CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 7, 2014

Cerita Rojak Pasal Baju Baby

Assalamualaikum.


Semalam dapat makan daging perkasam. Sedap rupanya! Masa berbuka makan nasik putih + daging perkasam je. Tak pandang lauk lain.. Boleh macam tu? Macam tu rupanyaaaa.. HAHA.

Sekarang tengah tunggu ikan lampam perkasam pulak. Rasanya petang ni pun daging perkasam lagi kot. Hehehehehe!

Hari Sabtu aku try nak settle kan checklist berpantang.. Tapi sayang, produk Tanamera takde kat kedai-kedai jamu. Penat gila masuk 2,3 kedai (je!) dah la cuaca panas terik, tak pasal-pasal aku haus teruk hari sabtu tu. Sobsobsob! Akhirnya aku dok terbayang-bayang segala jenis mak nenek air. Dapat beli separuh barang je, lagi separuh beli online. Sampai-sampai je rumah, terbaring lesu, aku google, wassap, esoknya buat payment. Complete dah checklist berpantang. Alhamdulillah.

Hari Ahad pulak aku settle kan lagi sikit baju-baju baby. Mana-mana yang tak cukup beberapa helai tu, aku complete kan. Macam biasa lah mana lagi.. Manjaku! Senang parking, semua ada. Kalau ada rezeki ada diskaun! Semalam masa dalam kereta rasa macam ada diskaunnnn jek.. Sekali betul. Tips nak dapat diskaun kat Manjaku ialah shopping semasa bukan minggu gaji. Konfem ada diskaun. Dah banyak kali aku terkena. Hikhikhik. Sebab tu bila bayar mesti rasa 'eh, patutnya macam mahal lagi je'. Balik rumah tengok resit rupanya ada 20% diskaun untuk semua item. HEHE!

Suami dah sibuk-sibukkkkkk suruh aku packing bag. Al-kisahnya aku dah membasuh pun baju-baju baby. Ni semua kes cramp haritu lah! Sehari nak masuk 30w aku cramp teruk dekat perut. Sampai aku takleh berdiri tegak bila sakit. Masa tu kat ofis. Ni kes terlebih buat kerja. Kes department aku buat makan-makan sempena nak Ramadhan. Rasa nak marah je, tak sesuai kot ajak orang muatan berat macam aku tolong menolong. Kalau sikit takpe. Ni sebab takde kerjasama lah, dua tiga kerat je yang menolong. Tak pasal-pasal aku terlibat. Eh, meluah perasaan pulak. Maaf T____T

Balik kerja masih cramp. Malam pun masih cramp. Suami dah ajak pergi hospital maghrib tu. Dia siap amek buku merah masuk dalam handbag. Hadoi, Suami aku.. Dia bukan risau aku sangat sebenarnya aku tauuuu.. Dia excited nak jumpa baby sebenarnya. sobs!

Aku macam biasa lah, kental konon, jenis rilexxxx tak suka gelabah-gelabah, aku cakap la aku okay je. Bukan contraction pun. Cramp perut sebab terlebih naik tangga, berjalan. Malam tu aku terjaga pukul 3am sebab perut cramp. Langsung tak boleh tidur. Pastu teringat masa kat ofis aku cramp, pastu kena g solat zohor n asar. Lepas solat jadi lega. Aku rasa sebab senaman kot. Aku pun bangun nak buat solat. Lepas solat lega sikit. Tapi takde la lega terus, dekat 4 lebih baru boleh tidur. Last-last aku taknak pergi kerja sebab mengantuk tak cukup tidur. Huhuhuhu.

Dipendekkan cerita, selamat lah membasuh baju saiz kecikkkkkkk ya ampun itu. Gewam gewam masa menyidai, melipat. Tapi sebelum membasuh kena beli hanger dulu kan, sempat lah beli compartment sikit untuk letak barang baby yang kecik cinonet tu.


































Gewam bakul-bakul putih tu. Tak boleh tahan, rasa tamak. Tapi rilexxx.. Kedai tak jauh, takyah nak tamak sangatttt. Hanger pink-pink tu atas arahan Suami. sobs! Obses pulak dia.



































