pagi kami breakfast dulu, lepas tu baru ke Mid Valley. Berjalan sampai lapar, lepas tu baru lunch. Petang kitorang lepak je mamak favourite kami enjoy teh tarik sebelum balik amek Melissa. Ngeeeeeee!




Baru aku perasan tak banyak gambar yang berjaya diambil rupanya. Itu bermakna kehidupan anda adalah matang. Hahahahaha! Takde lah, gurau je. Tak sempat nak snap sana snap sini, pose sana pose sini. Lagi pun masa kitorang keluar berdua tu kami seboleh-bolehnya usaha untuk kurangkan tengok hp. Walaupun kami banyak habiskan masa bersama dekat rumah, dalam wassap, tapi bila ada peluang nak jalan-jalan, pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang, kami taknak terganggu dengan hal-hal lain. Lagi pun, ini kan sambutan birthday lewat kami. Hikhik. Lagi satu, kami banyak habiskan masa membelek barang, mana sempat nak bergambar. Okay, alasan diterima. Alasan lagi satu, ahkak dah tua la.. Segan nak pose tengah-tengah mall. Hahahahaha!


No matter how long you have been together,
do not stop reviving and refreshing your relationship.
Relationships are like a flowers, always need water to blossom.


Alhamdulillah, kita kenal sejak umur kita 20 tahun. Masa tu kita berkawan-kawan je. Bila umur kita 21 tahun kita up satu level. Hikhikhik. Harini umur kita dah 30 tahun pun. We have a million years to go husband. I guarantee, at this age I dah cukup mature untuk you. Takde la emosi sangat macam duluuu-duluuuu. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. HAHA. Tapi sikap tegas I memang remain lah ye. I kan kakak, You adik. Give and take lah. kehkehkehkeh.

Dulu kita celebrate jauh-jauh. I hantar kad birthday je dekat You masa tu. Bila kita dah kerja kita celebrate kat kedai makan tepi jalan je. Dah kawen hidup kita takde la senang sangat, kita sambut biasa-biasa dekat rumah dekat kedai tepi jalan jugak. Harini bila You belanja I makan mewah-mewah I rasa kekok pulak. Hahaha. Sampai I ulang-ulang cakap mahalnya belanja makan kita harini. Tapi You cakap takpe lah, kita baru nak merasa senang. Heeeeee..

I really hope that tahun depan dapat la kita celebrate birthday sambil bercuti macam cita-cita I tahun ni. Anyway, duit cuti tu I dah simpan dalam sampul "Renovation Rumah". Hahahahaha. Dan sehingga hujung tahun 2016 I nak kita simpan sikit-sikit masuk dalam sampul "Renovation Rumah" tu. So this year memang takde bercuti. sobs! I rasa kita utamakan rumah dulu lah. Yelah, dalam hidup ni tak semua kita boleh dapat semua benda serentak. Hehehehe.

Semoga kita semakin bahagia, semakin kuat ikatan cinta, semoga rezeki kita semakin bertambah, semoga anak-anak kita menjadi anak yang berguna kepada diri sendiri, ibu bapa dia, agama dia, masyarakat dia, dan dunia dia. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak syurga. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa. Amin.

Then, what else that I want? I got everything I want in my life now. Husband, daughter, job, house, love, happiness, blessing, family, life, right? Thank you Allah.



























Yang ini real time punya birthday celebration.
Celebrate dalam IG jelah.
Hahahahaha





Love,
Nursaila Norman!


4 comments:

orked violet @ SYA said...

stylo mylo saila skrg. hiks

IMaH said...

Happy belated birthday Saila!

ezan idma said...

happy belated birthday both of you :)

Shafizah said...

Happy belated birthday Kak Saila & suami. :)