CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 14, 2014

Main MasakMasak : Air Longan + Kurma Merah + Kundur

Assalamualaikum.


Hari jumaat aku dengan Suami pergi bazaar. Nampak la macam-macam air. Dan-dan tu semua air yang ada kat bazaar tu aku nak. Paling aku nak ialah air mata kucing (air longan). Nak beli terus teringat, balance bahan-bahan untuk buat air longan haritu ada lagi. Boleh la buat dalam 3-4 kali lagi. Buat apa nak beli kannnn.. Cewahhh, sombong nampak. Hikhik! 

Balik tu terus buat. Tak lama pun nak buat air ni. Senang kacang goreng je, rajin dengan malas je.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Longan kering
2. Kurma merah kering
3. Buah kundur
4. Gula batu

Cara nak masak air ni senangggggg sangat :

Basuh longan kering dengan kurma kerah. Lepas tu panaskan air dalam periuk, ikut suka nak air banyak mana. Tak perlu tunggu air mendidih pun, boleh masukkan longan kering dengan kurma merah. Agak-agak longan dengan kurma merah dah nak masak (lembut), masukkan gula batu kacau2 bagi larut lepas tu masuk buah kundur. Buah kundur ni tak payah tunggu lembut sebab dia memang boleh dimakan begitu saja! 

Sejukkan, tambah ais, minum!

































Ta Daaaaaa~ 





Love,
Nursaila Norman!



7 comments:

Nuriesya Nadia said...

Gambar ni la yang mengugat iman kita haritu. T_T

Allene said...

wah.. milk booster sangat ni...

nur anis said...

perghhh...terliurrr..

Fiza Basman said...

Bgus sgt ni minum masa bulan puasa ni, boleh hilangkn rasa panas dalam badan. :)

Affy Afiqah said...

fineeeeee terus rasa kering tekak hewhewhew

cik mah said...

Nyum2...sedapnyerlah...bila dpt wat ni...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, milkbooster ni. nyummmi! singgah menabung lazada sini~~~