Ni jelah baju baby pun, tak banyak.. Fokus sampai 3 - 4 bulan je. Untuk umur seterusnya baru membeli yang lain pulak. Ikutkan macam nak beli semuanya time-time ni, tapi bila fikir-fikir balik, macam dah tak keluar rumah pulak lepas habis pantang nanti kan.. Banyak lagi masa insyaallah. Kalau dah ada baby senang banyak nak pilih saiz nanti. So cukup lah untuk baby 3 - 4 bulan lepas lahir.

Settle lipat-lipat, masuk dalam bakul putih sementara waktu pastu simpan baik-baik dalam drawer. Yang itu nanti aku share ya. Dah janji nak share drawer dari IKEA kan, insyaallah tak lama lagi aku share.

Alhamdulillah sangat-sangat aku pilih untuk bershopping seawal 4 bulan mengandung. Walaupun bila baca pendapat orang ramai, dalam page mommy2 especially, sebaiknya shopping masa kandungan 7 bulan, tapi aku nekad shopping awal. Perut pun tak nampak sangat (macam buncit makan je). Tapi lepas tanya kakak kat ofis ni, tanya kawan baik, better lah shopping awal. Rupanya aku tak macam orang lain, boleh jalan lama-lama. Aku jalan sikit je perut dah mengeras, cramp manja-manja. Nasib baik sangat banyak benda dah settle, kalau time-time sekarang ni baru nak membeli mati lah. Pulak tu aku tak suka pergi expo-expo kan. Kalau pergi expo boleh lah beli sekali harung siap.

Cakap pasal baju newborn pun ramai yang cadang jangan beli banyak-banyak, nanti rugi. Aku pulak taktau nak agak jumlah banyak tu macam mana. Adakah sepuluh helai di kira banyak.. Huhuhu! Eden konfius. Masa tu aku beli je ikut gerak hati, dah murah kan.. Tak lama tu aku tanya kawan baik aku, baju newborn dia banyak tak pakai ke sebab baby besar. Dia cakap tak, baju newborn boleh pakai sampai dia habis pantang.. Sebab anak dia lahir pun 2.6kg. So nak dekat-dekat 3 bulan baru tak muat. Phewwww! Aku rasa ikut baby jugak.. Kalau baby lahir 3.2kg macam tu ke atas, mesti lah takleh pakai lama kan.

Aku pun kalau ikutkan berat baby, masih dalam frame aku. Kiranya masih kecik. Nak cecah 3.2kg maybe tidak. Maybe ya. Ini sebab tiap-tiap bulan check up, doctor akan kira berat baby. Normal atau tak. So maybe lah, atas kuasa Allah siapa tahu. Tapi kalau tengok perut aku pun kecik. Berat baby masih normal ikut frame ibu (aku). So tak salah rasanya aku beli baju newborn lebih sikit. Mana tau aku macam kawan aku tu, baju newborn boleh pakai lama. Itu pun kalau baby tak besar tiba-tiba, raya nak menjelang tiba kannnn.. HEHE!

Lepas tu dapat pulak advice dari kakak kat ofis ni tak salah beli lebih, sebab dia dulu pun dengar cakap orang suruh beli sikit, last-last bersalin musim hujan, baju baby masih belum kering, anak dia dah takde baju. Kesian sangat-sangat. Takpe lah beli lebih, boleh pakai untuk adik dia pulakkkk.. Kan? Eh?!

Itu jelah nak cerita, nak cerita lebih-lebih macam segan. Sebab takde apa yang menarik pun. Plus aku takut orang salah faham pulak dengan apa yang aku nak sampaikan. Pendapat dan citarasa orang kan lain-lain..

Okay lah, nak google resepi masakan pulak. Padahal kerja banyokkkk!





Love,
Nursaila Norman!



14 comments:

nora razalli said...

pergi awl xletih sgt nnti but pepun take gud care of health n bby.
cntik bkul putih tu!
MG pun boleh tamak kalau napak depan mata. bialah nnti tak guna pun ...haha *perempuan*

Nuriesya Nadia said...

Hikss eksaitednya baca. Hahaha. Tak sabar nak tengok Saila Jr ke Gaban Jr. Hahahaha. HAppy fasting kak. ^^

PetakBunga said...

Beli baju Luth kat Warehousale Prureen. Banyak sungguh beli. Tapi bagusnya, sampai sekarang tak habis pakai lagi. Bila dah ada anak kecil, memang tak ada masa nk g beli baju ke apa.. Baik beli masa preggy. Beli yg sampai 6bulan kurng2 nya. Newborn 10 helai tu dah banyak benar.

sarah shamsyul said...

