CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 3, 2014

Selera Berbuka Orang Pregnant Nieee

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan! 

Perasan tak harini dah kelima Ramadhan.. Rasanya macam laju pulak Ramadhan kali ni.. Ye tak? Ramadhan tahun ni lain sangat. Walaupun ini Ramadhan kedua kami Suami Isteri, tapi Ramadhan tahun ni aku bangun sahur berhidang lauk bagai. Kerlasssss.. Tahun lepas Suami bangun sorang sebab aku jenis tak bangun sahur (jangan tiru aksi ini, kuajaq nama dia). Tahun ni puasa dengan baby, first time lah aku bersahur makan nasik beriya-iya. Walaupun makan nasik, terponteng jugak 2 hari. sobs!!

Puasa pertama berjaya dengan baik dan jaya. Tapi waktu berbuka makan sikit je taktau lah kenapa. Hari kedua bersahur, niat semua tapi kalah jugak. Hari ketiga pun sama, kalah jugak. Hari keempat mencuba nasib, alhamdulillah berjaya. Harini harapnya berjaya jugak lah, amin.

Puasa hari keempat aku makan banyak masa berbuka. Sementara tunggu solat asar kat ofis, scroll2 ig nampak badak berendam. Pastu nampak tepung pelita pulak. Hadoi lahhh.. Suami dah merengek nak ayam percik dari awal. Jadinya misi ke param mencari 3 items tersebut. Hehehehe!

Alhamdulillah dapat badak berendam (last yang tinggal kat akak tu) dengan ayam percik pun last yang ada atas bara api. Nak tunggu yang baru sempat lah berbuka dengan abang ayam percik tu sekali. Haha. Nasib lah kalau kerja KL.. Company dah bagi balik awal pun tetap sampai hampir berbuka jugak. sobsobsob!

Harini pagi-pagi dalam kereta dengar pasal ikan perkasam dekat Sinar. Kebetulan beberapa hari sebelum puasa aku macam nak try pekasam. Bila dah masuk Ramadhan, bulan mencabar ni, harus lah tiba-tiba semuaaaaaaa pun nak.

Misi mencari ikan pekasam bermula pagi tadi. Google sikit, ig sikit.. Harap dapat lah! slrrrrppppp.

Tak payah letak picture lah ye.. Tak baik aniaya orang berpuasa. Haha.. Aku takpe, puasa-puasa pun selamber tengok gambar makanan. Takde sampai tahap menangis. Tapi tahap teringin dia boleh tahan jahat jugak, bahaya kalau pergi param dengan otak penuh senarai makanan yang aku nampak. Hehehe!

Tapi harini dah cakap dekat Suami, aku taknak apa-apa kat param. Dia jelah beli kuih sebab dia memang berbuka dengan kuih. Qada yang semalam punya. Semalam dah terlebih beli. Patut cari badak berendam dengan ayam percik je, tapi dah jadi lain. Terbeli roti jala. Kat ofis dah beli bubur lambuk kirim dekat kawan ofis yang gigih nak ke Kg Bharu.

Kalau ikutkan nak je membeli makan macam orang lain, penuh meja.. Tapi aku pregnant sekarang ni bukan boleh makan banyak-banyak sangat. Cepat penuh. Nak makan lewat malam tak mampu, pukul 10 dah nak tidur. Jadinya beli untuk makan berbuka sahaja!

Lagi pun dah nekad, Ramadhan kali ni nak berjimat cermat macam orang takde duit. Hehehehe! Go Saila Go Saila. Hewhewhew!

Oh pekasam, cepat lah kamu sampai. Tak sabar nak rasa, sedap sampai menggila ke. Wu! Wu! Wuuu!




Love,
Nursaila Norman!




15 comments:

nur anis said...

wahh ikan perkasam...seriously sedap sangat...

EIKA said...

sama la mcam ika pregnant dulu...pergi pasar ramadhan penuh tgn :P sabo je la....hope mama saila & bby tabah berpuasa ya :)

Nuriesya Nadia said...

Tersangat sedaplah ikan pekasam makan goreng dengan bawang besar and cili padi sikit. Oii makan dengan nasi panas panas. Gulp ! :D

Areyna said...

waaa smlm baru kita makan ikan perkasam dari kedah.... mmg sedap. pekena pula nasi puteh yg panas2 lagi kan.... ina pun dah ponteng 2 hari.. xtahan perut asyik cramp je sob..sob

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. laa kemain ngidam dia. hihiiii sheila semalam dapat beli kole kacang. mengidam sejak mengandung. dah bersalin baru jumpa kuih ni. mujur sangat skrg bulan puasa. hihiiii

Nurul said...

Sedapp ikan pekasam makan ngan nasi panas2... pastu goreng plak bawang & cili sikit... cukup tu tuk sahur...Kat rumah k nrl selalu ada stok ikan pekasam dr kedah... :)

Nursaila Norman said...

hadoiiii..semua bakar line nie! kejam lah u olls..hehehe! insyaallah minggu dpn sampai lah ikan pekasam dgn daging pekasam..huhu

suria lekatlekit said...

akak puasa tahun masak macam biasa jer... takde nak beli2.

DYatie ABakar said...

hihihi. InsyaAllah yunk esok yt pos ye. sian mak buyung. paham sgt prsaan mengidam. huuu.

Unknown said...

Ikan pekasam ngan daging pekasam? sedapnyerrr. kita aritu pun ade beli ikan pekasam belum goreng kat bazar tasik permaisuri. buat sahur.erm sedapppp. hehe.

Yna said...

baru akak kat ofis tadi google2 pasal ikan pekasam, tengok baca blog kak saila pun teringin ikan pekasam..

ikan pekasam seduniakah harini??

hehe

Unknown said...

congrats saila!! selamat berpuasa

dah berapa bulan ni? kite mmg tertinggal ketapi betoi..huhuhu

klu free jemput join k! http://sfaezah.blogspot.com/2014/07/giveaway-ole-ole-kota-singa.html

safurara said...

go saila! u can do it! hmm u dgr x pekasam ayam and daging tgh top skrg ni?

PetakBunga said...

tahun lepas kita ngandung.. beranak.. tahun ni Saila pulak. kita bantai tidur je seharaian puasa..ha

dalila said...

perhhh..pekasam mmg terbaekkk..
ms sahur mkn tu je ngan nasik panas2 pun bole wat makan spi 2 pinggan..huhuhu