Ikut baby gak sbnarnya..tp xpela klu beli bju newborn byk pn.10 tu kire sederhana la.sbb dlm sehari mesti baby akan tuka bbrapakali bju kan,tmasuk bl die muak susu tu smua then kne bju.klu pkai kejap je pun,adik die nnti leh pkai.btul x? Hehe

I pun x suke g expo.mmg boleh beli sekali harung smua kelengkapan,tp asik kne tolak jela ngn oeg rmai n ngn stroller.x nk la.seksa.haha.

Lgsatu dlu ms dlm pantang,ttp kua belibrg baby even bukan beg penting sgt pun semata nk release stress bpantang n x ckup tdo.kdai baby dkat je pun ngn uma tp heaven giler dpt kua kejap je pun.haha

sarah shamsyul said...

brg*

Nursaila Norman said...

sarah shamsyul : actually saila lebih dari 10 helai bju newborn..baju siang,baju mlm,romper apa semua lebih la 10 helai..takkan sehari baby nk pakai baju sepasang je kan..siannn baby :( dah habis berpantang mesti lah nk berjalan kannn..time tu shopping la baju baru baby..hehe!

(●*∩_∩*●) said...

betul saila..xsalah pun beli baju newborn lebih ckit..sbb 1 hari mmg akan bnyak kali tukor..kang tercirit kena seluar la,tetibe seluar baju kena pancut air kencing la,muntah susu plak tetibe...lagipun sian baby baru lahir pakai baju gedabak2..hehe

Aty Fared said...

saya dulu pon shopping barang baby awal.. tak nampak lagi perut dah beriye2 shoping.. heheh.. senang shoping awal ni.. takde masalah pon sebenarnya shoping awal ker lambat ker.. ikut kite sendiri lah kan.. :)

lagi satu.. tak per beli baju baby yang untuk new born.. kompem pakai walaupon tak pakai lama.. sebab baby ni memang banyak tukar baju tau.. haaa..

neway..seronok kan shoping barang baby... :)

Sha said...

Fiqa dulu pun pergi beli awal2. Masa perut dah besar macam senak je nak jalan2. Lagipun masa 7 bulan tu waktu puasa.Memang tak la kan...

suria lekatlekit said...

baju lala anak akak yg bawah setahun ni banyak yg still nampak baru sebab pakai sekali dua dah x muat.. Masa lahir tu tak beli banyak tp beli berperingkat lepas lahir. Baby bawah setahun ni cpt je bertukar size. terpulang pada org la nak beli byk ke sikit. Akak yg beli sikit2 ikut peringkat pun dah nampak byk. Kalau beli byk dlm 1 masa tak tau nak simpan mana pulak. Berpantang akak x beli apa2 set berpantang. Pantang cara tradisional separuh.. yg lain pantang ala kadar. Bab baby ikut size perut tu jgn percaya sgt akak dulu perut bln tahan besar even org kecik. Last scan 8 bulan doktor kata maybe baby besar & akak ni kecik dari kandungan 4 bulan doktor kata x blh bersalin normal. Tp sampai masa bersalin normal & baby x besar pun. Orang kata kembar air..

Unknown said...

Bestnye buat persiapan baby..lebih2 lagi baby 1st..moga dpermudahkan semuanya k..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. hehehe memang ikut jenis anak. kalau anak lahir dah berat 3kg ke atas, mesti cepat membesar. lagi2 minum susu ibu sebulan masa pantang. hahaha macam baby sheila, baru habis pantang dah 5 kg. baju newborn dia dah takleh pakai sangat. hahahahaha mujur beli 5 pasang je, yang lain orang hadiahkan ~~~

Unknown said...

besnyaaa sopink brg baby. rindu pengalaman tu. sy beli baju newborn 5 lai jek. pstu kak ipar bg smua bju2 anak die so xdela bazir sgt. heheeh

Afasz said...

baju baby tu beli la yg besar sikit. nnti kejap je pakai dah tk muat. silap2 pakai sekali je. huhu~... kalau dress kan, beli la yg tuk sethun terus. pakai labuh takpe sbb dia lom leh jalan lagi..

eh baby girl kan. :D